Dahi Anakku Berjahit


24 Oktober 2015 akan jadi tarikh ngeri dalam hidup aku. Bukan rasa macam nak gila tapi memang dah jadi gila punnnn….ahahaha. Dalam pukul 10am macam tu…Tengah mandi dengan anak2. Yang si adik tak habis2 dk menari lagu mokcun mokcun mokcun laaahhh…walau dilarang tetap jugak dia menari sambil mandi. Masa aku dah nak tutup air…tiba2 dengar bunyi crack!!! Kepala Hani dah melekat kt tebing simen nk naik ke jamban. Aku cepat2 angkat tengok…kepala dia nampak brlubang. Time tu la aku jadi gila. Aku dah tak sempat lap badan. Pakai je baju apa yang aku nampak depan mata iaitu baju dalam bakul baju kotor. Aku berlari nak dapatkan bantuan. Dalam otak aku masa tu abah aku ja sebab rumah yg paling dekat dengan rumah aku. Aku jerit sekuat hati Abah!!! Abah!!! Abah pun berlari. Masa tu muka & badan Hani dah penuh darah. Abah cepat2 ambil tuala dan tutup kat luka. Mcm membuak buak darah keluar. Luqman sangat cool & bijak masa tu walaupun dalam keadaan berbogel. Dia yg ambil kunci kereta bagi kt aku. Terus kami berempat iaitu aku, mak,luqman & hani masuk dalam kereta. Abah suruh mak ikut. Baju aku pun dah penuh darah masa tu. Dalam otak aku nak tuju klinik terdekat. Hospital agak jauh. So aku pegi klinik 1 malaysia. 1km dari rumah. Sampai klinik,mak dgn Luqman tunggu dalam kereta sebab luqman bogel masa tu. Aku dukung hani yg berlumuran darah tu meluru masuk. Aku dah tak peduli orang ramai yg tengah tunggu tu. Aku menangis macam nak gila. Aku memang trauma teruk sebab aku takut darah. Menggeletar badan aku. Doktor & nurse lebih kepada tenangkan aku dulu. Misi bersihkan dan dukung Hani. Doktor cakap dengan aku tarik nafas,tenangkan diri dulu..sabar…sabar…
So bila aku dah cool depa suruh aku duduk dekat Hani dan pujuk dia. Depa start letak gam tapi gam taknak lekat. Luka agak dalam & besar. So doktor cakap nak jahit. Aku redha ja walau airmata tak henti2 mengalir. Masa tu lawak pun ada sebab…. aku baru sedar aku tak pakai tudung dan aku pakai baju terbalik! Kain batik yg aku pakai pulak sampai ke lutut je!!! Adoiiii maluuuu. So bila semua dah selesai,aku jalan keluar sambil tunduk rapat ke lantai dan jalan laju2!

image

Apa apa pun…servis cepat & terbaik klinik 1 malaysia alor mengkudu memang harus dipuji.Maaf dipinta kepada orang2 yang kami potong line. Kami cemas masa tu.

image

Sebelum tragedi mokcun mokcun mokcun laahhh…

Alhamdulillah nothing serious. Lepas ni kena lebih berhati2. Dah beberapa malam aku tak boleh tidur. Trauma. Harap inilah kemalangan di rumah yang pertama & terakhir.

Leave a comment