Tag Archive | Thoughts

Imaginasi & Impian


Saya ni jenis suka sangat berangan. lebih-lebih lagi tentang masa depan. Seronok gak tau melayan otak n pikiran ni. Saya selalu berangan nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Duduk bersama dengan anak-anak yang ramai di rumah. Masak untuk anak-anak dan suami, ajar anak-anak baca Quran dan buat kerja sekolah. Pendek kata, nak jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kami. Teringat kata-kata Rasullullah S.A.W, “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akn tinggal bersamaku di dalam syurga.” Saya target untuk bekerja sehingga umur saya 35 tahun sahaja. Selepas tu nak tumpukan perhatian kepada keluarga. Sekarang ni sejujurnya, saya bukanlah seorang yang perfect dan bijak bahagikan masa. Kadang-kadang balik kerja, terlalu letih.. dan tak sempat masak..makan kat luar je. Kesian anak dan suami.Jadi kesimpulannya, saya suka berangan untuk menjadi wanita yang 100% perfect..boleh??

Pastu angan-angan saya, nak renovate rumah yang ada sekarang ni. Jadikan lebih luas dan selesa. Bila keluarga dan kawan-kawan datang pun mesti selesa tinggal kat rumah kami. Nak ada 4 bilik. 1 untuk papa& mama, 1 bilik anak lelaki,1bilik anak perempuan dan 1 bilik stor. Then klu ada rezeki lebih lagi, tambah buat bilik tetamu pula. Wah bestnya….Rumahku syurgaku. Wlau sekecil mana pun rumah kita, tapi ia tetap menjadi tempat yang paling selesa kan?

Tahap imaginasi saya pula kadang kala berubah menjadi ganas. Hahaha. Setiap kali Luqman nakal dan x duduk diam, saya mula membayangkan kalau lah ada remote control yang ada button “SLEEP” “WAKE UP” “EAT’ “QUIET” . Akan ku tekan jugak untuk control2 Luqman. supaya dia mau makan ikut time, tidur ikut time..Anak2 dah jadi ala2 robot pula. kalau hari dia nakal sangat tu, 3 pagi belum mahu tidur, mula la mama dia membayangkan teknologi2 yang super gila untukmemenuhi tahap kegeraman masa tu.

Di samping tu, saya juga berimaginasi untuk memiliki sebuah robot yang boleh buat kerja2 rumah dan menyamar menjadi saya untuk pergi ke ofis,. Mcm hantu raya ja? uiiii takutnya…hahaha. Nanti tak pasal je masuk paper muka depan, suamiku curang dengan robot. Sebab lunch time dia akan jemput robot yang ganti tempat saya untuk makan tengah hari. ni dah nak jadi macam cerita Enthiran. haha. syok kan berangan benda pelik2.

Setiap kali jalan jem, saya berimaginasi yang suatu hari nanti saya akan memiliki sebuah kereta terbang yang automatik akan terbang apabila ia mengesan jem di jalan raya. ia pula kalis kemalangan akan terus terbang jika tersentuh sebarang objek secara mengejut. Ia juga akan memperbanyakkan lagi kes langgar lari pada zaman tersebut. Tu lah keburukannya…

Untuk harini, setakat itu dulu saya share…nanti kalau ter imaginasi apa, akan di post pula kemudian. hehehe. Have a nice day ūüôā

 

Advertisements

5 Perkara Membuatkan Saya Rasa Bersyukur…


Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini adalah berbeza. Allah menciptakan kita berbeza, walaupun rupa sama, tapi budaya dan latar belakang pula berbeza. Allah Maha Bijaksana. Lama juga Mama.Wafi bermenung atau orang Kedah cakap melengung..hehe. Apa yang Mama.Wafi rasa istimewa pada diri Mama.Wafi ni. Mama.Wafi tak nak mencari kekurangan diri, bukannya sebab sombong ke apa…Tapi kekurangan diri boleh diperbaiki, kalau keistimewaan dipersiakan, nanti merana diri… ūüôā Memang terlalu banyak benda yang membuatkan Mama.Wafi rasa bersyukur dilahirkan ke dunia ini. Tapi Mama.Wafi cuma nak highlight cuma 5 saja..Banyak sangat nanti tak terbaca pula..hehehe. Atau dituduh perasan lebeyyyy…..

1) Alhamdulillah! Aku Seorang Islam.

Mama.Wafi amat bersyukur sekali dengan nikmat diberi oleh Allah Subhanahu Wataala ni..iaitu menjadi Islam sejak lahir atau sejak azali lagi. Didikan keluarga tentang agama pula Alhamdulillah….memang baik. Bagaimana kalau Mama.,Wafi ni dilahirkan sebagai bukan Islam dan tak pernah terdedah dengan Islam. Masya Allah..neraka lah tempat orang kafir selama lamanya.

2) Kehidupan Yang Baik

Mama.Wafi bukan nak membanggakan diri ini..Tapi Alhamdulillah, segala urusan Mama.Wafi Allah permudahkan…Mama.Wafi belajar pun kat area Kedah, dekat dengan family. Sejurus selepas grad, terus dapat kerja. Gaji pun ok. Tempat kerja lebih kurang 1 KM je dari rumah. Segalanya dipermudahkan Allah. Mak Mama.Wafi selalu cakap bila Mama.Wafi suarakan kat dia nak cari kerja kat tempat lain ke apa “bersyukurlah dengan kerja sekarang ni. Lunch time nak balik jenguk anak pun boleh. Gaji ok.Boss baik. Kawan-kawan ofis baik” Betoi tu mak… Allah permudahkan segala urusanku.

3) Keluarga Yang Bahagia

Alhamdulillah..Mama.Wafi berkahwin dan dapat seorang suami yang baik. Dialah membantu banyak dalam hal-hal kerja rumah, jaga anak..Malah dialah yang menjaga Mama.Wafi dengan baik sekali siang dan malam semasa Mama.Wafi sakit dulu. Tak pernah merungut dan tak pernah langsung Mama.Wafi nampak mukanya masam dan nampak terbeban. Semua nampak ikhlas.¬† Keluarga sendiri pula memang banyak membantu dalam hal menjaga anak, makan minum kami kalau Mama.Wafi tak sempat masak. Dari segi kewangan apabila kesempitan wang.¬† Hihihi. Keluarga mentua pula memang baik. Layanan ibu bapa mentua terhadap Mama.Wafi tak ubah macam anak sendiri. Hubungan dengan adik2 ipar pula memang best… ūüôā Kehadiran Muhammad Luqman Wafi menceriakan dan memberi sinar dalam kehidupan kami. Mama.Wafi rasa semakin bahagia.

4) Kesihatan Yang Baik

Mama.Wafi rasa amat bersyukur sebab Mama.Wafi dah sembuh dari segala penyakit yang Mama.Wafi alami sebelum ini. Kesakitan adalah suatu perkara yang menyiksakan. Kalau Allah beri kesembuhan, ianya adalah nikmat yang indah.

5) Kesenangan Hidup

Kesenangan hidup ni Mama.Wafi nak pecahkan kepada 2 bahagian. Yang pertama ialah kesenangan dari segi emosi dan perasaan. Yang kedua ialah segi kewangan dan kehidupan. Hati Mama.Wafi sentiasa tenang dan sentiasa rasa bahagia. Tak pernah rasa bergolak atau tertekan sepanjang masa. Dari segi kewangan dan kehidupan, Mama.Wafi tak pernah kekeringan wang. Rezeki ada saja yang datang dari setiap sudut kalau Mama.Wafi tengah tak ada duit. Betul… Percaya pada Allah dan yakin dengan setiap doa yang kita ucapkan. Insya Allah, Allah akan bantu kita.

Gaun Kawin Memey! RM500K ke 500 Ribu Rupiah.???


Mula-mula tu Mama.Wafi malas nak tulis post ni..tapi tangan ni naaakkkk sangat tulis. sebabnya topik ni agak sensasi! Pada mulanya, Mama.Wafi begitu teruja dan teriiiingin sangat nak tengok gaun kahwin memey yang taraf boleh masuk muzium tu. Tapi..hampehhh!! Memang serius nak tergelak terguling-guling bila tengok gaun dia. Mama.Wafi rasa la kan, gaun kawin yang sewa kat kedai RM100 lagi berpuluh kali lawa. Cuba korang semua tengok nih..macam baju tidur pun ada gak. Memang tak seperti yang disangkakan. Yang paling nak tergelak, ada yang tulis kat komen “NI GAUN VERA WANG KE, VERA SUNGAI WANG!” Hahahahaha.

 

Baju kawin Memey Suhaiza

 

Gaun kawin Memey

Chef Wan yang turut hadir ke Majlis Gah Memey-Norman ni turut menghamburkan komen-komen pedas di FB beliau yang Mama.Wafi amat bersetuju.

Komen Chef Wan

 

HAHAHAHA

 

Bagi pendapat Mama.Wafi, penaja cuma nak mempergunakan Memey dan Norman ni sebagai MODEL FREE aje..Adussss…kasihan mereka. Gaun kawin Memey ni serius tak lawa. Mama.Wafi rasa Memey pun tentu kecewa dan malu. Cuma tak dapat nak luahkan saja.

Apa pula pendapat anda semua??

 

Suatu Penyesalan…


Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali.¬† Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan.¬† “Subhanallah….sakitnya…isk…isk…isk…isk… aduuh….Bang sakit nya tak tahan saya” keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. “Apalah awak ni….susah sangat nak bersalin.¬† Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni… mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya.” rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu.  Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar.  Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani.  Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu.  Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu.  Rohani menangis  bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba.¬† Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran …”Come on Ani.¬† You can do it…one more…one more Ani.” Kata kata peransang Doktor¬† Syamsul ¬†itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar…?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani ¬†terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. “Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga.” Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. “Tahniah Zamri, it’s a twin” Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula.¬† Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula .¬† Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu.  Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana.  Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali.  Terutamanya sepanjang dia mengandung.  Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula.  Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang  Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu.  Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena.  Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani.  Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram.  Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung.¬† Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu.¬† Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu.¬† Zamri tidak boleh menerima kenyataan¬† yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan.¬†¬† Kandungan Rohani sudah ¬†masuk 2 bulan… bermakna Rohani ¬†cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin.¬† Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan¬†mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula.¬† Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri.¬† Hati isteri mana yang tidak remuk. ¬†Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri.¬† Rohani pasrah……

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya.¬† “Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. ¬†Mengapa bang?” Rohani bertanya kepada Zamri .

“Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik.” Tempelak Zamri.¬† Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu.” sergah Zamri lagi.

“Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang”? sangkal Rohani pula. “Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah.” Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya ¬†dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya.¬† Serentak itu juga Rohani menangis .¬† Zamri langsung tidak mengendahkannya.¬† Deraian airmata Rohani semakin laju.¬† Rohani hanya mampu menangis sahaja.¬†¬†Amat pedih¬†sekali Rohani rasakan untuk menahan¬†semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

“Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani.¬† Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak.¬† Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau.” Bentak¬† Zamri lagi.¬† Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

“Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ….heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni.” kutuk Zamri lagi pada Rohani. “Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan.¬† Ani bukan perempuan yang tak tentu arah.¬† Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi.¬† Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu.¬† “Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya.  Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani  menunggu Zamri sampai tengah malam.  Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya.  Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja.  Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya.  Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding…Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan.¬† Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. ¬†Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak¬†hujan.¬† “Hari dah nak hujan, Bang.¬† Elok rasanya kalau ¬†kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun.¬† Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke.” marah Zamri.¬† Rohani menjawab,”Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi.¬† Sepantas kilat¬† Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani¬† tidak berdaya untuk menghalangnya. ¬†¬†Ya Allah!¬† Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian…terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

“Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini.¬† Kau lindungilah aku dan kandunganku ini ¬†dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran.¬† Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya….¬† “Bang, Ani ¬†minta maaf jika kata kata Ani tadi ¬†membuatkan Abang marah.” Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya.  Tiba tiba handphonenya berbunyi.  Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Setibanya di hospital sahaja,”Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya,¬† Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau… kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ?¬† Doktor Syamsul bertanya agak serius.¬† Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya…dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk …namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ……saja buat buat sakit untuk minta simpati…

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal….”YA ALLAH apa yang¬†aku dah buat ni.”

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,”Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat¬†sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery.¬† Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?¬†

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I’m really sorry Zakri. ¬†Allah lebih menyayanginya.?¬† kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.

                                                    BAHAGIAN KEDUA

Zamri mengambil diari tersebut.¬† Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya.¬† Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari.¬† Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata¬†banyak sekali¬†keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam¬† diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani…

“Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini.” keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering…membuat Zakri tertarik untuk membacanya…

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

“SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA¬†YANG PERTAMA PADA HARI INI.”Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya….

Assalamualaikum.

Abang…

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu.¬† Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang…

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini.¬† Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering…..Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan… Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ¬†?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu…Abang panggil Ani ?AYANG?…terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu…walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani?¬† Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang…

Tulisan ini ¬†khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang…….Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani.¬† Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya.¬† Ani reda Bang….

Harapan Ani,¬† Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka.¬† Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka…

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani  cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini¬†dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri…tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka¬† dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.

Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri…

Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka¬†pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu.¬† Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana¬†Ani sudah pun masukkan nama emak¬†dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang…sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani…Ibunya…sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati  Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Ani.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat¬†hatinya.¬† Dia menyesal…….menyesal…….

“Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana.” pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah…

Ani,  maafkan Abang.  Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis “SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai¬†dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. ¬†Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya¬†terhadap¬† Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya…setiap perbuatannya…seperti wayang jelas terpampang…kenapalah sampai begini jadinya…kejamnya aku…Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka.  Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan  begitu tabah dan redha.  Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. ¬†“Rohani, Abang minta ampun dan maaf.” bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. ¬†Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah¬†Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya…meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan …

Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa…

Ya Allah?.

Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani….ampunkan aku Ya Allah….

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani.  Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani…, Ani…, Ani…, nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis.¬† Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri.¬† Mereka semua menyabarkannya…..

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani……

 

SOURCE:penulisan2u.blogspot

Siapa Lebih Kuat? Wanita atau Lelaki?


 

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM.. Begitu istimewa sekali wanita yang ALLAH ciptakan di bumi ini. ALHAMDULILLAH…aku dilahirkan sebagai WANITA ISLAM.Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat! Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Hanya di MALAYSIA! Enjoy……….


Mana satu nak ikut ni?? Mengelirukan betoi la.hmmm

Sapa pemilik kereta ni? Mesti ganazzz ni…….

Yang ni terlebih kreatif la pulak…hahaha.¬† Tak tau nak cakap apa motif dia. Selesa begitu kot.

Macam mana dia buat dan kenapa dia buat?? Owh no……..

Pelik betoi la orang2 Malaysia kita ni…Ce ce cite..ce cite mcm mana jadi tu?

Ingat ya…Pagar rumah anda serbaguna tau. Cuba la kreatif sikit…macam di atas ni.hihihi

Pokok ni pun banyak manfaat jugak…adoiiiiii

Lawa kah….???atau serabut kah…??

Pemilik rumah yang malang akibat kontraktor rumah yang ba*ga*g

Meliuk lentuk pulak…hihihi

Ada pemandu ke tidak tu??hahaha. Ni kes balik keja parking time laut surut r ni…

Budaya Malaysia..sampah merata tempat. Tiang letrik pun jadi tempat buang sampah.

Berani betoi makcik juai goreng pisang itu..hahaha

Ni kalau keluar ni, “keluar dari dunia” terus ni…

Aku tak tau nak cakap apa..Mabuk ka? Laju sangat ka? atau…Cakap handphone.. Last2 jadi Touch Not Go. hahaha

Yang ni apa hal la pulak…ada tampal “P” kat keta. Sepatutnya lebih berhati2.

Eeeeiiiii…dah digunakan atau baru beli tu???

Hek eleh…Eleh eleh Hek eleh…………

Air KENCING atau Air KECIL yang lebih tepat??

Tu diaaaaaa…….hahahaha

Hahahaa. Sapa la yang buat ni. X check dulu ka

Yang ni serius buat aku gelak besaq!! hahahahaha. Memang lawak gaban gabus

So, macam mana? MALAYSIA rock and ganazzz x?? hahaha.

RAMADHAN yang Mulia…


¬† ¬† ¬†ōßŔĄō≥ŔĄōßŔÖ ōĻŔĄŔäŔÉŔÖ ŔąōĪō≠ŔÖō© ōßŔĄŔĄŔá
ASSALAMUALAIKUM WBT…..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA &
MENDAPAT KEBERKATAN Dari -NYA……
Maafkan segala keterlanjuran……..percakapan, perbuatan, mengata, mengumpat … apa-ape aje le yang boleh membawa perselisihan faham.


JANGAN CURI2 ¬† ¬† ….. JANGAN MALAS WAT KERJA ¬† ¬† ….. JANGAN BUAT…… JANGAN ASYIK ¬† ¬†.….. JANGAN ASYIK¬†BANYAK2 LA BERSABAR……

MESTILAH SENTIASA………


 

 
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan – pengampunan, 10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin….

Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua’llam.
SELAMAT BERPUASA…