Part 2: Speech Therapy Untuk Luqman


Hai semua… Ini ialah post yang saya janjikan untuk mommies semua di post saya yang lepas https://mamamunie.wordpress.com/2014/03/06/speech-therapy-untuk-luqman/. Saya akan ceritakan pengalaman saya dan Luqman menghadiri terapi pertuturan atau pun speech therapy ni buat kali kedua. Kali pertama dulu lebih kepada pertanyaan dan screening tentang sejarah Luqman. Kali kedua ni penuh dengan aktiviti dan permainan. Bukan sahaja Luqman, malah Mama pun teruja.

08/06/2014 @ 2pm

Sebaik sahaja nombor giliran Luqman naik, Mama cakap ok jom Luqman!!! Luqman yang memang dah tak sabar sabar nak masuk sebab dia tahu dalam bilik tu banyak permainan, terus meluru masuk. Dr. Baiti sambut Luqman. Saya cukup suka dengan doktor kanak-kanak sebab mereka ni kebanyakkannya memang mempunyai sifat dan sikap yang menarik kanak-kanak untuk dekat dan cepat mesra dengan mereka. Ni kali kedua Luqman jumpa Dr. Baiti tapi dia nampak sangat selesa dan manja macam dah kenal lama. Bagus Luqman. Senang kerja Dr. Baiti. Mula tu Mama risau jugak sebab Luqman ni memang agak dingin dengan orang yang dia tak kenal.

Dr. Baiti keluarkan kapal terbang, helikopter, kereta, lori dan macam-macam lagi. Tapi, dia tak terus bagi kat Luqman semua sekali. Di sini Mama pun belajar sesuatu.. kalau nak perkenalkan benda pada anak, jangan sekaligus tetapi bagi satu demi satu. Saya biasa tuang semua mainan dari dalam bakul dia dan nahhhh..main puas-puas anak oiii.. hahaha. Mula-mula Dr. Baiti keluarkan helikopter. Dia cakap, “Ni helikopter Luqman. Helikopter ni terbang tinggi. Helikopter ada sayap kat atas dia. Tengok ni Aunty terbangkan helikopter ni. Tinggi lagi helikopter terbang! tinggi lagi kamu terbang helikopter!” Kemudian Dr. Baiti terangkan, budak-budak yang speech delay ni, kita kena ulang dan ulang perkataan tersebut serta beri penekanan pada perkataan tu. mungkin dia tak ikut atau cakap tapi dia dah mula serap dan simpan di dalam otak dia. Dengar kan Dr. Baiti ulang beberapa kali perkataan “helikopter”. Selain tu perkataan “tinggi” dan “terbang” juga di ulang dan ulang. Kemudian Dr. keluarkan lori. “Tengok ni lori la Luqman. Lori bawa barang. Banyak barang yang lori bawa. Lori ni besar kan Luqman. Luqman pernah nampak lori tak?” Jadi, perkataan lori tu juga diulang dan ditekan. Ulang dalam bentuk ayat. Jangan pula sekadar sebut Ni lori lori lori lori lori… sampai 10x.. bosan dan terus lari budak tu nanti. hahaha. Ni gambar-gambar Luqman, atas meja dan bawah meja semua dia masuk. nak tangkap bas dan kapal terbang. Seronok sungguh dia. Gambar pun tak clear sebab Luqman memang tak statik walau sesaat!

IMG_20140608_145753 IMG_20140608_145913 IMG_20140608_145918Sebaik sahaja habis game transport yang pertama tadi, Dr. Baiti keluarkan mainan kek pula. Saya tak sempat ambil gambar sebab saya pun sibuk main sama. :p Cantum blok-blok kayu agar menjadi sebiji kek, kemudian kita nyanyi lagu Happy Birthday dan potong kek. Masih mengekalkan tips yang sama iaitu ulang perkataan “kek”, “makan”, “potong”, “sedap”, “lilin” ,”tiup” dan sebagainya.

Game yang terakhir ialah main buih sabun. Masa ni melompat lompat Luqman nak tangkap buih tu. “Mari kita tiup buih. Buih terbang tinggi. Buih pecah. Buih dah habis. Nak lagi buih? Mari tiup buih lagi. Cepat luqman lompat. Lompat lagi Luqman. Tangkap buih tu.”

IMG_20140608_151650 IMG_20140608_151653 IMG_20140608_151710

Jadi, mommies yang ada anak yang speech delay macam Luqman tapi tak berkesempatan nak bawa anak ke hospital untuk speech therapy atau long queue untuk dapatkan giliran, anda boleh cuba tips yang saya bagi. Tips yang pertama : Ulang tanpa jemu. Menurut kata Dr. Baiti,kajian menunjukkan kanak-kanak yang speech delay kadangkala memerlukan kita ulang sebanyak 560 kali! Tetapi jangan la paksa anak dengar anda ulang perkataan LORI sebanyak 560 kali pulak ye. Buat dalam bentuk aktiviti yang menyeronokkan. Ulang dalam ayat. supaya dia dapat 2 benda iaitu faham dan cakap. bukan sekadar cakap tetapi dia tak faham apa yang dia cakap. Tips yang kedua : Perkenalkan satu demi satu dan tips yang terkakhir untuk post kali ni ialah Pelbagaikan mainan anak. Rumah saya memang berselerak dengan mainan. Tak mengapalah anakku.. Rumah yang bersepah menandakan ada anak yang bijak di dalam rumah tersebut. Alhamdulillah.😉

 

 

3 thoughts on “Part 2: Speech Therapy Untuk Luqman

  1. salam..anak saya 2 tahun november 2014 ni.lambat bercakap juga. jarang bercakap. kalau bercakap pun bahasa budak-budak. banyak keluarkan bunyi kuk kuk..risau juga..nak try lah. pn instagram saya izatol_afizah untuk kita kongsi ilmu anak-anak nie…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s