Viral Croup – Simptom, Cara Merawat & Cara Mencegah


Merujuk pada komen2 pada post saya tentang ini< https://mamamunie.wordpress.com/2013/05/18/kerana-viral-croupanakku-kritikal />, ramai juga ibu-ibu yang prihatin dengan memberi maklumbalas supaya diterangkan dengan lebih terperinci tentang penyakit ini. Thanks ibu-ibu semua! Banyak kebaikan yang saya dapat daripada komen-komen anda. Saya sangat menghargainya. Walaupun ada komen yang tak sempat saya balas, namun saya membaca kesemua komen dengan teliti. Jadi, saya buat post ini supaya anda semua dapat tahu lebih lanjut dan dapat menghadapi dengan baik jika perkara ni berlaku terhadap budak lain. Melalui pencarian saya di google dan sebagainya, tak banyak artikel mahupun perkongsian perkara ini dalam Bahasa Melayu. Mungkin penyakit ni belum popular di Malaysia. Saya sendiri pun tak pernah dengar tentang penyakit ni sampai la bila dah tertimpa atas batang hidung sendiri, kalut la saya mencari maklumat. Dan hal ni menguatkan lagi semangat saya untuk buat post ni! Yes!!! go Mamamunie go!!!hahaha.

Apakah itu Viral Croup?

Viral croup jangkitan atau keradangan pada saluran pernafasan atas hingga menyebabkan pembengkakan pada kerongkong. Pembengkakan kerongkong ini akan mengganggu pernafasan anak anda sehingga menyebabkan suaranya parau dan batuk yang berbunyi seperti salakan anjing (barking cough). Simptom ini akan lebih teruk lagi di malam hari dan apabila anak anda menangis. Suaranya akan kedengaran seperti tersekat sekat. Selalunya pesakit akan dirawat dengan menggunakan steroid dan, epinephrine (adrenalin) akan digunakan jika anak anda berada pada tahap kesakitan yang serius.

Nampak tak pembengkakan saluran pernafasan dalam gambar ni? Bengkak yang serius boleh menutup terus laluan udara/oksigen.Sumber gambar : http://www.childrensdayton.org

Tanda/Simptom

1)Batuk yang kedengaran seperti bunyi anjing

2)Demam panas melebihi 38.5 darjah celcius

3)Mata kelihatan layu dan tidak bermaya

4)Anak nampak kurang aktif

5)Bibir kering dan pucat/ nampak kebiruan

Punca & Penyebab

Kebanyakkan croup berpunca daripada jangkitan virus parainfluenza type 1 dan 2.  dan hanya kira-kira 25% kes berpunca dari bakteria. Masa Luqman kena croup ni doktor ada tanya duduk kawasan mana dan ada sebarang proses pembangunan ataupun ubah suai rumah. Saya cakap, YA. Doktor cakap debu dari simen juga mungkin menyebabkan berlakunya croup ini.

Tahap Penilaian Viral Croup

Tahap penilaian ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ringan, sederhana dan berat. Dulu Luqman dikategorikan dalam bahagian berat(severe).

Ringan – Croup yang ringan hanya menunjukkan tanda demam dan batuk yang berbunyi seperti anjing.

Sederhana- Demam, batuk seperti anjing, dada masuk ke dalam setiap kali bernafas. Pesakit masih boleh bercakap.

Berat- Batuk sudah tidak kedengaran, pesakit hampir tidak sedarkan diri, bibir bertukar kebiruan, demam yang tinggi, suara tidak kedengaran (dah tak mampu cakap). Croup berat hanya dialami pada 1% kanak-kanak yang mengalaminya, dan Luqman salah seorang.

Cara Merawat

Anda sebagai ibu bapa kena pastikan anak anda berada dalam keadaan yang sangat selesa, berusaha agar dia tidak menangis dan tenangkan anak semasa dia mengalami kesukaran bernafas semasa doktor sedang merawatnya. Kanak-kanak ini akan diberi rawatan dengan menggunakan steroid dan adrenalin. Mereka juga akan diberi bantuan pernafasan iaitu oksigen jika paras oksigen didalam darah kurang dari 92%.

1)Jangan biar anak anda tidur bersendirian walaupun batuk croup dia tidak serius kerana croup boleh menjadi serius pada bila-bila masa sahaja tanpa anda sedari.

2)Dapatkan rawatan kecemasan dengan segera jika anak anda yang diserang Viral Croup turur menunjukkan tanda tanda kesukaran bernafas, kencing yang sedikit, enggan makan atau minum, dan bibir yang kebiruan.

3)Pastikan anak anda minum banyak air. Dia tak nak makan tak apa. Jangan paksa. Cuma pastikan air diberi dengan cukup. Beri anak minum air glukos atau air kelapa muda yang boleh memberi tenaga dan kesegaran kepadanya. Namun pada croup peringkat teruk sehingga susah untuk minum, mungkin doktor akan pasang drip untuk masukkan air.

Cara Pencegahan

Kebanyakkan viral croup boleh dicegah sekiranya anak anda mengambil vaksin Influenza dan Diphteria. Luqman tak pernah ambil vaksin ni. Mungkin bagi sesiapa yang anaknya dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun boleh ambil vaksin ni sebab Viral croup amat kerap terjadi pada kanak-kanak usia begini. Namun, bagi sesiapa yang anti vaksin, saya harap anda tidak menghantar komen yang menghentam saya dan ibu bapa lain yang memilih untuk memberi vaksin kepada anak mereka, DAN ibu bapa yang vaksin anak pula tolong jangan hentam ibu bapa yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka kerana semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak masing-masing. Terpulang kepada cara masing-masing mencari, mengumpul dan mentafsir maklumat.

Sekian, Terima Kasih.

34 thoughts on “Viral Croup – Simptom, Cara Merawat & Cara Mencegah

  1. Pingback: Kerana Viral Croup,Anakku Kritikal | .Mama.Wafi.

  2. salam..info yg bguna..tp stau sy sume bby skg dh dpt inj. Influenza & Diphteria ms baby ..ms umo 2,3,5bln..booster dose 18 bln..DTaP,HIb,IPV..

  3. terbaca info ni teringat pd anak sy…mgkin diperingkat sederhana… hati ibu mmg tak tenang kalau anak tak sihat… sy rujuk pakar kanak2 swasta…alhamdulillah lega hati bila nampak dia sihat…

  4. Sebab tu vaksin DTAP/HIB/IPV sgt2 penting..vaksin ni blh mencegah 5 jenis penyakit termasuk difteria dan influenza..

    • Boleh Encik Amir. Pernah dengar batuk anjing x? memang istilah kasar. tapi itu la yang orang tua2 panggil. siapa yg kena ni akan rasa penat, sukar bernafas dan sebagainya

      • Rase mcm sy kena haritu…suara serak dh mcm xblh nk ckp.rase penat sgt.tekak mmg sakit mcm bengkak.smpi nk telan air pun susah.lebih2 lagi waktu mkm.to mungkin sy xberat.sy tawakal minum madu la,kumur air grm,minum air masak byk.alhamdulillah sembuh…

  5. after a year baru baca. still never to late to knw. tq sis for share. anak saya ada simptom2 diatas. just throat dia slalu sy pantau dgn medicine dr klnk pakar kanak2 and vaccine. alhamdulillah. sy tau juga akhirnya apa yg berlaku pd ank sy. even mild still kne berjaga2

  6. Dah setahun baru terbaca. Alhamdulillah Luqman sihat…terima kasih ttg info ni. Anak sy Adam baru nak masuk 3thn. Minggu lps baru masuk hospital sbb lebih kurang sama mcm Luqman. Cuma anak sy on off dmm 4 hari. Esoknye kat rumah babysitter dia main mcm org sihat, lps tu melepek mcm Luqman & trus menggigil, biru 1 bdn. Mereka bwk ke klinik swasta, disuruh hantar trus ke hospital. Dr mula2 suspek denggi. Tp Alhamdulillah lps cek darah semua xdek denggi. Tp Dr sebut dia dijangkiti virus influenza jgk. Cuma x serius. Hanya sebabkan tonsil kecil. Esoknye Adam dah ok sbb dah masuk air. Tp Dr x tanye pasal vaksin influenza ni pulak. So, boleh x saya nak tanya dgn Mama. Adakah vaksin influenza ni termasuk dlm schedule cucuk bdk di klinik kesihatan tu @ kita kena ambil di swasta? Terima kasih Mamamunie bg sy info terbaik ni. Semoga Luqman sihat sentiasa ye…….

    • Puan Hamimah, kerajaan x sediakan vaksin influenza ni. Kita kena dapatkan sendiri di klinik swasta. Sy pun doakan Adam sentiasa sihat dan cergas. Terima kasih sudi kongsi pengalaman kat sini. xoxo.

  7. pengalaman saya mase keja kat ward kanak2 jge patient viral croup…mmg kesian sgt.. trbayang kalo ank sendiri macam mane..
    ape² pun kalo kite nmpk ank kite mcm xok,cpt bwk ke hospital..

  8. السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 😊. Anak sulung saya pernah kena croup ni 2x. First masa umur dia 1y10m. Teruk sampai oxygen level tinggal 60% saja. Di UK doctor bg steroid. Tp dia xmention pulak pasal vaccin. Huhuhu

    • السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 😊. Anak sulung saya pernah kena croup ni 2x. First masa umur dia 1y10m. Teruk sampai oxygen level tinggal 60% saja. Di UK doctor bg steroid. Tp dia xmention pulak pasal vaccin. Huhuhu mungkin kene amik kat prive hospital kot. Hurm mmg ssh hati anak aktif tetibe xckp and xmkn langsung 5hari. Hurm. Biasanya dia akan jadi waktu mlm. So ibu ayah jena perhati anak2:)

  9. Trima ksih atas info. Saya juga prnh brada dsituasi yg sama dgn puan. Doktor ktakan mungkin ank xdpt dslmatkn. Terasa dunia bhenti trus. Gelap. ank xdpt mnangis krn trlalu pnat. Badan kebiruan. Sehingga lutut ank trpksa dtebuk utk masuk air…. Syukur,Tuhan masih beri pluang kpada saya utk jdi ibunya. Skrg ank sakit je mesti cpat ke hosp. Hosp kjaan pun skrg terbaik perkhidmatannya..

  10. anak sy berusia 2 bulan bwu kluar dari wad krana para ifluenza type 3 n suspek batuk kokol..saya nk tny betol ke parainfluenza type 3 nie xad ubat n boleh dtg kembali slpas dpt rawatan..skang anak sy masih dlm rawatan lg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s