Kesilapan Besar Ibu Bapa


Allahuakbar… menitis air mata aku. Sebak di dada tak mampu aku tahan lagi. Aku terkenangkan Luqman dan Hani. Dua anugerah terindah yang Allah beri pada aku. Tetapi aku manusia biasa. Aku bukan ibu yang sempurna walaupun aku cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Seperti terbayang di kaca mata aku, saat aku pulang dari kerja, Hani akan memanggil aku berpuluh kali… mama.. mama..mama…mama… walau aku membalas berpuluh kali Ya..ya..ya.. pun dia akan tetap suka memanggil aku berulang ulang kali… sehingga kadang kala sengaja aku tak menyahut… Kadang kala pula aku membalas, kenapa panggil banyak kali ni..mama letih la… Aku mengaku itu silap aku. Silap aku yang paling besar. Kesilapan yang aku sedar selepas aku menonton video Ustaz Don Daniyal yang sahabat aku share di facebook beliau. Dan aku juga yakin, ramai ibu bapa yang akan menyesal dan terbayang bayang anak2 mereka.

Masa anak2 kecil, mereka menagih perhatian dari ibu bapa. Ia adalah sesuatu yang normal. Mereka mahukan kita memandang mereka selalu dan memberikan perhatian walaupun dengan berkata Hai!!! Semua ibu bapa tentu pernah anak2 panggil dengan berulang kali dan apabila kita menyahut Ya….anak akan tersenyum dan terus diam.. kemudian ulang lagi sampai kadang kala rasa letih nak menjawab. Bila kita sedang berbual di telefon, anak panggil lagi seolah olah ada hal penting, bila kita jawab Ya… dia cakap nak minum air. Ok kakak pergilah minum, jawab kita. Persoalannya, tak boleh ke dia terus pergi minum, kenapa harus panggil kita?kenapa? Sebab dia rindukan perhatian kita! Sebab dia mahukan kasih sayang. Itu sahaja!

2013-02-04 13.12.50

Dan inilah yang Nabi Muhammad S.A.W sudah tunjukkan contoh yang baik pada kita. Betapa baginda kasihkan cucu-cucunya iaitu Hassan dan Hussain. Rasulullah S.A.W sangat sayang pada cucu-cucunya. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih baginda terhadap mereka. Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussain masih kecil, apabila Rasulullah S.A.W  sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencuba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya. Jika Rasulullah S.A.W. hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Hussain. Tapi beginikah kita? Kita bukan sesiapapun. Rasulullah S.A.W yang sibuk dengan urusan dakwah pun tak pernah sesekali mengabaikan cucu2 di depan mata. Ada juga yang sedang menonton televisyen ,anak masuk bilik pun dihalau keluar. Herdik anak2. Kita buang mereka. Inilah yang berlaku di dalam komuniti kita sekarang ni. Kalau ada kawan-kawan datang ke rumah, halau anak agar jangan menggangu orang tua bersembang. Halau pergi main jauh-jauh. Ramai lelaki yang pesan pada isteri, ambil anak2 ni jaga sekejap. I nak sembang dengan kawan I. Dan atas faktor ini lah juga anak2 lebih rapat dengan ibu. Anak yang “dibuang” atau “dihalau” bapa akan pergi kepada ibu. Akan dilayan dengan penuh kasih sayang oleh ibu. Ibu akan selalu jadi tempat mengadu anak2 yang diherdik bapa. Part ni aku bersyukur sebab suami aku memang sangat penyabar dalam melayan anak-anak. Ini memang aku puji Mr Bart.

2013-12-19 20.00.01

Kebanyakkan kita bekerja hari ni tak kisah la cikgu, doktor, pensyarah,polis atau sesiapa saja. Itu bukan pekerjaan sebenar kita! Bukan! Pekerjaan sebenar adalah di rumah. Untuk anak-anak. Renung kembali kenapa kita bekerja? Untuk siapa kita mencari wang? Tapi silap kita apabila mementingkan kerja dan membawa emosi serta keletihan di tempat kerja balik ke rumah.Kerja kita yang sebenarnya ialah membesarkan seorang manusia menjadi khalifah. It’s on your hand who he/she is going to be. Semasa kecil mereka menagih perhatian. Apabila kita mengabaikan mereka semasa kecil, mereka pula akan menunjukkan sikap yang sama terhadap kita apabila besar kelak. Apabila kita tanya, anak akan jawab acuh tak acuh dan mementingkan urusan dengan kawan di luar sana. Kita pula yang akan cuba menagih perhatian dari mereka. Betul tak? Whoever demolish their kids, they will be demolish also. The history will play itself again. Tak mustahil anak kita akan bersikap kurang ajar dan biadab, kerana salah kita terhadap mereka semasa mereka kecil. Kenapa? Kerana kita yang mulakan dulu. Mereka belajar dari kita. They learn when they were young. We did that mistakes. Inilah sebabnya benda ni makin berlaku dalam komuniti. Kerana ianya diwarisi. Kita melakukan terhadap anak, anak melakukan terhadap cucu dan diwarisi sifat ni hingga seluruh keturunan.

Adakah kita mampu mengubah semua ni? Kita mesti mampu. Kita wajib ubah. Kerana jika tidak membaiki keadaan ini, kita harus bersedia menghadapi realiti diabaikan anak2 kita kelak. Allahurobbi… Alhamdulillah. aku menonton video ini. Masih belum terlambat untuk aku baiki semula apa yang kurang pada diri aku.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah anakku Luqman dan anakku Hani, insan yang soleh, sihat, berjaya dunia dan akhirat serta taat padaMu. Aamiin.

Leave a comment