Tag Archive | Tips

Tips Berjaya Temuduga & Mudah Dapat Kerja


Baru-baru ni salah seorang pensyarah saya semasa di universiti dulu meminta saya mengulas tentang punca kegagalan graduan mendapat kerja, punca gagal temuduga dan apa yang majikan mahukan dari graduan? Walaupun saya bertugas di bidang HR,namun saya segan untuk mengulas pada mulanya kerana dia pensyarah saya, ilmu lebih dari saya. Namun akhirnya,saya pun mengulas dengan panjang lebar dengan niat untuk membantu beliau melengkapkan tugasan dan mendidik anak bangsa yang lain.

Ramai graduan tidak mengetahui, permohonan mereka ditolak sebaik sahaja pihak HR meneliti resume mereka. Resume mestilah mengandungi maklumat yang ringkas, tetapi padat dengan informasi berguna. Mungkin graduan memandang remeh pada bahagian gambar, hobi dan cita-cita. Namun perkara ini amat dipandang serius oleh sesetengah majikan. Ada graduan yang mengisi hobi mereka dengan melayari internet, bermain game dan beberapa hobi yang langsung tidak berfaedah. Cita-cita pula diisi dengan jawapan yang mengarut seperti menjadi burung yang terbang bebas. Gambar pada resume pula diletakkan gambar posing di tepi pantai, gambar sedang makan dan sebagainya. Jadi, resume mereka akan mendapat markah penilaian yang rendah dan mungkin tidak dipilih untuk disenarai pendek.

Ruangan objektif pada resume: Pada ruangan ni tulis Mengapa anda fikir kami perlu mengambil anda bekerja dengan kami? Bolehkah pekerjaan ini memenuhi keperluan dan kehendak anda dalam kerjaya? Apa pandangan anda tentang masa depan syarikat ini?Kadang kala pihak HR menerima puluhan resume untuk diteliti dalam masa sehari. Kami tidak mempunyai banyak masa jadi kami hanya shortlisted yang mempunyai objektif yang bagus,sesuai dan keputusan bahasa Inggeris yang baik.

Apa yang majikan mahukan?

Kesungguhan graduan mencari maklumat syarikat.

Cari sebanyak mungkin maklumat tentang latar belakang syarikat, apa perniagaan yang syarikat ni buat,di mana lagi cawangan syarikat.Walaupun anda mungkin silap ketika memberi jawapan, namun kesungguhan anda memberi sebanyak mungkin maklumat adalah sangat bagus dan berpotensi.

 Cerewet soal gaji.

Ada graduan yang meletakkan gaji yang dipohon dengan terlalu tinggi dan enggan meletakkan gaji yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Jawapan yang selalu majikan mahukan ialah “Saya fleksibel dalam soal gaji kerana saya ingin mencari pengalaman kerja. Saya akan bekerja sebaik mungkin kerana gaji bukanlah kepentingan utama saya.” Saya yakin kebanyakkan syarikat ada gred dan tangga gaji mereka sendiri dan mustahil anda akan diberi gaji yang tidak logik atau terlalu rendah. Graduan jangan terlalu memilih. Yang penting ialah anda dapat belajar dan mencari pengalaman kerja.

 Gagal menjawab soalan cepu emas

Saya biasanya bertanya pada graduan. Adakah anda seorang pendiam atau peramah?

-Saya seorang pendiam. Saya tidak suka bersembang.

(Biasanya gagal dapat kerja. Tak suka sembang bagaimana nak attend meeting, bincang dengan rakan sekerja dan bos?)

-Saya seorang yang sangat peramah. Suka sangat bercakap.

(Biasanya gagal juga. Sebab orang yang bagi jawapan begini biasanya kerja lambat siap kerana asyik bersembang)

Jawapan yang dimahukan

Saya peramah dan pendiam mengikut waktu yang sesuai dan situasi yang sesuai. Saya ramah ketika diminta memberi pendapat dan akan diam apabila saya memegang amanah tentang maklumat sulit dan rahsia syarikat.

 Kejujuran dalam menjawab pertanyaan

Jika anda benar-benar tidak tahu tentang soalan yang ditanya, seeloknya anda memohon maaf kerana tidak pasti dan akan berusaha meyakinkan penemuduga yang anda akan mencari jawapan tersebut selepas ini.

 Tahap penguasaan Bahasa Inggeris

Kebanyakkan majikan sekarang ni amat menitikberatkan Bahasa Inggeris. Cuba bercakap walaupun anda tahu anda bercakap broken English. Keyakinan diri untuk bercakap mungkin membuat majikan kagum dengan keberanian dan semangat anda.

 Teknik komunikasi yang baik

Jika anda ditanya 2 atau 3 soalan serentak contohnya “Kenapa pilih bekerja di bidang HR, kenapa tak nak sambung belajar lagi?” 2 soalan yang berbeza topik sebenarnya. Dari sini akan dibuat penilaian teknik komunikasi. Majikan mahu anda hurai satu demi satu soalan. Jangan campur adukkan kedua-dua topik serentak. Jawab satu persatu dengan lengkap, mungkin begini. “OK, untuk soalan puan yang pertama,bla bla bla…. dan untuk soalan kedua pula…..bla bla bla” Ketahuilah walaupun keputusan peperiksaan anda kurang memuaskan, namun jika part ini dan part bahasa Inggeris dijawab dengan baik, maka peluang untuk dapat kerja tu amat tinggi.

Keyakinan yang amat tinggi

Anda akan cuba memberi jawapan BOLEH walaupun anda tahu perkara tu mustahil. “Bolehkah anda merangka aktiviti untuk syarikat dan memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan baik?” Jawapan yang baik ialah “Ya, boleh. Saya akan cuba sebaik mungkin dan akan melakukan tugasan yang diberi dengan sehabis baik” Walaupun hati anda berkata mustahil la kau boleh buat tetapi anda tetap yakin. Jangan sesekali menjawab “Maaf lah. Saya tak pernah buat. Kalau ada guideline boleh kot..Hmm..tak pasti la.”

 Sikap Ambil Tahu

Ambil tahu tentang isu semasa dan hurai dengan baik demi menunjukkan anda benar benar minat dengan isu semasa.

Ada 15 perkara yang menjadi Faktor Penilaian dan faktor ini akan diberi rating standards dari 0-5 oleh penemuduga.

1)Punctuality (datang temuduga tepat pada masa dan tidak lewat)

2)Pakaian (Formal. No jeans, slipper and round neck shirt)

3)Tidiness (Baju masukkan ke dalam untuk lelaki, iron baju supaya kemas)

4)Hygiene (Pastikan kuku bersih, pakai sedikit perfume tapi jangan sampai memeningkan)

5)Politeness (Ketuk pintu, beri salam dan duduk apabila disuruh sahaja)

6)Oral Expression (Cakap dengan penuh yakin)

7)Written Expression (Menulis dengan kemas dan cepat)

8)Listening Skill (Tunggu penemuduga cakap habis, jangan main selit je. Dan fahami apa yang ditanya dgn baik)

9)Tactful (Bercakap benda yang mempunyai “isi yang bernas” dan tidak merepek)

10) Job knowledge/skill (Tahu tentang jawatan dipohon, apa kena buat)

11) Self confidence (Keyakinan yang amat tinggi dan bersungguh sungguh)

12)Creativity (Mampu berfikir dia luar kotak dan bijak menyelesaikan masalah)

13) Maturity (Menunjukkan tahap pemikiran yang dewasa dan bijak mengawal emosi apabila dikritik)

14)Leadership (Aktif memberi idea dan pandangan)

15)Sincerity (Kejujuran menyimpan rahsia syarikat dan berterus terang dengan majikan)

RUMUSAN

Majikan expect graduan yang mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi, kebolehan mendengar pertanyaan dengan baik dan menjawab soalan selari dengan pertanyaan. Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang baik juga amat perlu. Kemudian, majikan tengok kekemasan dan pakaian yang sesuai. Kalau datang pakai macam nak pergi shopping memang tak dapat lah jawabnya.

Tips Mengenali Madu Asli…


 

Hai semua…Mama.Wafi nak berkongsi tips mengenali madu asli dengan kawan-kawan semua. Seperti yang kita tahu, madu ni adalah penawar banyak penyakit dan disebut di dalam Al Quran sebagai penawar..
A069
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl 16:69) (Untuk lebih jelas, refer Surah An-Nahl bermula dari ayat 65)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, “Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api).” (Sahih Bukhari)

Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ok semua…ini adalah tip-tips membezakan madu asli dan madu tiruan.
1. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.

2. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus kerana ianya pekat. Manakala madu biasa akan terputus-putus.

3. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.

4. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.

5. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan

6. Madu asli tidak disukai semut kerana tiada kandungan gula, sedangkan madu tiruan sebaliknya.

7. Madu asli tidak mudah tembus pada kertas.

8. Akan terdapat mendapan pada dasar botol madu (gula) jika di biarkan untuk tempoh yang lama.

9. Celup kepala mancis pada madu dan cuba nyalakan. Jika menyala mancis itu maka madu tersebut adalah madu asli.

Cara Panaskan Makanan atau Bubur Bayi


Hai ibu-ibu semua. Mama.Wafi nak kongsikan cara kita nak panaskan makanan bayi kita. Kan bila buat bubur, kita simpan dalam peti ais. Then bila nak bagi kat baby, tentu kita nak panaskan kan?? Mari kita tengok beberapa cara nak panaskan makanan bayi comel kita semua ye…

Cara 1: Microwave

Terus terang saya katakan, saya tidak akan sesekali memberi bayi saya makan makanan yang dipanaskan dengan microwave. Keburukan benda ni mengatasi kebaikannya. Kebaikan microwave hanya satu iaitu mudah dan cepat. Keburukan microwave ni terlalu la banyak ibu-ibu sekalian. Saya akan post di entry seterusnya ya! (Dah post!Sila klik di link ini.) https://mamamunie.wordpress.com/?p=261 

Cara 2: Kaedah Air Panas.

Keluarkan makanan bayi dari peti sejuk dan biarkan selama 30 minit untuk hilangkan sejuk. Tuangkan makan bayi anda di dalam mangkuk atau gelas kaca, kemudian ambil lagi satu bekas berisi air panas mendidih. Macam kita panaskan susu bayi tu la. Rendamkan mangkuk/gelas tu dalam air panas tersebut. Mama.Wafi selalu guna kaedah ni. 🙂

Cara 3: Panaskan Atas Api

Masukkan semula ke dalam periuk dan panaskan! hehehe. Mama.Wafi tak berapa suka kaedah ni sebabnya nanti bubur tu melekat kat periuk. Susah nak cuci. :p

Bayi Tidak Mahu Makan


Hai ibu-ibu semua..Saya doakan bayi-bayi kita semua sihat2 belaka. Kalau tak sihat, tentu hendak dapat “akal” baru..Kata orang tua-tua begitulah..hihi.  Ok, kali ini Mama.Wafi hendak bercakap tentang bayi tidak mahu makan.

Hati ibu paling seronok jika bayi makan dengan berselera..kan kan kan?

Sebenarnya, pada peringkat permulaan, Wafi juga begini. Mungkin silap Mama.Wafi juga sebab sebelum ni suap ubat pada Wafi guna sudu..Wafi pula tak suka makan ubat. Mungkin dia ingat Mama nak suapkan ubat, so dia tutup mulut sekali dengan mata dia rapat-rapat.

Mama.Wafi tanya la pada kakak Mama.Wafi, kan dia berpengalaman. Camni la lebih kurangnya..

Mama.Wafi : “Anak aku tak mau makan ni…Agaknya sebab aku tak letak gula dan garam dalam makanan dia kot”

Puan Rina Dadih : “Tak lah. Baby mana tau apa itu rasa lagi. Dia tak kan kenal erti tawar kalau hang tak ajar dia. Jangan ajar bagi gula dan garam. Tak sesuai untuk bayi atau kanak2 bawah usia 2 tahun”

Tuuuu diaa…bgitu panjang lebar sekali penerangan Puan Rina Dadih a.ka. Mummy Rina yer..

So setelah tanya sana sini, Mama.Wafi nekad! Wafi, mama tak akan cepat mengalah. Mama akan tetap pujuk dengan penuh kesabaran supaya kamu makan. 🙂

Pujuk bayi dengan penuh kelembutan dan kasih sayang...

Ibu-ibu, jika anak tak mahu makan. Pujuklah dia dengan penuh kesabaran. Jangan terlalu memaksa. Dan yang Mama.Wafi rasa terlalu penting, berhenti “memaksa” apabila dia dah menangis dengan begitu terseksa sekali. hehehe. Sebabnya, takut nanti baby set dlam minda dia “mangkuk dan sudu itu menakutkan saya la mama..dan saya akan terus menangis bila diajukan mangkuk kecil dan sudu itu..”

Bila ibu-ibu berlembut dan pujuk dengan penuh kasih sayang, Insya Allah lama kelamaan baby akan makan… Dia akan mula ingin tahu  dan ingin rasa apakah benda yang mama nak suap itu. hihihihi.

Dan yang paling penting, jangan letak gula dan garam dalam makanan bayi. Sebabnya dalam beras,ikan,ayam dan sebagainya, semua tu dan lengkap untuk bayi kecil anda!