Tag Archive | Heart Feeling

Imaginasi & Impian


Saya ni jenis suka sangat berangan. lebih-lebih lagi tentang masa depan. Seronok gak tau melayan otak n pikiran ni. Saya selalu berangan nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Duduk bersama dengan anak-anak yang ramai di rumah. Masak untuk anak-anak dan suami, ajar anak-anak baca Quran dan buat kerja sekolah. Pendek kata, nak jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kami. Teringat kata-kata Rasullullah S.A.W, “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akn tinggal bersamaku di dalam syurga.” Saya target untuk bekerja sehingga umur saya 35 tahun sahaja. Selepas tu nak tumpukan perhatian kepada keluarga. Sekarang ni sejujurnya, saya bukanlah seorang yang perfect dan bijak bahagikan masa. Kadang-kadang balik kerja, terlalu letih.. dan tak sempat masak..makan kat luar je. Kesian anak dan suami.Jadi kesimpulannya, saya suka berangan untuk menjadi wanita yang 100% perfect..boleh??

Pastu angan-angan saya, nak renovate rumah yang ada sekarang ni. Jadikan lebih luas dan selesa. Bila keluarga dan kawan-kawan datang pun mesti selesa tinggal kat rumah kami. Nak ada 4 bilik. 1 untuk papa& mama, 1 bilik anak lelaki,1bilik anak perempuan dan 1 bilik stor. Then klu ada rezeki lebih lagi, tambah buat bilik tetamu pula. Wah bestnya….Rumahku syurgaku. Wlau sekecil mana pun rumah kita, tapi ia tetap menjadi tempat yang paling selesa kan?

Tahap imaginasi saya pula kadang kala berubah menjadi ganas. Hahaha. Setiap kali Luqman nakal dan x duduk diam, saya mula membayangkan kalau lah ada remote control yang ada button “SLEEP” “WAKE UP” “EAT’ “QUIET” . Akan ku tekan jugak untuk control2 Luqman. supaya dia mau makan ikut time, tidur ikut time..Anak2 dah jadi ala2 robot pula. kalau hari dia nakal sangat tu, 3 pagi belum mahu tidur, mula la mama dia membayangkan teknologi2 yang super gila untukmemenuhi tahap kegeraman masa tu.

Di samping tu, saya juga berimaginasi untuk memiliki sebuah robot yang boleh buat kerja2 rumah dan menyamar menjadi saya untuk pergi ke ofis,. Mcm hantu raya ja? uiiii takutnya…hahaha. Nanti tak pasal je masuk paper muka depan, suamiku curang dengan robot. Sebab lunch time dia akan jemput robot yang ganti tempat saya untuk makan tengah hari. ni dah nak jadi macam cerita Enthiran. haha. syok kan berangan benda pelik2.

Setiap kali jalan jem, saya berimaginasi yang suatu hari nanti saya akan memiliki sebuah kereta terbang yang automatik akan terbang apabila ia mengesan jem di jalan raya. ia pula kalis kemalangan akan terus terbang jika tersentuh sebarang objek secara mengejut. Ia juga akan memperbanyakkan lagi kes langgar lari pada zaman tersebut. Tu lah keburukannya…

Untuk harini, setakat itu dulu saya share…nanti kalau ter imaginasi apa, akan di post pula kemudian. hehehe. Have a nice day 🙂

 

Hati Aku


Hati aku…
aku yang rasa…
aku yang sedih…
aku yang suka…
kau ada rasa?
apa dalam dada?

hati aku…pilu…
hati aku…sakit…
hati aku…pedih…
hati aku…hancur…

aku mahu sendiri…
dengan hati aku…
biar hati pujuk…

biar hati suka…
biar hati berbunga…
biar hati ketawa…

jangan hati mati…
tinggal aku sendiri…
ikut hati mati…

5 Benda Yang Boleh Membuat Anda Rasa Terseksa!


Kadang kala ada perkara yang berlaku dalam hidup anda membuat anda rasa seperti nak mati sebab anda buntu memikirkan bagaimana nak “remove” benda2 ni.. Ni lah di antara benda2 yang mungkin pernah berlaku kepada anda, akan berlaku atau yang bernasib baik, sama sekali tidak akan berlaku..hihihi.

1) Anda dalam perjalanan ke suatu destinasi di atas hi way, tiba2 perut memulas dan rasa nak terberak cirit..dan lebih menyeksakan, masa tu anda baru saja melepasi kawasan R&R lebih kurang 700 meter. Moral: Beraklah di setiap tempat perhentian. :p

2) Ada tetamu berkunjung ke rumah anda. Anda telah rasa teramat mengantuk tetapi tetamu tak reti nak balik walaupun jam dh menunjukkan pukul 3am. Lebih2 lagi esok kerja dan kena bangun pukul 6am. huuuuu..x sngup… Moral: Tutup pintu rumah seawal jam 8 malam dan tidur awal. 🙂

3) Ada orang hantar SMS kat anda “Ayah hang sakit. Sekarang kat ICU. Cepat Balik.” Anda pun apa lagi..panic la. Start kereta, bawa laju smpai x hengat. Dah tak stop kat perhentian ke apa ke. Yang tahu nak cepat sampai. Cuba bayangkan Dari Johor ke Kedah lah..12 jam perjalanan tu. Elok je nak exit tol..SMS masuk lagi… Moral: Pastikan maklumat tepat sebelum bertindak. 🙂

 

“MAAF!Salah hantar SMS!”

4)Anda nak beli barang. TV LED Samson yg terbaru la contohnya..So dah tak sabar2 lagi ni.. Pi tengok kat Kedai Elektrik ABC RM3K! Ok lah..teruja punya pasal..Nah cash 3K..Bak TV kat aku..Keesokkan harinya anda lalu kat Kedai Elektrik EFG, nampak banner besar anak gajah “PROMOSI TV LED Samson : 2K sahaja!!” plus percuma Hi Fi set..huhu. Moral: Len kali jgn alut2 naa cek…… :p

5) Yang kelima dan terakhir, Anda tengah study last minute kat kolej sebab esok tu FINAL EXAM. Memang sebelum ni x baca buku langsung. Dah la anda kaki ponteng kelas.. Tiba2..TAPPP! Lampu padam. Bekalan elektrik terputus sampai ke pagi! hahaha. Moral: Tu la..adik2 sekalian jangan study last minute. Not good u know……. 🙂

Harap anda enjoy membaca..Pssstttttt.. sebahgian tu ada jugak pengalaman saya sendiri..Auuuww..terseksa!!

CINTA….sebelum atau selepas KAHWIN??


CINTA adalah satu anugerah dari ALLAH. Bersyukurlah jika memiliki rasa CINTA...

Ada orang memilih untuk bercinta sebelum bernikah…Ada orang memilih untuk bercinta selepas bernikah. Masing- masing ada alasan yang tersendiri…seperti yang saya senaraikan di bawah ini…

CINTA SEBELUM KAHWIN

1) Dapat mengenali perangai, tingkah laku dan sikap pasangan terlebih dahulu

2) Dapat menyesuaikan diri dengan saudara mara dan keluarga pihak sana terlebih dahulu

3) Dapat melakukan “penilaian” terlebih dahulu

4) Dapat memilih mana yang lebih sesuai jika jenis “pasang banyak line”

CINTA SELEPAS NIKAH

1) Tidak merasa bosan terhadap pasangan

2) Teruja nak mengenali dan akan meluangkan banyak masa dengan pasangan

3) Lebih mencabar

4)Dapat menjauhkan diri daripada maksiat

Hmm…masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri jika kita kaji… Saya ingin kongsikan dua buah cerita di sini untuk pengetahuan anda semua… 🙂

CERITA PERTAMA.

Kisah Suami Gay

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku kepada saudara saya sendiri. Beliau biarlah saya namakan sebagai A sahaja. A merupakan seorang gadis yang baik dan taat pada Allah, ibu bapa dan keluarga. Dia tidak pernah keluar dari rumah tanpa ibunya. Dia juga gadis yang alim dan menjaga kesucian, pendek cerita..wanita idaman semua jejaka kerana A juga cantik, putih kerana beliau anak kacukan. (bapa mix Arab, ibu mix Pakistan). Pada usia A 20 tahun, ibu A berhasrat nak kahwinkan A. Jadi, keluarga A menerima lamaran untuk A daripada keluarga S. 2 minngu selepas majlis merisik oleh keluarga S, A dan S mengikat tali pertunangan tanpa pernah melihat muka masing-masing secara dekat melainkan dengan melihat gambar sahaja. Nombor telefon pun tak ada. Saya ada juga menasihati A yang rapat dengan saya supaya mereka berkenalan semasa tempoh bertunang tu. Tapi A enggan kerana malu. Pertunangan berlangsung selama 3 bulan sahaja. Kemudian mereka diijabkabulkan. Saat diijabkabulkan itu barulah mereka bersua. Masing-masing saya lihat diam dan kaku. Mungkin kerana malu.. Si S pula tidak mahu majlis bersanding diadakan walaupun ketika itu pelamin sudah siap. Katanya malu dan segan. Keluarga A pun menurut sahaja. Pada hari tersebut, saya lihat air muka A begitu berseri-seri dan gembira manakala S pula, dilihat memaksa dirinya untuk senyum dan cuba melarikan diri dengan pergi duduk di masjid berhampiran. Katanya ingin membuat solat solat sunat dan membaca Al Quran.

Selepas berkahwin, A dibawa tinggal bersama keluarga S di Pulau Pinang. Setelah 5 bulan A berkahwin, saya amat merindui beliau kerana lama tidak berjumpa. Kebetulan saya dan ibu ingin menjemput keluarga mentua A untuk menghadiri majlis perkahwinan saya. Ketika sampai di rumah S, saya nampak kelibat S keluar melalui pintu belakang. Mungkin tidak mahu bertemu keluarga A. Kerana A pernah memberitahu yang S tidak suka bercampur gaul dengan orang. Tapi saya perhatikan pada masa itu air muka A telah hilang serinya..nampak suram dan muram. Saya menyedapkan hati saya, mungkin dia mengandung dan pembawakan budak menyebabkannya begitu. Lalu saya diam tanpa bertanya apa-apa.

Pada majlis perkahwinan saya, pada masa itu A telah 7 bulan berkahwin. A pulang seorang diri tanpa suaminya untuk menghadiri perkahwinan saya. Di kesempatan ini, saya bertanya pada A tentang kehidupannya sebagai seorang isteri…Alangkah terkejutnya saya… A memberitahu bahawa S hanya menyentuhnya sebulan sekali itupun hanya 5 minit. S tidak pernah tidur malam dengannya walau sekali. Saya tanya S tidur di mana? A memberitahu S tidur di bilik belakang bersama seorang kawan lelakinya iaitu M!! Saya bertanya lagi kepada A, ibu S tahu tak? dia cakap tahu. sebab ibu S menjodohkan S dengan A kerana ingin menjauhkan S daripada M yang hubungan mereka nampak “pelik”. Tidur bersama, makan bersama, keluar bersama. Semua keperluan M, A yang tanggung. Dan untuk pengetahuan semua, M ialah seorang lelaki lembut.

Saya menyuruh A bertanya S tentang kesahihan hubungan S dan M. Namun S tidak mengaku dan bertindak mengurung A di rumahnya kerana khuatir A akan menyampaikan hal ini kepada keluarga A. Telefon bimbit A juga dirampas. Pada suatu hari, A dapat meloloskan diri dan membuat laporan polis dan aduan di Pejabat Agama Kedah. Hasil siasatan ayah A kepada jiran-jiran dan kawan-kawan S, mereka memberitahu bahawa S seorang gay atau songsang atau suka pada kaum sejenis. Kasihan A. Suami gay. Akhirnya A memfailkan penceraian dan kini mereka telah beercerai dengan talak satu. Kesilapan ini juga berpunca dari ibu bapa A yang terlalu kalut nak menjodohkah anak mereka tanpa soal selidik atau merisik pihak lelaki terlebih dahulu. Inilah penangan “CINTA SELEPAS KAHWIN.”

CERITA KEDUA

Peliharah CINTA anda...

Kisah ini juga berlaku kepada saudara saya sendiri. W mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan F setelah 5 tahun bercinta. F merupakan seorang lelaki yang rajin bekerja, penyayang dan suka membantu W dalam kerja rumah. W pula tidak bekerja dan merupakan seorang isteri yang sangat taat pada suami. Perkahwinan mereka sangat bahagia dan saya melihat mereka ini sebagai Happy Family.Setelah 13 tahun berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata, pada satu hari ni, W datang ke rumah sya bersama sama ketiga tiga anaknya. Beliau menangis teresak esak. Katanya F telah berubah sejak mendapat kerja yang lebih baik. F suka memaki hamun dan memukul beliau, suka pulang lewat dan kadang kala tidak pulang langsung. Setelah didesak, F akhirnya mengaku yang dia sudah bernikah seorang lagi. Dia juga membandingkan W dengan isteri barunya. Katanya, isteri baru mempunyai kerja, dapat membantu dari segi kewangannya. Isteri baru juga lebih cantik. F langsung tidak mahu mendengar nasihat semua pihak yang ingin menjernihkan keadaan. Akhirnya mereka bercerai. Setelah 2 tahun bercerai, F kemudiannya bercerai pula dengan isteri barunya itu kerana kuat mengikis wang katanya. F ingin kembali pada W, namum W tekad tidak mahu luka lama berdarah kembali. F kini menyepi dan kehidupannya tidak terurus akibat perbuatannya sendiri.

Saya menulis cerita-cerita di atas bukan untuk membuka aib sesiapa pun. Tetapi sebagai pengajaran buat kita semua dan bolehlah kita ambil sebagai iktibar. Jangan terlalu mempercayai pasangan anda, kelak memakan diri. Jangan terlalu mencurigai pasangan anda, kelak mengundang benci dan marah. Berhati hatilah mengharungi kehidupan duniawi yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

Pengalaman Mengandung Anak Sulungku


Pagi itu aku bangun lebih awal dari kebiasaan. .. Aku mencapai “Urine Pregnancy Test” yang dibeli semalam…Dengan harapan yang menggunung, aku mengharapkan hasil yang positif…dan…ALHAMDULILLAH..Itulah kalimah pertama yang terpacul dari mulutku. Aku hamil 3 minggu permata sulung kami! 2 minggu pertama aku melalui saat kehamilan tanpa sebarang masalah…Tika kandungan mencecah usia 7 minggu, aku mengalami alahan yang sangat teruk. Loya dan muntah sehingga 24jam sehari..semua makanan tidak boleh ditelan lagi..dan yang paling meloyakan aku ialah AIR MASAK dan BAU PERFUME SUAMIKU.  Semua urusan rumahtangga diambil alih oleh suami tercinta dengan penuh sabar. Aku tidak boleh bau sabun, bau2 di dapur..smuanya kurasakan terlalu busuk! Setelah 1 minggu keadaan ini berterusan, aku dimasukkan ke wad akibat dehidrasi.Itulah kali pertama aku dimasukkan ke wad..

Pada satu malam, aku merasa sakit yang amat sangat di pinggang sebelah kanan hingga hendak angkat kaki pun dah tak berdaya lagi. Suami membawa aku ke hospital kira2 jam 2a.m. Aku ditahan buat kali kedua. Doktor mendapati bahawa aku buah pinggang kananku bengkak dan  dijangkiti kuman. Setelah dirawat, aku pulang ke rumah dan muntah2 masih berlarutan seperti biasa. Semua ubat telah ditelan, semua klinik di kawasan rumahku telah dilawati, semua bidan pun ditemui..namun tidak menunjukkan tanda untuk hilang..malah makin teruk kerana berat badanku susut sehingga 3kg pada bulan itu.

Pada bulan ketiga hamil, aku diserang pula dengan penyakit gatal2 di kulit. Seluruh tubuhku berair dan pedih. Akibat tidak tahan lagi, aku dimasukkan ke wad buat kali ketiga…Suami dan keluarga memberi kata2 semangat untukku…”Terimalah ujian dengan sabar dan redha. Inilah ujian Allah untuk hambaNya” Kata2 itu menjadi motivasi untuk diriku…

Gatal2 beransur hilang menjelang bulan keempat hamil. Namun muntah2 tetap berterusan seperti biasa. berat badan pula makin susut. Masuk saja bulan kelima aku hamil, aku diserang sakit dada yang amat sangat. Sehingga berpeluh2 dan hampir pengsan akibat terlalu pedih seperti dada ini ditikam bertubi2 dengan lembing! Suami segera membawaku ke hospital dan aku ditahan lagi buat kali keempat, kelima, keenam akibat sakit yang sama. Doktor di hospital mengatakan aku gastrik hasil dari ujian OGDS yang dijalankan. Namun aku berasa tidak puas hati dengan jawapan diberikan kerana tidak mungkin gastrik rasanya seperti akan mati.Sakitnya di sebelah kanan bukan di tengah seperti gastrik. Akhirnya doktor-doktor berbincang dan ingin melakukan pembedahan terhadap aku kerana khuatir jika aku sakit kerana Appendic. Aku dibedah namun doktor tidak menemui apa2! Mujur bayiku selamat ketika pembedahan. Alhamdulillah ALLAH melindungi bayiku ini.

Setelah keluar wad buat kali keenam itu, aku mengunjungi sebuah hospital swasta. Ujian imbasan dilalukan dengan teliti dan hasilnya amat memeranjatkan. “Bukan gastrik.Puan menghidap penyakit batu dalam hempedu dan kini batu itu telah menyebabkan saluran hempedu tersumbat dan hempedu menjadi bengkak!” Hmmm. Patutlah sakitnya lain macam. Sakit yang teramat sangat. Tidak dapat kugambarkan. Hanya Allah yang mengetahui.Kerana batu hempedu itu jugalah aku tidak dapat makan dan sentiasa muntah.

Doktor memberiku pilihan ketika usia kandungan mencecah 7 bulan lebih. Sama ada ingin melahirkan bayi sekarang supaya hempedu boleh dibuang dan aku tidak akan sakit lagi atau tetap meneruskan kehamilan sehingga 9 bulan. Kalau aku memilih untuk melahirkan bayi di waktu ini, bayiku akan lahir sebagai bayi pramatang dan akan berdepan dengan pelbagai risiko. Lalu aku nekad ingin meneruskan kandungan ini. Bayi yang semakin aktif bergerak dan suami yang sentiasa berada di sisiku siang malam memberi aku semangat untuk melalui setiap saat yang amat sakit dan sukar ini.

Sudah 9 kali aku masuk wad akibat sakit ini. Setiap kali sakit, aku diberi sejenis ubat penahan sakit “Pethidine” iaitu sejenis morfin yang akan menyebabkan aku tidur tanpa menyedari apa2 pun yang berlaku. Dari 7 bulan sehingga 8 bulan setengah aku hamil, masa dihabiskan hanya di wad. Semua doktor dan jururawat telah kenal benar dengan aku kerana kerap masuk sehingga digelar “Orang Lama”.

Ketika kandunganku berusia 35 minggu, tiba2 ada air jernih mengalir dengan banyak. Ibuku mengatakan ianya tanda bersalin..namun aku sedikitpun tidak merasa sakit. Ibu menyuruh aku ke hospital sahaja kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. Aku ditahan buat kali ke 10! dan aku duduk di katil no 10! Jururawat berseloroh dengan aku. “Baby kamu ni dh nak keluar kot. Elok la tu..dah 10x masuk. Katil pun no 10″. Setelah 2 hari di wad, air tersebut telah berhenti mengalir. Pukul 8 pagi, 23/03/2011, Doktor mengatakan pada mulanya terdapat kebocoran namun kini kebocoran tersebut telah pulih. Petang nanti aku sudah boleh pulang ke rumah. Hatiku gembira. Tiba2, pada pukul 10 pagi, aku diserang demam panas. Panasnya hampir mencecah 40 darjah celcius. Mataku sudah tidak mampu dibuka. Badan terasa terlalu lemah. Kulihat doktor2 keluar masuk dengan kalut. Kemudian datang doktor pakar memeriksa perutku. Mereka berbincang sesuatu. Ada riak cemas di wajah semua doktor. Kufikir mereka bercakap tentang orang lain lalu aku teruskan tidur, Suami datang melawat pukul 12 tengahari. Waktu itu jururawat dan seorang doktor pakar mahu memeriksa aku. Aku sedikit marah.”Hmm..waktu melawat pun nak check. tak boleh tunggu ke.” bisikku dalam hati kecil. Aku menyuruh suamiku pulang dahulu dan datang semula petang nanti kerana aku harus diperiksa. Suami menurut sahaja. Aku masuk ke bilik doktor. Tiba2 mereka menukar pakaianku, memasang tiub pada salur kencing. Semua berlaku dalam keadaan kalut dan cemas. Aku bertanya “Kenapa ni?” Doktor berkata “Ok Puan. Harap bertenang. Puan akan dibedah dengan cepat sekarang juga. Bayi dalam bahaya. Degup jantungnya terlalu laju. Suhu badan puan juga terlalu tinggi” Aku panik dan menangis. Aku ingin menelefon suami dan menyuruhnya berpatah balik ke hospital namun doktor mengatakan tidak sempat dan berjanji akan memaklumkan sekarang juga kepada suami yang ketika itu baru sahaja keluar dari pagar hospital. Aku ditolak dengan laju ke bilik pembedahan kecemasan. Tepat jam 2.45 petang, lahirlah putera sulung kami yang sangat comel. Beratnya cuma 2.18kg. Dia sihat namun harus ditahan di Neonatal Intensive Care Unit(NICU) selama seminggu kerana paru-parunya dijangkiti kuman.

Bayi itu diberi nama Muhammad Luqman Wafi yang bermaksud yang terpuji, yang bijak dan yang setia. Ikuti kisah seterusnya di post selepas ini….