Tag Archive | Mari Bantu

Mari Bantu Adik Arif!


(Kalau anda tidak mampu menderma, cukuplah sekadar menghebahkan agar orang lain dapat membantu adik ni.)

 

Pilu lihat derita ditanggung anak

Pilu lihat derita ditanggung anak

KULIM – Dulu dia seorang kanak-kanak yang periang, manja dan juga penghibur kepada keluarga.

Kenakalannya mengusik abang dan dua adik perempuannya tetap menjadi hiburan kepada pasangan Mohd Esa Mohd Rejab dan Asiah Jusoh yang tinggal di Taman Sungai Kob.Bagaimanapun, ia berubah apabila anak kedua mereka, Mohd Arif Wajdi, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular sering tidak hadir ke sekolah kerana sentiasa mengadu sakit dan lenguh pada kaki kanannya.

Mohd Esa berkata, kejadian berlaku April lalu ketika di sekolah. Menurutnya, dua rakan tertendang kaki kanan anaknya bagaimanapun tidak diendahkan Mohd Arif.

“Masalah berlarutan sehingga paha kanannya mula membengkak.

Mohd Arif kemudiannya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum diarahkan doktor mendapatkan nasihat pakar di Hospital Kulim.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, dia diarahkan untuk menerima rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang,” katanya.

Masalah bertambah berat Mohd Esa berkata, pembedahan kecil dijalankan pada paha kanan anaknya itu dan doktor mengesahkan Mohd Arif menderita akibat penyakit barah tulang.

“Sehingga kini, pelbagai kaedah sudah dilakukan dan doktor menasihatkan supaya Mohd Arif menjalani perubatan kemoterapi. Bengkak yang ada pada pahanya semakin membesar dan ini membuatkan dia tidak boleh berdiri atau duduk.

“Selain paha, di bahagian umbun kepala anak saya itu juga mula membengkak dan matanya tidak dapat melihat akibat penyakit dialami.

Kos rawatan yang diperlukan mahal dan ubat barah yang dibekalkan kepadanya berharga RM1,000 dan ia hanya dapat bertahan selama sebulan.

Selain itu anak kami terpaksa memakai lampin pakai buang,” katanya.

Katanya, pendapatan yang diperoleh sebagai jurujual dan isterinya sebagai guru tidak mampu untuk menampung kos perubatan anak mereka.

Mohd Esa meminta jasa baik orang ramai dan mana-mana agensi untuk membantunya bagi membolehkan Mohd Arif mendapatkan rawatan dengan segera.

Rakan sering bertanya khabar Selain itu, khidmat dari Majlis Kanser Negara (Makna) sangat diperlukan bagi membolehkan anaknya dapat ditempatkan ke hospital pakar di Kubang Kerian, Kelantan.

Sinar Harian sudah memaklumkan masalah berkenaan kepada pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan bantuan diberikan kepada Mohd Arif.

Abangnya, Mohd Nasrul Ashraf, 12, berkata, dia sering membantu adiknya.

“Saya beri dia makan dan menjaga setiap hari. Adakalanya saya mengurut perut dan kakinya apabila dia berasa tidak selesa.

“Saya sedih melihat keadaan adik dan mahu dia cepat sembuh. Mohd Arif pun sudah lama tidak pergi sekolah. Semua kawan-kawan di sekolah sering bertanyakan khabarnya,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohd Esa di talian 013-5195877 atau 019-5447188 atau menderma melalui akaun simpanan CIMB ibunya, Asiah Jusoh bernombor 0208-0036497-52-8.

Sumber : Sinar Harian Online http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pilu-lihat-derita-ditanggung-anak-1.222545

Kisah Sedih Norma – Marilah Membantu


Assalamualaikum… hari ni terpanggil untuk berkongsi kisah sedih sambil saling sama2 mendoakan buat insan2 ini. Saya copy entry ini dari Kasih Aleeya. Kisah tentang Pasangan Norma dan Talib yang ditulis oleh Moon tentang adik iparnya. Update terbaru ada di blog Moon.
—-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer… memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..
Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq… Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
Norma dan Rafiq

Talib sentiasa bersama isteri

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je.. kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib… Amin….

DOA ANGIN AHMAR/STROK/RIHUL AHMAR


ALLAHU AKBAR

 

Assalamualaikum…. Di sini saya ingin kongsikan sebuah cerita untuk pengajaran dan iktibar semua. Baru baru ini, bapa saudara saya diserang oleh angin ahmar sewaktu beliau memandu sendirian di waktu malam. Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam. Jalan tersebut merupakan sebuah jalan yang sunyi dan jarang dilalui (sekitar Bandar Puteri Jaya). Ramai orang yang lalu lalang menyangka kereta beliau di “parking” di tepi jalan tanpa menyangka beliau sebenarnya terbabas berdasarkan kedudukan kereta kerana beliau sempat menekan brek dengan payung. Telefon bimbit pula terlepas dari tangan sewaktu beliau hendak menghubungi isteri. Jadi, sekitar jam 4 pagi barulah anggota polis yang kebetulan meronda di kawasan tersebut menjumpai beliau dan menghubungi ambulans. Sekarang beliau lumpuh. Masa asyik dok search kat Pakcik Google, saya terjumpa doa ni. Sempena bulan yang mulia ni, saya nak kongsikan bersama anda semua. Bagi yang belum tahu, segeralah berdoa. Bagi yang sudah tahu, hebahkanlah kepada kita sesama Islam…

 

 

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

Untuk makluman, sesiapa yang tak pandai baca dalam tulisan Arab, bolehlah baca dalam doa angin ahmar Rumi ni. Islam itu mudah. Allah Maha Mendengar doa HambaNya tak kira dalam apa jua bahasa sekalipun. Mohonlah pertolongan dari Allah. Sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ni, berdoalah dengan sepenuh hati. Semoga diperkenan Allah. Amin….