23.03.2014 – Luqman Turns 3


Happy Birthday Muhammad Luqman Wafi!!! Dah 3 tahun umur anak mama ni. Cepatnya Luqman membesar. Dalam hati ni, mama dah tak sabar tunggu Luqman masuk 4 tahun sebab mama nak hantar Luqman pergi Kelas Al-Quran dan Kindergarten. Perkembangan yang mama dapat lihat dalam diri Luqman semenjak dua ni ialah Luqman dah kurang memberontak dan dapat faham bila mama dan papa terangkan kenapa tak boleh buat ni, kenapa mama tak bagi tu dan sebagainya. Luqman juga dah pandai mendisiplinkan diri contohnya dan tahu lepas bangun tidur mesti mandi. Masa mandi mesti gosok gigi dan masa makan mesti kena basuh tangan dulu dan duduk kat meja makan atau tempat makanan dihidangkan sahaja. Luqman juga dah pandai menuntut hak sama rata dengan orang dewasa. Hahaha. Lauk mesti sama dengan apa yg papa atau mama makan walaupun pedas Luqman nak jugak! Luqman agak nakal dan aktif namun bukan sukar untuk mengawal Luqman jika dah faham kehendak Luqman yang suka buat benda lasak. Kesihatan Luqman juga semakin baik dan dah jarang kena asthma. Syukur Alhamdulillah sebab mama lahirkan Hani 1 tahun 7 bulan selepas Luqman lahir. Luqman ada kawan untuk main dan rumah kita tak pernah sunyi. Luqman pun tak pernah bosan. Alhamdulillah! Ada hikmah yang Allah beri dengan kehadiran Luqman & Hani serta limpahan rezeki yang tak putus putus.

IMG_20140323_222218IMG_20140323_222500

IMG_20140323_223523IMG_20140323_221724IMG_20140323_222115IMG_20140323_222645IMG_20140323_222941IMG_20140323_223102IMG_20140323_223449

Anakku Luqman,

Mama doakan Luqman membesar sebagai hamba Allah yang taat, anak yang soleh, abang yang sentiasa melindungi adik dan menjadi ketua keluarga yang baik. Mama juga doakan Luqman diberi kesihatan yang baik, ilmu dan kefahaman yang baik, rezeki yang murah dan berkat serta dilembutkan hati untuk menerima nasihat yang berguna. Mama juga nak Luqman tahu yang mama sangat sayangkan Luqman dan sentiasa cium Luqman masa Luqman tidur dan peluk erat Luqman selalu. Kadang kala mama rasa tak nak Luqman membesar sebab takut mama dah tak boleh peluk, cium dan belai Luqman seperti sekarang. Tapi mama yakin, Luqman akan membesar sebagai seorang wira yang menghargai kasih sayang seorang ibu. Mama tak mengharapkan jasa dan kasih sayang mama dibalas, cukuplah dikenang dan diingati untuk menjadi detik sejarah paling manis antara seorang ibu dan anak.

Anakku Luqman,

Di hari lahir kamu yang ketiga ini, mama nak kamu tahu kamu semakin bijak setiap hari dan semakin tampan. Semoga Allah sentiasa membuka dan menerangi hati kamu dengan hidayah dan taufikNya supaya kamu akan menjadi kebanggaan semua orang. Mama loves you Luqman dari hari pertama kamu ada dalam rahim sehingga akhir hayat Mama. Semoga Luqman mampu pimpin tangan mama dan papa ke syurga nanti. Amin.

Leave a comment