Tag Archive | Job

Tips Berjaya Temuduga & Mudah Dapat Kerja


Baru-baru ni salah seorang pensyarah saya semasa di universiti dulu meminta saya mengulas tentang punca kegagalan graduan mendapat kerja, punca gagal temuduga dan apa yang majikan mahukan dari graduan? Walaupun saya bertugas di bidang HR,namun saya segan untuk mengulas pada mulanya kerana dia pensyarah saya, ilmu lebih dari saya. Namun akhirnya,saya pun mengulas dengan panjang lebar dengan niat untuk membantu beliau melengkapkan tugasan dan mendidik anak bangsa yang lain.

Ramai graduan tidak mengetahui, permohonan mereka ditolak sebaik sahaja pihak HR meneliti resume mereka. Resume mestilah mengandungi maklumat yang ringkas, tetapi padat dengan informasi berguna. Mungkin graduan memandang remeh pada bahagian gambar, hobi dan cita-cita. Namun perkara ini amat dipandang serius oleh sesetengah majikan. Ada graduan yang mengisi hobi mereka dengan melayari internet, bermain game dan beberapa hobi yang langsung tidak berfaedah. Cita-cita pula diisi dengan jawapan yang mengarut seperti menjadi burung yang terbang bebas. Gambar pada resume pula diletakkan gambar posing di tepi pantai, gambar sedang makan dan sebagainya. Jadi, resume mereka akan mendapat markah penilaian yang rendah dan mungkin tidak dipilih untuk disenarai pendek.

Ruangan objektif pada resume: Pada ruangan ni tulis Mengapa anda fikir kami perlu mengambil anda bekerja dengan kami? Bolehkah pekerjaan ini memenuhi keperluan dan kehendak anda dalam kerjaya? Apa pandangan anda tentang masa depan syarikat ini?Kadang kala pihak HR menerima puluhan resume untuk diteliti dalam masa sehari. Kami tidak mempunyai banyak masa jadi kami hanya shortlisted yang mempunyai objektif yang bagus,sesuai dan keputusan bahasa Inggeris yang baik.

Apa yang majikan mahukan?

Kesungguhan graduan mencari maklumat syarikat.

Cari sebanyak mungkin maklumat tentang latar belakang syarikat, apa perniagaan yang syarikat ni buat,di mana lagi cawangan syarikat.Walaupun anda mungkin silap ketika memberi jawapan, namun kesungguhan anda memberi sebanyak mungkin maklumat adalah sangat bagus dan berpotensi.

 Cerewet soal gaji.

Ada graduan yang meletakkan gaji yang dipohon dengan terlalu tinggi dan enggan meletakkan gaji yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Jawapan yang selalu majikan mahukan ialah “Saya fleksibel dalam soal gaji kerana saya ingin mencari pengalaman kerja. Saya akan bekerja sebaik mungkin kerana gaji bukanlah kepentingan utama saya.” Saya yakin kebanyakkan syarikat ada gred dan tangga gaji mereka sendiri dan mustahil anda akan diberi gaji yang tidak logik atau terlalu rendah. Graduan jangan terlalu memilih. Yang penting ialah anda dapat belajar dan mencari pengalaman kerja.

 Gagal menjawab soalan cepu emas

Saya biasanya bertanya pada graduan. Adakah anda seorang pendiam atau peramah?

-Saya seorang pendiam. Saya tidak suka bersembang.

(Biasanya gagal dapat kerja. Tak suka sembang bagaimana nak attend meeting, bincang dengan rakan sekerja dan bos?)

-Saya seorang yang sangat peramah. Suka sangat bercakap.

(Biasanya gagal juga. Sebab orang yang bagi jawapan begini biasanya kerja lambat siap kerana asyik bersembang)

Jawapan yang dimahukan

Saya peramah dan pendiam mengikut waktu yang sesuai dan situasi yang sesuai. Saya ramah ketika diminta memberi pendapat dan akan diam apabila saya memegang amanah tentang maklumat sulit dan rahsia syarikat.

 Kejujuran dalam menjawab pertanyaan

Jika anda benar-benar tidak tahu tentang soalan yang ditanya, seeloknya anda memohon maaf kerana tidak pasti dan akan berusaha meyakinkan penemuduga yang anda akan mencari jawapan tersebut selepas ini.

 Tahap penguasaan Bahasa Inggeris

Kebanyakkan majikan sekarang ni amat menitikberatkan Bahasa Inggeris. Cuba bercakap walaupun anda tahu anda bercakap broken English. Keyakinan diri untuk bercakap mungkin membuat majikan kagum dengan keberanian dan semangat anda.

 Teknik komunikasi yang baik

Jika anda ditanya 2 atau 3 soalan serentak contohnya “Kenapa pilih bekerja di bidang HR, kenapa tak nak sambung belajar lagi?” 2 soalan yang berbeza topik sebenarnya. Dari sini akan dibuat penilaian teknik komunikasi. Majikan mahu anda hurai satu demi satu soalan. Jangan campur adukkan kedua-dua topik serentak. Jawab satu persatu dengan lengkap, mungkin begini. “OK, untuk soalan puan yang pertama,bla bla bla…. dan untuk soalan kedua pula…..bla bla bla” Ketahuilah walaupun keputusan peperiksaan anda kurang memuaskan, namun jika part ini dan part bahasa Inggeris dijawab dengan baik, maka peluang untuk dapat kerja tu amat tinggi.

Keyakinan yang amat tinggi

Anda akan cuba memberi jawapan BOLEH walaupun anda tahu perkara tu mustahil. “Bolehkah anda merangka aktiviti untuk syarikat dan memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan baik?” Jawapan yang baik ialah “Ya, boleh. Saya akan cuba sebaik mungkin dan akan melakukan tugasan yang diberi dengan sehabis baik” Walaupun hati anda berkata mustahil la kau boleh buat tetapi anda tetap yakin. Jangan sesekali menjawab “Maaf lah. Saya tak pernah buat. Kalau ada guideline boleh kot..Hmm..tak pasti la.”

 Sikap Ambil Tahu

Ambil tahu tentang isu semasa dan hurai dengan baik demi menunjukkan anda benar benar minat dengan isu semasa.

Ada 15 perkara yang menjadi Faktor Penilaian dan faktor ini akan diberi rating standards dari 0-5 oleh penemuduga.

1)Punctuality (datang temuduga tepat pada masa dan tidak lewat)

2)Pakaian (Formal. No jeans, slipper and round neck shirt)

3)Tidiness (Baju masukkan ke dalam untuk lelaki, iron baju supaya kemas)

4)Hygiene (Pastikan kuku bersih, pakai sedikit perfume tapi jangan sampai memeningkan)

5)Politeness (Ketuk pintu, beri salam dan duduk apabila disuruh sahaja)

6)Oral Expression (Cakap dengan penuh yakin)

7)Written Expression (Menulis dengan kemas dan cepat)

8)Listening Skill (Tunggu penemuduga cakap habis, jangan main selit je. Dan fahami apa yang ditanya dgn baik)

9)Tactful (Bercakap benda yang mempunyai “isi yang bernas” dan tidak merepek)

10) Job knowledge/skill (Tahu tentang jawatan dipohon, apa kena buat)

11) Self confidence (Keyakinan yang amat tinggi dan bersungguh sungguh)

12)Creativity (Mampu berfikir dia luar kotak dan bijak menyelesaikan masalah)

13) Maturity (Menunjukkan tahap pemikiran yang dewasa dan bijak mengawal emosi apabila dikritik)

14)Leadership (Aktif memberi idea dan pandangan)

15)Sincerity (Kejujuran menyimpan rahsia syarikat dan berterus terang dengan majikan)

RUMUSAN

Majikan expect graduan yang mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi, kebolehan mendengar pertanyaan dengan baik dan menjawab soalan selari dengan pertanyaan. Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang baik juga amat perlu. Kemudian, majikan tengok kekemasan dan pakaian yang sesuai. Kalau datang pakai macam nak pergi shopping memang tak dapat lah jawabnya.

Cerita Interview Kerja Yang Ngeri


Assalamualaikum semua…

Hari Isnin haritu saya saja la masuk Jenjobs untuk cari kerja baru…bukan la terdesak sangat cuma sekadar suka-suka. Mana lah tahu ade rezeki lebih untuk anak2 saya. Tak sampai 10 minit lepas click apply, ada call masuk. Katanya dari DNMC INTERNATIONAL SDN BHD. Nak arrange interview session. Saya cakap esok ok la sebab harini saya kerja. So dia minta saya datang hari Selasa pukul 11 pagi. Saya pun pergi la dengan doa dan harapan semoga dapat kerja ni sebab gaji yang ditawarkan agak lumayan.Ramai juga tengah tunggu giliran nak masuk interview. Akhirnya tiba la giliran saya. Penemuduga tu 2 orang lelaki umur 30-an muka tak la sehensem Mr Bart. hahaha.

Saya: Assalamualaikum, Selamat Pagi.

Encik A: Waalaikumussalam. Sila duduk Cik Munirah.Ok, jika dilihat di sini Cik ade memohon jawatan Management Trainee dan Pegawai Operasi.Xpe saya akan tanya beberapa soalan dan lihat Cik lebih sesuai ke jawatan apa.Ok. Boleh Cik beritahu apa yang Cik tahu tentang company ini??

Saya: Saya ada membaca website company ni sebelum datang dan melalui pembacaan saya, saya faham bahawa company ni merupakan company pemborong barangan rumah, permainan kanak-kanak dan juga sebuah syarikat pengiklanan untuk company yang besar2 macam Ayamas, Rasamas, Dominos Pizza.

Encik A: Hmmm..ok kalau ditawarkan bekerja boleh ke Cik bekerja secara berkumpulan dan mula belajar dari bawah. Belajar dari yang betul2 basic punya part sampai la ke part yang tertinggi sehingga melayakkan Cik duduk di kerusi Pengurus Cawangan.

Saya: Oh boleh je.. Saya tiada masalah untuk belajar sesuatu yang baru.Encik A: Sekarang Cik bekerja di mana dan kenapa cari kerja baru?

Saya: Sekarang bekerja di dot dot dot. Ingin mencari kerja baru yang gaji lebih tinggi sebab anak dah dua. Belanja tinggi. Tu je la sebabnya.

Encik A: Berapa bulan notis diperlukan untuk berhenti kerja?

Saya: 2 bulan notis.

Encik A: (sambil tengok kalendar) ok…Cik boleh datang bekerja pada 2 September nanti. lagi 2 bulan. pukul 8pagi hingga 6 petang. Kita akan letakkan Cik dalam sebuah kumpulan dan ingin melihat cara Cik berkerja dan berkomunikasi. Cik akan belajar Communication Skills, HR Skills, Customer Service dan macam2 lagi. masa belajar ni gaji diberi RM1200 selama 3 bulan. Selepas 3 bulan ni, akan diserap ke Skill Pengurusan Pejabat di mana masa ni gaji dah naik kepada RM1800. So, esok boleh la hantar surat resign kat company cik ye.

Saya: Alhamdulillah..terima kasih.

Mula-mula tu rasa happy sangat-sangat. Tapi selepas berdoa memohon petunjuk dari Allah. Saya rasa lain macam. Rasa hati berat nak tinggalkan company sekarang. Pastu saya try google dulu tentang DNMC INTERNATIONAL ni. Masya Allah!!!! terkejutnye saya…bekerja dalam kumpulan tu kena naik van ramai-ramai pastu dorang tinggalkan kat kawasan lain2 suruh jual kek, mainan kanak2, buku dan macam2 lagi. Terima kasih kepada Shahrul’s Blog (http://shazrieeshah.blogspot.com/2009/09/04-september-2009-ramadhan-14.html) & Blog Dyna Syamsuri (http://dynasyamsuri.blogspot.jp/2012/07/masing-masing-punya-cerita.html) sebab dedahkan semua ni dan menurut blog beliau, gaji RM1200 pun bohong sebenarnya. Gaji ialah komisen dari barang-barang jualan tadi tu.

Apa Punca Sebenar Jururawat Menganggur??


Agak lama saya tak menaip entry di blog saya. busy kemain dgn anak yg aktif dan beberapa urusan lain…ni baru ja balik dari Taiping sebab melawat ibu bapa mertua yang nak menunaikan umrah Jumaat ini… Semoga mereka selamat pergi dan balik dan semoga ibadah mereka terbaik di sisi Allah S.W.T..

Ok, berbalik pada tajuk saya di atas yer…apa punca sebenar pemegang diploma kejururawatan masih menganggur?? baru-baru ini saya ada terbaca di akhbar tentang satu siasatan akan dijalankan berhubung isi ini…Jadi saya terpanggil untuk menulis pendapat saya tentang isu ini kerana adik saya juga seorang pemegang diploma kejururawatan dari sebuah kolej swasta terkenal, masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berpuluh permohanan dibuat. habis baik ialah dipanggil temuduga, kemudian…senyap lenyap begitu saja…

Saya bertanya adik saya..apa yang disoal ketika sesi temuduga?? dia cakap, “tanya ada pengalaman tak dan berapa lama pengalaman?” then adik saya beritahu dia fresh graduate dan pengalaman banyak dikutip semasa belajar kerana dihantar praktikal di hospital kerajaan di hampir kesemua bahagian wad. Namun jawapan yang diberikan amat menghampakan iaitu “Kami memerlukan jururawat yang dah cekap bekerja dan pengalaman kerja 3 tahun ke atas”hmmm

Saya rasa faktor utama jururawat tanam anggur ni ialah tidak diberikan ruang dan peluang untuk mengutip pengalaman. Betul x? kalau tidak ada sesiapa pun yang memberi peluang untuk mereka memulakan kerjaya, dari mana mereka nak dapatkan pengalaman??

Kalu dilihat balik, saya pernah duduk di wad selama 5 bulan dan saya lihat jururawat yang diambil bekerja takdelah cekap pun. adik saya lagi cekap kot. pernah tempat pembedahan saya di dressing mcm budak 6 tahun buat. balik dari wad, adik saya yang betulkan semua dan buat balik.. semasa dalam pantang juga adik saya yang menjaga bayi saya. jauh lebih cekap dari cara jururawat di hospital jaga..saya tahu sebab anak saya lahir x cukp bulan dan tinggal kat NICU sekejap. so, don’t judge a book by its cover!

Para interviewer yang terdiri daripada jururawat senior dan doktor juga perlu ingat..siapa anda sebelum anda sekarang?? anda juga bermula dari kosong. anda juga pernah diberikan peluang walaupun saat itu anda tiada pengalaman..kasihanilah anak-anak muda zaman sekarang yang begitu terbatas peluang kerjaya. berilah peluang untuk mereka belajar dan membuktikan kemampuan mereka. gaji bukan persoalan..yang penting ialah pengalaman yang bakal mereka kutip..

 

Rumusan saya di sini, x payah susah2 buat siasatan..sebabnya sudah terang lagi bersuluh..buka saja jobstreet, jenjob atau apa saja laman mencari pekerjaan..mesti ada tulis. “EXPERIENCE: 3 YEARS”

Sekian terima kasih

Jawatan Kosong Alor Setar 2011


Assalamualaikum

Sesiapa yang berminat nak jadi Pembantu Jualan di Kedai Perabot Wawasan 2020?

Kerjanya mudah sahaja. Cuma entertain customer yang datang nak beli perabot. Tu je. Gaji boleh dirunding mengikut pengalaman dan tahap “kepandaian” bercakap. Ada bonus dan komisyen.

– Berumur kurang dari 30 Tahun

– Sopan, kemas dan ramah

– Kelayakan tak kisah asalkan boleh membaca dan menulis

– Ada EPF dan SOCSO

– Wanita sahaja

– Mempunyai kenderaan sendiri

– Masa kerja: 10 PG – 7 PTG

Siapa yang berminat sila drop komen beserta e mail anda k.

POLIS IPD KOTA SETAR PERGI MANA WAKTU KERJA??


Saya sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan sikap polis polis di balai polis IPD Kota Setar. Kejadian pertama berlaku sekitar tahun lepas. Jiran saya ialah seorang yang kurang siuman. Pada suatu hari, lelaki ini telah memukul kakak saya sehingga lebam2 dengan topi keledar. Saya pun membawa la kakak saya ni ke balai polis untuk buat laporan… Di sana ada la lebih kurang 4 orang tunggu nak buat report…1 jam berlalu…saya lihat polis2 yang ada kat situ dk bgelak ketawa dok cerita kisah laksa kuala kedah la, rojak depan sekolah kolej la…tapi seorang pun dari kami belum dipanggil. Saya bangun dan bertanya, seorang polis wanita berkata “sabar la kejap. orang lain pun tunggu. tak bising pun” saya duduk semula. Kemudian masuk pula encik polis yg boroi dan hitam dok join depa sembang. Report kami x jugak diambil Seorang apek cina dah blah akibat x tahan tunggu. Polis hitam tu toleh ke arah aku dan cakap “hmmm. ni la dugaan mai sini dik. sabar tau. kami nak rehat sat.kalau hampa buat report kami kena mula kerja dah. Ni dik, dh kul 3 ni elok sangat kalauadik pi beli kuih ka, teh ais ka sikit untuk kami.” Tak guna! Saya menyumpah seranah polis2 ni dalam hati. Akhirnya setelah 3 jam menunggu, datang seorang pegawai yang pangkatnya agak tinggi saya fikir sebab kelam kabut polis2 ni bertaburan dan bertempiaran buat kerja dan mula ambil report bila dia ni masuk.

Kisah yang kedua berlaku pagi tadi. Seorang kawan di tempat kerja sayamembawa kereta. Masa tu hujan lebat. entah macam mana kereta yang dia pandu terkena lopak air dan terpercik kat sorang mamat ni. mamat ni berang la..dia kejar kawan saya ni… Kawan saya ni panik. Dia pi masuk kat satu simpang yang ada jalan mati. jadi dia pun terpaksa berhenti. mamat ni turun dan pegang rantai kunci motor tu nak libas ke arah kereta kawan saya. Kawan saya menangis dan menjerit. Dia pun call 999. Then 999 pun sambung kat IPD terdekat iaitu IPD KOTA STAR ni…Nak tau?? 3 kali sambung panggilan, namun panggilan tak dijawab!!! Polis semua pergi mana?? Makan gaji buta ka?? Kawan saya ni dah takut sangat2 sebab mamat ni suruh dia keluar dari kereta. Then anggota yang bertugas 999 tu kata, ok kejap..dia akan sambung ke Balai Polis Jitra.. Then dapat la..Kawan saya pun minta bantuan. Sambil menangis, kawan saya ni buka tingkap kereta sikit dan merayu kat mamat ni minta maaf. Mamat ni maybe terlembut hati kot, dah slow sikit jerkahan dan tengkingan. Lalu 15 minit kemudian, baru mamat ni blah….Tak habis di situ cerita polis ni, 1 jam kemudian, polis dari jitra call tanya kawan saya, “Macam mana sekarang? Orang tu masih di situ ke? Keadaan awak macam mana??” WEI…setakat nak call tak payah la..lagipun hang call dah 1 jam selepas tu. Kalau la betul2 mamat tu pukul masa tu macam mana? Polis memang mati2 takkan mengaku kesalahan diaorg. Sebab nak masyarakat anggap diaorang ni sangat mulia.

Saya tak nafikan, ada anggota polis yang jujur dan ikhlas buat kerja. Bersungguh2 cari rezeki halal. Saya memang tabik spring pada mereka ni. Bekerja bersungguh2 untuk dunia dan akhirat. Ingat wahai polis2 semua, bekerja la dengan jujur dan baik. Anda tentu dihargai dan Insya Allah bahagia lah anda di akhirat nanti saya doakan. Tapi buat polis yang makan rasuah, kerja tak jujur, aniaya orang. Terimalah sumpahan orang ramai yang setiap kali saya dengar bila ada cerita tentang ketidakjujuran para polis…”Tak selamatlah hang dunia akhirat!! Hancurlah keluarga hang!! Rosak punahlah kehidupan hang!!” Jauhkanlah diri anda dari sumpahan2 sebegini. Allah Maha Kaya. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Melihat. Ingatlah sentiasa.