Tanda Anak Anda Mempunyai Asthma


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang mempunyai Asthma tentu runsing setiap kali masalah ni datang menyerang. Anak saya, Luqman turut ada masalah ni sejak dia berusia 4 bulan. Dia premature baby. Maybe paru-paru dia belum cukup matang dan tu lah salah satu faktor dia kena asthma atau lelah ni. Sekarang ni usia dia dah 2 tahun lebih dan Alhamdulillah, dia dah semakin pulih dari masalah asthma. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang asthma atau mengesyaki anak anda ada asthma, mungkin post ini boleh dijadikan panduan anda.

Tanda-tanda Asthma

1)Kerap selsema dan masalah hidung tersumbat

2)Kerap batuk terutama pada waktu tengah malam dan awal pagi

3)Demam setiap kali merasa sejuk (contohnya pergi tempat sejuk)

4) Allergic atau alahan terhadap sesetengah makanan

5)Bunyi kahak di dalam dada

6) Ruam pada kulit (ekzema)

7) Bernafas dengan susah dan nampak tidak selesa

8) Muntah-muntah setiap kali batuk sebab badan dia nak keluarkan kahak.

9) Meragam setiap kali cuaca yang terlalu panas/terlalu sejuk.

Mula-mula saya tak tahu Luqman kena asthma. Selsema dia berlarutan selama seminggu lebih, kemudian disusuli dengan batuk. Setiap malam batuk dia akan lebih teruk dan masa tu suhu badan akan sedikit meningkat. Tapi bukanlah panas yang terlalu tinggi. Badan terasa suam. Saya perasan ada sesuatu yang tak kena apabila dia mula meragam dan pernafasannya jadi laju. Dada dia jadi berombak dan ada bunyi wheeez….wheeez… semasa dia bernafas. Saya cepat2 bawa dia ke hospital dan doktor sahkan dia ada masalah asthma. Dulu masa dia kecil kerap juga di masuk wad sebab masalah ni. Selepas tu kami ada bincang dengan doktor dan beli mesin nebuliser supaya nanti bila dia asthma, dia tak perlu tinggal di wad. Hanya sedut gas kat rumah TAPI kami tetap mengikut dos yang doktor tetapkan dan rujuk doktor setiap hari sampai dia pulih. Selalunya bermula dengan 2jam sekali sedut gas sampai la jadi 6 jam sekali…baru betul2 ok. masa ni memang tidur tak cukup. sebab kena berjaga malam. Mujur dapat suami yang sudi bergilir jaga anak.😉 Pastikan juga dia sedut inhaler setiap hari mengikut waktu supaya dia tak mudah diserang asthma lagi. Macam Luqman dulu, kena sedut 2 kali sehari yang color purple tua tu. Meronta2 setiap kali nak buat. Haha. Sekarang dah tak pakai inhaler. Dia dah semakin baik dan dah pulih dari asthma. Ok, mommies dan daddies, sebenarnya ada cara untuk mengurangkan atau mengelakkan anak anda kerap diserang asthma.

1) Aktifkan Anakmu!

Sesetengah ibu bapa takut untuk biarkan anaknya berlari atau bermain dengan aktif kerana dikhuatiri asthma datang menyerang. Namun, cara ini amat baik sekali untuk anak. Sebab..semasa anak anda aktif, paru-paru akan cepat berkembang untuk menukarkan oksigen. Bila pernafasannya semakin baik,asthma juga beransur kurang. Luqman pun makin kurang asthma sejak saya selalu bawa dia berjoging dan berlari di padang.

2)Elakkan Menghias Rumah Berlebihan

Maksud saya disini ialah jangan letak permaidani/carpet punyalah banyak sampai tak sempat nak vacuum. Lebih bagus jangan letak lansung. Habuk dan debu sembunyi kat situ. Bunga2 hiasan pun tak perlu la letak terlalu banyak sampai tak sempat nak mencuci habuk.

3)Kerap Membasuh

Ya. anda perlu kerap membasuh cadar anak, selimut, sarung bantal dan langsir rumah anda. Seminggu sekali dah cukup baik untuk anda basuh cadar dan sebagainya tu. Selepas tu jemur tilam dan bantal dia kat panas supaya bebas hama yang juga penyebab asthma. Langsir tu kalau rasa susah nak buat seminggu sekali, memadailah 2 minggu sekali. Kerap membasuh sebenarnya sangat membantu mengurangkan risiko serangan asthma ni.

4)Elakkan Melancong Ke Tempat Sejuk

Dalam hal ni, kalau anda terpaksa, contohnya sambung belajar atau bekerja di luar negara, pastikan anak anda kurang didedahkan dengan aktiviti outdoor, pakaikan pakaian tebal, galakkan dia selalu minum susu suam atau air masak yang suam supaya badannya sentiasa hangat.

5)Elakkan Makanan Sejuk/Gatal

Elakkan ais dan makanan yang boleh menyebabkan alahan contohnya udang dan ketam. Jika timbul tanda alahan, dapatkan rawatan segera kerana sesetengah alahan boleh menyebabkan maut akibat pembengkakan saluran pernafasan.

6)Beri Madu Setiap Hari

Belikan madu kepada anak dan pastikan dia makan setiap pagi.

7) Elak Benda Berbulu

Benda berbulu seperti anak patung bear, binatang seperti kucing, dan permainan yang jenis berbulu haruslah dielakkan dari anak anda. Benda macam ni mengumpul habuk dan kalau anak selalu main, dia akan sedut habuk dan terus menyebabkan alahan.

8) Jangan Pakaikan Bedak

Dulu saya hairan, kenapa nurse dan doktor kat hospital tak bagi kita pakaikan bedak kat baby. Ala, orang nak anak wangi-wangi pun tak boleh ke? Tapi selepas Luqman kena asthma barulah saya faham bedak sebenarnya benda yang paling mudah menyumbangkan asthma sebab debunya sangat halus untuk memasuki saluran pernafasan. Kalau nak letak juga, sikit cukuplah ye. Atau gantikan je dengan baby cologne.

9)Pakai Stokin

Biasakan anak dengan pakaikan stokin pada dia sebelum tidur. Sapu Vicks atau balm pada tapak kaki. Bila badan dia sentiasa rasa hangat dan selesa, pernafasan dia juga akan jadi baik dan semakin baik.

10) Latihan Pernafasan

Pastikan setiap hari, anda luangkan masa 15 minit untuk anak anda, ajarkan dia latihan pernafasan. Tak susah pun. Suruh anak tarik nafas dalam dalam, tahan nafas untuk 3 saat dan lepaskan. Anda juga harus menyertai aktiviti ini dan libatkan juga suami dan semua anak yang lain! Aktiviti ni sangat seronok. Selain ia baik untuk pernafasan dan perjalanan darah, ia juga mengeratkan kasih sayang anda semua!

Saya harap post ni membantu anda semua ye.😉

 

2 thoughts on “Tanda Anak Anda Mempunyai Asthma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s