Tag Archive | Doa

Our 4th Wedding Anniversary


DSCN1565
Ya Allah, bless our marriage and let it be a means for us to become closer to You in love and devotion.
Let it be a source of untold blessings, happiness and joy
Ya Allah, let our marriage be a way for us and our families to enter Jannah
Ya Allah, protect our marriage from the whispering of Syaitan.
Give us the strength to live together in justice, equity, love and, mercy
Ya Allah, let this marriage bring untold blessings to us individually, to our families, and our children InshaAllah
Ya Allah, bless us with children who will be a source of great joy and happiness.
AMIN YA RABBAL A’LAMIN…
To the man I have chosen to love & be with me for a lifetime, Happy 4th Wedding Anniversary. Thanks for being my best friend,lover, partner, husband and papa to our kids. I LOVE YOU,my darling BAKHTIAR BIN ALIAS
Advertisements

Diam Apabila Marah


Majoriti wanita termasuk saya, suka membebel dan berleter apabila marah. Macam mana nak buang sikap ni ya? Sebab diam itu lebih baik apabila marah. Ini kerana, bila marah semua kata-kata yang terkeluar dan perbuatan yang dilakukan adalah mengikut emosi semata-mata dan api yang kecil boleh menjadi besar dan marak bak disimbah petrol! Tambahan pula dalam rumah tangga, masa tu la syaitan datang menghasut para wanita supaya bersikap kasar terhadap suami dan anak-anak.

Lepas berleter, rasa menyesal sangat-sangat sebab suami pun banyak bersabar dengan sikap saya. Tak patut betoi buat dia macam tu. Huhu. Tapi saya sangat kagum dengan sikap suami saya. Diam apabila marah. Dia seorang lelaki yang sangat cool dan bijak menangani stress dan kemarahan. 🙂 berbeza dengan saya yang cepat melenting. Saya cuba belajar untuk jadi macam dia. Kadang-kadang saya berjaya, kadang-kadang tewas jua…

Berikut adalah beberapa doa dan hadith untuk mengelakkan marah dan menebalkan kesabaran di dalam hati yang sempat saya cari untuk panduan saya dan anda semua.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”
(Al-A’raf : 126)
Maksudnya :
“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berilah wasiat padaku.”
Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)

Makbulnya Sebuah Doa


“Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,

Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,

Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,

dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.”

Syirik Tanpa Kita Sedari


Syirik ialah antara dosa-dosa besar di sisi Allah S.W.T. Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Apa yang kita takuti ialah perbuatan syirik yang kita lakukan tanpa kita sedari yang ianya ialah amalan syirik kerana kurang pendedahan terhadap agama atau pegangan yang kuat terhadap amalan nenek moyang kita. Saya berharap agar post kali ni membantu kita menjauhi perkara-perkara syirik dan mengajar diri kita berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu kerana ditakuti terjerumus ke dalam dosa besar syirik.

Syirik tersembunyi ini boleh berlaku apabila kita melakukan amalan tertentu yang bagi kita ianya perkara biasa ataupun ianya tersembunyi di dalam hati dan perasaan kita. Contoh syirik tersembunyi ni ialah :

1) Pakaikan bayi baru lahir dengan tangkal atau benang hitam.

Ini majoriti masyarakat Islam pun buat sebab tak nak anak menangis dan meragam. Bidan akan pakaikan dan siap pesan jangan tanggalkan dan biar ia jatuh sendiri. Masa kat Luqman dulu, elok je bidan langkah keluar, saya dah tanggalkan sebab saya rasa benda ni macam syirik. Kenapa kita percaya yang tangkal tu lindungi anak kita kan? Hanya Allah yang lindungi dia.

2) Masuk hutan minta izin datuk nenek.

“Cucu tumpang lalu tok…”kata kita kepada pokok2 di hutan. Pokok2 tu pun hairan, apesal la mamat ni mintak izin aku plak. gila ke apa?  Semua makhluk di dunia milik Allah. Jangan dok mintak izin kat selain dari Allah. Tapi perlu la baca doa mohon perlindungan Allah dari benda2 tak elok. Pastu adab masuk hutan, hormati juga makhluk lain. sama ada nampak atau tak, ia memang wujud. cukup lah sekadar jaga tingkah laku dan menghormati ketenteraman makhluk lain tu.

3) Percaya tarikh tertentu bawa tuah atau sial.

Nak nikah siap jumpa bomoh nak tetapkan tarikh baik punya. Salah tu…. Sesetengah orang cakap bulan Safar tak baik. tapi kena ada fakta kuat. Bulan Safar banyak berlaku perang zaman dulu2. sebab tu ada antara kita cuba elakkan. takda kena mengena dengan sial.

4) Jumpa bomoh yang gunakan jin sebagai perantaraan.

5) Tunjukkan amal kebaikan di dunia

Derma wang kat anak yatim siap panggil press buat liputan sebab nak orang tahu yang dia derma wang.

Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya’. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, “Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?” (Riwayat Imam Ahmad)

6) Percaya ubat tertentu menyembuhkan penyakit

“Semalam aku sakit lutut. sekali makan je ubat klinik tipah tu, terus lega.” haiiippp…sapa yang menyembuhkan sebenarnya??nampak tak, kita percaya benda lain yang sembuhkan kita.

7) Tanam uri letak benda mengarut

Tanam uri dengan pensel supaya anak bijak. tanam dengan paku supaya hantu dan jin tak kacau anak kita. ishhhh…ingat la ibu bapa sekalian, hanya Allah tempat berserah diri dan berlindung.

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTEIz14KVnd6gbov1eaxKx-dPYKZkpQMWnUt-47X-Prv7GWuk-68Xj9oIfC

 

 

Ada Apa Pada Muhammad?


Sekarang ni tengah dok fikir-fikir nama anak. Jantina belum diketahui. Tapi dah rasa macam nak cari nama siap2 untuk permata cinta yang kedua ni. 1 nama lelaki dan 1 nama perempuan. Tapi apa yang pasti, nama anak lelaki mestilah bermula dengan Muhammad, sempena nama Rasul kita yang tercinta. Hal ini juga adalah kerana saya pernah terbaca satu artikel berkenaan dengan nama Muhammad ini yang telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya nama Muhammad itu sendiri. Nak letak nama secanggih mana pun, pastikan ada Muhammad.

https://i2.wp.com/hasnulhadiahmad.com/wp-content/uploads/2012/04/Muhammad-Idola-Kami.jpg

 

Sebagai orang Islam, kita wajib mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu rukun Islam yang pertama. Apakah ayat yang terkandung di dalam ikrar keislaman itu? “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.Perkataaan Muhammad itu merupakan perkataan yang amat penting untuk membuktikan keislaman seseorang kan? ya..begitulah istimewanya nama Muhammad di dalam agama Islam.

Kebanyakkan ulama sangat menggalakkan kita supaya menamakan anak dengan nama Muhammad dan mereka yakin bahawa sesebuah keluarga akan lebih mendapat keberkatan dan ketenteraman jika anak dinamakan Muhammad. Ini juga bagi memperingati Rasulullah S.AW yang begitu mulia dan mempunyai peribadi yang sangat elok.

Bahkan menurut sebuah Hadith yang lemah (dhaif), para malaikat yang menjaga neraka dan menyeksa orang – orang yang berdosa disana akan memberikan keringanan khas kepada umat Islam yang mempunyai nama Muhammad pada namanya kerana Muhammad itu kekasih Allah. Begitu istimewanya nama Muhammad itu sehingga tidak menerima hukuman yang sama dengan penghuni neraka yang lain.

Banyak Hadith yang menerangkan keistimewaan dan kelebihan terhadap orang yang diberi nama Muhammad. Dalam sebuah Haditshdikatakan,”Apabila kamu menamakan seseorang itu Muhammad, hendaklah kamu hormati dia dan lapangkan tempat baginya didalam suatu majlis, dan jangan masamkan mukamu kepadanya.” Dan diriwayatkan pula bahawa tidak ada suatu kelompok yang mengadakan musyawarah dan ada bersama mereka seorang yang bernama Muhammad, namun mereka tidak mengajaknya ke dalam musyawarah itu, melainkan mereka tidak akan diberkati.”

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah dari Ibnu Juraij dari Nabi SAW, yang telah bersabda,”Barang siapa memiliki isteri yang sedang mengandung dan bercita – cita hendak menamakan anak yang masih dalam Rahim itu dengan nama Muhammad, Allah Ta’ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki, dan jika ada seorang yang bernama Muhammad didalam sebuah rumah, nescaya Allah Ta’ala mengurniakan keberkatan didalam rumah itu.”

Seorang perempuan telah berkata kepada Rasulullah SAW,”Ya Rasulullah, aku ini seorang perempuan yang tidak mempunyai anak lelaki yang hidup,” Maka Rasulullah SAW menjawab,”Bernazarlah engkau kepada Allah bahawa, apabila engkau mendapat anak lelaki, engkau akan namakan anak itu Muhammad.” Maka ia pun melakukannya, ternyata anak lelakinya hidup selamat dan baik.

Telah diriwayatkan dari Abu Umamah,”Barang siapa mendapat anak lelaki lalu ia namakan dia Muhammad kerana mengkehendaki keberkatannya, dia dan anaknya akan masuk syurga,” (Disebutkan dalam kitab Al – Firdaus). Riwayat lain menyebutkan bahwa Ali bin Abu Thalib mengatakan, “Tidak ada suatu jamuan makan lalu datang hadir kepadanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta’ala akan memuliakan rumah itu dua kali ganda.”

Begitulah istimewa dan pentingnya nama Muhammad. Semoga anak-anak lelaki yang bakal dilahirkan selepas ini, semuanya berpangkal dengan nama Muhammad dan mendapat keberkatan sempena dengan nama yang mulia itu.