Adakah Aku Nyanyuk???


Semalam masa semua dah ready nak tidur, luqman merengek nak jugak jugak main Lego Train Game kat handphone aku… Sebab mata aku pun dah sangat mengantuk maka malas nak dengar riuh rendah tangis hiba si luqman tu..aku bagi je la handphone aku. Lepas 10 minit, aku cakap Ok dah Luqman…simpan handphone dan sleep ok….Dia dengar cakap. Aku pun ambil handphone dan terus letak kat bawah bantal…lepas tu kami tertidur ZzzzZZzzz….nyenyak.

Pagi tadi memang kalut habis lah..Mr Bart early in the morning lagi dah keluar mencari rezeki.  Hani bangun dan mengamuk nak susu. Lepas buatkan dia susu, aku terus mandi dan bersiap nak pegi kerja. Hani masih mengamuk. Rupa rupanya dia dah lencun sebab pampers bocor. Aku mandikan budak yang tengah mengamuk tu. Takkan nak hantar pegi taska dalam keadaan basah hancing kot. Walaupun dia meronta tetap kena mandi. Hahaha. Dalam kekalutan tu, Luqman pula buat liat nak bangun… Tula..orang suruh tidur, sibuk je dia nak layan game. Haiiihhh… Bekas susu untuk pergi taska pulak kosong. Isi susu dulu. Masa nak galas handbag masuk kereta, baru tergagau nak cari handphone. Eh, handphone belum masukkan dalam beg. Berlari pula ke bilik cari kat bawah bantal. Takdak. Ni mesti jatuh ni.. Angkat pula tilam yg berat tu kot2 terselit. Pun takdak. Haih… apa lagi..jenguk kepala kat bawah katil..pun takdak.. Haduiii..kalau terus mencari ni confirm lambat masuk opis. Biaq je la…

Sampai je kat tempat kerja, terus call Mr Bart bagitau dia yg aku lupa bawa fon. Apa2 hal sila call kat ofis. Dia pun hairan macam mana aku cari fon tak jumpa sebab dah bersungguh sungguh mencari. Bila dh biasa sentiasa pegang fon, jadi tak keruan lah jugak. Rasa bad mood…

Selepas 2 jam, rasa nak pergi toilet.. Masa nak gantung seluar rasa macam ada benda kat dalam poket…. seluk tengok EHHHHHHHH MY HANDPHONE LA!!!!!!!! Ish ish ish.. masa mana lah aku letak pun tazedar…teruk betul. Terus wasap suami, katanya mungkin efek jerebu…hahahahaha. Pelupa teruk ni… Adakah aku nyanyuk???

Leave a comment