My Newborn Nephew


Tepat jam 3.30a.m. 31 Oktober 2014, lahirlah seorang lagi cucu buat abah dan mak, seorang bayi lelaki dari kakakku. Bayi yang merupakan anak sulung beliau yang begitu dinanti nantikan setelah keguguran sebelum ini. Nampaknya sambutan birthday tahun depan ada lagi seorang kena tambah masuk list October babies. Jangka bersalin 21 November. Tapi baby tak sabar nak keluar tengok dunia ni. 30 Oktober 2014 lebih kurang jam 12pm air ketuban pecah sendiri, terus ibu dia dimasukkan ke labour room. Bukaan 4cm masa tu. Jadi hampir 14jam ibu dia bertarung dalam labour room akhirnya kepenatan dan tak boleh nak meneran. Doktor panggil ayahnya untuk sign borang operation. Tapi Alhamdulillah apabila doktor pakar turun, dia decide nak vacuum sahaja sebab dah fully open 10cm. kepala baby pun nampak cuma tak upaya lagi nak meneran. So pengajaran kat sini ialah makan banyak sebelum masuk labour room walau tak lalu mcm mana pun. Kakak saya tak mahu makan, hanya minum air dutch lady chocolate dan biskut 2 keping, mana la nak ada tenaga. 14 jam pula tu tak makan apa2. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T., dengan rasa besar hati, saya ingin memperkenalkan anak saudara baru saya yang merupakan cucu keenam dalam keluarga.

MUHAMMAD IRHAM FAHIM

MUHAMMAD -Yang Terpuji

IRHAM – Kasih

FAHIM – Yang faham dan pintar belajar

IMG_20141101_220108

Assalamualaikum semua. Doakan saya jadi anak yang soleh ye.

IMG_20141101_215447

Geram tengok pipi dia yang merah.

IMG_20141101_215356

Budak baik.

IMG_20141101_215250

Kasihan Fahim. kepala bekas vacuum…

IMG_20141031_000702

Mami Nabilah pun tunggu Fahim lahir

IMG_20141030_224946

Rita Haryanti…nama muncul di skrin.hehehe

IMG_20141030_211236

Me & My Baby Sister

IMG_20141030_211152

Aku yg excited..hehehe

Tengok baby ni teringin pula rasa nak beranak lagi…hahahaha. Mr Bart cakap tunggu Hani besar sikit. Tapi bila difikirkan alahan dan sakit operation, rasa dah cukuplah dua orang anak. Tumpang kasih anak2 saudara pula.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s