Suka Duka Mencari Taska


Assalamualaikum.

Sejak saya lepas pantang bersalinkan Luqman, kakak saya yang menjaga Luqman sehingga lah kakak saya berkahwin dan sarat mengandung sehingga saya harus fikir untuk mencari taska supaya ada orang yang boleh diharapkan untuk menjaga Luqman semasa saya bekerja. Maka bermulalah kajian dn penelitian terhadap taska-taska yang berhampiran dengan tempat kerja. Keutamaan yang saya tetapkan dalam misi saya ni ialah:

1) Dekat dengan tempat kerja supaya cepat sampai jika ada kecemasan

2) Berdaftar dengan JKM

3) Mengajar Qiraati

4) Bersih dan Selesa

5) Tidak terlalu ramai budak sampai jadi sardin.

Dan macam2 lagi lah. Akhirnya saya memutuskan untuk menghantar Luqman ke Taska Raudhatul Hikmah di Taman Padi Mas Alor Setar. Dekat sangat dengan rumah. Tak sampai satu kilometer. Owner dia Puan Ita. Saya call Puan Ita untuk tanya berkenaan yuran dan sebagainya. Alhamdulillah RM230 sahaja sebulan. Murah sangat la tu. Jadi Luqman mula pergi dari 25 Ogos 2014 hingga 30 November 2014 selepas saya mempunyai satu masalah. Bukan masalah dengan taska tapi masalah saya sendiri. Taska ni dah jaga Luqman dengan baik, sampai berat dia naik, disiplin dia makin bagus, dan yang paling saya suka bila dengar azan dia mula bentang sejadah. Mula mahu bercakap. Banyak sangat perubahan positif pada dia sejak duduk Taksa Raudhatul Hikmah ni. Ok, masalah saya ialah taksa ni tutup pada hari Sabtu. Saya pula perlu bekerja di minggu kedua dan keempat Sabtu setiap bulan. Jadi semenjak Luqman tinggal kat sini, ibu saya iaitu nenek Luqman yang menjaga Luqman untuk 2 kali Sabtu ni memandangkan kami suami isteri harus bekerja. Semuanya berjalan dengan baik sehingga penghujung November, ibu saya mendapat strok. Dia dah lemah, tak boleh nak jaga Luqman lagi. Maka bermulalah episod mencari taska baru untuk beliau. Susah dan mencabar. Sebab dia dah selesa kat sana. Saya pun suka dia kat sana. Taska ni jaga dia dengan sangat baik sampai hari cuti pun dia galas beg nak minta hantar dia ke taska. Taksa ni memang best sebab ada playground dan padat dengan aktiviti. Budak tak bosan. Terpaksa oh terpaksa..hanya kerana Sabtu…

Bila saya buka laman web JKM saya ambil contact number beberapa taska dan call. Salah satunya biarlah saya namakan saja sebagai Taska A. Dibuka setiap hari. Saya terus pergi berjumpa owner yang memang cakap pun lemah lembut. First impression, mak aiii macam sempit dan sendat pula dengan ramainya budak. Tapi tak pe la untuk kepentingan hari Sabtu,ok kot…mungkin ok kot.. dok pujuk hati sendiri. Selepas berbincang, dia beritahu saya, Yuran Luqman RM200, OT untuk hari Sabtu RM15 sehari, Yuran kelas (walau tak ada buku, taktau apa diajar) RM20. Total semua sekali sebulan RM250. Maka pada 1 Disember Luqman pun pergi taska ni. Masa hantar ke Taska Raudhatul Hikmah, hanya dua hari pertama saja dia menangis, lepas tu dah tak menangis mahupun meronta. Tapi kali ni lain macam. Dia memang nampak tak happy. Setiap hari adalah satu penyeksaan untuk pujuk dia kemudian pujuk diri sendiri. Setiap hari. Saya fikir tak pe lah, mungkin belum biasa. Saya letak susu dalam bekas Tupperware yang kecil. Satu bekas tu selalu cukup untuk 5 hari masa dia kat Taska Raudhatul Hikmah. Saya ada tulis tarikh saya bagi susu tersebut supaya saya tahu anak saya minum banyak mana. Saya kira setiap scoop. Satu bekas tu cukup untuk 10 kali bancuh. Tapi pelik tak kalau dah 10 hari, bekas susu tu masih ada separuh susu??? Maknanya ada hari yang dia tak minum susu langsung. Bila saya tanya owner cakap anak makan banyak hari ni, bihun, nasi, kuih. Sebab tu tak minum susu. Perut dia terlalu full. Dua minggu dia kat Taska A ni, ramai yang tegur badan Luqman nampak kurus. Betul. Dia anak saya. Saya peluk cium setiap hari saya tahu perubahannya. Memang badan jadi kurus macam tak cukup makan. Bila dia balik, dia akan kelam kabut turun dari kereta dan masuk rumah makan apa saja biskut yang ada. Pelik. Sebab masa kat Taska Raudhatul Hikmah, malam2 nak suap nasi pun dia susah sangat nak makan. Hanya nak susu dan roti. Ini suap nasi pun habis licin sepinggan. Macam lapar sangat sangat. Pelik. Tapi oleh kerana owner begitu ramah, lemah lembut dan asyik cakap Luqman makan banyak setiap hari, saya masih fikir positif.

Kemudian pengasuh Hani pula dapat tender kantin. Dia pun dah tak boleh jaga Hani bermula 2015. Maknanya mereka berdua harus dihantar ke Taska. Masa tu dah 27 Disember. Sekali lagi saya duduk berbincang tentang yuran. Owner cakap nak ambil RM500 untuk 2 orang. Termasuk OT Sabtu dua kali dan kelas. Saya pun hantar Hani sehingga sampai tarikh bayaran yuran 31 Disember. Owner cakap bulan ni kena bayar RM360. Yuran Luqman RM300, Hani RM15X4 hari,,maka semua RM360. Saya cakap, Eh…haritu akak cakap Luqman RM250 je?? Dia cakap owh tu belum masuk OT dan kelas. Eh apa ni kak… Haritu kita sembang akak cakap macam ni dengan saya. Luqman RM250 termasuk semua. Nnati hantar 2 beradik RM500 termasuk semua. Akak tu cakap, Oh ya ka??? akak silap.. akak silap… X pelah, Munirah bagi RM300 dah ya untuk bulan ni. Terus saya serahkan duit RM300 dan cakap Disember punya dah selesai. Lebih kurang minta halal. Hah! Sudah! Ni baru bulan pertama kot. dah jadi macam ni..Cakap pun dah putar belit. Saya tamatkan sembang pagi tu. Niat saya bila sampai ofis nak sambung dengan SMS sahaja. Supaya ada bukti. Takde dah silap dengar, takde dah silap cakap. Semuanya ada bukti bertulis walaupun elektronik hahahaha.

Maka bermulalah sesi SMS yang menjadi kepeningan sehingga sakit otak dan menjadi titik noktah untuk Taska A ni.

Saya: Assalam akak. Untuk Januari nanti yuran Luqman dan Hani RM500 termasuk OT dan kelas kan?

Akak : Assalam. RM500 belum masuk OT dan kelas. Semua sekali RM600. Tapi tahun depan naik harga lagi ikut rate JKM.

Saya: Haritu saya sembang dengan akak, akak cakap dah termasuk semua RM500. Tahun depan jadi berapa pula?

Akak: Tahun depan mungkin Abang RM340. Adik RM400. Maaf silap. Tak pa la diskaun RM 580 muktamad.

Saya: OK maksudnya RM580 ni termasuk semua sekali OT dua kali Sabtu, dan kelas?

Akak: Sori2 silap. Belum masuk OT tambah lagi RM30 ok.

Korang yang baca ni mesti keliru macam saya jugak kan kan kan?? Yang sebenarnya berapa ni.. kejap tu kejap ni kejap diskaun kejap tak…walaupun ada perkataan muktamad, hati masih ragu ragu.

Saya terus call suami. Dia dengan tegas cakap masuk balik Taska Raudhatul Hikmah. Senang dulu dia kat sana kita takda masalah ni semua dia bebel bebel.Harini anak2 last kat Taska A ni bla bla bla..adoiii papa oiii… Tapi hari Sabtu macam mana?? Tengah buntu fikir Allah tunjukkan jalan. akak saya yang baru lepas pantang tu sanggup jaga Luqman & Hani. Mak saya cakap tak pa la, Hani manja dengan mak, mak pun dah sihat banyak. Boleh tolong tengok2. Hari Sabtu untuk dua kali saja dalam sebulan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Saya deal semula dengan Kak Ita untuk Luqman masuk ke Taska Raudhatul Hikmah. Senang. Dah tenang pagi saya semanjak tahun baru 2015. Tak payah ada drama pujuk memujuk. Luqman memang suka ke taska ni. Hani pun ok walaupun masih baru. Tapi saya kesal dan ralat dengan diri saya yang biarkan Luqman sebulan kat taska A. Sebulan Luqman berjuang untuk berdikari. Entah apa yang dia lalui sampai nampak emosi dia kurang gembira. Tak seceria selalu. Luqman, mama dah hantar Luqman semula kat tempat yang Luqman suka. Maafkan mama Luqman.. biar Luqman sebulan dalam keadaan sedih… Maafkan mama…. Luqman dan Hani banyak bekorban untuk mama dan papa. Dalam kami sibuk mencari rezeki, anak2 membesar dalam tangan orang lain. Belajar mengadaptasi suasana baru, belajar sesuaikan diri. Kesian anak2 mama.

Kelebihan Taska Raudhatul Hikmah

1) Selamat. Ada CCTV yang sentiasa dipantau owner. Berdaftar dengan JKM.

2) Banyak aktiviti. Bukan kurung budak dan buka TV tengok kartun je.

3) Owner senang bertolak ansur

4) Anak terjaga dengan baik dari segi makan minum

5) Ada mini playground.

6) Ada 3 cawangan. Boleh pilih mana yang dekat dengan kita.

7) Luas dan selesa

Tips Hantar Anak Ke Taska

1) Check kuantiti susu, pampers dan sebagainya supaya tahu anak anda minum banyak mana, pampers ditukar ke tidak.

2) Selami emosi anak. Kalau anak dah pandai sembang cuba tanya dia, seronok tak pegi school? seronok x main dengan kawan? cikgu cakap apa tadi? makan apa tadi? Kalau belum pandai cakap, perhati tingkah laku anak. Kalau anak tak happy pasti ada perubahan.PASTI ADA. Kita ibu, kita kenal anak kita.

3) Setiap apa yang anda sembang dengan owner pastikan ada bukti contohnya sms, whatsapp atau wechat. Kalau sembang secara lisan, apa saja yang anda sembang, hantar sms, INI KAN YANG KITA SEMBANG TADI bla bla bla bla bla?

Ada banyak lagi tips tapi tiga ini dulu saya berikan bukan sahaja sebagai tips kepada anda, malah menjadi pengajaran untuk saya.

Sesiapa yang tinggal di sekitar Alor Setar dan ingin mencari Taska untuk anak yang bukan sahaja mengasuh tapi ajar Qiraati, ada Pra Tahfiz, ajar English Math dan macam2 lagi, bolehlah deal dengan owner dia Puan Ita di talian 0134482874. Highly recommended.

#IKLAN TAK BERBAYAR  #IKHLAS LILLAHITAALA #ANAK SUKA IBU SETUJU #KERNA TERPAKSA AKU RELAKAN #ENTAH APA AKU MEREPEK

4 thoughts on “Suka Duka Mencari Taska

  1. Saya pernah juga tukarkan taska anak sebab nak dekat dengan rumah. Tapi hantar 2 hari aje. Kakaknye cakap adik kena pukul dengan cikgu lepas tu dia cakap Taska baru best taska lama tak best walhal tiap kali ambil dari taska menangis-nangis nak balik… huhu.. menakutkan je taska sekarang ni… nasib baik lah awak ambil balik Luqman cepat-cepat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s