Tag Archive | Fatherhood

Luqman’s Caterpillar Sleeping Bag


Memandangkan aircond di rumah baru sahaja di repair dan ditambah gas, maka suhu menjadi sangat sejuk di dalam bilik. Mama kesian kat Luqman jadi mama belikan Caterpillar Sleeping Bag supaya Luqman sentiasa rasa suam dan selesa ketika tidur. Mama beli dari onlinebabywear.com dengan harga RM39.90. Memang puas hati sebab tebal dan lembut.

Luqman pun nampak cute je dok dalam tu. hehehe.

Bagaimana Menjadi Ibu Bapa Yang Baik??


Assalamualaikum…

Ibu bapa yang baik sebenarnya menjadi acuan penting untuk membentuk anak2 yang baik. Saya pernah melihat seorang kanak-kanak, apabila memarahi adiknya nada suaranya tinggi, renungan matanya tajam, bahasanya kasar… saya berfikir “hmm..budak sebesar ini pun bertindak macam orang dewasa ketika marah” tapi selepas 5 minit, datang la si ibu…memarahi anak2 yang sedang bergaduh.hmm no wonder. si ibu ketika marah guna bhasa kasar, tengking anak2. patutla anaknya garang…mencontohi si ibi 100%. tak perlu la saya jelaskan panjang lebar, anda tentu dapat berfikir apa yang berlaku jika anda memarahi anak2 dalam kelembutan..tips terbaik, gunakan pendekatan psikologi..gunakan penerangan agama.. contohnya.. “x baik kakak lawan cakap ibu, nanti Allah marah..esok bila bangun tidur, tiba2 mulut kakak x boleh cakap, x boleh makan. Allah ambil balik mulut sebab suka melawan ibu”

“Some kids do what you say.  Some kids do what you say do not do.  But all kids do what you do.”

Sikap kedua yang patut dicontohi ibu bapa ialah adil.Adil membahagikan kasih sayang, adil membahagikan segalanya walaupun sebiji kurma. Saya pernah melihat seorang ibu mempunyai 5 anak. ketika hendak berbuka puasa, si ibu mendapati kurma hanya tinggal sebiji sahaja. apa yang si ibu buat ialah belah kurma tadi kepada 7 bhagian. 1 untuk ibu,1 untuk ayah dan seorang satu untuk anak-anaknya. Dan saya melihat peribadi anak2nya, soleh dan solehah. adil sesama sendiri dan bijak bertolak ansur.

Lazimnya, kita sebagai ibu bapa, kerap membebel dan berleter apabila memarahi anak-anak. Cuba kita ubah style…diam apabila marah. tapi jangan memberontak. contohnya bila suruh anak buang sampah, anak buat derk je..jangan marah. diam sahaja. anak akan perasan perubahan si ibu dan dia akan buat tugasan tersebut untuk pulihkan suasana harmoni dengan ibu. xpun gunakan psikologi lagi..(wah..wah..asyik psikolgi je sy ni) “kalau adik x tolong ibu, ibu boleh buat sndri..xpe la…nnt biarla ibu pengsan kat dapur.. xda sapa tlong ibu.”

Apabila janji mesti anda tepati. Contohnya, “kalau adik siapkan kerja sekolah, ibu bwa keluar mkn mlm ni” bila anak dah buat, jangan pula buat alasan yer. anda dah janji. kalau anda selalu memungkiri janji, anda sebenarnya dalam proses mengajar anak anda bercakap bohong dan memperkecilkan perasaan orang lain.

Childhood Years Can Be Great

Jadilah pasangan romantis di hadapan anak2 anda walaupun anda dan pasangan sedang bergaduh.  jangan show depan anak2. apabila hati mereka bahagia melihat ibu bapa, ia akan membentuk jaringan positif dalam dirinya. InsyaAllah anak-anak anda nanti akan jadi orang yang positif dan berperibadi mulia.

buat harini.tu ja la saya nak ngomel kot..hihi. klau terlintas lagi apa2 tips, saya share k!!

Pengalaman Mengandung Anak Sulungku


Pagi itu aku bangun lebih awal dari kebiasaan. .. Aku mencapai “Urine Pregnancy Test” yang dibeli semalam…Dengan harapan yang menggunung, aku mengharapkan hasil yang positif…dan…ALHAMDULILLAH..Itulah kalimah pertama yang terpacul dari mulutku. Aku hamil 3 minggu permata sulung kami! 2 minggu pertama aku melalui saat kehamilan tanpa sebarang masalah…Tika kandungan mencecah usia 7 minggu, aku mengalami alahan yang sangat teruk. Loya dan muntah sehingga 24jam sehari..semua makanan tidak boleh ditelan lagi..dan yang paling meloyakan aku ialah AIR MASAK dan BAU PERFUME SUAMIKU.  Semua urusan rumahtangga diambil alih oleh suami tercinta dengan penuh sabar. Aku tidak boleh bau sabun, bau2 di dapur..smuanya kurasakan terlalu busuk! Setelah 1 minggu keadaan ini berterusan, aku dimasukkan ke wad akibat dehidrasi.Itulah kali pertama aku dimasukkan ke wad..

Pada satu malam, aku merasa sakit yang amat sangat di pinggang sebelah kanan hingga hendak angkat kaki pun dah tak berdaya lagi. Suami membawa aku ke hospital kira2 jam 2a.m. Aku ditahan buat kali kedua. Doktor mendapati bahawa aku buah pinggang kananku bengkak dan  dijangkiti kuman. Setelah dirawat, aku pulang ke rumah dan muntah2 masih berlarutan seperti biasa. Semua ubat telah ditelan, semua klinik di kawasan rumahku telah dilawati, semua bidan pun ditemui..namun tidak menunjukkan tanda untuk hilang..malah makin teruk kerana berat badanku susut sehingga 3kg pada bulan itu.

Pada bulan ketiga hamil, aku diserang pula dengan penyakit gatal2 di kulit. Seluruh tubuhku berair dan pedih. Akibat tidak tahan lagi, aku dimasukkan ke wad buat kali ketiga…Suami dan keluarga memberi kata2 semangat untukku…”Terimalah ujian dengan sabar dan redha. Inilah ujian Allah untuk hambaNya” Kata2 itu menjadi motivasi untuk diriku…

Gatal2 beransur hilang menjelang bulan keempat hamil. Namun muntah2 tetap berterusan seperti biasa. berat badan pula makin susut. Masuk saja bulan kelima aku hamil, aku diserang sakit dada yang amat sangat. Sehingga berpeluh2 dan hampir pengsan akibat terlalu pedih seperti dada ini ditikam bertubi2 dengan lembing! Suami segera membawaku ke hospital dan aku ditahan lagi buat kali keempat, kelima, keenam akibat sakit yang sama. Doktor di hospital mengatakan aku gastrik hasil dari ujian OGDS yang dijalankan. Namun aku berasa tidak puas hati dengan jawapan diberikan kerana tidak mungkin gastrik rasanya seperti akan mati.Sakitnya di sebelah kanan bukan di tengah seperti gastrik. Akhirnya doktor-doktor berbincang dan ingin melakukan pembedahan terhadap aku kerana khuatir jika aku sakit kerana Appendic. Aku dibedah namun doktor tidak menemui apa2! Mujur bayiku selamat ketika pembedahan. Alhamdulillah ALLAH melindungi bayiku ini.

Setelah keluar wad buat kali keenam itu, aku mengunjungi sebuah hospital swasta. Ujian imbasan dilalukan dengan teliti dan hasilnya amat memeranjatkan. “Bukan gastrik.Puan menghidap penyakit batu dalam hempedu dan kini batu itu telah menyebabkan saluran hempedu tersumbat dan hempedu menjadi bengkak!” Hmmm. Patutlah sakitnya lain macam. Sakit yang teramat sangat. Tidak dapat kugambarkan. Hanya Allah yang mengetahui.Kerana batu hempedu itu jugalah aku tidak dapat makan dan sentiasa muntah.

Doktor memberiku pilihan ketika usia kandungan mencecah 7 bulan lebih. Sama ada ingin melahirkan bayi sekarang supaya hempedu boleh dibuang dan aku tidak akan sakit lagi atau tetap meneruskan kehamilan sehingga 9 bulan. Kalau aku memilih untuk melahirkan bayi di waktu ini, bayiku akan lahir sebagai bayi pramatang dan akan berdepan dengan pelbagai risiko. Lalu aku nekad ingin meneruskan kandungan ini. Bayi yang semakin aktif bergerak dan suami yang sentiasa berada di sisiku siang malam memberi aku semangat untuk melalui setiap saat yang amat sakit dan sukar ini.

Sudah 9 kali aku masuk wad akibat sakit ini. Setiap kali sakit, aku diberi sejenis ubat penahan sakit “Pethidine” iaitu sejenis morfin yang akan menyebabkan aku tidur tanpa menyedari apa2 pun yang berlaku. Dari 7 bulan sehingga 8 bulan setengah aku hamil, masa dihabiskan hanya di wad. Semua doktor dan jururawat telah kenal benar dengan aku kerana kerap masuk sehingga digelar “Orang Lama”.

Ketika kandunganku berusia 35 minggu, tiba2 ada air jernih mengalir dengan banyak. Ibuku mengatakan ianya tanda bersalin..namun aku sedikitpun tidak merasa sakit. Ibu menyuruh aku ke hospital sahaja kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. Aku ditahan buat kali ke 10! dan aku duduk di katil no 10! Jururawat berseloroh dengan aku. “Baby kamu ni dh nak keluar kot. Elok la tu..dah 10x masuk. Katil pun no 10″. Setelah 2 hari di wad, air tersebut telah berhenti mengalir. Pukul 8 pagi, 23/03/2011, Doktor mengatakan pada mulanya terdapat kebocoran namun kini kebocoran tersebut telah pulih. Petang nanti aku sudah boleh pulang ke rumah. Hatiku gembira. Tiba2, pada pukul 10 pagi, aku diserang demam panas. Panasnya hampir mencecah 40 darjah celcius. Mataku sudah tidak mampu dibuka. Badan terasa terlalu lemah. Kulihat doktor2 keluar masuk dengan kalut. Kemudian datang doktor pakar memeriksa perutku. Mereka berbincang sesuatu. Ada riak cemas di wajah semua doktor. Kufikir mereka bercakap tentang orang lain lalu aku teruskan tidur, Suami datang melawat pukul 12 tengahari. Waktu itu jururawat dan seorang doktor pakar mahu memeriksa aku. Aku sedikit marah.”Hmm..waktu melawat pun nak check. tak boleh tunggu ke.” bisikku dalam hati kecil. Aku menyuruh suamiku pulang dahulu dan datang semula petang nanti kerana aku harus diperiksa. Suami menurut sahaja. Aku masuk ke bilik doktor. Tiba2 mereka menukar pakaianku, memasang tiub pada salur kencing. Semua berlaku dalam keadaan kalut dan cemas. Aku bertanya “Kenapa ni?” Doktor berkata “Ok Puan. Harap bertenang. Puan akan dibedah dengan cepat sekarang juga. Bayi dalam bahaya. Degup jantungnya terlalu laju. Suhu badan puan juga terlalu tinggi” Aku panik dan menangis. Aku ingin menelefon suami dan menyuruhnya berpatah balik ke hospital namun doktor mengatakan tidak sempat dan berjanji akan memaklumkan sekarang juga kepada suami yang ketika itu baru sahaja keluar dari pagar hospital. Aku ditolak dengan laju ke bilik pembedahan kecemasan. Tepat jam 2.45 petang, lahirlah putera sulung kami yang sangat comel. Beratnya cuma 2.18kg. Dia sihat namun harus ditahan di Neonatal Intensive Care Unit(NICU) selama seminggu kerana paru-parunya dijangkiti kuman.

Bayi itu diberi nama Muhammad Luqman Wafi yang bermaksud yang terpuji, yang bijak dan yang setia. Ikuti kisah seterusnya di post selepas ini….