Tag Archive | Agama

Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan


Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat. Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya. Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak. Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.
Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri aku sendiri dan para pembaca Soleh.Net, izinkan aku berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat

Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a’lam.

info dr istimewa2u.blogspot.com/

Maut Tidak Menunggu Taubatmu…


Rasulullah saw bersabda:

“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Andaikan mereka tahu apa yang ada dalam kedua solat itu, nescaya mereka menghadirinya sekalipun dengan merangkak. Dan sesungguhnya rasanya aku hendak menyuruh (orang-orang ) mengerjakan solat kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami mereka, lalu aku berangkat bersama orang-orang dengan membawa kayu, kepada orang-orang yang tidak hadir untuk melaksanakan solat, kemudian aku bakar rumah mereka.”

[H.R. Muslim]51bc57764a5411e3a5ea0a7cffb7c5e1_8

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Amal seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung, dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.”

[H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan]6889e70a4bdc11e3bd1b1264b15b69ad_8

Rasulullah s.a.w. besabda:

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi “Tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah”, menegakkan solat dan melaksanakan zakat. Apabila mereka telah melaksanakan semua itu, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku kecuali dengan hak Islam, lalu persoalannya terserah kepada Allah.”

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

e3d9d27e4d0511e3aa1d12fe49d61113_8

“Apakah yang memasukkanmu ke dalam neraka(saqar)?Mereka menjawab: “kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami mendustakan ari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian.”

[surah Al-Mudatsir:42-47]

eaaa17924a0011e3b0ca121330b28c35_8

(Batas) antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.”

[H.R. At-Tirmidzi dan Abu Daud]

 

Jenazah Maheran Jaafar Masih Elok & Berbau Harum


Jenazah masih wangi, elok
Jenazah Maheran dikafankan semula sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Batu Badak, Segamat.

Mayat guru al-Quran dikebumi pada 2006 masih sempurna

Segamat: Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.

Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang.

Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu. Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.

Pemindahan kubur

“Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek. Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi.

“Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Hamisah berkata, arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam.

Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek.

“Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat.

“Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah,” katanya.

sumber: Berita Harian 09/11/2013
Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.

“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.

“Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” katanya ketika ditemui.

Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.

“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.

“Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya,” katanya.

Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.

“Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar,” katanya.

Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat.
  • Para Nabi-Nabi
  • Para Ahli Jihad Fisabilillah
  • Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
  • Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
  • Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
  • Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
  • Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
  • Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
  • Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
  • Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

sumber: http://www.blogammar.com/10-jenis-mayat-yang-tidak-akan-busuk-reput-dalam-kubur/

Kisah Syaitan Menolong Pemuda Ke Masjid


Kisah ini bermula apabila seorang pemuda bangun pada awal pagi untuk solat Subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.Di pertengahan jalan menuju ke masjid,pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.Dia bangkit, membersihkan bajunya dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia sekali lagi bangkit,membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.Di rumah, dia sekali lagi berganti baju,berwudhu dan berjalan menuju ke masjid.Di tengah jalan menuju ke masjid,dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.Dia menanyakan identiti lelaki tersebut dan lelaki tersebut menjawab “Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid,jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.”

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan menuju ke masjid. Apabila mereka sampai di masjid, pemuda tersebut bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat Subuh bersamanya. Lelaki itu menolak,pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali tetapi jawapannya sama.Pemuda itu bertanya, kenapa menolak untuk.masuk dan solat Subuh bersama?Lalu lelaki itu menjawab…

“Aku adalah IBLIS…”Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. Iblis kemudian menjelaskan, “Saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan SEMUA DOSAMU.Saya membuatkan kamu jatuh kali kedua dan itupun tidak membuatkan kamu berubah fikiran, bahkan kamu tetap memutuskan kembali untuk ke masjid.Kerana hal itu, Allah memaafkan DOSA-DOSA SELURUH ANGGOTA KELUARGAMU. Saya bimbang jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk kampungmu jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat…”

“Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” -Dr. Aafia Siddiqui


Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui.
Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI.
Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.
Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.
Dr. Aafia Siddiqui
Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.
Dr Aafia sebelum ditangkap dan diseksa.Dr Aafia hafizah Al Quran dan muslimah yang hebat.
Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.
Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Dr. Aafia Siddiqui
Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.
Selepas diseksa, Dr Aafia hilang ingatan.aafiaafter
Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq. Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.
Dr. Aafia Siddiqui
Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia.
Allah tidak memandang kesannya tetapi usaha kita. Di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. Adioss!!! – luv-ima

Sedikit kandungan ucapan Laurent Booth

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Wahai saudara-saudaraku seiman, Aafia Siddiqui adalah saudara kita dalam ikatan kemanusiaan. Dia adalah saudara kita dalam Islam, dan apa yang telah diperbuat Amerika terhadapnya adalah sebuah tindakan kejahatan, dan mengapa mereka memenjarakan seorang wanita seperti saudara kita Aafia?
Mari kita lihat sebenarnya siapakah dia. Aafia Siddiqui adalah seorang ilmuwan biologi syaraf, salah satu dari para ilmuwan genius umat kita sekarang.
Saya bekerja dengan Muslim Legal Fund (yayasan bantuan hukum untuk Muslim) di Amerika, dan ketahuilah ketidakadilan yang menimpa Afia bukanlah satu-satunya..
Saat ini di Amerika ada sekitar 300 saudara Muslim yang menjalani hukuman penjara dalam waktu yang lama karena tuduhan yang berdasarkan motivasi pre-emptive (sangkaan kejahatan sebelum kejahatan tersebut terjadi)
Amerika senang melakukan tindakan pre-emptive, seperti serangan pre-emptive dan sekarang mereka mau keadilan pre-emptive.
Afia Siddiqui selalu teguh berjuang untuk saudara-saudara dan tidak pernah mundur. Demikian pula kita juga harus bersikap sama dengan Afia dan umat Islam lainnya di masyarakat kita.
Karena kalau kita lihat Inggris sekarang, ketika salah seorang dari saudara kita ditahan, seseorang yang kita kenal, mungkin dia seorang dokter, atau sukarelawan, tahukah kita apa yang terjadi? Apakah kita masih mau mengunjunginya, atau kita berkilah kita khawatir terhadap keluarga kita.. ingat bahwa kita semua akan mempertanggungjawabkan kepada Allah terkait nasib saudara-saudara kita.
Maka kita tidak boleh takut, hukum yang tidak adil adalah hukum yang tidak adil.
Dan saya akan akhiri dengan pernyataan berikut. Afia Siddiqui adalah korban ketidakadilan, tapi tidak ada yang menang di sini. Saya beritahu, Subhanallah, Afia Siddiqui adalah pemenang terhadap para penahannya. Dia adalah pemenang yang sebenarnya karena Afia menginginkan Jannah. Alhamdulillah.
Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.
Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:
“Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan memperkenalkanku kepada isteri baginda.Baginda berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah.
 

Sehingga hari ini 27.10.2013 Aaifa masih dalam tahanan di penjara Amerika.
Kita hanya mampu berasa marah dengan kekejaman ini. Apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa supaya Allah selamatkan semua ilmuan beragama Islam daripada keganasan musuh-musuh Islam dan juga pembebasan semua orang-orang Islam yang ditahan musuh atas dakwaan palsu tanpa bukti.

Kapada rakan-rakan yang telah membaca kisah ini, saya mohon jasa baik anda untuk kasi ‘like’. Biar kejahatan Amerika ke atas Islam didedah kepada seramai mungkin. Sesungguhnya masih ramai orang-orang Islam yang menyanjung Amerika. ATAU sila sebarkan kisah ini di blog/website milik anda.

Ada Apa Pada Muhammad?


Sekarang ni tengah dok fikir-fikir nama anak. Jantina belum diketahui. Tapi dah rasa macam nak cari nama siap2 untuk permata cinta yang kedua ni. 1 nama lelaki dan 1 nama perempuan. Tapi apa yang pasti, nama anak lelaki mestilah bermula dengan Muhammad, sempena nama Rasul kita yang tercinta. Hal ini juga adalah kerana saya pernah terbaca satu artikel berkenaan dengan nama Muhammad ini yang telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya nama Muhammad itu sendiri. Nak letak nama secanggih mana pun, pastikan ada Muhammad.

https://i2.wp.com/hasnulhadiahmad.com/wp-content/uploads/2012/04/Muhammad-Idola-Kami.jpg

 

Sebagai orang Islam, kita wajib mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu rukun Islam yang pertama. Apakah ayat yang terkandung di dalam ikrar keislaman itu? “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.Perkataaan Muhammad itu merupakan perkataan yang amat penting untuk membuktikan keislaman seseorang kan? ya..begitulah istimewanya nama Muhammad di dalam agama Islam.

Kebanyakkan ulama sangat menggalakkan kita supaya menamakan anak dengan nama Muhammad dan mereka yakin bahawa sesebuah keluarga akan lebih mendapat keberkatan dan ketenteraman jika anak dinamakan Muhammad. Ini juga bagi memperingati Rasulullah S.AW yang begitu mulia dan mempunyai peribadi yang sangat elok.

Bahkan menurut sebuah Hadith yang lemah (dhaif), para malaikat yang menjaga neraka dan menyeksa orang – orang yang berdosa disana akan memberikan keringanan khas kepada umat Islam yang mempunyai nama Muhammad pada namanya kerana Muhammad itu kekasih Allah. Begitu istimewanya nama Muhammad itu sehingga tidak menerima hukuman yang sama dengan penghuni neraka yang lain.

Banyak Hadith yang menerangkan keistimewaan dan kelebihan terhadap orang yang diberi nama Muhammad. Dalam sebuah Haditshdikatakan,”Apabila kamu menamakan seseorang itu Muhammad, hendaklah kamu hormati dia dan lapangkan tempat baginya didalam suatu majlis, dan jangan masamkan mukamu kepadanya.” Dan diriwayatkan pula bahawa tidak ada suatu kelompok yang mengadakan musyawarah dan ada bersama mereka seorang yang bernama Muhammad, namun mereka tidak mengajaknya ke dalam musyawarah itu, melainkan mereka tidak akan diberkati.”

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah dari Ibnu Juraij dari Nabi SAW, yang telah bersabda,”Barang siapa memiliki isteri yang sedang mengandung dan bercita – cita hendak menamakan anak yang masih dalam Rahim itu dengan nama Muhammad, Allah Ta’ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki, dan jika ada seorang yang bernama Muhammad didalam sebuah rumah, nescaya Allah Ta’ala mengurniakan keberkatan didalam rumah itu.”

Seorang perempuan telah berkata kepada Rasulullah SAW,”Ya Rasulullah, aku ini seorang perempuan yang tidak mempunyai anak lelaki yang hidup,” Maka Rasulullah SAW menjawab,”Bernazarlah engkau kepada Allah bahawa, apabila engkau mendapat anak lelaki, engkau akan namakan anak itu Muhammad.” Maka ia pun melakukannya, ternyata anak lelakinya hidup selamat dan baik.

Telah diriwayatkan dari Abu Umamah,”Barang siapa mendapat anak lelaki lalu ia namakan dia Muhammad kerana mengkehendaki keberkatannya, dia dan anaknya akan masuk syurga,” (Disebutkan dalam kitab Al – Firdaus). Riwayat lain menyebutkan bahwa Ali bin Abu Thalib mengatakan, “Tidak ada suatu jamuan makan lalu datang hadir kepadanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta’ala akan memuliakan rumah itu dua kali ganda.”

Begitulah istimewa dan pentingnya nama Muhammad. Semoga anak-anak lelaki yang bakal dilahirkan selepas ini, semuanya berpangkal dengan nama Muhammad dan mendapat keberkatan sempena dengan nama yang mulia itu.

 

Anak Tumbuh Gigi Atas Bawa Sial??


Hai semua… Mama.Wafi sangat gembira sebab Wafi dah tumbuh gigi.. gigi atas 2 kuntum. walaupun lewat sedikit. x apa lah kan.. 🙂 Tapi yang Mama.Wafi geram sangat tu, ada jugak mulut2 sumbang yang cakap…..
a) Hmmm..nanti degil la anak kau tu
b) Ish..bila besar nanti jenuh diturut la kata-kata budak tu
c) Kena wat kenduri pelepas sial ni (ni serius aku bengang tahap gaban!)
Jadi ibu-ibu sekalian, apa masalah sebenarnya ni kalau gigi atas tumbuh dahulu?? Adakah orang-orang yang menjadi kejam seperti pembunuh. perogol, pencuri semua tu dari kalangan mereka yang tumbuh gigi atas dahulu?? Orang yang baik2 dan alim ulama’ semua tumbuh gigi bawah dan tak ada seorang pun yang tumbuh gigi atas kah?? Maafkan saya kerana sedikit emosional ketika menulis post ini. Kerana niat saya cuma untuk melepaskan geram, menangkis persepsi negatif dari minda orang Melayu dan ingin mengingatkan anda setiap apa yang keluar dari mulut itu ialah DOA. Jikalau budak tu besar nanti dan apa yang orang katakan itu benar2 menjadi, itu sebenarnya DOA yang ibu-ibu lafazkan dan Allah makbulkan. Bukan kerana Allah telah menetapkan orang yang tumbuh gigi atas, wajib menjadi nakal, jahat dan sebagainya. Janganlah ibu-ibu BUNUH sifat positif anak-anak dengan ucapan sebegini walaupun bayi itu bukan anak anda.
Siapakah kita untuk meramalkan masa depan bayi-bayi yang sempurna tanpa dosa itu? Jauhkanlah diri anda dari kepercayaan yang boleh menjurus kepada KHURAFAT sebegini.Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.  Janganlah buat kenduri pelepas sial kepada bayi anda jika beliau tumbuh gigi atas dulu. Dosa besar tu ibu-ibu!  Lainlah kalau buat kenduri kerana anak tumbuh gigi (tak kira atas ke bawah) atas tanda kesyukuran kerana anak anda cukup kalsium dan normal seperti bayi-bayi lain!
Mulai saat ini ibu-ibu, pastikan mulut anda mengeluarkan kata-kata positif sahaja. DOA yang baik2 untuk bayi-bayi suci ini. Percayalah bahawa setiap anak hanya Allah saja yang tahu takdir hidupnya bagaimana. Janganlah kita pandai2 tentukan kerana nanti tak pasal2 terjerumus dalam dosa2 besar.