Luqman Disahkan Autisme + ADHD


Image may contain: 1 person, smiling, standing

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera…

Di hari Jumaat yang mulia ni, Mama nak cerita tentang anak Mama. Yang dah lama mengikuti blog ni tentu dah kenal Luqman sejak dari dia baby lagi. Tujuan buat blog ni pun untuk simpan segala memori indah dia la.

Luqman semasa kecil ada seorang kanak-kanak yang sangat aktif, membesar dengan normal tetapi lambat bercakap. Kami ada bawa ke speech therapy. Sejak dia lambat bercakap, saya ada membaca dan search pelbagai info… Antara yang saya jumpa masa tu ialah AUTISME. Walaupun soalan-soalan saringan Autisme yang saya jawab semasa tu ialah YA, tetapi saya menafikan. DENIAL STAGE. Saya masih berharap dapat memperbaiki tingkah laku dan kelainan yang ada pada Luqman. Di samping itu, saya join group Autisme Malaysia. Dari situ saya mula memahami dan menerima ketentuan terindah dari Allah ini.

YOU NEVER KNOW HOW STRONG YOU ARE, UNTIL BEING STRONG IS THE ONLY CHOICE YOU HAVE
Teringat kali pertama Dr. bgtau Luqman ada ciri2 autism+adhd, aku blank. Tak dak rasa apa2. Jiwa aku hilang, mulut aku terkunci. Dlm 5 minit mcm tu, aku diam & Dr. pun diam. Aku tarik nafas dalam2 sepanjang yg aku mampu. Dr. nmpk sedikit cemas mungkin dia igt aku nk kena strok . Perlahan aku lepaskan nafas, aku kata… Xpa Dr. buat apa yg patut. I’m OK. Dr. pun set appointment utk terapi & mcm2 lagi lah. Selesai utk hari tu,kami pun keluar dari bilik Dr. menuju ke kereta.😢
Masa drive balik, Luqman terlena kt sebelah. So aku stop kt bawah pokok nak turunkan seat bg dia selesa. Masa ni la… aku menangis sampai menggeletar seluruh badan aku. Macam baby kembung perut. Menangis yg sesungguhnya. Muka dia kesian sangat aku tengok. 😭Mcm2 dugaan utk dia. 3x aku sangat hampir kehilangan dia.Aku doa supaya anak aku selamat & hidup. Biar mcm mana pun dia, aku akan tetap akan jaga dgn sepenuh kasih syg. Allah makbulkan doa2 aku. 3x dia selamat dari bahaya yg mengancam.
Airmata, hingus aku semua turun laju. Habis merah dagu sebab hingus kena lipstick turun pi dagu. Agak 30 minit aku layan perasaan. Aduii sampai bila aku nak kena mcm ni… bawah pokok pulak tu… Aku kena kuat. Aku pujuk hati. Aku motivate diri sendiri. Aku taka boleh mcm ni. Nnti aku sakit mcm mana. Anak2 aku perlukan aku. Kalau aku mati… Sapa nak jaga depa. Klu papa depa cari mak tiri… nanti mak tiri dera pulak mcm mana. Bolehkah aku hadir sebagai hantu & cekik mak tiri tu mlm2. Sampai jauh tu sekali fikiran aku menerawang. Haha. Gila.
Aku tepuk2 pipi aku yg melantun bila ditepuk ni. Ok sudah. Aku harus bangkit. Ni bukan penamat. Inilah sebuah permulaan. Aku gagahkan diri utk drive…sampai ke satu lorong aku belok & slowkan keta… Aku berhenti turunkan tingkap. Ada nampak sorang adik ni… Terus aku ckp… Adik, bagi akak kfc super jimat box 1… Sedih memang sedih tapi lapaq.
Utk kawan2 yg senasib dgn aku, kita boleh bersedih, kita boleh menangis. Tapi demi anak istimewa ini, kita harus segera bangkit. Redha. Terima dgn hati yg terbuka & positif. Pasti ada hikmah yg besar. Cari kawan/saudara yg memahami. Luahkan apa yg kita rasa. Pertimbangkan nasihat2 yang mereka beri. Kalau nampak anak anda ada ciri2 autism & sebagainya, JANGAN DENY. JANGAN SEDAPKAN HATI & JANGAN JUMPA BOMOH. Terus jumpa doktor utk diagnosis & rawatan awal. CERIAKAN HATIMU SECERIA DINOSAUR LUQMAN INI…😉 Bye!

P/S : Next post saya akan cerita ciri2 Autisme & ADHD

No automatic alt text available.

Leave a comment