Tag Archive | Attitude

Kain Buruk Boleh Dibasuh


Hai semua… No. I’m not selling any kain buruk here. Cuma tak tahu nak letak tajuk apa kan. Sebenarnya harini saya nak bercakap tentang sifat manusia. Anda juga mesti pernah berdepan, mendengar atau alami sendiri situasi ini. Apabila kita mendengar seseorang buat satu kejahatan, cepat dan mudah saja kita menghakimi dia. Kita tentukan dosa pahala dia, syurga atau neraka tempatnya.

Siapakah kita?layakkah kita menilai seseorg? sudah taraf “malaikat” atau “nabi yang maksum” kah? sama sekali tidak. Sejahat mana pun manusia tu, boleh berubah menjadi baik kalau Allah nak. Tugas kita hanya menasihati, memberi panduan. Bukan menuding jari, bukan menghakimi atau lebih teruk lagi membuka aib dia merata-rata. Sekotor-kotor atau seburuk mana pun sehelai kain, jika dibasuh, boleh menjadi bersih. Jangan lah melemparkan hinaan atau menyumpah yang bukan2 kepada pesalah. Sebabnya, di masa depan, kita tak tahu diri kita akan jadi macam mana, kita tak tahu anak cucu kita nanti perangai macam mana.

Tidak ada seorang pun dalam dunia ni sejak kecil bercita-cita nak jadi penjahat, nak jadi perogol, pembunuh. Semuanya pasti bersebab dan mungkin hanya Allah saja tahu sebabnya. Kadang kala saya terfikir, kalau la seorang perogol masuk penjara dan insaf akan kesalahannya, setiap hari mendalami ilmu agama, mengabdikan diri pada Allah setiap saat. Alangkah indahnya jika dia mati dalam keadaan Allah ampunkan semua dosa-dosanya. Bukankah itu takdir hidup terbaik yang telah Allah tentukan untuknya? Berbanding dengan insan-insan yang Allah takdirkan menjadi seseorang yang dihormati di dunia, disanjung di sana sini, tapi lalai terhadap Allah, hanya pandai menuding jari terhadap orang sekeliling yang “buruk”, maka tentulah beliau insan yang rugi.

Saya ingin belajar untuk sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja walaupun kepada insan yng pernah lukakan hati saya. Ini janji kepada diri saya sendiri. Selepas ni, kalau saya terdengar apa-apa hal orang buat kejahatan, saya hanya nak mendoakan agar Allah bukakan hati beliau untuk berubah. Dan yang paling penting Allah akan melindungi saya dan keluarga saya dari pelbagai godaan kejahatan. Siapa tahu, hari ni kita mengata orang, menghina orang…besok lusa…kena balik pada diri sendiri. Allah Maha Kaya.. kan? semua ada anak, kakak, adik, abang…keluarga…kan? Jadi belajarlah mengeluarkan doa-doa yang baik sahaja, moga-moga dengan berkat doa tersebut, anak cucu kita juga mendapat keberkatan. Amin…

Advertisements

From Syaitan With Love….


I saw you yesterday as you began your daily chores.
You awoke without kneeling to pray Fajr.
As a matter of fact, you didn’t even say Bismillah
before your meals, or pray Isha before going to bed last night.
You are so unthankful, I like that about you.
I cannot tell you how glad I am that you have not changed your
way of living, Fool, you are mine.
Remember, you and I have been going steady for years, and I still don’t love you yet.
As a matter of fact, I hate you, because I hate Allah.
I am only using you to get even with Allah.
He kicked me out of heaven, and I’m going to use you as long as possible to pay him back.
You see, Fool, ALLAH LOVES YOU and HE has great plans in store for you.
But you have yielded your life to me, and I’m going to make your life a living hell.
That way, we’ll be together twice.
This will really hurt Allah.
Thanks to you, I’m really showing Him who’s boss in your life with all of the good times we’ve had.
We have been watching dirty movies, cursing people out, stealing, lying, being hypocritical,
fornicating, overeating, telling dirty jokes, gossiping, being judgmental, back stabbing people,
disrespecting adults, and those in leadership positions, no respect for the Mosque, bad attitudes.
SURELY you don’t want to give all this up.
Come on, Fool, let’s burn together forever.
I’ve got some hot plans for us.
This is just a letter of appreciation from me to you.
I’d like to say “THANKS” for letting me use you for most of your foolish life.
You are so gullible, I laugh at you.
When you are tempted to sin, you give in HA HA HA, you make me sick.
Sin is beginning to take its toll on your life.
You look 20 years older, and now, I need new blood.
So go ahead and teach some children how to sin.
All you have to do is smoke, get drunk or drink while under-aged, cheat,
gamble, gossip, fornicate, and live being as selfish as possible.
Do all of this in the presence of children and they will do it too.
Kids are like that.
Well, Fool, I have to let you go for now.
I’ll be back in a couple of seconds to tempt you again.
If you were smart, you would run somewhere, repent for your sins,
and live for Allah with what little bit of life that you have left.
It’s not my nature to warn anyone, but to be your age and still sinning,
it’s becoming a bit ridiculous.
Don’t get me wrong, I still hate you.
IT’S JUST THAT YOU’D MAKE A BETTER FOOL FOR ALLAH.

PS If you really love me, you won’t share this letter
with anyone.

Please copy and paste in your blog/FB/whatever

Dayus


Dua hari lepas saya ke Pacific Star Parade, Alor Setar. Sebab ada sales baju baby Anakku kat bawah tu… Entah macam mana, suami letih pula. so kami decide, saya pergi sorang, suami duduk rumah jaga anak saja lah..anak pun tidur, boleh la papanya tidur dan rehat juga. Tak pernah keluar sorang2 sejak kahwin ni..xpela..pergi jugak. lagipun sales tu last day.

Lebih kurang pukul 8.30 malam jugak lah saya sampai, masa dok belek2 baju tu..saya ternampak ada seorang lelaki dalam lingkungan 50an berjalan rapat di belakang perempuan ni umur 20an cam tu. then secara tiba2, dia merentap rantai leher perempuan tu!!! saya fikir,ahhh ini kes ragut ni!. spontan saya jerit TOLONG!!!TOLONG!!! orang ramai semua berhenti tengok. then tiba-tiba lelaki ni sepak pmpuan ni smpai terjatuh, pastu dia pijak2 badan perempuan ni. saya menjerit bagai anak kecil yang ketakutan sambil memeluk promoter kat situ. ok, promoter pmpuan. jangan salah faham. sambung lagi, lelaki ni buka selipar dia dan tampar2 muka pmpuan ni guna selipar. ya betul..memang macam dalam TV! pastu dia selak baju perempuan tu sampai ternampak bra hokey!!! then sambung pukul!! orang kat situ buat apa? guard mana?? nak tahu??

orang hanya melihat dengan penuh simpati, xda sapa pun tolong dia dan guard tiba 10minit kemudian dengan segala sopan santun gaya jalan si guard. macam orang tu dok pukul semut pula. yang paling saya kesalkan di sini orang ramai hanya memerhati saja dan ada juga ambil kesempatan rakam aksi tersebut nak upload dalam youtube agaknya! DAYUS kan??? saya memang geram betul lah.

pastu promoter tu cakap, sebenarnya diaorg tu suami isteri. si perempuan ni kena kahwin paksa. then nak pi tuntut cerai.. laki ni bengang tu yang mai dok pukul dia separuh mampus tu. siap ugut nak hantar orang rogol pmpuan ni pmpuan tu kerja kat pacific tu jugak.. laki ni memang dah selalu datang pukul dia. DAYUS kan???

itulah kisahnya..saya pulang dengan segera lepas tu sambil terketar-ketar bawa kereta. takut sangat2 walaupun tak terjadi kat saya. lebih takut apabila memikirkan..masyarakat hari ini, jadi apa-apa pun diaorg tak akan tolong. bukan di china saja, malah di Malaysia..dan ia berlaku di depan mata saya sendiri….

Anak Tumbuh Gigi Atas Bawa Sial??


Hai semua… Mama.Wafi sangat gembira sebab Wafi dah tumbuh gigi.. gigi atas 2 kuntum. walaupun lewat sedikit. x apa lah kan.. 🙂 Tapi yang Mama.Wafi geram sangat tu, ada jugak mulut2 sumbang yang cakap…..
a) Hmmm..nanti degil la anak kau tu
b) Ish..bila besar nanti jenuh diturut la kata-kata budak tu
c) Kena wat kenduri pelepas sial ni (ni serius aku bengang tahap gaban!)
Jadi ibu-ibu sekalian, apa masalah sebenarnya ni kalau gigi atas tumbuh dahulu?? Adakah orang-orang yang menjadi kejam seperti pembunuh. perogol, pencuri semua tu dari kalangan mereka yang tumbuh gigi atas dahulu?? Orang yang baik2 dan alim ulama’ semua tumbuh gigi bawah dan tak ada seorang pun yang tumbuh gigi atas kah?? Maafkan saya kerana sedikit emosional ketika menulis post ini. Kerana niat saya cuma untuk melepaskan geram, menangkis persepsi negatif dari minda orang Melayu dan ingin mengingatkan anda setiap apa yang keluar dari mulut itu ialah DOA. Jikalau budak tu besar nanti dan apa yang orang katakan itu benar2 menjadi, itu sebenarnya DOA yang ibu-ibu lafazkan dan Allah makbulkan. Bukan kerana Allah telah menetapkan orang yang tumbuh gigi atas, wajib menjadi nakal, jahat dan sebagainya. Janganlah ibu-ibu BUNUH sifat positif anak-anak dengan ucapan sebegini walaupun bayi itu bukan anak anda.
Siapakah kita untuk meramalkan masa depan bayi-bayi yang sempurna tanpa dosa itu? Jauhkanlah diri anda dari kepercayaan yang boleh menjurus kepada KHURAFAT sebegini.Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.  Janganlah buat kenduri pelepas sial kepada bayi anda jika beliau tumbuh gigi atas dulu. Dosa besar tu ibu-ibu!  Lainlah kalau buat kenduri kerana anak tumbuh gigi (tak kira atas ke bawah) atas tanda kesyukuran kerana anak anda cukup kalsium dan normal seperti bayi-bayi lain!
Mulai saat ini ibu-ibu, pastikan mulut anda mengeluarkan kata-kata positif sahaja. DOA yang baik2 untuk bayi-bayi suci ini. Percayalah bahawa setiap anak hanya Allah saja yang tahu takdir hidupnya bagaimana. Janganlah kita pandai2 tentukan kerana nanti tak pasal2 terjerumus dalam dosa2 besar.

Kisah Pemuda Mengawal Nafsu Kerana Allah S.W.T.


Nabi s.a.w berbda dr Abi Hurairah: “Tujuh golongan yg Allah Naungi pd hari tiada naungan melainkan Naungan Allah: (diantranya) dan lelaki yg diajak membuat maksiat oleh wanita yg cantik serta berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab “Sesungguhnya aku takut kpd Allah tuhan semesta alam.(Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg masuk ke dalam gua dan mereka terperangkap di dalamnya setelah pintunya tertutup dgn batu besar. salah seorang bertawassul dgn amalannya seperti berikut: “Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai sepupu perempuan yg amat ku cintai. Aku meminta untuk menggaulinya tetapi dia enggan .

Suatu hari dia dlm kesusahan dan meminta kepadaku seratus dinar. Aku pun mencari wang sebanyak yg diminta dan memberinya dgn syarat dia menyerah tubuhnya. Dia pun menyerahkan tubuhnya dlm keadaan terpaksa.

Ketika aku berada dicelah kedua pehanya; dia pun berkata “Hai Abdullah hendaklah kamu bertakwa kpd Allah dan janganlah dicabut dara melainkan dgn pernikahan.

” Lantas aku terus bangkit meninggalkannya bersama wang seratus dinar. Sekiranya engkau tahu aku melakukannya itu kerana Mu ya Allah maka bukalah pintu gua ini.” Maka Allah membukanya sebahagian.(Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda: “Tuhanmu kagum dgn pemuda yg tidak mengikut keinginan hawa nafsunya.” (Hr Ahmad) Pada zaman dulu di kufah, Iraq ada seorang pemuda yg cantik dan sgt kuat beribadat dan melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia tutun bersama kaumnya dan terpandang seorang wanita yg sgt lawa; lalu terpikat dan sgt cinta kpd wanita itu.

Wanita itu juga terpikat dgn pemuda tadi. Pemuda itu terus meminangnya tetapi ditolak kerana dia sudah bertunang dgn sepupunya. Apabila cinta mereka berdua telah membuak-buak sehingga menyiksa batin mereka; wanita itu terus menghantar surat yg tertulis “Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu.

Jika kamu setuju aku akan menziarahimu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa dgnmu.” Lalu si lelaki itu menjawab “Aku tidak memilih salah satu dr 2 pilihan ini. (ayat Quran)aku takut azab pd hari kiamat yg agung sekiranya aku membuat maksiat kpd tuhanku.”(15: Al-Anam) aku takut api neraka yg tidak akan terpadam dan tidak hilang kepanasannya.

” Apabila wanita itu mendengar kata2 lelaki tadi terus dia menjawab “Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama.” Kemudian wanita itu terus meninggalkan dunia dan beribadat sungguh2.

Walaupun begitu cinta pemuda itu makin memuncak sehingga akhirnya mati kerana cintanya. Pemuda itu menziarahi kubur wanita itu sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur.

Dlm tidurnya dia bermimpi menjumpai wanita itu dlm keadaan yg amat baik sekali. Perempuan itu bertanya “Bagaimana dgn keadaanmu dan apa yg kamu buat setelah kematianku.” dan wanita itu mendedangkan satu rangkap syair:

“Sebaik2 cinta wahai permintaanku adalah cinta kpdmu ; cintamu membawa kepada kebaikan dan ihsan” Lelaki itu bertanya “Apa yg engkau dapat sekarang?” Wanita itu menjawab:

“Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yg tidak akan musnah”

Lelaki itu berkata “Ingatlah aku disana kerana aku tidak melupakanmu.” wanita itu menjawab “Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kpd Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh2 utk mendapatku.

” Lelaki itu bertanya “Bila aku boleh berjumpa dgn mu?” Wanita itu menjawab “Engkau bertemu dgn ku tidak lama lagi.” Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.

Marilah kita bersama2 meninggalkan hubungan cinta melainkan setelah kita berkahwin. Jauhkanlah maksiat dan wujudkan hubungan Allah dgn inteam.

Source: http://khalifahalhidayah.blogspot.com

Pemotong Kayu Yang Jujur


 

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi……. Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya…. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti…..

Tiba-tiba… genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki… hendak terjun mencari takut disambar arus… meratap lah ia mengenangkan nasib…

Maka…bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut…. lalu turunlah ia bertanya… “wahai orang tua… kenapa bersedih hati”…
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan….lalu diceritakan apa yang berlaku…

“Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam”… lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai…. selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa…. Dengan sedih jawab situa “..bukan..ini bukan kepunyaan hamba…tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini”…

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu…giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Selepas kejadian tersebut….. selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api…

Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh….. turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu… Dalam perjalanan…. si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.
Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut… maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri…… Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai…
Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. “inikah isterimu?…” Lantas si tua tersebut mengakuinya..” Ya..ya betul… inilah isteri hamba…”Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari… “Pembohong…. ini bukanlah isterimu…aku sump”… belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.

“Sabar…sabar…. ini sebenarnya adalah salah faham…. bukan niat hamba berbuat demikian”… dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya. “Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson…hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini…..”

 

MOral : 
Jujurlah selalu..anda tidak akan rugi,..malah lebih untung 🙂

ROSET GERMANY !!!! Koyak & Menang!!!


Orang yang search “roset germany” atau http://www.rosetgermany.com kat Pakcik Google ni mesti orang2 yang dah kena tipu dengan company ni. Mari baca cerita saya ni tau…

Last week saya ke Pacific Star Parade Alor Star nak beli pampers Luqman Wafi..Then masa kami nak balik, ada lelaki cina ni tahan…”kejap kak..nak gelas free x? kak cuma tengok demo saya saja” Then kami berdua pun xda hal n kebetulan memang free masa tu. Then saya cakap ok la… Then dia pun bersungguh2 buat demo tau tentang Induction cooker diaorang. Habis saja demo, saya pun nak balik..Then lelaki cina ni cakap, “Sekejap kak..cuba koyak ini kad. Selalu tulis TERIMA KASIH saja..ataupun dapat MILO free ka..SHAMPOO ka..Saya pun koyak je la…

Tiba2 laki cina ni buat terbeliak biji mata n melompat. Then dia pun salam dengan hubby saya. Dia cakap TAHNIAH sebab dah menang besar. Saya tengok kat kad tu ada tulis RM100, LIMITED EDITION.. Then ada gambar vacuum cleaner dan induction cooker. Dia cakap dia pun tak pernah tengok kad tu. Dia call boss dia, pastu cakap” APA??KAKAK NI BERTUAH?? KAD NI ADA 6 JE DALAM MALAYSIA..WOW…APA??HARINI SAJA??LAIN HARI TAK BOLEH??” Pastu keluar la kawan2 laki ni salam dan ucap tahniah.

At first saya ingat bayar RM100 dan dapat 2 barang tu. Kira ok la kalau macam tu kan..Rupa-rupanya…saya kena beli barang ROSET GERMANY ni satu..then contohnya barang tu harga RM1000 dapat la tolak RM100 dr voucher. Dia pun promote suruh saya beli microwave harga RM3888… Cakap buat easy payment dgn EON, so interest pun 0%.. dia cakap sebulan RM96. mula tu macam terpengaruh tau. Tapi bila fikir balik, kalau betul ansuran, kenapa dia minta saya bagi dia terus kat EON semua jumlah. Then EON kan potong setiap bulan.Dari situ dah tahu diaorang ni penipu. Terus saya ambil gelas dan cakap “SORRY..I HAVE NO MONEY, NO CREDIT CARD .TQ” Then saya dan hubby pun blah dengan gelas yang dijanjikan. HAHAHA. Selamat duit aku…..

nak lebih cerita tentang penipuan ROSET ni, click link di bawah ni…

http://welleywatch.heritage-tech.net/32/new-welley-corporation-scam-proxy-worldwide-freshway-sdn-bhd/

Kongsikan pengalaman anda ditipu oleh ROSET GERMANY di bahagian komen!! Supaya lebih ramai orang tahu.