Kau Hancurkan Hati Ibu Bapamu


Setelah beberapa hari berfikir, rasanya tajuk di atas ni lah paling tepat untuk cerita kali ni. Mulanya agak keberatan nak menulis cerita ni disebabkan saya tahu ramai kawan-kawan saya mengikuti blog ni dan risau juga kalau cerita ni diperbesarkan kepada pihak satu lagi. Tapi sebagai seorang ibu dan seseorang yang masih mempunyai ibu, saya tak rela mendengar dan amat tertusuk hati ni dengan cerita-cerita anak derhaka. Lalu biarlah saya kongsikan supaya kita semua boleh mengambil iktibar dan pedoman.

Pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu, saya dihubungi seorang kawan lama semasa belajar di Uitm. Biarlah saya gelarkan beliau sebagai Y. Dia message di Facebook sebab tiada nombor baru saya. Katanya nak datang beraya di rumah. Saya pun seronok sangat sangat sebab dah lama tak jumpa kawan saya ni. Dia berasal dari Kuala Lumpur. Mungkin dia datang Alor Setar rumah saudaranya. Dulu semasa majlis perkahwinan saya kira kira empat tahun lalu,dia datang bermalam di rumah kami bersama beberapa lagi rakan. Itulah kali terakhir kami berjumpa. Malam tu, raya keempat dia pun datang dengan seorang lelaki namanya N. Datang membawa sekeping kad undangan perkahwinan. Alhamdulillah. Dah kahwin kawan aku seorang ni. Dia jemput ke majlis di sebelah suaminya, orang Alor Setar dan rumah pun dekat sangat dengan rumah saya. Bertemu jodoh orang Kedah rupanya. Saya ada bertanya, bila kau nikah? bila kenduri di KL? Y cakap dah lama nikah, bulan Februari lagi. Kenduri di KL dibuat secara kecil kecilan, hanya keluarga terdekat sahaja. Patutlah saya tak tahu, semua tak tahu. Kawan baik teman sebilik Y di Uitm pun tak tahu katanya. Hanya saya seorang yang tahu. Suaminya N tak banyak bercakap. Hanya diam dan sesekali tersenyum mendengar saya dan Y bersembang rancak hingga tengah malam. Lama tak jumpa. Macam-macam cerita.

Kenduri tersebut diadakan pada 30 Ogos yang lalu. Saya, suami dan anak-anak pun pergi. Tak ramai jemputan. Mungkin keluarga dan sahabat karib sahaja. Y dan N nampak begitu loving dan happy. Majlis kecil tapi meriah. Selepas bergambar, Y ada berpesan, Mun (panggilan saya di kalangan rakan2 uitm)… kau jangan letak kat FB ye Mun. Nanti ramai yang kecil hati aku tak jemput dorang. Aku jemput kau je ni Mun. Kau simpan buat kenangan je la ye dalam hp kau. Saya mengiyakan sahaja. Selepas peluk cium Y, kami pun pulang. Selepas beberapa hari terrrrgatal jugak tangan ni upload gambar kat FB. Sebab saya satu-satunya kawan dia di Alor Setar. Terfikir jugak, kalau dia jemput kawan lain pun tak mungkin dorang boleh datang sebab jauh. Jadi tak mungkin kot dorang berkecil hati. Kan?

Setelah 2 bulan lebih kenduri beliau, saya dihubungi seseorang. Orang tersebut nak tahu alamat rumah N, suami Y. Orang tersebut bercakap dalam sendu dan esak tangis. Mulanya saya enggan memberi namun dia mendesak, lalu saya terdiam. Terkejut. Tergamam untuk seketika. “Makcik ni ibu Y. Dah lama dia tak balik. Makcik cuba cari dia. Tengok gambar kahwin dia kat FB kamu. Dia kahwin lari kat Siam. Makcik rindu dia. Makcik nak dia balik. Tolong la makcik.”

Y, andai kau terbaca…Aku nak kau tahu yang ibu kau menangis rindukan kau. Kau lari sebab ibu ayah kau tak suka N. Kata mereka N biadap dengan orang tua. Ini aku tak pasti namun aku pasti setiap ibu dan ayah tahu dan mahu yang terbaik untuk anak mereka. Aku pasti bahawa tindakan N melarikan kan kau kahwin di Siam sememangnya biadap. Ya memang aku tak tahu apa sebenarnya berlaku antara kau, N dan ibu bapa kau hingga kau mengambil tindakan sebegini. Tapi ingatlah Y…Redha ALLAH S.W.T terletak kepada redha ibu bapamu terhadapmu. Aku sedih. Aku menangis saat aku taip benda ni. Sebab aku membayangkan benda yang tak mungkin kau bayangkan sekarang ni. Ajal maut bila bila masa sahaja boleh menjemput. Jika ajal menjemput ibu bapa kau dalam keadaan kau tak balik dan memohon maaf pada mereka, kau fikir hidup kau akan selamatkah di dunia dan akhirat? Jika ajal menjemput kau terlebih dahulu, tak ngeri kah kau bayangkan mati dalam keadaan dosa paling besar di atas kepala kau iaitu dosa menderhaka kepada kedua ibu bapamu?

Aku renung wajah anak-anak aku. Aku bertambah sebak. Susah payah mengandung 9 bulan. Sangat penat menyusu dan menjaga. Andai balasannya derhaka, layakkah diterima oleh seorang ibu atau ayah yang amat sayangkan kita, yang menadah tangan selalu berdoa untuk kita?

Andainya ada pembaca di sini yang ada melakukan kesilapan terhadap ibu bapa, abaikanlah egomu. Mungkin ibu bapa kita kadangkala bercakap mengguris hati kita, namun tak boleh kah kita abaikan sahaja kerana mereka telah banyak berkorban dan bersusah untuk kita. Ibu bapa marah sebab sayang. Jika mereka benci, mereka dah buang atau bunuh kita semasa kecil. Marah sebab terlalu sayang. Seandainya ibu bapa telah meninggal dunia, sedekahkanlah doa setiap masa. Moga dosa-dosa kita terhadap mereka telah lama diampunkan sebelum mereka meninggal dunia. Namun, jika kita masih ada ibu bapa, berlututlah. Peluk cium mereka. Mungkin itu peluk cium yang terakhir untuk mereka. Jangan menyesal di kemudian hari. Jadilah anak yang baik tak kira apa pun situasi yang anda perlu hadapi.

One thought on “Kau Hancurkan Hati Ibu Bapamu

  1. cinta indah belaka, nnti bila dah ada ank baru sedar.. semoga dia berjumpa dgn mak ayah dan minta maaf.. menitik ayaq mata..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s