Kisah Aku dan Adik


*Sesetengah perkataan dalam post ini dalam dialek Utara bagi menambah feel.

Dia satu satunya adik yang aku ada dalam dunia ni. Si puteri bongsu dalam family kami. Dia ni memang tersangat la tak guna masa dulu kecik dan suka sangat menyusahkan hidup aku. Sampai aku pernah terpikiaq, awat la mak aku pi beranak kat budak sewel kuat lupa ni. Pasai dia punya pelupa masa kecik tahap  tok nenek umoq 90. Ada beberapa cerita tantang lupa dia ni yang sungguh suuuwiitttt bagi aku. Cerita cerita yang sampai mati pun tak mungkin aku lupakan.

HAPPY BIRTHDAY ADIK

HAPPY BIRTHDAY ADIK

Cerita Pertama

Dia ni beza setahun ja dengan aku. Masa tu aku darjah 3. Dia darjah 2.Masih aku ingat masa tu Cikgu Che Sue tengah mengajaq BM kat kelas sesi petang yang baru bermula. Masa cikgu dok mengajaq, tiba2 aku terdengaq suara dia terketaq2 ketuk pintu kelas aku. “Cikgu, izinkan saya berjumpa kakak saya” Budak sekolah senikeles konben (St Nicholas Convent) memang ayat skema kan. Hmmm… apa pulak kali ni.. Cikgu kata, ” Pi sat tengok adik kamu Munirah. pasai apa dia teriak tu”. Aku pun bangun cepat2 pi kat dia. Ayaq mata dia merambu2 dan dia terus peluk aku. Masa peluk tu dia bisik kat aku. ” MUNIIIIII, AKU LUPA PAKAI SPENDA!!!” Oooomaiiigadddd….aku rasa macam nak terajang pungkoq dia la la tuuuu jugak.. Tapi bila tengok keadaan dia yang trauma teruk, aku cuba pujuk dan tenangkan dia. Aku kata ” Takpa adik.. adik jangan la teriak. Adik dok kepit kepit sikit.” Masa dulu kan pi sekolah pakai pinafore. Dia ni pulak gedebab tembam besaq anak gajah. Tapi lepas balik dari sekolah memang dia kena hingaq dengan aku. Hang ni adik, spenda pun hang buleh lupa nooo.. apa nak jadi dengan hang adik. Aku malu kat kawan2 aku hang tau dakk. Aku tak suka ada adik macam hang. Macam2 aku kata kat dia. Macam biasa dia ni memang tak heran pun even aku marah dia 100 kali pun dia macam tuuu la jugak.

Cerita Kedua

Walaupun tua setahun dari dia, aku punya sifat sisterly tu tebai betoi. Bila malam lepas makan aku akan suruh dia bawa keluar kerja sekolah untuk buat sama2 dan ajaq apa yang dia tak paham. Aku pun bagi arahan, “Woiii adik..bawa keluaq buku sekolah hang. Jom buat reja sekolah.” Selepas beberapa minit…..Nak tau dia kata apa?? “ALAMAK MUNIIII… AKU LUPA BAWA BALIK BEG SEKOLAH. TERTINGGAL DALAM KELAS!” Mula la aku maki dia sampai dia teriak kata tak mau mengaku aku ni kak dia. Dia kata aku ni memang kak tak guna sebab asyik marah dia. Bukan salah dia beg tertinggal. Dia memang dah galas beg tapi nak terberak masa nak balik jadi dia tinggalkan sat beg. Lepas berak terus pi tunggu kat tempat bas. Pungkoq berat maka dia pun rasa dia dah bawa beg di belakang dia. Memang tak guna kan dia ni? Malam tu jugak abah bersusah payah pi sekolah dan pak gad yang jaga sekolah pulak terpaksa pi kelas dia cari beg bagi kat dia. Dia dah susahkan beberapa orang. Suuuwittt siiiyee kan dia ni.

Cerita Ketiga

Cerita beg tertinggal ni berlaku beberapa kali dalam hidup dia. Pernah juga abah hantaq kami berdua pi sekolah. Bila dah sampai  kat pagar sekolah dia yang muka bulat dengan rambut bak cendawan akan berkata tanpa was2.. “ABAH.. BULEH DAK KITA PATAH BALIK. ADIK LUPA BAWA BEG SEKOLAH ADIK” Tapi aku heran ilmu apa yang ada kat monyet ni sebab abah aku tak pernah nak marah dia dan sebab ni la masa kecik aku cukup2 benci bila dia buat perangai sel otak tak berhubung ni. Mentekedarah susu badan mak sampai pungkoq jadi besaq tong tapi sel otak gagal berhubung adalah sesuatu yang sangat memalukan okehhh!!! Adik oh adik….

Masa silih berganti dan dia membesar menjadi insan yang semakin baik dan berat pun meningkat dengan baik setiap tahun. Makin comel dan makin bulat. Setiap perkara bodoh yang dia buat dalam hidup dia dulu menjadi kenangan2 paling indah untuk aku kenang dan gelak sorang2 bila teringat kisah antaran aku dan dia. Hang la yang menceriakan hidup aku dan hang la antara adik beradik yang paling banyak membantu aku, paling banyak bekorban untuk aku dan tanpa hang sunyi la hidup aku ni. Tanpa hang pasti hidup aku i sunyi dan sepi. Aku doakan semoga hang dan Syahril cepat2 dapat anak. Semoga keberkatan dari Allah terus melimpah ruah dalam hidup hang. Aku doakan yang terbaik untuk hang. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 25 TAHUN ADIKKU AMIRAH!!!! Aiii lapppp uuuu soooo muchooo… Mmmmuuuahhhh.

***bahasa orang Kedah memang agak kasaq..hehehehe. tapi kasaq itulah yang menimbulkan kemesraan.

2 thoughts on “Kisah Aku dan Adik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s