Tag Archive | Makanan

Sup Tauhu Telur & Ayam


Salam Jumaat…

Tengah hari tadi masa waktu rehat 2 jam tu, saya balik rumah dan masak untuk anak-anak dan untuk papa mereka sekali! hehe. Masakan yang simple, penuh khasiat dan amat sedap. Sebenarnya, saya tak pernah masak tauhu telur dan lebih teruk lagi, saya tak pernah makan tauhu telur ni. Tapi kawan-kawan semua cakap sedap. Jadi saya nak mencuba sesuatu yang baru terutama untuk menambah selera Luqman & Hani. Dan mama juga teruja nak makan benda yang tak pernah makan ni! Ternyata memang sangat sedap. Tapi lebih sedap kalau mama letak sayur banyak-banyak. Kali ni first time try, cuma letak tauhu telur ni dengan ayam je. Pun dah cukup sedap. Luqman & Hani pun makan banyak. Suka betul!

Resipi Sup Tauhu Telur & Ayam (Letak sayur campur lagi best!)

2013-11-22 14.00.34

4 tiub tauhu telur dipotong 6 bahagian

1 bahagian dada ayam dipotong kecil2

1 kiub pati ayam

Sedikit halia

Sebiji bawang ros

Seulas bawang putih

1 sudu kecil lada hitam (optional)

Sedikit garam

Cara-caranya:

1)Goreng tauhu telur yang telah dipotong tadi sehingga garing.

2) Letak air separuh periuk dan didihkan

3)Tumbuk halia, bawang ros, dan bawang putih. Rebus bersama air.

4)Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam

5)Masukkan tauhu telur yang telah digoreng.

6)Masukkan lada hitam dan daun sup dan juga sedikit garam.

7)Siap untuk dihidangkan!!! 😉

 

Selamat Mencuba. Resipi ni juga sesuai sangat untuk bayi 8 bulan atau 1 tahun ke atas 😉

Advertisements

Puri Ayam bersama Kentang dan Carrot


Hai semua! Mama try resipi baru untuk Hani. Hani suka sangat-sangat. Resipi ni amat sesuai untuk bayi berumur 8 bulan ke atas. Memang sedap dan cukup khasiat!

Puri Ayam bersama Kentang dan Carrot

Puri Ayam+Carrot+Kentang

Puri Ayam+Carrot+Kentang

Isi ayam- 50gram (potong kecil2)

Carrot- 1 batang (potong dadu kecil)

Kentang- 1 biji (potong dadu kecil)

Bawang ros – Biji

Sos tiram-1 sudu

Cara caranya:

1) Tumis bawang ros yang telah dihiris dengan 2 sudu minyak zaitun

2) Masukkan isi ayam bersama dengan 2 cawan air. Masukkan juga 1 sudu sos tiram.

3)Masukkan carrot dan kentang. Masak sampai kering sehingga menjadi macam inti karipap tu.

Taraaaaa…Dah ready!!!

Resipi untuk bayi 1 tahun ni dah siap. 😉 Habis semangkuk Hani makan. Puas hati mama…

New KFC Flaming Crunch


https://i0.wp.com/24.media.tumblr.com/tumblr_m5n6fwWs9q1qdgqkco1_500.jpg

Baru je balik dari lunch. Mr Bart ambil kat ofis n bawa pi KFC… Kami makan snack plate. So dapat lah try ayam baru KFC iaitu Flaming Crunch. Memang rangup dan pedas tapi dari segi rasa tu macam kurengggg ckit lah. lebih suka Hot& Spicy sebab dah terbiasa sejak azali lagi kan..hehehe. tapi x lah teruk pun rasa dia. Still sedap n ok. cuma kurang puas cam na ntah. susah saya nak ungkapkan.

Anyway Mr Bart, i know u r reading this diam2. u r my stalker. hehehe. Thanks bawa sayang makan KFC tadi tau.. Ayayu polebe………

Harum Manis


Mengandung kalini x berapa minat mangga muda. Tapi dok mengidam mangga harum manis yang masak ranum…Susah cari sekarang ni.. tapi ada kawan ofis saya yang baik hati tolong carikan. Dia siap kupas n potong n serve depan saya. Ooh nikmatnya x terkata. Ambil satu letak dalam mulut.. terasa jus mencair dan memercik kat mulut. sejuk…manis…harumnya….tak terkata…. Isinya halus.. memang 3 biji tu habis kat aku sorang je la… balik tu story penuh excited kat my hubby. Syukur Alhamdulillah rezeki my baby… baby yg tringin, bukan mama ok??hehehe

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQShqO3Lui0eLA0tG4LdNgSvJNmcdFUX8Hp3KaxUlSlFcfQaYgyiUMgz6julQ

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSIYmL5d2fCD-zQzVof3Japo7se2Dx6txiY8k5wtbR5HhVX1IgFWfQb_Gjk

 

 

Maggi


Sejak pregnant ni aku hilang selera makan..takde teringin apa2 pun. bila husband tanya “teringin nak makan apa?” aku rasa..tu lah soalan paling susah sekali aku nak jawab.. dalam hati aku jwb..”adoi..kenapa la tanya..x reti nak jawab dah” tapi kan, selera aku membuak2 smpai melimpah kalau aku nampak MAGGI! Memang sebelum ni aku sangat jarang makan maggi sebab aku maklum sangat lah dengan keburukan maggi ni…tapi kenapa tah la…aku teringin sampai tak dapat nak halang diri aku dari makan maggi. kawan aku cakap..”xpa..makan ja apa yang hang teringin” yang lagi sorang cakap..”uishh jangan..nanti jadi masalah mcm dulu pregnant, baru hang tau!” serba salah aku ni. MAGGI saja la buat masani buka selera aku..apa boleh buat. semalam aku dah makan 1 mangkuk,.pastu konon nak tambah kebaikan dalam keburukan tu, aku letak sayur banyak2 dan isi ayam. haha. memang terbaik la..siap boleh tidur nyenyak sangat2 lepas makan maggi. cuma pagi ni sakit badan dan berangin badan ni. memang dari dulu kalau aku makan maggi, beginilah jadinya…

 

Resipi Maggi

Tumis bawang nerah dan bawang putih dengan 1 sudu minyak. Masukkan air setengah cawan. Masukkan ayam. Kacau smpai masak. Lepas tu masukkan Maggi. Masukkan perencah dan sayur. kacau sebati..Tadaaaaaaaa…siap sudah Maggi daku.. 🙂

 

** Maggi boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kerana bahan kimia dan perasa yang terdapat di dalamnya. Dan tahukah anda bahawa kebanyakan Maggi diproses atau dibuat di Indonesia dan Thailand(packing dan penjenamaan je Malaysia) yang terkenal dengan ajinomoto dan bahan perasa bahaya seperti sakarin dan sebagainya.

** Sila search keburukan mee segera untuk lebih info. 🙂