Resepi Kek Red Velvet Lembab


Assalamualaikum…

Sejak kebelakangan ni, saya suka membuat kek. Rasa macam satu terapi pulak. Dan memang kesan “positif” terapi ni, badan saya pun mengembang mcm kek yang tengah naik masa dibakar :p Berpeluang beberapa kali buat kek red velvet lembap. Resepi asal saya tak ingat sebab saya ada olah beberapa resepi supaya menepati citarasa saya.

Saya suka resepi ni sebab bahan yang diperlukan tak banyak dan mudah saja caranya. Lagi satu, sukatan menggunakan cawan..bukan ml atau gram yang membuatkan orang yang tak ada cawan penyukat atau timbang dapur, was2 nak cuba buat. :p

IMG_20150829_205406

Ready nak pukul telur, gula castor, esen vanila dan minyak jagung…

IMG_20150829_205637

Buttermilk

IMG_20150829_205653

Tepung yg dah diayak bersama beberapa bahan lain…

IMG_20150829_205705

Gula castor

IMG_20150829_205801

Antara bahan2 yang diperlukan

IMG_20150829_210451

Adunan yang dimasukkan pewarna merah

IMG_20150829_210737

Kopi panas setengah cawan..jangan lupa tapis!

IMG_20150829_221524

Tadaaa… tengok pun dah tahu betapa lembab dan sedapnya kek ni…

IMG_20150829_223616

Topping comot sebab anak2 dah tazabar nak makan so terpaksa letak topping semasa kek tengah suam… dan ditabur dengan kerak red velvet…

RESEPI KEK RED VELVET LEMBAB

a. Tepung Gandum – 2 cawan

b. Soda bikarbonat – 1 sudu kecil

c. Serbuk Penaik – 1 sudu kecil

d. Garam halus – 1/2 sudu kecil

e. Serbuk koko – 2 sudu besar

f. Minyak Jagung – 1 cawan

g. Gula castor – 1.5 cawan

h. Telur gred B – 2 biji

i. Buttermilk – 1 cawan ( satu cawan susu cair dicampur dengan 2 sudu cuka dan diperap 30 mins.)

j. Pewarna merah – 2@3 sudu besar

k. Kopi panas @ nescafe panas tanpa gula- 1.5 cawan (saya guna 2 sudu kecil kopi kapal api)

l. Esen vanila- 1 sudu kecil

m. Cuka – 1 sudu besar

CARA CARA

  1. Ayak bahan a-e dan letak di dalam satu bekas.
  2. Kemudian, putar minyak jagung, gula castor, telur dan esen vanila sehingga kembang dan sebati dengan menggunakan mixer ataupun kalau takda mixer boleh guna senduk atau pemukul telur… Kalau guna mixer mungkin dalam 5 mins dah ok.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak tadi bersama dengan buttermilk secara berselang seli sampai habis. Putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan cuka dan pewarna merah. Boleh tambah atau kurangkan pewarna untuk dapat kan color yang anda suka.
  5. Pastikan oven dah panas pada suhu 150 darjah ye. Kemudian baru buat kopi panas tadi. sebab memang kena tuang sewaktu betul2 panas. pastikan tapis kopi tu.😛 kalau nescafe tak perlu tapis la kan..
  6. Tuang kopi panas ke dalam adunan dan mix lagi sampai sebati. Jangan lama sangat. cukup 2 minit je.
  7. Tuang ke dalam loyang yang telah digris dengan butter/marjerin.
  8. Boleh mula membakar lebih kurang 30-40 minit😉

BAHAN CREAM CHEESE TOPPING

a. Tatura Cream Cheese – 1 tiub (250 gram)

b. Butter – 1.5 cawan

c. Cuka – 2 sudu besar

d. Gula castor – Setengah cawan

Putar bahan a-d sehingga licin dan tak berketul. Buat awal, simpan dalam peti sejuk. Supaya masa nak letak topping, jadi mudah dan cantik. Jangan lupa tunggu hingga kek sejuk dulu baru letak topping ye.😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s