Cara Panaskan Makanan atau Bubur Bayi


Hai ibu-ibu semua. Mama.Wafi nak kongsikan cara kita nak panaskan makanan bayi kita. Kan bila buat bubur, kita simpan dalam peti ais. Then bila nak bagi kat baby, tentu kita nak panaskan kan?? Mari kita tengok beberapa cara nak panaskan makanan bayi comel kita semua ye…

Cara 1: Microwave

Terus terang saya katakan, saya tidak akan sesekali memberi bayi saya makan makanan yang dipanaskan dengan microwave. Keburukan benda ni mengatasi kebaikannya. Kebaikan microwave hanya satu iaitu mudah dan cepat. Keburukan microwave ni terlalu la banyak ibu-ibu sekalian. Saya akan post di entry seterusnya ya! (Dah post!Sila klik di link ini.) https://mamamunie.wordpress.com/?p=261 

Cara 2: Kaedah Air Panas.

Keluarkan makanan bayi dari peti sejuk dan biarkan selama 30 minit untuk hilangkan sejuk. Tuangkan makan bayi anda di dalam mangkuk atau gelas kaca, kemudian ambil lagi satu bekas berisi air panas mendidih. Macam kita panaskan susu bayi tu la. Rendamkan mangkuk/gelas tu dalam air panas tersebut. Mama.Wafi selalu guna kaedah ni.🙂

Cara 3: Panaskan Atas Api

Masukkan semula ke dalam periuk dan panaskan! hehehe. Mama.Wafi tak berapa suka kaedah ni sebabnya nanti bubur tu melekat kat periuk. Susah nak cuci. :p

One thought on “Cara Panaskan Makanan atau Bubur Bayi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s