Tag Archive | Motherhood

Pengalaman Menggunakan Perancang Kehamilan IUCD


Hai semua! Harini saya nak bercerita tentang pengalaman saya memakai alat pencegah kehamilan IUCD. Sebelum ni saya hanya merancang guna kaedah kiraan tarikh ovulasi tapi pernah juga gagal sebelum ni disebabkan faktor haid yang tidak tetap dan salah kira. Selepas sekian lama saya berfikir dan mengambil kira pelbagai faktor, dan faktor paling penting tentu la nak elak kenaikan berat badan. hahaha. Saya akhirnya memilih kaedah IUCD.

IUCD ni dipasang semasa haid dah nak hujung2 macam hari ke-5 hingga ke-7 macam tu. Sebab kenapa kena pakai semasa haid ialah supaya nak pastikan bahawa anda tidak mengandung ketika itu. Dan juga serviks kita masa tu lembut jadi proses nak pasang tu tidaklah menyakitkan.Alat ni saya ambil secara percuma kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Saya pergi bawa alat tu ke klinik swasta untuk upah pasang. kena RM60.

Mula-mula tu memang saya rasa takut sebab baca kat blog kawan-kawan, diaorang cakap sakit sangat la, ada yang cakap sakit sikit je, ada yang cakap tak sakit langsung! Tapi bagi perempuan yang dah pernah lalui sakit beranak, rasanya sakit pasang IUCD ni ibarat digigit semut je. Tak la sakit pun. cuma sengal + senak. Jangan keraskan badan. Relaks dan tarik nafas panjang-panjang kalau tak selesa. Saya pakai IUCD jenis Multiload cu-250(3 tahun). Doktor cakap jenis ni kukuh dan jarang berlaku risiko IUCD senget atau jatuh ke bawah yang boleh menyebabkan hamil.

Ini lah rupa IUCD Multiload c-250. Macam pokok kelapa.

Ini lah rupa IUCD Multiload c-250. Macam pokok kelapa.

iucd2

Ni kedudukan IUCD kat dalam rahim.

Cara doktor nak pasangkan IUCD ni pula, mula-mula kita diminta baring dan bukakan kaki mcam nak check bukaan semasa nak beranak tu. Pastu dia gunakan alat untuk buka bahagian rahim. Doktor akan guna kain swab untuk bersihkan dinding rahim. Kemudian baru doktor pasangkan alat IUCD ni. Macam tu je. Mengambil asa lebih kurang 10-15 minit macam tu. Selepas proses tu mungkin akan rasa ngilu sedikit sahaja dalam masa 5 minit, kemudian dah ok. Anda kena selalu pastikan yang anda dapat rasa benang IUCD tu untuk memastikan kedudukan IUCD dalam posisi yang betul. Kalau tak rasa, kena cepat pergi klinik untuk scan.

Ni antara soalan yang saya tanya pada doktor:

1) Selepas saya pakai ni berapa lama lagi haid saya akan berterusan?

Jawapan: Kurang dari seminggu. Kalau lebih maknanya ada pendarahan dalaman atau masalah lain. kena datang jumpa doktor.

2)Betul ke ada orang cakap dengan saya, selepas pakai IUCD hari ke-7 dia haid, kemudian haid tu berterusan sampai sebulan?

Jawapan: Ini sangat jarang berlaku,tapi kalau berlaku mungkin kawan awak tu ada ketumbuhan seperti fibroid ataupun rahimnya memang tidak sesuai dengan alat IUCD ni

3) Katakan selepas seminggu ni, darah dah kering, boleh terus bersama suami atau kena tunggu ada jangkamasa tertentu untuk benda ni berfungsi?

Jawapan: Tak la. Sebaik je dimasukkan ke dalam rahim, benda ni dah berfungsi. Selepas mandi hadas boleh saja bersama suami. Tak perlu risau.

4) Macam mana saya nak tahu alat ni sesuai atau tak dengan saya?

Jawapan: Semasa datang haid untuk bulan berikutnya, kalau haid terlalu banyak sampai awak kekurangan darah, letih, lesu..kena datang untuk pemeriksaan. Kemudian, kalau terlalu sakit semasa bersama suami atau semasa haid. Sakit yang teramat sangat. Kalau sekadar haid tidak menentu dalam masa 3 bulan ni, dan sakit ngilu yang biasa sahaja, senggugut yang ringan sahaja, itu tiada masalah. Selepas 3 bulan akan kembali kepada normal.

5) Adakah suami akan rasa tak selesa atau saya sendiri tidak selesa semasa bersama?

Jawapan: Biasanya suami tak akan rasa apa ketidak selesaan ataupun merasa sebarang kelainan sebab benda ni kat dalam rahim. jauh dari kawasan vagina. cuma sedikit je bahagian benang halus akan dapat awak rasa kat pangkal vagina. Awak pula mungkin dalam masa terdekat sahaja akan berasa ngilu tapi nanti ok macam biasa.Tak perlu risau.

Saya harap info ni dapat membantu kawan-kawan semua. Kalau ada benda nak share, atau ada benda nak tanya, tinggalkan komen ya. 😉

Nota sendiri: Tarikh pakai : 17/11/2013   Tarikh buka : 17/11/2016

Di Sebalik Luqman Demam Panas


Harini baru mula bekerja setelah 2 hari cuti tanpa gaji sebab jaga anakku Muhammad Luqman Wafi. Mama tak kisah. Duit bukan kepentingan asalkan anak mama sihat. Duit dan rezeki smua ditentukan Allah untuk menguji hambaNya. Alhamdulillah, saya terima ketentuan Allah dan saya redha walau gaji saya dipotong. Masa yang terluang sepanjang jaga anak yang sakit ni, ibu atau bapa yang pernah lalui pasti terasa nikmatnya walau terbeban dengan masalah kewangan.Hati rasa bahagia. Tambahan pula melihat anak semakin sihat hasil kita bersengkang mata di waktu malam untuk jaga dia.  Setelah menjadi ibu, barulah saya mengerti sedalamnya erti anak itu anugerah Allah. Ya. Satu anugerah. diuji dengan masalah kewangan, kemudian jika sabar dan redha, Allah akan bagi rezeki lebih dari itu. Berserta dengan kebahagiaan dan kasih sayang lagi. Allah Maha Adil kan? So para ibu, ni nasihat saya.Utamakan keluarga lebih dari kerja ye. Ok sebelum saya beremosi dengan lebih jauh, saya nak cerita tentang pengalaman yang saya lalui sepanjang Luqman demam panas ni.

2O.10.2013 tu hari lahir anak kedua saya Hani Maisarah. Kebetulan haritu ada kenduri kahwin kat Sungai Petani. Selepas makan kenduri suami ajak jalan-jalan kat Tanjong Dawai. Masa sampai kat sana, kami tengok ada boat. Luqman pula nampak macam excited aje tengok boat belayar ke seberang untuk ke Pantai Merdeka. Tambang pun murah RM4 je pergi dan balik. Kanak2 percuma je. So kami pun sekeluarga naik boat ke Pantai Merdeka. Lepas Luqman main2 kat sana, kami pun teringat yang abang bawa boat tu pesan, kalau boleh nak balik tu sebelum pukul 6 petang sebab angin kuat nanti laut bergelora. Dalam jam 5.30 tu kami pun naik boat semula untuk ke seberang sana. Tiba kat tengah laut, angin kuat sangat. Boat tu dah macam nak terbalik. Masa ni Luqman peluk adik saya kuat2 sebab dia takut. pucat lesi muka dia. Jangankan dia, mama dia pun takut! Adoiiii….

Photo0131-1

22.10.2013. Tengah sedap2 lena peluk Luqman pukul 5am., suami kejutkan saya. Dia tanya saya, tak rasa ke badan Luqman panas macam api ni? Saya pun demam masa tu, memang tak rasa lah. Ingatkan suam biasa je. Check dengan termometer. Panasnya! Suhu badan dia 39.8!!! Saya cepat-cepat ambil air dan tuala. Jelum badan dan kepala dia. Kejap je kain tu kering. Lepas panas dah turun sikit, saya bagi ubat demam. Panas dah turun ke 38.1. Lega sikit hati ni. Boleh la pergi kerja. Luqman saya tinggal bagi adik saya tolong jaga. Petang tu dalam pukul 3, adik call kata badan dia dah panas semula, tapi dia dok jelum dengan air untuk kurangkan panas. Saya minta dia jelum dan jangan biarkan Luqman sorang2 langsung walau seminit. Hati ni risau sangat. Trauma kes Viral Croup belum pulih. Ya Allah..jauhkanlah anakku dari sebarang bahaya.Sebak hati saya masa tu. Balik je kerja pukul 6, saya singgah rumah jiran minta daun bunga raya putih untuk jelum Luqman. Pastu sampai rumah terus jelum dia dengan air daun bunga raya putih dan aloe vera (lidah buaya) Bila dah berkurang panas, baru saya suapkan ubat. Ibu-ibu ingat ye, kalau boleh jika anak demam, jelum dulu agar panas turun sikit, baru suapkan ubat. Cara ni lebih efektif untuk menurunkan suhu badan anak yang demam. Lebih kurang jam 8 malam, panas dah jadi tinggi. 38.6. Belum pun cukup 2 jam makan ubat dah naik balik?? Ish..ada yang tak kena ni. Terus ajak suami bawa Luqman ke klinik. Doktor cakap mungkin ada radang atau jangkitan kuman. So dia bagi antibiotik dan ubat radang. Malangnya, ubat tu bau kuat sangat dan Luqman muntah lepas makan ubat. Tiada pilihan. Tak sanggup nak paksa dan tengok dia menangis, saya pun bagi dia rectal suppository (ubat demam yang kena masukkan kat punggung). Dan teruskan jelum dengan air daun bunga raya putih.

Photo01411

23.10.2013 Tengah malam tu baru teringat nak jelum dengan air asam jawa dan bawang merah. Saya urut2 sikit kepala dia. Pastu balut badan dan letak kain kat ketiak dia. Sampai la pukul 4 pagi. Saya ni jenis tak berapa suka bagi anak makan ubat. Bila perlu sangat je saya bagi. Tapi tiba2 suhu badan dia naik lagi sampai 39.6 walaupun saya ni dok jelum2 sampai tak tidur. sampai air yang jelum dari sejuk bertukar suap dan ditukar pula air. Haih. Pelik sungguh. Kalau bagi rectal suppository selalu tahan la 6-8 jam. ni 2 jam je dah panas balik??Apakah ini…Saya teruskan jelum dan kejutkan dia mandi awal pagi. Mulakan dari kaki-pinggang-dada-bahu-kepala. Panas pun turun dan dia pun mula berpeluh. Rasanya dia dahaga sebab walaupun demam, dia banyak minum air dan kencing berak dengan baik. which is very good for him. So lega sikit hati ni bila dia masih mahu makan dan minum. Seharian dia ok dan main macam biasa sampailah menjelang waktu Maghrib, dia dah nampak lemah. Saya bagi dia makan buah epal. Dia makan sambil diam dan masa tu saya terperasan dia menggeletar. Terus saya dukung dia masuk kebilik dan check suhu. 40.1. Allahuakbar. saya jerit suruh suami tolong pack barang segera. Saya berlari ambil tuala dan basahkan. Balut seluruh badan dia. Sampai basah baju saya. Tak kisah apa dah. Dengan baju basah tu saya capai tudung yang mana sempat, terus pecut laju ke hospital. Sampai hospital saya serbu kat kecemasan. Cakap anak demam panas, Dorang cakap nak check paras oksigen dulu. Kalau ok kena tunggu giliran dan kalau tak ok baru terus masuk ke Red/Yellow Zone. Alhamdulillah paras oksigen dia ok. Bernafas dengan baik. Paru2 pun ok. 2 jam jugak la kami menunggu. Nurse pesan suruh jelum2 jugak sambil menunggu tu. Kesian papa berulang alik ke toilet basahkan towel yang kering dan panas setiap kali jelum. Masuk je bilik doktor, dia tanya demam dah berapa lama, berak kencing ok ke, makan minum mahu tak? pastu dia bagi PCM 1 botol dan boleh pulang. Hmmmm..Masa tu lebih kurang pukul 12 malam dah…

24.10.2013 Demam masih berterusan walaupun dah bagi ubat dan jaga dengan sebaiknya. Tiba-tiba mak saya teringat. Apa kata cuba perubatan Islam? Jiran kami pun ada yang pandai tentang perubatan Islam ni. So kami pun minta bantuan Paksu Firdaus untuk bantu Luqman, dengan izin Allah jua. Paksu pun cakap, paksu hanya tolong baca ayat2 Quran yang paksu tau. Allah yang beri kesakitan, Allah jua yang sembuhkan. Apa apa pun dengan izin Allah. So paksu buatkan air untuk Luqman minum, jelum dan mandi. Air jelum dan mandi campur dengan daun bunga melur. Petang tu sebelum Maghrib, saya bagi Luqman minum. Pastu jelum badan dia. Bila sejuk, saya mandikan dia. Dan Alhamdulillah, dengan izinNya, Luqman sembuh! macam tak percaya. Dan sekarang dia tengah melompat dan bermain seperti biasa. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Mama bernazar, kalau Luqman sembuh, mama nak buat kenduri bihun sikit dan nak puasa 3 hari berturut turut. Papa pula nak sedekahkan duit kat masjid sebagai tanda kami bersyukur kepada Allah kerana beri kesembuhan kepada anak kami.

Pengalaman Bersalin di INS Speacialist Center


Assalamualaikum semua!

Saya berharap anda semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Di post kali ni saya nak bercerita kepada anda semua terutama kepada ibu-ibu yang dalam perancangan untuk melahirkan bayi di INS Speacialist Center Alor Setar! UNtuk pengetahuan semua, saya selamat melahirkan anak kedua saya di hospital swasta tersebut, dah hampir tiga bulan tapi tak sempat nak update. hihi.

17/10/2012

Saya dan suami pergi ke sana lebih kurang jam 2 petang. Kami pergi untuk memilih dan booking doctor untuk sambut baby nanti. Kat sana ada 4 orang doktor iaitu Dr Indar Singh, Dr Ngee, Dr. Sarabjit dan Dr. Annuar Husainy. Saya pilih…Dr Annuar Husainy!! sebab ramai cakap dia bagus. Dan sebab dia Islam. boleh jugak ingat2kan suruh mngucap ke apa nanti kan.Tungu punya tunggu pukul 5 petang sampai la turn kami. punya lah ramai patient Dr Annuar ni. So Dr. Annuar check perut, scan untuk tengok kedudukan baby. dia cakap tak lama dah ni.. Nanti sakit, turun tanda atau baby kurang bergerak, terus datang tau. So kena RM60 je checkup termasuk scan tu. Agak murah la nak banding dengan hospital swasta yang lain.

18/10/2012

Harini dah rasa tak larat sangat2. So, saya call boss beritahu nak ambil Maternity Leave awal sikit. Boss cakap ok. Dalam hati berdoa semoga baby cepat keluar supaya x bazir cuti :p hahaha

19/10/2012

Tepat jam 12.30 tengah hari, masa tu dok melipat kain. tiba-tiba terdengar bunyi PLUPP!!! Eh, apa la Luqman buat kat dapur ni. so bergegas bangun nak tengok apa yang meletup tu. Tiba-tiba air panas laju je mencurah curah turun. Terus jerit panggil husband, ketuban dah pecah ni. Husband pun kelam kabut la..Air ketuban warna kekuningan sebab baby dah berak kat dalam perut. Husband beritahu mak suruh siap kalau nak ikut. Then singgah kat rumah kakak makan nasi jap.. makan pun tak lalu tapi paksa jugak takut xda tenaga. Kami pun bergerak ke INS..smpai sana terus check in ward. Dr Annuar datang check VE. buka 2cm. Tepat pukul 2.30, dah rasa kontraksi.. tapi tak kuat sangat. Pukul 5 petang kontraksi makin kuat. Kena tolak masuk Labor Room. Sebab Dr kat sana so senang nak pantau.bukaan 3 cm je. pukul 7 mlm sakit dah x tertahan. sampai menggigil. Mak masuk lap muka dengan air…lap bibir kering..mak gosok2 tangan saya..Sedih dan sayu gak masa tu. Terima Kasih mak..Pastu mak gilir2 dengan husband masuk teman kat dalam. Jam 9 malam sy memang x boleh tahan sakit lagi dah. bukaan tetap 3cm saja. Dr Annuar cadangkan ambil epidural untuk kurangkan sakit sebab baru buka 3cm. Saya terlelap sekejap. Pukul 12 Dr Annuar check bukaan lagi. tetap tak berubah, masih 3 cm…

20/10/2012

Pukul 1 am, mesin jantung baby berbunyi “beep beep beep”. Saya terkejut, misi dan dr meluru masuk. saya menangis. Saya takut sangat peristiwa masa lahirkan Luqman berulang. Lemas kat dalam sampai kena masuk ICU. saya berdoa supaya Allah pelihara baby saya. Mulut macam terkunci tak tanya apa kat dr. Dr cakap, ok ni kali terakhir dr nak check bukaan. kalau tetap x buka, memang kena operation. masa tu tak fikir apa dah. Saya cakap, buatla apa saja doktor, asalkan anak saya selamat. So, memang tak buka juga. Dr cakap kena operation. Saya redha walaupun saya nak sangat cuba bersalin normal. Dr kena selesaikan satu pembedahan kecemasan sebelum bedah saya. 2.15 saya ditolak masuk ke bilik pembedahan. Tepat jam 2.48 pagi, lahirlah puteri saya. Adik Muhammad Luqman Wafi ni bernama Hani Maisarah, beratnya 2.9kg.

22/10/2012

Dah boleh keluar wad 🙂 Alhamdulillah.

Komen saya:

INS Specialist Center ialah tempat terbaik. Dr Annuar sangat baik, professional dan cekap. Jururawat semua baik dan melayan saya dengan mesra sekali. Tempatnya pun selesa. Kos agak murah kalau nak dibandingkan dengan beberapa hospital swasta di sekitar ALor Setar. Haritu kos saya bersalin hampir 5k sebab saya kat Labor Room pun lama. tapi puas hati la sebab kos termasuk epidural, makanan yang sy order, kira kos keseluruhan la ni. Saya difahamkan kos untuk bersalin normal ialah dari RM1500 ke RM2200 manakala untuk pembedahan dari RM3100 ke RM4000.

** Nanti saya akan upload gambar-gambar ya!

 

Luqman’s Caterpillar Sleeping Bag


Memandangkan aircond di rumah baru sahaja di repair dan ditambah gas, maka suhu menjadi sangat sejuk di dalam bilik. Mama kesian kat Luqman jadi mama belikan Caterpillar Sleeping Bag supaya Luqman sentiasa rasa suam dan selesa ketika tidur. Mama beli dari onlinebabywear.com dengan harga RM39.90. Memang puas hati sebab tebal dan lembut.

Luqman pun nampak cute je dok dalam tu. hehehe.

Lagu Burung Pungguk


Ada satu hari ni…Luqman Wafi dah ngantuk sangat tapi tak nak tido. dia nak ajak mama main cak pulak..huhu. akhirnya daku yang buntu ni peluk dia, then nyanyi lagu burung pungguk kat dia.. terus terlena budak tu…nak dijadikan cerita, my mum in law terdengar la suara garing nyaring i ni nyanyi.. terus dia cakap.. “eh..Munirah tau lagu tu??dah lama tu…” hehehe

Aku rsa aku tau sebab dulu2 ada arwah jiran yang umur dah memang tua, suka nyanyi lagu tu kat aku kot. hahaha. so lagu tu memang melekat dalam otak aku.atau pun cikgu muzik aku yang ajarkan..entah lah. liriknya macam ni…

Wahai si burung pungguk
mengapa merayu rayu
engkau di atas pokok
mungkinkah sedang rindu
Memang pungguk merindu
bukan bulan mengambang
pungguk merindu-rindu
kekasih belum pulang
Wahai oh pungguk
sabarlah jangan duka
jangan lekas merajuk
nanti kau lekas tua

ok..sampai situ je aku hafal… kalau ada sesiapa yang tahu tajuk dan penyanyi asal lagu ni, tolong beritau aku ya… 🙂

Bagaimana Menjadi Ibu Bapa Yang Baik??


Assalamualaikum…

Ibu bapa yang baik sebenarnya menjadi acuan penting untuk membentuk anak2 yang baik. Saya pernah melihat seorang kanak-kanak, apabila memarahi adiknya nada suaranya tinggi, renungan matanya tajam, bahasanya kasar… saya berfikir “hmm..budak sebesar ini pun bertindak macam orang dewasa ketika marah” tapi selepas 5 minit, datang la si ibu…memarahi anak2 yang sedang bergaduh.hmm no wonder. si ibu ketika marah guna bhasa kasar, tengking anak2. patutla anaknya garang…mencontohi si ibi 100%. tak perlu la saya jelaskan panjang lebar, anda tentu dapat berfikir apa yang berlaku jika anda memarahi anak2 dalam kelembutan..tips terbaik, gunakan pendekatan psikologi..gunakan penerangan agama.. contohnya.. “x baik kakak lawan cakap ibu, nanti Allah marah..esok bila bangun tidur, tiba2 mulut kakak x boleh cakap, x boleh makan. Allah ambil balik mulut sebab suka melawan ibu”

“Some kids do what you say.  Some kids do what you say do not do.  But all kids do what you do.”

Sikap kedua yang patut dicontohi ibu bapa ialah adil.Adil membahagikan kasih sayang, adil membahagikan segalanya walaupun sebiji kurma. Saya pernah melihat seorang ibu mempunyai 5 anak. ketika hendak berbuka puasa, si ibu mendapati kurma hanya tinggal sebiji sahaja. apa yang si ibu buat ialah belah kurma tadi kepada 7 bhagian. 1 untuk ibu,1 untuk ayah dan seorang satu untuk anak-anaknya. Dan saya melihat peribadi anak2nya, soleh dan solehah. adil sesama sendiri dan bijak bertolak ansur.

Lazimnya, kita sebagai ibu bapa, kerap membebel dan berleter apabila memarahi anak-anak. Cuba kita ubah style…diam apabila marah. tapi jangan memberontak. contohnya bila suruh anak buang sampah, anak buat derk je..jangan marah. diam sahaja. anak akan perasan perubahan si ibu dan dia akan buat tugasan tersebut untuk pulihkan suasana harmoni dengan ibu. xpun gunakan psikologi lagi..(wah..wah..asyik psikolgi je sy ni) “kalau adik x tolong ibu, ibu boleh buat sndri..xpe la…nnt biarla ibu pengsan kat dapur.. xda sapa tlong ibu.”

Apabila janji mesti anda tepati. Contohnya, “kalau adik siapkan kerja sekolah, ibu bwa keluar mkn mlm ni” bila anak dah buat, jangan pula buat alasan yer. anda dah janji. kalau anda selalu memungkiri janji, anda sebenarnya dalam proses mengajar anak anda bercakap bohong dan memperkecilkan perasaan orang lain.

Childhood Years Can Be Great

Jadilah pasangan romantis di hadapan anak2 anda walaupun anda dan pasangan sedang bergaduh.  jangan show depan anak2. apabila hati mereka bahagia melihat ibu bapa, ia akan membentuk jaringan positif dalam dirinya. InsyaAllah anak-anak anda nanti akan jadi orang yang positif dan berperibadi mulia.

buat harini.tu ja la saya nak ngomel kot..hihi. klau terlintas lagi apa2 tips, saya share k!!