Rezeki Tak Terduga


Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Seperti yang diberitahu dalam post sebelum ni, harini ialah keputusan temuduga SPA untuk Penolong Pustakawan. Straight to the point, DUKACITA dimaklumkan bahawa anda tidak berjaya di dalam urusan temuduga ini. Saya tak sedih. Saya tak ralat. Sikit pun tak. Bukan nak pujuk hati tapi itu hakikatnya. Sebab dalam doa2 saya, saya mohon Allah beri yang terbaik untuk saya dan saya amat yakin, keputusan ini terbaik untuk saya dan ada yang lebih baik menanti saya.

Selepas temuduga haritu, setiap waktu saya berdoa mohon petunjuk Allah. Saya cakap dengan Mr Bart, “Abang, sayang rasa kalau berjaya pun hati ni berat nak pi la. Pasaipa tak tau. Rasa cam nak doa bagi tak payah dapat la” Mr Bart biasa la dengan gaya cool dia, “Sekarang ni sayang doa saja yang terbaik untuk sayang ok. Senang cerita.” Pastu saya cakap pula dengan mak, siap mengalir airmata feeling dah dapat la kononnya.. I kan kuat berangan.. hahahaha. “Mak, kalau chek dapat pi la, chek rasa chek takmau pi. Chek tak penah renggang dengan anak2. Luqman pulak bila hujan dia demam, penat. Hani pulak manja, nak tidoq kena peluk. Sapa nak jaga depa. Kalau dapat ni kena dok di KL dulu, dah pandai baru hantaq mai cawangan. Ishh chek tak buleh tidoq takdak anak2.” Bila bayang muka Luqman dan Hani lagi la hati ni berat. Haiiihhhh…jadi mak ni susah nak jadi rock, redah kemana saja rasa nak pi macam zaman dahulukala senjapurba…kan kan…

Opppsss lupa nak cerita, Mr Bart sekarang bekerja sebagai Operation Manager kat sebuah kilang minuman bikarbonat dan kilang proses ayam segar. Gaji dia Alhamdulillah… Sebab ni sama saya berat nak pi kot…Dari segi kewangan kami dah makin kukuh. Seminggu sebelum keputusan SPA ni keluar, boss Mr Bart panggil dia.. katanya dia tak cukup kakitangan dan production tak cukup masa nak proses air bikarbonat ni. Permintaan sehari 5000 botol. Production jadi lambat kat part kena basuh semula botol botol kaca. Jadi dia perlukan syarikat untuk dia sub projek basuh botol ni. Mesin untuk basuh semua dia akan bagi. Dia lebih suka syarikat baru. Janji ada tempat yang bersesuaian untuk jadikan tempat basuh botol. Terus Mr Bart cakap boleh tak dia nak cuba buat. Sebab tempat dah ada. Memang tapak kosong sebelah rumah kami tu luas. Boleh buat mini kilang.Dekat dengan sungai pula. Sistem saliran yang bagus. Boss dia pun terus setuju. Bagus boss dia ni. dia menggalakkan staff dia buat perniagaan sendiri jugak. Upah cuci botol tu sebiji 10-15sen. Pekerja kami dah ada. Hehehe. Ramai penduduk situ yang nak kerja tapi tak ada kenderaan. Senang la kami boleh sediakan peuang kerjaya jugak kan. hehehe. Sekarang ni tunggu masa boss dia nak datang tengok dan set up tempat. Moga ini menjadi rezeki tambahan buat kami dan penduduk sekitar. Amin.

Jadi, saya belajar sesuatu yang baru dalam hidup saya harini. Jangan minta Allah beri kita apa yang kita nak dan suka. Tetapi mohonlah pada Allah agar Dia beri kita apa yang terbaik di dalam hidup kita. Di samping itu, janganlah mengejar dunia dan kerjaya sampai kita abaikan anak2 yang sedang membesar. Family comes first. Susah hari ini tak bererti kita akan susah selamanya. Gagal hari ini bukan beerti gagal selamanya, kan? Fikir secara positif walaupun benda yang terjadi dalam hidup kita tu kita memang tak suka, memang tak nak ia berlaku! Percaya dan yakinlah bahawa rezeki dari Allah itu luas dan kadangkala tak terduga oleh akal fikiran kita. Wallahua’lam…

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

2 thoughts on “Rezeki Tak Terduga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s