Hargailah….Selagi Masih Ada…


Assalamualaikum.

Haih! Kemarin punya mimpi betul betul membuatkan aku tersentak dari tidur yang nyenyak. Aku mimpi suami aku meninggal dunia! (Moga2 panjang usianya). Sedar ja dari mimpi tu terus aku termenung. Agaknya Allah nak sedarkan aku supaya menghargai orang yang amat aku cintai, selagi masih ada. Bukan aku ni tak pernah menghargai.. cuma biasa lah seorang isteri..pasti ada kesilapan pada suami..kadang2 termerajuk, terrr marah, terr segala galanya lah kan…

Dalam mimpi tu aku menangis dan menyesal sebab tak buatkan teh sebelum dia pergi kerja. Ayah mertua call cakap kami dah nak kebumikan ni, nanti datang tengok kubur…tak sempat dah nak tunggu aku datang katanya. Aku pula menangis merayu rayu agar diberi peluang tengok muka jenazah buat kali terakhir. Aku menangis guling2. Lepas tu terus tersedar. Terus rasa seram semacam je. Huhuhuhu.

Kehilangan orang yang dicintai lah yang paling aku takut nak hadapi. Aku rasa Allah nak sedarkan aku supaya jadi isteri, ibu dan anak yang lebih baik. Dalam mimpi pun dah rasa macam nak gila, apatah lagi kalau betul2 berlaku… Aduiii takut aku nak membayangkan. Aku sayang Mr. Bart sangat2. Dia adalah pelengkap jiwa aku.

Hargailah orang yang anda cintai dan mencintai anda sebaik baiknya. Jangan lukakan hati mereka secara tersurat mahupun tersirat. Kita tak tahu bila mereka akan pergi..meninggalkan kita untuk selama lamanya… Tanpa sebarang pesan, tanpa sebarang salam dan pelukan. Masa tu baru nak menangis dan menyesal, dah tak guna lagi.

To Mr Bart, I love u sooo much lah baby. Aku tak sanggup kasih kehilangan dirimu…walau sedetik rindu mencengkam terasa pedih…Kalau sayang mati dulu, abang bacalah selalu blog ni… banyak kenangan kita dalam ni.. Kenanglah daku dalam doamu. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s