Tag Archive | Fakta&Auta

PERBEZAAN OTAK LELAKI NGAN OTAK PEREMPUAN


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama…..

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini…

otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F’s pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini..”

Sup Bayi Di China & Taiwan


Sup bayi manusia, kelakuan manusia berhati iblis yang sanggup melakukannya (Gambar sengaja di kecilkan, untuk gambar lebih besar klik gambar)

Manusia kini telah hilang nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Mereka semakin biadab dan tidak berhati perut. Malah tidak keterlaluan jika Mama.Wafi katakan, manusia kini setaraf iblis! Mengalir air mata ini tatkala menaip post kali ni. Sebak mengenangkan nasib bayi dan janin di China. Ini akibat daripada kerajaan mereka menghadkan seorang bayi sahaja bagi satu keluarga. Penyelesaiannya adalah seperti di atas….Amat kejam, ngeri dan menyayat hati. Mengikut apa yang Mama.Wafi baca, sup bayi ni ada yang dihasilkan daripada bayi mati semasa lahir atau pun janin bayi yang keguguran. Namun harga sup paling mahal adalah bayi yang diproses hidup-hidup untuk menjadi sup dan janin yang dengan sengaja diambil keluar! Arghhh!! Sial dan celaka sekali mereka itu! Difahamkan juga, fungsi sup ini adalah untuk meningkatkan tenaga seks! Argh..double sial dan celaka.!! Malah ada ibu yang sanggup jual janin atau bayi dalam perut mereka untuk dijadikan sup demi wang! Arrrggghhhhhhhhh!! Triple sial dan celaka!!!

Spa Ikan Bahaya!


 spa ikan

Kementerian kesihatan UAE telah membuat kajian secara terperinci dan hasilnya positif. Mereka telah memberi amaran kepada rakyat supaya tidak membuat rawatan kaki serta kulit alternatif ataupun kosmetik dengan mengunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar-gambar di bawah sebagai penawar. Ini kerana ia boleh menyebarkan Virus Hepatitis dan HIV.

Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan dikatakan boleh memudaratkan kerana ia boleh menyebabkan penularan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.

Perkongsian penggunaan tempat dan ikan boleh menyebabkan beberapa penyakit dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air. Kaki pesakit HIV yang luka atau berdarah boleh menyebarkan virus HIV melalui air!!

Malah teknik ini diharamkan di 14 negeri di Amerika Syarikat.

Spa ikan ini juga sebenarnya belum terbukti boleh memberi apa-apa manfaat pun kepada anda! Jadi, tolaklah kepercayaan anda bahawa spa ikan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.

** Mama.Wafi hampir try dulu spa ikan ni kat Zoo Taiping. RM15 untuk setengah jam. Tapi, tak jadi try sebab masa tu nak balik cepat ke Alor Setar sebab cuaca kurang elok. Hohoho..nasib  baik belum cuba!!

 

Maksud Tanjat Boboi


Mama.Wafi buat post ni sebab ramai sangat orang dok bertanya apa maksud tanjat boboi ni ya? Setelah Mama.Wafi dok fikir dan tengok semula lawak kumpulah Sepah..baru la tahu maksudnya ialah………. TERPERANJAT BOBOY….hihii..at first ingat ayat tu dari cerita animasi kanak-kanak BOBOIBOY tu……..

Rumah Paling Jijik & Kotor…


Mama.Wafi amat nak termuntah okeyyy…Entah siapa la manusia yang teramat sangat pengotor tu. Tak tahu la bau dalam rumah tu macam mana. Gambar dalam toilet yang paling teruk tahap gaban kot. huhu. Korang layan le dulu gambo2 ni yer….

Keburukan Microwave / Ketuhar Gelombang Mikro.


Mudah tapi sangat bahaya!

Cara masak melawan fitrah

Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama,katakanlah sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.

Ketuhar pengancam nyawa

Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian
saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan
penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak
mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an
mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.
Molekul-molekul ini ‘dipaksa’ berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini
bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula
menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia
merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak
mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap ‘makanan
mati’; atau badang mengumuhkannya dengan pantas. Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan
oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di
sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi’i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah
mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin
individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro
cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sayangilah keluarga anda...Jangan "bunuh" mereka....

10 sebab ketuhar gelombang mesti dibuang!!

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:

• Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia ‘memendekkan’ utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

• Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

• Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro .

• Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

• Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

• Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.

• Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

• Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.

• Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.. Fikirkan… Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku ‘haruan makan anak’ serta amalan seks luar tabi’i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina -perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang. Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu.. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa! Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia.

Kucing Yang Bijak dan Berani :-)


Kalau ditanya pada anda, bagaimana agaknya kucing ini boleh terperangkap di atas pokok kaktus yang setinggi 45 kaki, apa anda nak jawab agaknya?

Bukan manusia saja nampaknya ada ‘tenaga dalam’ atau the sixth sense, kucing pun ada. Dalam ketakutan yang teramat sangat kerana melarikan diri dari singa lapar, kucing ini boleh memanjat ke atas pokok kaktus Giant Saguaro tinggi sayup ini.

Mujur lah singa itu tidak tunjuk juga tenaga dalamnya, kalau tidak tak pasal-pasal singa itu juga panjat ke atas sana.

Dia berada di atas selama 6 jam, hanya untuk pastikan bahawa singa lapar tadi betul-betul sudah lari. Drama menarik ini dirakam di Padang Pasir Sonoran, Arizona, AS, oleh jurugambar Curt Fonger, 69.