Cara Mengubati Penyakit Batu Hempedu


Sebenarnya dah lama sangat saya nak tulis post ni. Tapi tak cukup masa dan tak cukup idea. Bila buka blog hari-hari ada komen tanya tentang pengalaman kena batu hempedu ni dan macam mana saya berubat. Tak kurang juga yang tumpang iklan menyediakan perkhidmatan dan rawatan untuk pesakit. Baguslah saling membantu. Namun begitu, ada beberapa perkara penting yang ingin saya kongsikan bersama anda, atas pengalaman saya sendiri yang kena sakit ni semasa mengandung anak sulung. Peritnya hanya Allah SWT yang tahu. Wad tu dah jadi rumah saya,airmata jangan cakap la. habis je waktu melawat, menangis sampai ke pagi. Kalau sakit menyerang, terus rasa macam nak mati waktu tu jugak! Bagi saya, wanita mengandung yang tinggal di wad dalam tempoh yang lama, mengalami satu “penderaan mental dan emosi” yang amat dahsyat. Masa tu kita nak belaian suami, nak manja dengan mak, nak enjoy setiap detik anak kita bergerak, tapi kita tak dapat semua tu. Walaupun doktor dan misi baik sangat2 dengan saya, saya alami tekanan perasaan. Setiap pagi, pakar psikologi akan datang pujuk dan bagi semangat. Ya, macam nak gila. Ok,dah melalut…hihihihi.

Bila saya dah sakit teruk sampai berat pun dah hampir 20kg turun, suami dan keluarga ikhtiar macam2 cara untuk ubati sakit batu hempedu ni. Pengalaman berubat yang pertama, kami pergi berjumpa Tok Bomoh Karang di Air Itam Kedah. Khabarnya, dia ni hebat sampai orang dari Brunei pun datang berubat dengan dia. Masa saya sampai dah penuh orang kat sana. Syarat nak berubat kena puasa hari tu. tak boleh makan, tapi boleh minum air. Sebelum ke sana saya pergi scan dulu kat klinik. penuh batu kat dalam hempedu tu. Sampai je giliran saya, masuk la jumpa Tok Moh ni. Dia bagi sebiji batu bentuk macam telur ayam. Dia pun baca la doa, jampi semua. Pastu dia suruh golek batu kat tempat yg sakit. Golek la beberapa minit. Pastu dia suruh tengok kat batu, ada nampak macam bintik2 oren tak?? Katanya batu tu macam hempedu dan bintik oren kedudukan batu tu. Pastu dia ambil segulung kapas yang dia dah siap gulung dan susun di rak rumah dia, dia suruh saya buka mulut luas2, nak keluarkan batu.Dia jolok kapas tu ke tekak dan suruh saya buat macam nak buang kahak. Ada la dalam 10 minit. Dia buka gulungan kapas tersebut. Wowww!!! Batu penuh kat dalam tu. Bayaran dah ditetapkan RM30. Lepas bayar, kami pun balik. Dalam kereta, kakak saya cakap. aku rasa mcam dia ni penipu. entah2 dalam kapas tu dia dah siap letak batu. Wallahua’lam. Tapi lepas tu kami terus ke klinik scan lagi sekali, batu still penuh macam awal scan tu la…. Dia menipu atau tidak, hanya Allah saja yang mengetahui.

Pengalaman kedua pula, mak jemput seorang ustaz dari Darussyifa untuk berubat saya kat dalam wad memandangkan keadaan kesihatan saya makin teruk,nak bangun duduk pun tak boleh. Ustaz minta suami belikan buah kurma, air zamzam, minyak zaitun dan air lemon. Ustaz mulakan dengan bacaan Quran yang sungguh syahdu sampai menitis airmata. Kemudian dia bacakan doa, minta saya makan kurman dan air zamzam. Selepas tu dia minta saya campur air lemon dan minyak zaitun, telan setengah cawan. Alhamdulillah, macam magic! Hilang 50% rasa sakit tu. Ustaz tu tak minta walau satu sen. Saya amalkan sampai la dalam pantang kat anak sulung hari yang ke 23, di mana saya dah tak tahan sakit sampai pitam.

Pengalaman ketiga,bila dah nak pengsan, suami bawa ke hospital dan doktor cakap kena operation sebab hempedu pun dah bengkak teruk. Mula doktor tebuk buat kaedah laparoskopik. Tapi bila dah operation baru perasan batu ada kat hati, jadi terus buat open surgery lebih kurang 7cm. Seksanya. Dah la bersalin pun operation, sakit tu pun tak hilang lagi, tambah pula lagi satu operation. Tapi tak pa la. Aku redha Ya Allah. Pasti ada hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan.

Jadi, nasihat saya pada semua pembaca blog ni, yang sakit atau mempunyai ahli keluarga yang sakit, kalau nak berubat sakit yang kita alami, jangan sampai tertipu dengan orang yang suka ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain dan bagi saya, jalan yang terbaik ialah mendapatkan rawatan dari hospital di samping kita mengamalkan doa serta makanan sunnah. Semoga Allah membantu kita semua dalam menghadapi kesulitan dan kesakitan. InsyaAllah.

Tolong baca post ni jugak. Selalu kena kat orang mengandung termasuklah saya. https://mamamunie.wordpress.com/2011/07/16/pengalaman-mengandung-anak-sulungku/

 

5 thoughts on “Cara Mengubati Penyakit Batu Hempedu

    • Dulu saya pantang makanan berlemak, berminyak dan makanan yang keras selama 2 bulan. saya makan nasi lembut dan bubur dengan sayur, isi ayam, ikan.. makanan masak secara panggang dan rebus sahaja. jgn goreng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s