Tag Archive | Syurga Cinta

3 Years of Our Love Journey…


Suamiku yang tercinta, Bakhtiar Bin Alias….

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-3 pada 9 Jun yang lalu. Ya, post ni agak lewat tapi xpe la…something is better than nothing. Abang ialah lelaki yang terbaik untuk sayang dan cinta kita semakin kuat setiap hari. Sepasang anak melengkapkan kebahagiaan kita berdua. Syukur kepada Allah kerana melimpahkan banyak rahmat kepada kita. Alhamdulillah. Semoga cinta yang lahir tulus ikhlas dari hati ini akan kekal abadi sehingga ke Jannah. Semoga kita berdua dapat bersama-sama mendidik dan membimbing anak2 kita menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat. Sayang harap kita dapat sama-sama melengkapkan kekurangan masing2 sehingga cinta kita bersatu menjadi 100% perfecto!!! Terima kasih Allah kerana memberiku jodoh yang baik, kehidupan yang baik dan kebahagiaan yang amat mendamaikan. Alhamdulillah. Nak tuju lagu ni kat abang….hehehe. I love u so much. No other woman will love you like i do.

kahwin 10.6 084 kahwin 10.6 102

FYNN JAMAL – 150 JUTA

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Advertisements

Pengalaman Bersalin di INS Speacialist Center


Assalamualaikum semua!

Saya berharap anda semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Di post kali ni saya nak bercerita kepada anda semua terutama kepada ibu-ibu yang dalam perancangan untuk melahirkan bayi di INS Speacialist Center Alor Setar! UNtuk pengetahuan semua, saya selamat melahirkan anak kedua saya di hospital swasta tersebut, dah hampir tiga bulan tapi tak sempat nak update. hihi.

17/10/2012

Saya dan suami pergi ke sana lebih kurang jam 2 petang. Kami pergi untuk memilih dan booking doctor untuk sambut baby nanti. Kat sana ada 4 orang doktor iaitu Dr Indar Singh, Dr Ngee, Dr. Sarabjit dan Dr. Annuar Husainy. Saya pilih…Dr Annuar Husainy!! sebab ramai cakap dia bagus. Dan sebab dia Islam. boleh jugak ingat2kan suruh mngucap ke apa nanti kan.Tungu punya tunggu pukul 5 petang sampai la turn kami. punya lah ramai patient Dr Annuar ni. So Dr. Annuar check perut, scan untuk tengok kedudukan baby. dia cakap tak lama dah ni.. Nanti sakit, turun tanda atau baby kurang bergerak, terus datang tau. So kena RM60 je checkup termasuk scan tu. Agak murah la nak banding dengan hospital swasta yang lain.

18/10/2012

Harini dah rasa tak larat sangat2. So, saya call boss beritahu nak ambil Maternity Leave awal sikit. Boss cakap ok. Dalam hati berdoa semoga baby cepat keluar supaya x bazir cuti :p hahaha

19/10/2012

Tepat jam 12.30 tengah hari, masa tu dok melipat kain. tiba-tiba terdengar bunyi PLUPP!!! Eh, apa la Luqman buat kat dapur ni. so bergegas bangun nak tengok apa yang meletup tu. Tiba-tiba air panas laju je mencurah curah turun. Terus jerit panggil husband, ketuban dah pecah ni. Husband pun kelam kabut la..Air ketuban warna kekuningan sebab baby dah berak kat dalam perut. Husband beritahu mak suruh siap kalau nak ikut. Then singgah kat rumah kakak makan nasi jap.. makan pun tak lalu tapi paksa jugak takut xda tenaga. Kami pun bergerak ke INS..smpai sana terus check in ward. Dr Annuar datang check VE. buka 2cm. Tepat pukul 2.30, dah rasa kontraksi.. tapi tak kuat sangat. Pukul 5 petang kontraksi makin kuat. Kena tolak masuk Labor Room. Sebab Dr kat sana so senang nak pantau.bukaan 3 cm je. pukul 7 mlm sakit dah x tertahan. sampai menggigil. Mak masuk lap muka dengan air…lap bibir kering..mak gosok2 tangan saya..Sedih dan sayu gak masa tu. Terima Kasih mak..Pastu mak gilir2 dengan husband masuk teman kat dalam. Jam 9 malam sy memang x boleh tahan sakit lagi dah. bukaan tetap 3cm saja. Dr Annuar cadangkan ambil epidural untuk kurangkan sakit sebab baru buka 3cm. Saya terlelap sekejap. Pukul 12 Dr Annuar check bukaan lagi. tetap tak berubah, masih 3 cm…

20/10/2012

Pukul 1 am, mesin jantung baby berbunyi “beep beep beep”. Saya terkejut, misi dan dr meluru masuk. saya menangis. Saya takut sangat peristiwa masa lahirkan Luqman berulang. Lemas kat dalam sampai kena masuk ICU. saya berdoa supaya Allah pelihara baby saya. Mulut macam terkunci tak tanya apa kat dr. Dr cakap, ok ni kali terakhir dr nak check bukaan. kalau tetap x buka, memang kena operation. masa tu tak fikir apa dah. Saya cakap, buatla apa saja doktor, asalkan anak saya selamat. So, memang tak buka juga. Dr cakap kena operation. Saya redha walaupun saya nak sangat cuba bersalin normal. Dr kena selesaikan satu pembedahan kecemasan sebelum bedah saya. 2.15 saya ditolak masuk ke bilik pembedahan. Tepat jam 2.48 pagi, lahirlah puteri saya. Adik Muhammad Luqman Wafi ni bernama Hani Maisarah, beratnya 2.9kg.

22/10/2012

Dah boleh keluar wad 🙂 Alhamdulillah.

Komen saya:

INS Specialist Center ialah tempat terbaik. Dr Annuar sangat baik, professional dan cekap. Jururawat semua baik dan melayan saya dengan mesra sekali. Tempatnya pun selesa. Kos agak murah kalau nak dibandingkan dengan beberapa hospital swasta di sekitar ALor Setar. Haritu kos saya bersalin hampir 5k sebab saya kat Labor Room pun lama. tapi puas hati la sebab kos termasuk epidural, makanan yang sy order, kira kos keseluruhan la ni. Saya difahamkan kos untuk bersalin normal ialah dari RM1500 ke RM2200 manakala untuk pembedahan dari RM3100 ke RM4000.

** Nanti saya akan upload gambar-gambar ya!

 

Berita Gembira


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua readers…

Harini saya nak kongsi dua berita gembira dengan anda semua. Berita-berita yang buat hati saya ni kembang semangkuk dan berbunga ceria tau. Ok, semua pun tahu yang anak sulung saya lelaki dan saya sangat mengharapkan baby girl untuk kehamilan kedua ni. So, semalam saya ke klinik untuk scan kesihatan baby saya. Saya pun tanya la doktor, nampak ke tidak jantina baby saya ni. Dia kata, ha ah..nampak clear. PEREMPUAN!

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTn1_s1xiPIFS_TTg7lAjhuW0eSDsckZFt8R-SPtrMPgSZnIdfqqih_vfcp7w

ALHAMDULILLAH. 3 kali saya repeat soalan kat doktor sebab macam tak percaya… Jantina dia kelihatan sangat jelas. Memang sah baby girl. Mr Bart pun amat teruja. Dia cakap tekaan dia betul. So lepas ni dah boleh start panggil2 nama dia dengan nama yang telah kami pilih. Dan dah boleh start beli baju2 dan barang color pink. Nama apa? Nak tahu? ok…Nama Hani Mysarah. Hani tu bersempena dengan nama sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Ummu Hani yang begitu mulia dan tabah melalui liku2 hidup dan Mysarah bermaksud ketenangan dan kesenangan.

Selepas keterujaan bakal menyambut bayi perempuan, Mr Bart hadiahkan saya dengan Samsung Galaxy Pocket yang begitu comel dan lengkap sekali. Inilah berita gembira yang kedua. Color Putih casing purple. Memang saya suka sangat-sangat. Sebagai isteri yang mencintai dirinya sepenuh hati saya dan sebagai ibu yang telah melahirkan zuriat2 untuk dia, saya rasa sangat dihargai dengan pemberian ikhlas tersebut.

 

Terima Kasih Abang… I Love You!!!

Diam Apabila Marah


Majoriti wanita termasuk saya, suka membebel dan berleter apabila marah. Macam mana nak buang sikap ni ya? Sebab diam itu lebih baik apabila marah. Ini kerana, bila marah semua kata-kata yang terkeluar dan perbuatan yang dilakukan adalah mengikut emosi semata-mata dan api yang kecil boleh menjadi besar dan marak bak disimbah petrol! Tambahan pula dalam rumah tangga, masa tu la syaitan datang menghasut para wanita supaya bersikap kasar terhadap suami dan anak-anak.

Lepas berleter, rasa menyesal sangat-sangat sebab suami pun banyak bersabar dengan sikap saya. Tak patut betoi buat dia macam tu. Huhu. Tapi saya sangat kagum dengan sikap suami saya. Diam apabila marah. Dia seorang lelaki yang sangat cool dan bijak menangani stress dan kemarahan. 🙂 berbeza dengan saya yang cepat melenting. Saya cuba belajar untuk jadi macam dia. Kadang-kadang saya berjaya, kadang-kadang tewas jua…

Berikut adalah beberapa doa dan hadith untuk mengelakkan marah dan menebalkan kesabaran di dalam hati yang sempat saya cari untuk panduan saya dan anda semua.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”
(Al-A’raf : 126)
Maksudnya :
“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Berilah wasiat padaku.”
Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: “Jangan marah.” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)

Kisah Beras 5kg


Dulu masa baru kahwin, saya selalu jugak masak di rumah. Kiranya beras pack 5kg tu sekejap je habis sebab kami suami isteri makan banyak walaupun masak tak sedap. Haha. Memang rajin jugak lah beli beras masa tu sampai la alah teruk masa mengandung anak sulung. Terus jadi tak larat nak masak dan tak suka masak sebab tak boleh bau2 kat dapur ni. Setiap malam saya dan Mr Bart akan jumpa kumbang hitam. Jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari. Tapi tak tahu asal usulnya dari mana. Kami pun diselubungi misteri setiap malam selama beberapa ketika. Suatu hari ni saya masuk wad. Tiba-tiba Mr Bart SMS…

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR19eUqd3UsKLCfGlUDeXbjgylF9xUVHx3ibitAO2VnQlYB71-E6OvpUttK

 
Mr Bart : Syg, abg dh tahu asal usul kumbang hitam tu!
Saya    : Hah??yaka? Dari mana?
Mr Bart : Dari dalam tong beras kita!
Saya    :huhuhu. Teruknya.

Lama gila saya tak sentuh tong beras sampai kutu beras dah bertukar jadi kumbang dan beras dah jadi macam serbuk. Malu betoi la kat Mr Bart. Mesti dia fikir, teruknya bini aku ni…hehe.Cerita beras 5kg tak habis di situ sahaja. Ada pula kejadian kedua di mana beras kami, masa tu ada la tinggal suku tong, bertukar menjadi habitat kulat dari pelbagai spesies. Sampai beras tu jadi warna ungu. Mr Bart nampak agak merajuk kali ni. Muka muncung semacam jer…Saya harus lakukan sesuatu. Ok, saya mengaku silap saya iaitu jarang masak. Kita harus berani mengaku kesilapan supaya keadaan sentiasa menjadi baik kan?Mr Bart pulak kata, “lepas ni beli 1kg beras jer. Makan dulu bagi habis then baru beli 1kg lagi. Taknak beli dah yang 5kg. Membazir je.” Dia cakap sambil menjeling dan memuncung mulut ok! Buat saya rasa tercabar!

Selepas peristiwa tu, saya nekad untuk memasak. Lagipun suami saya ni suka makan. Dia akan makan banyak kalau saya masak, bikin hati ini berbunga-bunga ingin terus memasak. Saya masak lauk simple2 sahaja sebab kami berdua je nak makan pun. Dan Alhamdulillah, penggunaan beras nampak terancang dan begitu optimum. Saya masak lauk yang senang, sedap, simple. Contonya ayam masak kicap, ikan sweet sour dan sebagainya. Ikan dan ayam kami beli setiap hari. Beli untuk masak hari tu jer. Sayur pun beli setiap hari. Macam hari cuti, saya mayang siap2 bawang untuk menumis, mesin bawang besar, mesin cili. Simpan dalam Tupperware dan letak dalam peti sejuk. Senang bila nak digunakan, cedok sahaja. Save time, save energy. Saya kan ibu bekerja. Perlu bijak bahagi masa walaupun kadang2 bengong jugak bab2 atur masa ni. Tapi saya manusia biasa kan? Saya akui kelemahan saya. 🙂

So ibu-ibu bekerja di luar sana, jangan berputus asa untuk buat yang terbaik dalam rumahtangga kita. Ya, kita tak mampu menjadi sempurna 100%. tapi kita boleh berusaha buat yang terbaik.

***Saya nak kongsi resipi ayam perap yang kerap saya buat. Boleh simpan lama dan goreng je bila nak masak. Mudah dan cepat.

Snow White and the Huntsman


Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang kedua haritu, saya dan Mr Bart yang tercinta pergi menonton filem Snow White and the Huntsman. Punya la saya teruja bagai kanak-kanak kecil yang dibawa ke taman permainan. Kami berdua je pergi. Luqman tinggal kat adik saya minta dia jaga. So romantica de amour u know.. terasa bagai tengah bercinta. sambil disaksikan popcorn u ollss.. hehehe.

 

Ok, straight to the point. Overall movie ni, saya bagi 4/5 star. Jalan cerita yang diolah dan tidak 100% mengikut acuan cerita zaman nenek moyang kita dahulu memang menambahkan suspens dan kehebatan filem ini. memang tak berkelip lah mata saya ni menantikan apa pulak scene seterusnya..hehehe. dari segi effect dalam movie tu memang superb. sampai saya ternganga melihat pari2 dalam taman.cannnntik sangat…colorful! memang macam dalam imaginasi saya semasa kecil dahulu. time perang2 tu pun memang hebat dengan lontaran bom api pada pasir di pantai yang memercik membidas kuda dan pejuang2. best gilerrrr..

Watak-watak dalam tu pula bijak memainkan peranan masing terutamanya Queen Ravenna yang ada masa nampak ganas dan ada masa memang nampak lemah. Kekejaman terserlah. Snow White pula memang kind hearted dan soft sangat…Begitu juga watak Huntsman yang nampak garang tapi dalam hati tetap ada taman walaupun dia ganazzzz.

Kekurangan filem ni ialah masa. ya, 2 jam tak cukup untuk cerita ni. Macam kurang menyengat. Yang lain tu..entahlah…apa kata..beli tiket..tengok dan nilai sendiri?? anda pasti tak kecewa 🙂

 

Our 2nd Wedding Anniversary


09.06.2012.Sudah 2 tahun usia perkahwinan aku & Mr Bart. Dan sepanjang 2 tahun perkahwinan ini, kami dikurniakan 2 orang cahayamata. Muhammad Luqman Wafi permata cinta kami yang pertama dan yang kedua bakal menyusul bulan Oktober. 🙂 Alhamdulillah…syukur padamu Ya Allah. Kehidupan kami juga aman tenteram dan sangat bahagia walaupun kadang kala, ada juga dugaan yang datang melanda namun kami mampu melaluinya dengan penuh sabar. Dan semua dugaan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri.

Aku mengenali bart7 (nama yang dia guna masa chatting dengan aku) pada bulan April 2007 masa berchatting di MIRC channel kampung. Hihi. Entah macam mana, boleh pula bertukar nombor telefon kat situ walaupun sebelum ni memang aku tak akan bagi nombor fon kat sapa2 pun. Sembang pun tak banyak kat situ, aku terus log out dan balik rumah…dan aku langsung dah tak ingat pada bart7 ni sampai la seminggu lepas tu kot..masa tengah hujan lebat, di saat aku tengah makan apom balik dengan Mone, Mirah n Petom, fon aku bunyi…

bart7 : Assalamualaikum..hai..awak Munirah kan?
Atiesya88 : Wasalam..ya ya..ni sapa ek?
Bart7 : Saya Bakhtiar. Ingat lagi tak? Kita chat haritu…
atiesya88: owhhhhh…ingat2…

then kami pun bersembang la..tapi tak lama..dalam 10 minit je.

Then malam tu dia msg aku… “Good Nite.. :-)”
aku pun reply “Good Nite jugakkk :-)”

Selepas msg malam tu, kami kerap bermesej…tapi yang pasti ucapan “Good Morning” dan “Good Night” menjadi rutin kami…mesej tnya khabar, sembang2 kosong. Masa tu hati aku ni sedikit sebanyak dah macam terpaut kat dia..hihi. Sebab dia sangat caring. Terlalu penyayang orangnya. Hari2 aku akan buka Friendster tengok gambar dia. Hati aku jadi rindu walaupun aku tak pernah sekalipun jumpa dia. Maybe tu la kuasa cinta :p Tapi entah kenapa, aku rasa macam aku ni bertepuk sebelah tangan. Jadi setiap malam aku berdoa, janganlah bagi hati aku ni terpaut lak kat dia. Aku tak mahu kecewa. Then adik aku kata, “bodo la hang nih…bukan doa camtu..doa cam ni..Kalau dia jodohku, dekatkan lah dengan aku,kalau bukan, minta dia jauh dari aku” oooo..cmtu rupanya..Thanks adik gemok.  Aku pun berdoa la setiap malam. Semakin aku berdoa, aku rsa dia semakin kerap call, kerap msg. Mmmm..xpela..dia anggap aku adik dia kot. Sbb aku jarak 6 tahun dengan dia dan dia ada adik sebaya aku. Adik2 dia panggil dia ALONG.

Atiesya88: boleh I pgil u Along mcm adik2 u?
Bart7: mmm…xyah la.. u pgil je Abg..
atiesya88: lorrr..awat lak..kan I ni adik u.
bart7: xpe la..bagi lain dri lain ckit..
atiesya88: mcm tu plak..hmm ok..

Pada 20/05/2007, tarikh yang paling sweet..kami mesej sampai kul 4 pagi 🙂 Tiba2…tweeett..twettt..

bart7: I love u
atiesya88: Love? Maksud u sayang kan? Ye la.. smua org pun syg kwn2 dia..
bart7: mmmm..tak..Love is Cinta.
Aku melompat duduk. Kejut adik aku. Weh…aku mimpi ka ni…biaq betoi ni weh. Rasa cam nak nangis pun ada. Then bila aku tak reply, dia terus call. Dia cakap betul yang dia dah jatuh hati kat aku. Then aku pun tersipu2 malu cakap aku pun terima dia.  Ooouuchhh…so sweet my love….

23/05/2007, dia cakap dia nak datang Alor Setar jumpa aku. Kami tak pernah berjumpa lagi. Aku pun siap lawa2 petang tu keluar jumpa dia kat Taman Rimba ditemani Petom. Kami tak cakap banyak sebab malu lagi. Macam boring ja duk situ, Kami pi jalan2 kat Pacific. Sebelum Maghrib, kami balik umah dan dia balik umah makcik dia kat Alor Setar. Dari balik tu sampai la esoknya, dia terus tak msg atau call aku. Aku cakap sorang2 dalam hati, maybe bila jumpa, dia tak suka aku kot…aku kan tembam, muka pun buruk ja.. xpa la..aku tak paksa dia pun. Andai kata dia tak boleh teruskan sebagai kekasih, maybe kami boleh still sebagai kawan ja. Lagipun memang hubungan ni start sebagai kawan. Tiada salahnya berpatah balik. Lagipun masih baru. Kalau terluka pun, parut belum besar, masih boleh dirawat segera… Diam begini hanya mengundang resah di hati. Aku pun msg dia.

Atiesya88: u, knapa diam ja…xpa, klu u x leh trima I, I ok ja la. Jgn diam cm ni. Kita leh jd kwn balik. Xyah couple2 ni smua. Btul, I x paksa u utk trima I jugak2 lepas kita jumpa. It’s ok. Kita kawan ok?

Dia tetap x balas msg. Xpe la, sekurangnya aku dah meluahkan keresahan aku tu kan…malam tu Petom nak keluar dengan kawan dia. Mirah nak keluar dgn Tikah. Aku kata, xpala, aku ikut ampa ja la. Lagipun mak takdak kat umah. Semua keluar, rumah kosong. Boring la dok sorang. Tiba2 msg aku bunyi…

bart7: hai…free x mlm ni. I kat cni lg. Jom kluar nak?
Atiesya88: ok.. lagipun I nk pi pacific mlm ni. C u there at 8.

dalam hati aku lega sebab dia masih terima aku sebagai kawan. Aku rasa malas la nak bersiap. So aku pkai jeans n t shirt. Tak mekap pun. Malas.

Sampai ja kat pacific, dia dah tunggu aku. Aku pun terus pi kat dia. Then dia ajak aku keluar pi jalan2 area Alor Setar ni…

dalam kereta…

bart7: u nampak lain la. Lain kali jgn mekap. Natural lebih lawa.
Atiesya88: maknanya, ptg smlm tu I nmpak tak lawa la..pasai tu u terkejut terus diam.
Bart7: **gelak besar** mana ada lah..i ada keja. Lagipun nak bg u suspens. Suka fkir bukan2.

Pastu dia genggam tangan aku sambil jeling2 manja..aku terkesima..lalu tertunduk malu… :p

Balik dari jumpa dia, baru aku bagi tau kat mak. Mak kata, aku ni mudah sangat percaya kat orang la, apa la..dia bsing2 macam machine gun baru topup peluru..mak warning, kalau nak berkawan, mak nak jumpa dia. Nak tengok dengan sapa aku berkawan.  Ok la mak..i follow… aku pun bagi tahu Bart.. “abang, kalau abang serius dgn syg, abg mai la umah jumpa mak…mak risau. Mak takut syg kwn dgn org yang salah” pastu dia kata ‘ ok syg, nnti abg datang tau” selepas seminggu dia pun datang la jumpa dengan mak aku. Mak sembang rancak dengan dia. Dia pulak jenis hormat orang tua2 dan bersopan. Mak terus suka dan setuju bagi kami bercinta. :p Hubungan cinta kami ni berlangsung selama 3 tahun sebelum kami berkahwin. Ada jugak edisi cinta jarak jauh, edisi cinta jarak dekat. Macam2 kenangan pahit dan manis yang telah kami tempuh. Nanti akan ku nukilkan di part yang seterusnya.

Ni la gambar masa first time jumpa 🙂

 

Ni lak gambar masa jumpa the next night 😉
ABANG….
    Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke-2. Terima Kasih sebab menjadi suami yang baik untuk sayang dan papa yang hebat untuk anak-anak kita. Abang wira di hati sayang sebab walau dalam susah atau senang, abang tetap di sisi sayang tanpa jemu. Semoga ikatan suci ini diberkati Allah hingga ke syurga yang kekal abadi. I love you so much…
   …SAYANG