Abang Sham… Tenanglah rohmu di sana…


22.8.2014. Tarikh yang aku masih ingat. Mak call aku.

“Muni, abang Sham & Angah accident. Kritikal,sekarang kat red zone.”

Allahuakbar…aku terbayang Angah yang montel berusia 11 tahun. Petang selepas balik kerja aku terus ke hospital. Abang Sham dah dimasukkan ke ICU. Aku nampak sepupu aku Kak Ta sedang menangis. Dia isteri Abang Sham. Aku peluk dia sambil menangis. Aku dapat bayangkan perasaan Kak Ta. Tapi Alhamdulillah aku diberitahu Angah cuma cedera ringan. Abang Sham pula tengkoraknya retak dan ada darah beku di dalam otak. Beliau akan menjalani pembedahan pada malam tu. Sejak dari tarikh keramat tu, seluruh keluarga tak putus berdoa. Setiap hari kami mengharapkan agar ada keajaiban berlaku. Kak Ta menjaga Abang Sham dengan sungguh baik sehingga aku terdetik kuatnya Kak Ta, masih tersenyum dan teguh berdiri setia di sisi Abang Sham. Aku tahu kesukaran yang dia alami. Harus menetap di hospital dan berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Siang hari bekerja, malam hari menjaga suami yang tercinta. Beliau perlu berjaga setiap 2 jam untuk menyedut kahak Abang Sham yang semakin hari semakin teruk kerana dia mempunyai asthma. Ada beberapa ketika Kak Ta langsung tak tidur sebab Abang Sham demam panas. Kulit Abang Sham yang hitam manis dah semakin cerah dan badannya yang gempal susut dengan cepat sekali…Sedih dan sebak aku tengok. Kepalanya kemek akibat tempurung yg dibuang. Oksigen turun naik membuatkan Kak Ta dan kami semua redha apa saja yang bakal berlaku. Kami berdoa, jika ada peluang untuk beliau sembuh, maka sembuhkanlah dia Ya Allah.. andai hidup akan membuatkan beliau merana dan terseksa, ampunilah dia dan kami redha andai Abang Sham terpaksa pergi.Pendek kata,kami mahu yang terbaik untuk Abang Sham.

FB_IMG_1426841407241

Abang Sham semasa sihat.. Seorang yang kelakar dan ceria…

Abang Sham yang aku kenali sangat suka bergurau dan buat orang ketawa, orang yang sangat taat pada ibunya dan sering menjaga ibunya yang sakit. Dia juga merupakan suami dan bapa yang sangat baik. Beruntunglah Kak Ta bersuamikan dia yang begitu mengambil berat hal anak2. Kemalangan yang berlaku tu sewaktu dia nak menghantar Angah untuk berlatih bola sepak. Lalu tanpa diduga, tayar motosikal yang mereka naiki, pecah di atas lebuhraya. Motosikal terbalik lalu kepala Abang Sham terhempas kuat di atas jalan kerana topi keledar yang dipakai tercabut dari kepala. Takdir yang telah ditulis Allah. Kak Ta terkenang kenang, pagi yang Abang Sham nak keluar dari rumah. Biasanya akan keluar begitu sahaja tanpa diberitahu. Tapi pagi kejadian, dua kali dia ulang pada Kak Ta..”Ibu, Abah pergi dulu…” selang beberapa minit lagi sekali dia cakap.. “Ibu, Abah pergi dulu.” Dan ya..akhirnya pada tanggal 15 Mac 2015 jam 8 malam Abang Sham yang pergi dulu meninggalkan Kak Ta dan 3 orang anak mereka Along, Angah dan Adik. Beliau pergi dengan tenang dan Kak Ta berada di sisinya pada masa tersebut. Kak Ta menangis tapi aku nampak kekuatan yang luar biasa dari dalam matanya yang sembab dan berair. Aku pasti dia sangat tabah untuk menghadapi suratan takdir ni dan meneruskan kehidupan untuk membesarkan tiga anaknya. Berulang kali aku dengar Kak Ta cakap aku redha Ya Allah…aku redha…. Memang aku pun menangis sekali masa tu. Suasana yang sungguh hiba. Anak-anak turut memandang sayu sekujur tubuh abah mereka yang dahulunya girang bermain dengan mereka dan melayani mereka.

Abang Sham beberapa minggu sebelum beliau pergi menghadap Illahi...

Abang Sham beberapa minggu sebelum beliau pergi menghadap Illahi…

Abang Sham akan sentiasa diingat dan kami kenang dalam doa-doa kami. Aku yakin cinta dan rindu Kak Ta pada Abang Sham takkan pernah luntur malah akan bertambah kuat. Moga itulah yang akan menjadi kekuatan buat Kak Ta mengharungi hidup dia sebagai ibu tunggal selepas ni. Pengajaran untuk aku pula, agar aku lebih menghargai kehadiran suami dan keluarga aku di sisi. Aku bayangkan kalaulah tiba -tiba aku kehilangan orang yang aku cintai, bagaimanalah rasanya aku nak teruskan hidup aku ni. Sebab tu suami isteri bergaduh cepat2 lah isteri beralah minta maaf. Sesama adik beradik dan anak beranak pun selalu minta maaf sebab kita tak tahu bila kita akan kehilangan dorang. Mungkin dalam sekelip mata sahaja semuanya berlaku tanpa kemahuan kita. Semuanya ujian dari Allah S.W.T. Sabar dan redha.

Gambar raya yang terakhir 2 minggu sebelum Abg Sham koma.. Dari kiri Angah,Kak Ta, Adik, Abg Sham & Along.

Gambar raya yang terakhir 2 minggu sebelum Abg Sham koma.. Dari kiri Angah,Kak Ta, Adik, Abg Sham & Along.

Abang Mohd Hisham Bin Ramli… Tenanglah rohmu di sisi Allah. Moga semua dosa2 diampuni dan diletakkan bersama orang orang yg soleh. Aamiin. Al Faatihah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s