Nasi Tumis Istimewa & Ayam Masak Madu


** Resipi ini ditulis khas buat sahabatku Nur Amirah Salehuddin. Mira, selamat mencuba dan sila komen selepas makan nanti tau. 🙂

 

Nasi Briyani Recipe

Sekadar gambar hiasan. Mama.Wafi lupa nak snap picha masa masak :p

 

 

NASI TUMIS ISTIMEWA (Untuk 3 Pot Beras)

2 batang serai (diketuk)

3 biji tomato dipotong dadu

3 biji bawang besar dipotong dadu

Sedikit garam (agak-agak sedap la)

1 sudu kecil gula (ni sebab Mama.Wafi masak tak guna Ajinomoto)

Rempah Kari Ikan 1 1/2 pack kecil (kalau lebih sikit pun lagi sedap)

Tumis bahan2 di atas dengan minyak yang dicampur 1 sudu minyak sapi.

* Jangan terlalu banyak minyak.  1/3 ataupun suku cawan sudah mencukupi.

Sukat air dan beras siap-siap dalam rice cooker. Lepas tu tuang bahan yang ditumis tadi ke dalam rice cooker tu. Kacau bagi sebati then masak nasi macam biasa. Bila nasi dah agak nak kering, buka penutup dan kacau lagi sekali hingga sebati. Tutup dan biar masak sempurna.

 

AYAM MASAK MADU

1 ekor ayam dipotong 12 – gaul garam + kunyit

120 ml madu (Mama.Wafi agak2 jer.)

5 sudu besar serbuk cili (kalau tak suka pedas, boleh kurangkan tau)

2 biji bawang besar dipotong bulat

Kulit kayu manis 1 batang

2 biji bawang besar -dikisar

3 ulas bawang merah – dikisar

2 ulas bawang putih-dikisar

** Bahan yang dikisar tu, lepas dah siap gaul dengan serbuk cili

Daun pandan 4 helai- dipotong saiz 1 inci

Garam

1 sudu besar gula (Kalau time last tu rasa terlalu pedas baru masuk gula. Sebab Madu dah manis.

 

1) Daun pandan diletakkan dalam satu mangkuk (nanti nak letak ayam dalam mangkuk ni)

2) Goreng ayam terlebih dahulu dan masukkan dalam mangkuk yang ada daun pandan

3) Bila selesai goreng ayam, minyak gorengan tadi kurangkan sedikit sebab nak buat kuah madu pula sekarang tapi guna kuali sama untuk memudahkan proses yer. Faham x? huhu. Kuah madu tu guna minyak 5 sudu besar macam tu je, Jadi minyak berlebihan dalam kuali tadi( lepas goreng ayam) harus dikeluarkan la…

4) Tumis kulit kayu manis bersama bawang besar yang dipotong bulat. Bila dah kekuningan, masukkan bahan dikisar tadi tu, biarkan sampai pecah minyak. Masukkan garam dan madu.Last sekali masukkan ayam bersama daun pandan tu. Kacau sedikit dan siap.

 

**Resipi ni amat digemari oleh keluarga Mama.Wafi. Mama.Wafi juga dah cuba masak untuk keluarga mentua dan mereka amat suka! 🙂

P/S : Mira, anything call Munie k dear!

3 Comments

3 thoughts on “Nasi Tumis Istimewa & Ayam Masak Madu

Leave a comment