PART 2 : Berwaspada Dengan Penyelewengan Subsidi Taska


***Post ini telah diedit kerana saya dah terima surat lawyer. Untuk menjernihkan keadaan, saya buang nama taska. Namun kalau mereka bertegas juga mahu mengambil tindakan, saya juga telah bersedia dengan apa jua keadaan. Berani kerana benar,takut kerana salah. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang2 yang benar dan teraniaya. xoxo

Semua ibu bapa yang hantar anak ke taska yang berdaftar dengan JKM adalah WAJIB membaca post ini. Mungkin ada di antara anda yang dah tertipu, sedang ditipu dan bakal ditipu hidup2 oleh pengusaha taksa yang tidak jujur atau pun pembohong!

Adakah anda penjawat awam yang hantar anak ke taska yang berdaftar dengan JKM?

Adakah anda pekerja swasta atau bekerja sendiri dengan gaji perkapita bawah RM900, yang hantar anak ke taska yang berdaftar dengan JKM?

Gaji perkapita ialah gaji suami + isteri dibahagikan dengan tanggungan adalah kurang dari RM900. Contoh gaji suami RM2000, gaji isteri RM1500. Ada anak 3 orang dan ibu bapa tinggal sekali. 7 orang dalam rumah tu. Jadi RM3500/7 = RM500. Baca link ni untuk lebih faham. Jangan biar orang tipu anda lagi.

http://www.jkm.gov.my/file/file/pdf/2015/insentifTASKA2015/garisPanduanSubsidiYuran2015-V2.pdf

Berwaspadalah kalau anda rasa anda pernah mengisi borang subsidi tapi sampai sekarang pun tak pernah dapat sesen subsidi. Ada ibu bapa yang tak tahu pun kewujudan subsidi ni dan langsung tak tahu duit yang sepatutnya menjadi hak anak mereka ditelan oleh pengusaha taska. Kalu sikit tak apa, tapi ini adalah jumlah yang banyak iaitu RM3k. Bayangkan kalau taska tu mempunyai 30 orang budak? Dia dah berjaya telan RM90k! Itu belum lagi termasuk geran taska yang kerajaan bagi RM20-30K untuk kegunaan pembangunan taska ni.

Saya dapat info bahawa ramai yang buat laporan tentang taska tersebut ni di JKM dan ada yang buat repot polis tentang penyelewengan ni. Maka polis dan JKM arahkan si pengusaha pulangkan duit ni pada ibu bapa. Apa yang penipu ni buat ialah, dia prepare satu list nama semua budak kat situ. Kemudian dia bagi RM100 dan suruh parents sign sebagai bukti dia dah pulangkan subsidi. Kesian parents yang tak tahu apa2, terus sign tanpa mengesyaki yang mereka ni dah ditipu. Esoknya dia pergi ke JKM dan tunjuk list tu dan cakap ni bukti dia dah serah duit subsidi. Bijak menipu lah konon! Patut bagi RM3K, dia bagi RM100 kemudian dia rasa dia lepas bebas.

Tolonglah semua share benda ni supaya semua ibu bapa alert dan sedar duit anak mereka dirampas dan disalahguna. Saya yakin, bukan taska ni saja yang buat macam ni. Ada banyak lagi. Mari kita gempur habis habisan. Orang macam ni dan pecah amanah dan patut diberikan hukuman setimpal. Pada yang dah terkena, buat laporan polis walaupun dia dah pulangkan duit. Dia tetap bersalah sebab berniat menyeleweng wang yang kerajaan bagi untuk kanak2! Sila ke JKM terdekat dan balai polis berhampiran untuk melaporkan perkara ini!

3 thoughts on “PART 2 : Berwaspada Dengan Penyelewengan Subsidi Taska

  1. sy tertarik dgn penulisan sebegini kerana dapat menyedarkan masyarakat ttg hak kita..tp sy juga terfikir adakah taska X tersebut benar2 mcm tu..sy x berasa janggal jika blog ni nk beritahu ttg hak kpd ibu bapa..tp sy pohon penulis memastikan dgn betul apakah taska tersebut betul2 melakukan kesalahan..jangan kita sesama islam membuat kesimpulan dgn hanya mendengar dari mulut orang tanpa bukti..adakah org2 yg bercerita itu menunjukkan bukti yg saheh…kadang2 ada jgak manusia yg bercerita yg bukan2 hanya kerana perasaan hasad dengki..nauzubillah…

    • Alhamdulillah saya dah diberi petunjuk selepas saya solat hajat. saya yakin saya benar. saya mempunyai ramai saksi dan bukti. In Shaa Allah. saya akan lawan kezaliman dan penaniayaan. sama2 lah kita nantikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s