Rela Anak Mati Demi Rokok


Beberapa bulan yang lepas saya ada bawa Luqman ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk follow up masalah asthma dia. Dalam sebuah bilik ada 2 orang doktor pakar yang akan tengok 2 pesakit sekali. Jadi sampai je giliran Luqman, kami masuk bersama pasangan suami isteri yang bawa anak dorang dalam umur 6 tahun macam tu. Dalam hati dah terdetik dah masa tu, MasyaAllah kuatnya bau rokok kat ayah dia ni. Saya memang sensitif bau rokok, terus bersin kat situ. Si ayah dengan selamba dukung dan peluk anak dia. Keadaan budak tu agak teruk sampai nampak dia susah nak bernafas. Masa yang diluangkan dalam bilik doktor tu sangat menyentap hati dan perasaan saya sebagai ibu.

Doktor : Anak encik ni kena masuk wad balik. Maaf ye encik, boleh tak bagi mak dia saja yang dukung dan pangku dia, baju encik kuat sangat bau rokok. Bahaya untuk dia.

Ayah: Tak apa doktor, dia memang manja dengan saya. dia taknak mak dia. (sambil mak budak tu pun angguk2)

Doktor : Macam ni la encik. Saya akan buat surat untuk encik pergi kaunseling berhenti merokok. Kesian anak. dari baby keluar masuk wad. Ye encik? ni salah satu rawatan yang mungkin boleh sembuhkan anak encik.

Ayah: Ehhh taknak la doktor. Saya tak bersedia lagi nak berhenti rokok.

Doktor : Kalau macam tu encik bersedia ke anak encik jadi makin teruk. Ni masalah asthma encik, bukan main2. boleh hilang nyawa.

Ayah: Tak apa la nak buat macam mana. Saya memang tak boleh berhenti sebab dok bawa lori.  (I wonder until now, apa kaitan rokok dan lori?)

Doktor : Kalau terjadi perkara yang tak diingini nanti disebabkan asap rokok encik tu macam mana. Encik fikir la masak2. NI nyawa anak. Tak takut ke kehilangan anak.

Ayah : Kalau dah nak jadi jugak, tak upaya la. Saya terima ja la. Saya memang tak mau berhenti.

Doktor tu geleng2 kepala dekat sepuluh kali. Termasuk saya sekali terbeliak biji mata. Ada juga bapak macam ni kat bumi ni. Nasib baik saya bukan isteri dia, kalau tidak,  dah kena ketuk kepala dia tu. Menyumpah seranah jugak dalam hati ni. Kesian budak tu. Lepas ditolak masuk wad doktor cerita yang budak tu selalu admit ward. bila dah sihat kat ward, balik rumah jadi balik. Dia pula memang manja dengan ayah. Ayah dia memang tak makan nasihat dan ni bukan kali pertama doktor nasihat. Susah juga jadi doktor. Terpaksa layan ibubapa yang tahap mentaliti dan kesedaran tentang kesihatan anak ni begitu rendah.

Mujurlah suamiku sayang tak merokok. Dan memang semasa bercinta kriteria tidak merokok pada calon ialah top priority bagi saya sebab saya sangat alah pada bau dan asap rokok. Ayah saya pun merokok tapi hanya di luar rumah. Apa-apa pun kesihatan dan keselamatan anak haruslah diutamakan. Mungkin ayah budak tu akan sedar bila dia kehilangan anaknya nanti akibat dari tabiat kuat merokok dia. Mungkin.

One thought on “Rela Anak Mati Demi Rokok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s