Tag Archive | Permata Cinta

Sup Tauhu Telur & Ayam


Salam Jumaat…

Tengah hari tadi masa waktu rehat 2 jam tu, saya balik rumah dan masak untuk anak-anak dan untuk papa mereka sekali! hehe. Masakan yang simple, penuh khasiat dan amat sedap. Sebenarnya, saya tak pernah masak tauhu telur dan lebih teruk lagi, saya tak pernah makan tauhu telur ni. Tapi kawan-kawan semua cakap sedap. Jadi saya nak mencuba sesuatu yang baru terutama untuk menambah selera Luqman & Hani. Dan mama juga teruja nak makan benda yang tak pernah makan ni! Ternyata memang sangat sedap. Tapi lebih sedap kalau mama letak sayur banyak-banyak. Kali ni first time try, cuma letak tauhu telur ni dengan ayam je. Pun dah cukup sedap. Luqman & Hani pun makan banyak. Suka betul!

Resipi Sup Tauhu Telur & Ayam (Letak sayur campur lagi best!)

2013-11-22 14.00.34

4 tiub tauhu telur dipotong 6 bahagian

1 bahagian dada ayam dipotong kecil2

1 kiub pati ayam

Sedikit halia

Sebiji bawang ros

Seulas bawang putih

1 sudu kecil lada hitam (optional)

Sedikit garam

Cara-caranya:

1)Goreng tauhu telur yang telah dipotong tadi sehingga garing.

2) Letak air separuh periuk dan didihkan

3)Tumbuk halia, bawang ros, dan bawang putih. Rebus bersama air.

4)Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam

5)Masukkan tauhu telur yang telah digoreng.

6)Masukkan lada hitam dan daun sup dan juga sedikit garam.

7)Siap untuk dihidangkan!!! 😉

 

Selamat Mencuba. Resipi ni juga sesuai sangat untuk bayi 8 bulan atau 1 tahun ke atas 😉

Puri Ayam bersama Kentang dan Carrot


Hai semua! Mama try resipi baru untuk Hani. Hani suka sangat-sangat. Resipi ni amat sesuai untuk bayi berumur 8 bulan ke atas. Memang sedap dan cukup khasiat!

Puri Ayam bersama Kentang dan Carrot

Puri Ayam+Carrot+Kentang

Puri Ayam+Carrot+Kentang

Isi ayam- 50gram (potong kecil2)

Carrot- 1 batang (potong dadu kecil)

Kentang- 1 biji (potong dadu kecil)

Bawang ros – Biji

Sos tiram-1 sudu

Cara caranya:

1) Tumis bawang ros yang telah dihiris dengan 2 sudu minyak zaitun

2) Masukkan isi ayam bersama dengan 2 cawan air. Masukkan juga 1 sudu sos tiram.

3)Masukkan carrot dan kentang. Masak sampai kering sehingga menjadi macam inti karipap tu.

Taraaaaa…Dah ready!!!

Resipi untuk bayi 1 tahun ni dah siap. 😉 Habis semangkuk Hani makan. Puas hati mama…

Hani Maisarah’s 1st Birthday! ~20.10.2013~


Assalamualaikum & Salam Sejahtera….

16.10.2013 Hari kedua Raya Korban, kami ada buat sedikit Kenduri Korban dan Sambutan Majlis Hari Lahir yang pertama, anak dara saya, Hani Maisarah. Waahhhh..cepatnya anak mama besar! Macam tak percaya baby yang manja ni dah masuk usia setahun! Hari Lahir dia disambut sekali dengan adik saya yang sambut hari lahir pada 17.10… warga Oktober menyambut hari lahir la ni. Hehe. Hari lahir Hani pula jatuh pada 20.10 tapi dah secara kebetulan memang mak saya nak buat kenduri korban ni..so kami pun tumpang la sekali. Buat bihun sup, bihun goreng dan beli kek aje. ?????????? ?????????? hani

Kepada Anakku Hani Maisarah,

Kehadiran Hani dalam keluarga kita merupakan rahmat yang besar serta Allah memberi rezeki yang melimpah ruah untuk keluarga kita. Manjanya kamu sayang, sentiasa menjadi pengubat lelah mama ketika pulang dari kerja. Setiap detik mama memandang wajah kamu sayangku, rasa bahagia menyelinap ke seluruh jiwa dan perasaan. Kepintaran dan kelasakan Hani membuat mama selalu terhibur, tersenyum melihat telatahmu, ketawa menyaksikan perlakuan bijak kamu. Mama nak Hani tahu, Hani dan Luqman adalah insan yang paling berharga dalam hidup mama, yang tak pernah mama lupakan walau sesaat dalam sehari.

Tiada apa yang mama mahu dari Hani dan Luqman. Cukuplah menjadi anak yang soleh dan solehah, yang tahu hukum hakam dan batas agama, yang boleh mendoakan untuk papa & mama bila kami dah tiada lagi di dunia. Bukan kemewahan yang mama nak dari anak-anak mama. Bukan juga gelaran “golongan profesional”. Namun begitu, papa & mama sentiasa berusaha untuk kamu berdua jadi yang terbaik. Yang dapat mengecapi nimat dunia tanpa melupakan akhirat yang pasti. Jika memang sudah tertulis rezeki dari Allah, anak-anak mama akan dapat semua tu beserta agama yang kuat. InsyaAllah.

Anakku Hani Maisarah, Selamat Hari Lahir Yang Pertama. Doa mama sentiasa mengiringi setiap hembusan nafasmu sayang. Mama harap Hani membesar sebagai gadis yang solehah, bijak dan berjaya. Papa & Mama sayangkan manja kami ni sangat sangat tau… WE LOVE U HANI MAISARAH. Terima Kasih Allah menghadirkan Hani dalam hidup kami. 😉

Oh ya, tak lupa juga Selamat Hari Lahir Adikku AMIRAH..Semoga bahagia di samping suami tercinta dan cepat dapat baby…yeaaaaa.. 😉

Di Sebalik Luqman Demam Panas


Harini baru mula bekerja setelah 2 hari cuti tanpa gaji sebab jaga anakku Muhammad Luqman Wafi. Mama tak kisah. Duit bukan kepentingan asalkan anak mama sihat. Duit dan rezeki smua ditentukan Allah untuk menguji hambaNya. Alhamdulillah, saya terima ketentuan Allah dan saya redha walau gaji saya dipotong. Masa yang terluang sepanjang jaga anak yang sakit ni, ibu atau bapa yang pernah lalui pasti terasa nikmatnya walau terbeban dengan masalah kewangan.Hati rasa bahagia. Tambahan pula melihat anak semakin sihat hasil kita bersengkang mata di waktu malam untuk jaga dia.  Setelah menjadi ibu, barulah saya mengerti sedalamnya erti anak itu anugerah Allah. Ya. Satu anugerah. diuji dengan masalah kewangan, kemudian jika sabar dan redha, Allah akan bagi rezeki lebih dari itu. Berserta dengan kebahagiaan dan kasih sayang lagi. Allah Maha Adil kan? So para ibu, ni nasihat saya.Utamakan keluarga lebih dari kerja ye. Ok sebelum saya beremosi dengan lebih jauh, saya nak cerita tentang pengalaman yang saya lalui sepanjang Luqman demam panas ni.

2O.10.2013 tu hari lahir anak kedua saya Hani Maisarah. Kebetulan haritu ada kenduri kahwin kat Sungai Petani. Selepas makan kenduri suami ajak jalan-jalan kat Tanjong Dawai. Masa sampai kat sana, kami tengok ada boat. Luqman pula nampak macam excited aje tengok boat belayar ke seberang untuk ke Pantai Merdeka. Tambang pun murah RM4 je pergi dan balik. Kanak2 percuma je. So kami pun sekeluarga naik boat ke Pantai Merdeka. Lepas Luqman main2 kat sana, kami pun teringat yang abang bawa boat tu pesan, kalau boleh nak balik tu sebelum pukul 6 petang sebab angin kuat nanti laut bergelora. Dalam jam 5.30 tu kami pun naik boat semula untuk ke seberang sana. Tiba kat tengah laut, angin kuat sangat. Boat tu dah macam nak terbalik. Masa ni Luqman peluk adik saya kuat2 sebab dia takut. pucat lesi muka dia. Jangankan dia, mama dia pun takut! Adoiiii….

Photo0131-1

22.10.2013. Tengah sedap2 lena peluk Luqman pukul 5am., suami kejutkan saya. Dia tanya saya, tak rasa ke badan Luqman panas macam api ni? Saya pun demam masa tu, memang tak rasa lah. Ingatkan suam biasa je. Check dengan termometer. Panasnya! Suhu badan dia 39.8!!! Saya cepat-cepat ambil air dan tuala. Jelum badan dan kepala dia. Kejap je kain tu kering. Lepas panas dah turun sikit, saya bagi ubat demam. Panas dah turun ke 38.1. Lega sikit hati ni. Boleh la pergi kerja. Luqman saya tinggal bagi adik saya tolong jaga. Petang tu dalam pukul 3, adik call kata badan dia dah panas semula, tapi dia dok jelum dengan air untuk kurangkan panas. Saya minta dia jelum dan jangan biarkan Luqman sorang2 langsung walau seminit. Hati ni risau sangat. Trauma kes Viral Croup belum pulih. Ya Allah..jauhkanlah anakku dari sebarang bahaya.Sebak hati saya masa tu. Balik je kerja pukul 6, saya singgah rumah jiran minta daun bunga raya putih untuk jelum Luqman. Pastu sampai rumah terus jelum dia dengan air daun bunga raya putih dan aloe vera (lidah buaya) Bila dah berkurang panas, baru saya suapkan ubat. Ibu-ibu ingat ye, kalau boleh jika anak demam, jelum dulu agar panas turun sikit, baru suapkan ubat. Cara ni lebih efektif untuk menurunkan suhu badan anak yang demam. Lebih kurang jam 8 malam, panas dah jadi tinggi. 38.6. Belum pun cukup 2 jam makan ubat dah naik balik?? Ish..ada yang tak kena ni. Terus ajak suami bawa Luqman ke klinik. Doktor cakap mungkin ada radang atau jangkitan kuman. So dia bagi antibiotik dan ubat radang. Malangnya, ubat tu bau kuat sangat dan Luqman muntah lepas makan ubat. Tiada pilihan. Tak sanggup nak paksa dan tengok dia menangis, saya pun bagi dia rectal suppository (ubat demam yang kena masukkan kat punggung). Dan teruskan jelum dengan air daun bunga raya putih.

Photo01411

23.10.2013 Tengah malam tu baru teringat nak jelum dengan air asam jawa dan bawang merah. Saya urut2 sikit kepala dia. Pastu balut badan dan letak kain kat ketiak dia. Sampai la pukul 4 pagi. Saya ni jenis tak berapa suka bagi anak makan ubat. Bila perlu sangat je saya bagi. Tapi tiba2 suhu badan dia naik lagi sampai 39.6 walaupun saya ni dok jelum2 sampai tak tidur. sampai air yang jelum dari sejuk bertukar suap dan ditukar pula air. Haih. Pelik sungguh. Kalau bagi rectal suppository selalu tahan la 6-8 jam. ni 2 jam je dah panas balik??Apakah ini…Saya teruskan jelum dan kejutkan dia mandi awal pagi. Mulakan dari kaki-pinggang-dada-bahu-kepala. Panas pun turun dan dia pun mula berpeluh. Rasanya dia dahaga sebab walaupun demam, dia banyak minum air dan kencing berak dengan baik. which is very good for him. So lega sikit hati ni bila dia masih mahu makan dan minum. Seharian dia ok dan main macam biasa sampailah menjelang waktu Maghrib, dia dah nampak lemah. Saya bagi dia makan buah epal. Dia makan sambil diam dan masa tu saya terperasan dia menggeletar. Terus saya dukung dia masuk kebilik dan check suhu. 40.1. Allahuakbar. saya jerit suruh suami tolong pack barang segera. Saya berlari ambil tuala dan basahkan. Balut seluruh badan dia. Sampai basah baju saya. Tak kisah apa dah. Dengan baju basah tu saya capai tudung yang mana sempat, terus pecut laju ke hospital. Sampai hospital saya serbu kat kecemasan. Cakap anak demam panas, Dorang cakap nak check paras oksigen dulu. Kalau ok kena tunggu giliran dan kalau tak ok baru terus masuk ke Red/Yellow Zone. Alhamdulillah paras oksigen dia ok. Bernafas dengan baik. Paru2 pun ok. 2 jam jugak la kami menunggu. Nurse pesan suruh jelum2 jugak sambil menunggu tu. Kesian papa berulang alik ke toilet basahkan towel yang kering dan panas setiap kali jelum. Masuk je bilik doktor, dia tanya demam dah berapa lama, berak kencing ok ke, makan minum mahu tak? pastu dia bagi PCM 1 botol dan boleh pulang. Hmmmm..Masa tu lebih kurang pukul 12 malam dah…

24.10.2013 Demam masih berterusan walaupun dah bagi ubat dan jaga dengan sebaiknya. Tiba-tiba mak saya teringat. Apa kata cuba perubatan Islam? Jiran kami pun ada yang pandai tentang perubatan Islam ni. So kami pun minta bantuan Paksu Firdaus untuk bantu Luqman, dengan izin Allah jua. Paksu pun cakap, paksu hanya tolong baca ayat2 Quran yang paksu tau. Allah yang beri kesakitan, Allah jua yang sembuhkan. Apa apa pun dengan izin Allah. So paksu buatkan air untuk Luqman minum, jelum dan mandi. Air jelum dan mandi campur dengan daun bunga melur. Petang tu sebelum Maghrib, saya bagi Luqman minum. Pastu jelum badan dia. Bila sejuk, saya mandikan dia. Dan Alhamdulillah, dengan izinNya, Luqman sembuh! macam tak percaya. Dan sekarang dia tengah melompat dan bermain seperti biasa. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Mama bernazar, kalau Luqman sembuh, mama nak buat kenduri bihun sikit dan nak puasa 3 hari berturut turut. Papa pula nak sedekahkan duit kat masjid sebagai tanda kami bersyukur kepada Allah kerana beri kesembuhan kepada anak kami.

Luqman Demam Panas…


Hai semua… Risaunya hati saya ni. Anak saya demam panas lagi. Suhu badan dia 39.8. Ubat dah bagi. Dan dah buat semua petua yang saya tahu. Saya harap anak saya cepat sembuh. Saya risau kejadian lama tu berulang kembali. Ingat x yang saya cerita sebelum ni anak saya kritikal kena Viral Croup?? Benda2 yang tak dijangka ni yang buat saya takut sangat. Malam ni saya nak bawa dia pergi hospital kalau still demam lagi. Actually banyak sangat benda saya nak update kat sini. Tunggu ya.. sayang korang semua.. nanti bila keadaan dah terkawal, saya janji update lagi pengalaman2 saya yang nak sangat saya share dengan readers saya. Doakan agar anak saya cepat sembuh ye. Saya juga mendoakan anda dan keluarga sihat2 selalu.. Bye.. xoxo 😉

Bayi Cirit? Apa Perlu Buat?


Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.”

SUMBER : http://www.babycenter.com.my/a1038310/cirit-birit-dan-bayi-anda#ixzz2eTWbrAna

Budak cirit...hehehe

Budak cirit…hehehe

Baru-baru ni anak kedua saya, Hani kena cirit birit. Saya dh bawa dia ke klinik dan doktor tak bagi apa-apa ubat untuk menghentikan cirit birit dia sebab dia masih aktif dan tidak kekurangan air di dalam badan walaupun dia cirit 7-8 kali sehari. Menurut cakap doktor, cirit birit Hani berpunca dari Rotavirus kerana najis dia cair dan berlendir. Jika diberi ubat, cirit akan berhenti dan virus akan terus berada dalam perut. So, apa yang mommies boleh lakukan ialah :
1) berikan air secukupnya dan bagi susu sekerap mungkin.
2) kurangkan jumlah susu dan lebihkan air supaya susu tu cair je.
3) beri dia minum air garam ORS setiap kali selepas dia cirit.
4) Tukar lampin/pampers secepat mungkin supaya kulit tidak melecet
5) Beri air kanji kepada bayi untuk tenaga (moi nasi cair2 pun ok)
Jika bayi tak selesa untuk makan makanan pepejal. Tak mengapa. Jangan paksa kerana bayi sekarang berada dalam keadaan tidak selesa untuk makan. Apa yang penting ialah air,garam dan glukosa supaya bayi bertenaga. Namun, mommies perlu berjaga-jaga jika bayi menunjukkan tanda-tanda berikut :
1) Tidak aktif
2)Tidur terlalu lama macam sangat letih
3) Bibir nampak kering
4) Bayi pucat
5) Bayi menangis dan meragam
6) Demam
7) Bayi enggan minum
8) Air kencing nampak terlalu kuning atau pekat/ pampers ringan menandakan kencing tak banyak.
Jika bayi anda yang sedang cirit ada tanda tanda di atas, tolong jangan berlengah lagi, terus bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Selalunya cirit birit akibat rotavirus akan berhenti kurang dari 5 hari. Jika keadaan berterusan dan membimbangkan, bawalah bayi anda ke hospital kerana post ini bukanlah nasihat perubatan. Ianya hanyalah sekadar berkongsi pengalaman yang saya hadapi sendiri. Boleh mommies jadikan panduan, tetapi berjumpa doktor tetap jalan yang terbaik. 🙂

Krim Berkesan Bila Punggung Bayi Melecet


Hai semua…Kejadian ni dah lama berlaku tapi biasa la..lazy blogger macam i ni, sangat lah lambat nak mengupdate entry kat sini. Beberapa bulan lepas Luqman cirit birit.Selepas beberapa kali dia cirit, kulit dia jadi makin merah. saya beli macam-macam jenis nappy rash cream untuk sapu. tapi tak berkesan jugak…Bila sapu jadi makin teruk sampai tahap kulit dia tu dah menggelupas dan dia menangis menjerit meraung setiap kali cirit n nak cuci. sampai saya pun mengalirkan airmata lihat dia terseksa macam tu. dah macam udang kena bakar! Sampai saya takut nak sapu apa2.takut lebih memburukkan keadaan. Lepas tu saya suruh husband pergi farmasi dan ceritakan masalah anak yang tak sesuai cream macam2 yang kami dah cuba. Kot la ada pilihan lain. kalau tak ada, kami nekad nak bwa dia pergi hospital. Pastu orang farmasi suggest beli BEPANTHEN NAPPY RASH OINTMENT.

Bepanthen-Ointment

Lagi satu tips ye ibu-ibu, kalau anak kita fobia masa nak disapukan cream sebab takut pedih dan sakit akibat sentuhan kita, jangan paksa dia. Apa yang kita boleh lakukan ialah, bagi anak bertenang, kemudian bersihkan tangan anak kita, baringkan dia dan sapu cream tersebut pada tangan si anak. Kemudian sambil pujuk2, nyanyi2 ke apa…bawa tangan anak tu biar dia sapu sendiri. Anda jangan sentuh langsung tempat yang dia sakit. Biar dia buat sendiri. Lepas dia dh sapu, bawa anak cuci tangan sampai bersih. Saya dah buat kat Luqman dan berjaya sapu tanpa membuatkan dia menangis atau meronta.

Ok, selepas saya sapu Bepanthen ni, saya buka aircond dan kipas halakan ke tempat sakit tu supaya cream cepat menyerap dan luka cepat kering. Selepas 20 minit macam tu baru saya pakaikan pampers kat dia. Dia pun tidur dan cirit dan mula kurang. Masa nak tukar pampers saya terkejut! Kulit dia dah pulih. Apa yang mengejutkan lagi ialah langsung tak macam sakit. 100% ok. Betul! tak tipu ni!! Memang berkesan betul Bepanthen ni. Sekarang kalau masalah anak kulit melecet ni, saya tak pernah guna cream lain dah. Hanya Bepanthen di hatiku! Maybe anda juga boleh mencuba. Dan cream ni juga boleh digunakan sebagai cream harian dan bila puting ibu yang menyusu badan melecet sebab cream ni tanpa bahan kimia dan selamat untuk bayi walaupun dorang masukkan cream ni ke dalam mulut. 🙂