Tag Archive | Mimpi

Mimpi Suami Curang


Assalamualaikum… lama saya tak update blog ni sebab balik beraya, sibuk dengan bulan puasa, anak pula demam. ok…kali ni saya ada satu cerita nak kongsi. Sejak sebulan dua kebelakangan ni, saya asyik bermimpi yang suami bersama perempuan lain. Mimpi ini berulang sebanyak lima kali. Kali kelima punya mimpi ni memang ngeri tahap gaban gabus sebab perempuan dalam mimpi tu mengandung dan masa tu tengah dok urut badan suami saya. Suami pula membelai perempuan ni dan menoleh ke arah saya dan berkata ” SAYA DAH TAK MAHU AWAK DAN TAK SUKA AWAK”. Apa perasaan anda kalau anda pernah bermimpi seperti saya. Lima kali pulak tu. Adoiiii… Selepas bermimpi setiap malam, pasti keesokan harinya saya jadi suka naik angin,suka marah DAN suka syak wasangka kat suami.

 

Saya jadi pelik kerana saya tahu suami saya seorang yang jujur dan baik. Dia membawa saya ke mana sahaja dia pergi dan dia tak pernah tinggalkan saya bersendirian. Pendek kata, saya tahu suami saya tak melakukan apa yang buruk dan keji di belakang saya. Tapi oleh kerana terlalu tertekan akibat mimpi2 tersebut..saya pun mula bertanya pada suami.. “Abang ada buat apa2 ke kat belakang saya? Ada perempuan lain ka?” Suami mengucap panjang..dia cakap, masa bila dia nak buat benda2 tu. sepanjang masa dia dengan saya. Kalau hari cuti, 24jam dengan saya. kalau hari bekerja, keluar lunch pun masih berdua. cuma terpisah pun office hour SAHAJA. Hmmm..betul jugak… Tapi…Kenapa saya mimpi!??

Gambar Hiasan

Setelah memendam rasa, saya pun luahkan masalah ni kat kawan saya. Kawan saya yang mendengar ni agak terkejut dan kemudian beliau menceritakan pengalaman beliau kepada saya. Menurutnya, dia juga pernah mengalami mimpi seperti saya. Mimpi suami bersama perempuan lain. Akibat tak tahan, beliau berjumpa seorang ustaz.. Rupa-rupanya, ustaz ni memberitahu, ada orang yang tak puas hati melihat kebahagiaan rumah tangganya. Jadi orang ni pi jumpa bomoh dan jampi serapah. Dengan bantuan iblis syaitan, isteri akan bermimpi yang bukan2 tentang suami. Lalu, wujud rasa curiga dalam hati isteri terhadap suami yang akhirnya membawa kepada pertengkaran dan kacau bilau dalam rumah tangga. Suami pula akan bosan dengan isteri dan mula nak buat perangai. Dan kesudahannya membawa kepada kehancuran sebuah rumah tangga. ASTAGHFIRULLAH HAL’AZIM.. NA’UZUBILLAHI MINALZALIK…

Gambar Hiasan

 

Selepas mendengar cerita tersebut, saya sentiasa berdoa kepada Allah agar menjauhkan kami dari perkara tak elok, hasad dengki orang, umpat caci orang dan semua benda2 buruk. Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada orang-orang yang berhasad dengki ini supaya kembali ke pangkal jalan. Saya juga berdoa kepada Allah, ampunilah dosa orang-orang seperti ini. Saya ampunkan kesalahannya terhadap saya. Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan hidup kita di akhirat apabila kita lebih redha dan mudah memaafkan kesalahan orang dan mudah meminta maaf apabila melakukan kesalahan. Amin…

 

P/S : Bacalah Ayat Kursi  7x sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah apabila pulang dari mana-mana, bacalah surah Al Falaq dan An Nas.