Archives

Sup Tauhu Telur & Ayam


Salam Jumaat…

Tengah hari tadi masa waktu rehat 2 jam tu, saya balik rumah dan masak untuk anak-anak dan untuk papa mereka sekali! hehe. Masakan yang simple, penuh khasiat dan amat sedap. Sebenarnya, saya tak pernah masak tauhu telur dan lebih teruk lagi, saya tak pernah makan tauhu telur ni. Tapi kawan-kawan semua cakap sedap. Jadi saya nak mencuba sesuatu yang baru terutama untuk menambah selera Luqman & Hani. Dan mama juga teruja nak makan benda yang tak pernah makan ni! Ternyata memang sangat sedap. Tapi lebih sedap kalau mama letak sayur banyak-banyak. Kali ni first time try, cuma letak tauhu telur ni dengan ayam je. Pun dah cukup sedap. Luqman & Hani pun makan banyak. Suka betul!

Resipi Sup Tauhu Telur & Ayam (Letak sayur campur lagi best!)

2013-11-22 14.00.34

4 tiub tauhu telur dipotong 6 bahagian

1 bahagian dada ayam dipotong kecil2

1 kiub pati ayam

Sedikit halia

Sebiji bawang ros

Seulas bawang putih

1 sudu kecil lada hitam (optional)

Sedikit garam

Cara-caranya:

1)Goreng tauhu telur yang telah dipotong tadi sehingga garing.

2) Letak air separuh periuk dan didihkan

3)Tumbuk halia, bawang ros, dan bawang putih. Rebus bersama air.

4)Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam

5)Masukkan tauhu telur yang telah digoreng.

6)Masukkan lada hitam dan daun sup dan juga sedikit garam.

7)Siap untuk dihidangkan!!! ;-)

 

Selamat Mencuba. Resipi ni juga sesuai sangat untuk bayi 8 bulan atau 1 tahun ke atas ;-)

Puri Ayam bersama Kentang dan Carrot


Hai semua! Mama try resipi baru untuk Hani. Hani suka sangat-sangat. Resipi ni amat sesuai untuk bayi berumur 8 bulan ke atas. Memang sedap dan cukup khasiat!

Puri Ayam bersama Kentang dan Carrot

Puri Ayam+Carrot+Kentang

Puri Ayam+Carrot+Kentang

Isi ayam- 50gram (potong kecil2)

Carrot- 1 batang (potong dadu kecil)

Kentang- 1 biji (potong dadu kecil)

Bawang ros – Biji

Sos tiram-1 sudu

Cara caranya:

1) Tumis bawang ros yang telah dihiris dengan 2 sudu minyak zaitun

2) Masukkan isi ayam bersama dengan 2 cawan air. Masukkan juga 1 sudu sos tiram.

3)Masukkan carrot dan kentang. Masak sampai kering sehingga menjadi macam inti karipap tu.

Taraaaaa…Dah ready!!!

Resipi untuk bayi 1 tahun ni dah siap. ;-) Habis semangkuk Hani makan. Puas hati mama…

Bayi Cirit? Apa Perlu Buat?


Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.”

SUMBER : http://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit-dan-bayi-anda#ixzz2eTWbrAna

Budak cirit...hehehe

Budak cirit…hehehe

Baru-baru ni anak kedua saya, Hani kena cirit birit. Saya dh bawa dia ke klinik dan doktor tak bagi apa-apa ubat untuk menghentikan cirit birit dia sebab dia masih aktif dan tidak kekurangan air di dalam badan walaupun dia cirit 7-8 kali sehari. Menurut cakap doktor, cirit birit Hani berpunca dari Rotavirus kerana najis dia cair dan berlendir. Jika diberi ubat, cirit akan berhenti dan virus akan terus berada dalam perut. So, apa yang mommies boleh lakukan ialah :
1) berikan air secukupnya dan bagi susu sekerap mungkin.
2) kurangkan jumlah susu dan lebihkan air supaya susu tu cair je.
3) beri dia minum air garam ORS setiap kali selepas dia cirit.
4) Tukar lampin/pampers secepat mungkin supaya kulit tidak melecet
5) Beri air kanji kepada bayi untuk tenaga (moi nasi cair2 pun ok)
Jika bayi tak selesa untuk makan makanan pepejal. Tak mengapa. Jangan paksa kerana bayi sekarang berada dalam keadaan tidak selesa untuk makan. Apa yang penting ialah air,garam dan glukosa supaya bayi bertenaga. Namun, mommies perlu berjaga-jaga jika bayi menunjukkan tanda-tanda berikut :
1) Tidak aktif
2)Tidur terlalu lama macam sangat letih
3) Bibir nampak kering
4) Bayi pucat
5) Bayi menangis dan meragam
6) Demam
7) Bayi enggan minum
8) Air kencing nampak terlalu kuning atau pekat/ pampers ringan menandakan kencing tak banyak.
Jika bayi anda yang sedang cirit ada tanda tanda di atas, tolong jangan berlengah lagi, terus bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Selalunya cirit birit akibat rotavirus akan berhenti kurang dari 5 hari. Jika keadaan berterusan dan membimbangkan, bawalah bayi anda ke hospital kerana post ini bukanlah nasihat perubatan. Ianya hanyalah sekadar berkongsi pengalaman yang saya hadapi sendiri. Boleh mommies jadikan panduan, tetapi berjumpa doktor tetap jalan yang terbaik. :)

Krim Berkesan Bila Punggung Bayi Melecet


Hai semua…Kejadian ni dah lama berlaku tapi biasa la..lazy blogger macam i ni, sangat lah lambat nak mengupdate entry kat sini. Beberapa bulan lepas Luqman cirit birit.Selepas beberapa kali dia cirit, kulit dia jadi makin merah. saya beli macam-macam jenis nappy rash cream untuk sapu. tapi tak berkesan jugak…Bila sapu jadi makin teruk sampai tahap kulit dia tu dah menggelupas dan dia menangis menjerit meraung setiap kali cirit n nak cuci. sampai saya pun mengalirkan airmata lihat dia terseksa macam tu. dah macam udang kena bakar! Sampai saya takut nak sapu apa2.takut lebih memburukkan keadaan. Lepas tu saya suruh husband pergi farmasi dan ceritakan masalah anak yang tak sesuai cream macam2 yang kami dah cuba. Kot la ada pilihan lain. kalau tak ada, kami nekad nak bwa dia pergi hospital. Pastu orang farmasi suggest beli BEPANTHEN NAPPY RASH OINTMENT.

Bepanthen-Ointment

Lagi satu tips ye ibu-ibu, kalau anak kita fobia masa nak disapukan cream sebab takut pedih dan sakit akibat sentuhan kita, jangan paksa dia. Apa yang kita boleh lakukan ialah, bagi anak bertenang, kemudian bersihkan tangan anak kita, baringkan dia dan sapu cream tersebut pada tangan si anak. Kemudian sambil pujuk2, nyanyi2 ke apa…bawa tangan anak tu biar dia sapu sendiri. Anda jangan sentuh langsung tempat yang dia sakit. Biar dia buat sendiri. Lepas dia dh sapu, bawa anak cuci tangan sampai bersih. Saya dah buat kat Luqman dan berjaya sapu tanpa membuatkan dia menangis atau meronta.

Ok, selepas saya sapu Bepanthen ni, saya buka aircond dan kipas halakan ke tempat sakit tu supaya cream cepat menyerap dan luka cepat kering. Selepas 20 minit macam tu baru saya pakaikan pampers kat dia. Dia pun tidur dan cirit dan mula kurang. Masa nak tukar pampers saya terkejut! Kulit dia dah pulih. Apa yang mengejutkan lagi ialah langsung tak macam sakit. 100% ok. Betul! tak tipu ni!! Memang berkesan betul Bepanthen ni. Sekarang kalau masalah anak kulit melecet ni, saya tak pernah guna cream lain dah. Hanya Bepanthen di hatiku! Maybe anda juga boleh mencuba. Dan cream ni juga boleh digunakan sebagai cream harian dan bila puting ibu yang menyusu badan melecet sebab cream ni tanpa bahan kimia dan selamat untuk bayi walaupun dorang masukkan cream ni ke dalam mulut. :)

Kerana Viral Croup,Anakku Kritikal


Assalamualaikum semua…….

OK, pertama sekali saya nak minta maaf kat semua readers saya sebab saya lama tak update blog. sebabnya ialah anak saya Luqman demam selama sebulan dan saya hanya tumpukan sepenuh perhatian saya pada dia. Di entri kali ni saya nak bercerita tentang apa yang menimpa Luqman sampai dia kritikal. yes..kritikal… saya hampir kehilangan dia.

26 Mac 2013

Luqman tengah main lompat2 kat atas katil sambil usik mama. tiba2 mama nampak Luqman baring. mama ingat Luqman mengantuk dan dah letih main so mama buat susu untuk Luqman. Masa suap susu mama cium Luqman. Oh hangatnya!!! Luqman demam sayang… Mama ambil termometer dan sukat suhu badan Luqman. 39.6. Mama cepat2 lap Luqman dengan air. pastu mama bagi ubat. Alhamdulillah panas sayang mama dah turun.

27 Mac 2013

09.00am

Entah kenapa mama rasa tak sedap hati walaupun badan Luqman dah tak panas. Bibir Luqman kering n nampak tompok2 biru. Oh kurang air ni…kata hati mama. Mama kena pergi kerja jugak ni sebab banyak sangat kerja kat ofis belum selesai. (kesilapan mama yang paling besar ialah pergi kerja jugak). Mama pesan dengan papa supaya bagi Luqman minum air banyak.

12.00pm

Papa Luqman call cakap nafas Luqman bunyi…Mama cakap Luqman asthma la tu. bagi Luqman neb. Ibu saudara Luqman aka kakak mama pun call. dia suruh mama balik tengok Luqman sebab badan Luqman terlampau panas. Mama cakap ok xpe. jelum dulu. memang biasa Luqman demam macam ni kalau nak tumbuh gigi atau asthma.

03.00pm

Papa call lagi cakap nafas Luqman bunyi teruk sangat. Hmm..lagi 3 jam nak balik. Mama cakap ok. balik nanti terus bawa Luqman ke sebuah hospital swasta yang Luqman memang biasa pergi.Dalam hati cakap,mesti kena admit ward ni. so mama settle semua kerja mama.

06.00pm

Mama tengok Luqman terbaring lemah. Nafas Luqman bukan bunyi penat! bunyi macam orang tua berdengkur! Kuat sangat2! Mama peluk Luqman. tiba-tiba Luqman muntah. Mama tak sangka seteruk ni keadaan Luqman. Mama menangis. mama cakap dengan nani, mama menyesal tak balik awal tadi. Mama dan papa terus bawa Luqman ke hoapital swasta ni. kat emergency unit.Masa ni Luqman dok batuk. bunyi batuk tu KONG KONG KONG. yes..bukan bunyi macam penat TAPI doktor cakap penat sikit je. balik makan ubat.

08.00pm.

Mama bagi Luqman makan ubat. Mama nampak Luqman macam susah sangat2 nak bernafas. Mama terlalu risau. Mama cakap dengan papa, jom bawa Luqman ke hospital kerajaan (Hospital Sultanah Bahiyah). terus kami bertiga pergi. Sampai je kat hospital, misi kat kecemasan tanya, kenapa puan..Mama cakap anak saya asthma. Misi selak tengok dada Luqman. Misi terus cakap, puan sila ikut saya. Misi tu berlari. Mama pun berlari sambil dukung Luqman. Mama blurr masa tu. Eh kenapa aku lari nih?? Rupanya Luqman dibawa masuk ke RED ZONE. Siren dibunyikan 3x menandakan ada kecemasan. Doktor semua bergegas pegang Luqman. Puan sila tunggu di depan.anak puan tak boleh bernafas,dia kritikal, kata doktor. Allahu Akbar…Subhanallah..Anakku sayang..Mama menangis dan terduduk. Ya Allah..sembuhkanlah anakku…aku tak bersedia untuk kehilangan anakku Ya Allah…Aku hambaMu yang lemah.

Masa angin meniup kain tirai yang lindung katil Luqman, mama nampak Luqman terbaring ada seorang doktor duduk atas katil bersama Luqman sambil peluk Luqman. sorang doktor dok bagi Luqman sedut sesuatu. Sorang lagi dok ambil darah n cucuk ubat masuk kat Luqman. Luqman tak menangis langsung. mungkin Luqman dah terlalu letih dan penat seharian menahan sakit.Kasihanilah anakku Ya Allah..berilah kesihatan kepadanya.

28 Mac 2013

01.00am

Doktor panggil mama dan papa. Doktor cakap Luqman bukan kena serangan asthma. sebaliknya serangan virus kat saluran pernafasan yang membuatkan saluran tu bengkak dan menutup laluan oksigen untuk masuk. Nama penyakit ni ialah Viral Croup. Doktor cakap nasib baik puan datang lebih awal, kalau lewat sedikit mungkin dia tidak dapat diselamatkan. Masa ni mama peluk Luqman kuat2. Mama tak sanggup kehilangan anak mama. Doktor nak pantau bacaan oksigen dalam darah Luqman. kalau semakin baik, Luqman boleh masuk wad biasa. kalau semakin buruk, Luqman kena masuk ICU.

05.00am

Mama renung wajah Luqman. Luqman tidur dalam pelukan mama. Wajah luqman suci bersih mama rasa sebak sangat. Bibir Luqman dah nampak pink sikit. muka pun dah glowing, tak pucat macam siang tadi. Doktor datang ambil darah. tak lama lepas tu doktor bagitau bacaan dah semakin baik. Syukur pada Allah. Luqman dimasukkan ke wad biasa. dan masih kena sedut oksigen melalui mesin bantuan pernafasan.

2013-03-28 02.56.522013-03-28 02.57.41

06.00pm.

Seharian duduk di wad, Luqman menangis dan meragam sebab wad pun sesak dan mungkin Luqman rindukan adiknya. Bila Luqman menangis, pernafasan pun mula nak terganggu. Doktor cakap boleh balik sebab doktor taknak dia trauma dan fobia dengan hospital dan dia perlukan rehat secukupnya. Tapi mama kena pantau Luqman di rumah. dan doktor pesan demam mungkin berlarutan dan berterusan sebelum virus tu say goodbye sepenuhnya!Mama ambil cuti untuk jaga dan pantau Luqman kat rumah. Malam mama tak boleh tidur lena sebab takut berlaku sesuatu. Sampai sekarang pun mama masih trauma dengan kejadian Viral Croup ni.

Begitulah kisahnya pengalaman saya dengan virus yang jahat. Dan saya bersyukur kerana Allah selamatkan anak saya yang kuat tu! Setiap dugaan yang Allah beri mesti ada hikmahnya. Hikmah kejadian ni ialah saya menjadi mommy yang lebih alert dan sensitive. apa je perubahan kat anak, jangan sesekali fikir positif. yang kedua ialah dapatkan rawatan di hospital kerajaan jika kes kecemasan. jangan terlalu mempercayai kata seorang doktor.silap saya ialah percaya kat doktor swasta tu walhal misi hospital kerajaan pun lebih bijak dari doktor tersebut. refer to many doctor as u can. Hikmah yang ketiga ialah saya lebih menghargai anak2 saya. jika sebelum ni saya selalu marah kalau Luqman nakal. tapi masa dia sakit baru saya sedar yang sebenarnya nakal tu la yang saya rindu sangat sangat! Setiap saat yang ada, saya habiskan dengan melihat puas2 wajah suci anak2 saya dan peluk cium mereka sepuasnya. Terima kasih Allah memberiku dugaan untuk mnyedarkan aku dari kealpaan. Alhamdulillah anakku selamat.

***Atas permintaan ramai, saya ceritakan dengan lebih lanjut tentang Viral Croup. Mohon ada semua baca kat sini. https://mamamunie.wordpress.com/2013/12/05/viral-croup-simptom-cara-merawat-cara-mencegah/

***Mengalir air mataku tanpa henti membaca entri whitevincci.blogspot.com yang kehilangan anaknya akibat serangan virus di semua organ dalaman. To Erina, tabahkanlah hati. Allah lebih menyanyangi Aqil. Di syurga pasti dia menanti papa dan mamanya. Dunia hanya sementara. Aqil menunggu anda berdua di akhirat yang kekal abadi.

Whoopee Diapers


Hai semua…

Sebelum ni dok dengar kat radio jer tentang Whoopee Diapers ni…Utk pengetahuan semua, Luqman memang dah terbiasa dengan PetPet. Harga pun ok, tak terlalu mahal. But my officemate told me, Whoopee jauh lebih murah.RM28.90 jer satu pek kat Tesco. So i decided nak try sebab Whoopee pun ada magic tape yang boleh lekat berulang kali, iaitu faktor utama yang i nak bila beli diapers kat anak. Sebab i ni kan mak yang suka letak minyak banyak2 kat perut dia. Bila tape biasa tu kena minyak, dah taknak melekat. Kalau magic tape, adjust la 10 kali pun, tetap melekat elok jer.

Hasilnya, saya memang puas hati dengan Whoopee sebab:

  1. Tiada kebocoran
  2. Ada magic tape, boleh lekat berulang kali
  3. Lembut dan selesa bila bayi pakai.
  4. Tiada masalah ruam atau kemerahan pada kulit. 
  5. Murah
  6. Produk Buatan Malaysia

ni pendapat saya dan ia sesuai dengan anak saya. Anda bagaimana? Sila cuba dan alami sendiri. :-) Oh ya, anda boleh cuba dengan meminta sample percuma daripada Whoopee. Cara-caranya mudah sahaja. Hanya perlu e mel maklumat kepada whoopee@peoplengrit.com

Sila sertakan maklumat berikut :

Name:
MyKad:
Address:
Mobile No:
Baby’s name:
Baby’s MyKid:
current diaper brand:
Request Sample size: (you are allowed to mix)

Sustagen Junior 1+


Salam Sejahtera semua…

Harini saya nak berceloteh tentang Sustagen Junior 1+. Sebelum ni Encik Luqman dah minum bermacam jenis susu. Mula2 dia lahir dulu, susu badan saya tak berapa cukup…Jadi ada jiran cadangkan bagi dia Dumex Dulac. Tapi tak sesuai untuk dia. susah nak buang air besar jadinya. So bertukar pula ke Lactogen hasil saranan Uncle Kedai Ubat Cina. Kali ni ok ja dia berak. Perut pun tak pernah meragam. Sampai la umur dia 18hari, dia dimasukkan ke wad sebab dia kan lahir tak cukup tempoh, so ada kuman sikit kat paru-paru. Masa kat wad tu, saya bagi dia susu yang hospital sediakan. Wah wah..begitu berselera dia minum. saya cuba rasa sikit. mmm…memang lemak berkrim. so saya tanya kat nurse di situ, hospital guna susu apa..dia cakap guna Anmum. Balik tu terus story kay my mum. Apa lagi..nani dia kalut bergegas ke farmasi belikan Anmum buat cucu tersayang. Jadi, i bagi Encik Luqman minum Anmum sampai la dia berusia 1 tahun. Memang mahal. Tapi dia la satu-satunya anak i. masa lahir tak cukup bulan pula. susu badan pun dapat merasa sekejap ja..so, rasa tersangat la kesian kat dia. Encik Luqman pulak kuat minum. Sebulan i kena beli 8 kotak untuk dia. Anmum memang bagus plus dia pun suka! ;-)

Bila dia dah setahun, dah makan macam-macam makanan berkhasiat, i discuss dengan papa Luqman, apa kata kita tukar bagi susu murah sikit. Dumex Dugro ke..Lactogen ke…Then papa cakap, tak sampai hati la…kita boleh tukar susu, but bagi yang berkualiti tinggi untuk tumbesaran pesat Encik Luqman.I pun spend time pi survey dan baca nutrition label, beza-bezakan, and i found out, Sustagen Junior 1+ probably is the best for him. Because of the Appetit Support Nutrition. In this case, if Encik Luqman tak lalu makan, makan tak seimbang, he still get all the nutrition from his milk. hmm..Super Duper Good!

Uncle Kedai Ubat juga sarankan suruh i bagi dia creamy vanilla atau honey delight taste sebab lebih berkhasiat untuk dia. Dan nampak Encik Luqman begitu teruja dengan Honey Delight. So, i selang selikan dengan Tasty Plain.

Biasanya harga pek kembar 1.3kg Sustagen Junior 1+ ni RM 54.00 kat Kedai Ubat Uncle Tong Hong. Kat Tesco around RM56.00..Tapi rezeki Encik Luqman, Sustagen buat promotion exclusively at Tesco… RM50.99 je!!! Then siap dapat free gift, melamine plate 8″. I terus beli stock sebulan iaitu 4 pek kembar untuk Encik Luqman. :-) Beli 2 pek Tasty Plain and 2 pek Honey Delight. so all together mama dapat 4 pinggan free. Hihi.

For more info, mommies boleh go to Sustagen Webpage. dan jangan lupa register di Susta Club yer! Boleh himpun points and redeem free gifts!!!

Anak Tumbuh Gigi Atas Bawa Sial??


Hai semua… Mama.Wafi sangat gembira sebab Wafi dah tumbuh gigi.. gigi atas 2 kuntum. walaupun lewat sedikit. x apa lah kan.. :-) Tapi yang Mama.Wafi geram sangat tu, ada jugak mulut2 sumbang yang cakap…..
a) Hmmm..nanti degil la anak kau tu
b) Ish..bila besar nanti jenuh diturut la kata-kata budak tu
c) Kena wat kenduri pelepas sial ni (ni serius aku bengang tahap gaban!)
Jadi ibu-ibu sekalian, apa masalah sebenarnya ni kalau gigi atas tumbuh dahulu?? Adakah orang-orang yang menjadi kejam seperti pembunuh. perogol, pencuri semua tu dari kalangan mereka yang tumbuh gigi atas dahulu?? Orang yang baik2 dan alim ulama’ semua tumbuh gigi bawah dan tak ada seorang pun yang tumbuh gigi atas kah?? Maafkan saya kerana sedikit emosional ketika menulis post ini. Kerana niat saya cuma untuk melepaskan geram, menangkis persepsi negatif dari minda orang Melayu dan ingin mengingatkan anda setiap apa yang keluar dari mulut itu ialah DOA. Jikalau budak tu besar nanti dan apa yang orang katakan itu benar2 menjadi, itu sebenarnya DOA yang ibu-ibu lafazkan dan Allah makbulkan. Bukan kerana Allah telah menetapkan orang yang tumbuh gigi atas, wajib menjadi nakal, jahat dan sebagainya. Janganlah ibu-ibu BUNUH sifat positif anak-anak dengan ucapan sebegini walaupun bayi itu bukan anak anda.
Siapakah kita untuk meramalkan masa depan bayi-bayi yang sempurna tanpa dosa itu? Jauhkanlah diri anda dari kepercayaan yang boleh menjurus kepada KHURAFAT sebegini.Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.  Janganlah buat kenduri pelepas sial kepada bayi anda jika beliau tumbuh gigi atas dulu. Dosa besar tu ibu-ibu!  Lainlah kalau buat kenduri kerana anak tumbuh gigi (tak kira atas ke bawah) atas tanda kesyukuran kerana anak anda cukup kalsium dan normal seperti bayi-bayi lain!
Mulai saat ini ibu-ibu, pastikan mulut anda mengeluarkan kata-kata positif sahaja. DOA yang baik2 untuk bayi-bayi suci ini. Percayalah bahawa setiap anak hanya Allah saja yang tahu takdir hidupnya bagaimana. Janganlah kita pandai2 tentukan kerana nanti tak pasal2 terjerumus dalam dosa2 besar.