Hani Maisarah’s 2nd Birthday ~20.10.2014~


Bismillahirohmanirrohim….

ALLAH SELAMATKAN KAMU…

ALLAH SELAMATKAN KAMU…

ALLAH SELAMATKAN HANI MAISARAH…

ALLAH SELAMATKAN KAMU…

2013-01-18 15.46.58

Hani genap usia 2 bulan masa ni. First time meniarap….

2012-12-03 15.51.14-1

Masih dalam pantang kat Hani masa ni….

2013-11-24 12.12.31

Luqman dan Hani sebaya.. kadang kala rasa macam bela si kembar.

IMG_20141016_212208

Hani & Nani…. masa sambutan hari lahirnya yang diadakan lebih awal pada 16.10.2014

Ya Allah… cepatnya puteri mama ni membesar. Dah 2 tahun pun. Rasa macam baru semalam lahirkan Hani. Hani yang sangat manja dan kuat merap nak dipeluk je masa dalam pantang. Sampaikan mama terpaksa tidur duduk sambil meriba dan memeluk Hani. Tak boleh langsung nak diletak. Kalau Hani tidur, berlari lari mama mandi dan makan. Sebab nanti Hani bangun tugas mama hanya pegang Hani. Manja betul la baby ma ni… Kalau abang Luqman, umur dia 6 bulan dia dah tak berjaga menyusu waktu malam. Tapi Hani lain. Sampai sekarang masih nak susu. Kadang kadang sampai 2 kali bangun. Hahaha. Letih tapi menyeronokkan. Betul la. Menjadi seorang ibu ialah menjadi seseorang dengan perasaan yang aneh, menjadi seorang yang lebih kuat. Kalau dulu tidur tak cukup mesti mengantuk kat ofis. Tapi sejak ada anak, rasa ok dan happy lebih2 lagi mengenangkan masa yang diluangkan bersama anak. Sungguh indah walau terpaksa layan dia menangis sepanjang malam sebab demam nak tumbuh gigi!

Perkembangan Hani sekarang ialah punya la cakap banyak Masya Allah… ada saja benda yang dia nak cerita walaupun kadangkala mama tak faham. Bila dia ulang2 terus jadi faham. Teringat semalam Hani cerita dengan penuh perasaan. “ni alin atu tatak umpat tat ti ni, ni layiiiiiiii, tan mama tan?” Maksudnya, Hani baling batu, katak lompat kat kaki hani, hani lari, kan mama kan? Dia dah pandai cakap banyak benda. Kuat membebel. Papa dia cakap, Hani ni sebiji perangai macam sayang. Suka cakap banyak. ofkosss la anak mama kan! hahaha. Hani jugak suka mengusik abang Luqman. Bla abang tidur Hani akan geli2 ketiak abang. Bila abang bangun Hani akan merengek nak tidur. Bila mama dan papa tidurkan Hani, abang pula dah tak boleh tidur sebab dah tertidur hilang mengantuk tadi. Jadi kami kena layan abang. Hani pula sedap tidur! Anakku sayang bijak betul la kenakan mama dan papa.

Selamat Hari Lahir yang kedua puteriku sayang…

Puisi Indah Coretan Mama khas buat Hani Maisarah

Senyumanmu penghilang dukaku,

Telatahmu pengubat lelahku,

Membesarlah sebagai srikandi Islam yang berilmu,

Andai nanti kau berhadapan dengan dua liku,

Satu liku yang salah tetapi penuh sinar kemilau,

Satu liku yang benar tapi beronak ranjau,

Maka tetaplah pilih yang benar untuk hidupmu,

Usah gentar bila dicabar anakku,

Doaku sentiasa dalam setiap hela nafasmu,

In Shaa Allah Hani Maisarah puteriku,

Papa dan Mama akan memberi didikan agama terbaik untukmu,

Ingatlah Allah selalu,

Jadikan Rasulullah S.A.W. idola hatimu,

Tentu kau akan bahagia hingga akhir waktu.

3 thoughts on “Hani Maisarah’s 2nd Birthday ~20.10.2014~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s