Tag Archive | Akidah

Panduan Penting Menamakan Bayi


Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin…walaupun maknanya bagus..kerana nama-nama ini mungkin boleh mendatangkan penyakit misteri…..
  1. Balqis
  2. Qistina
  3. Najwa
  4. Zaquan
  5. Batrisya
  6. Mazida
  7. Erisya
  8. Syasya
  9. Qalisya

n kebanyakkan yg ada “sya” kat belakang….

 

Jadi janganlah sesekali mengambil nama-nama diatas untuk nama anak-anak kita.PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain..sbg contoh klu SITI NAJWA…dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI…….
Advertisements

Syirik Tanpa Kita Sedari


Syirik ialah antara dosa-dosa besar di sisi Allah S.W.T. Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Apa yang kita takuti ialah perbuatan syirik yang kita lakukan tanpa kita sedari yang ianya ialah amalan syirik kerana kurang pendedahan terhadap agama atau pegangan yang kuat terhadap amalan nenek moyang kita. Saya berharap agar post kali ni membantu kita menjauhi perkara-perkara syirik dan mengajar diri kita berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu kerana ditakuti terjerumus ke dalam dosa besar syirik.

Syirik tersembunyi ini boleh berlaku apabila kita melakukan amalan tertentu yang bagi kita ianya perkara biasa ataupun ianya tersembunyi di dalam hati dan perasaan kita. Contoh syirik tersembunyi ni ialah :

1) Pakaikan bayi baru lahir dengan tangkal atau benang hitam.

Ini majoriti masyarakat Islam pun buat sebab tak nak anak menangis dan meragam. Bidan akan pakaikan dan siap pesan jangan tanggalkan dan biar ia jatuh sendiri. Masa kat Luqman dulu, elok je bidan langkah keluar, saya dah tanggalkan sebab saya rasa benda ni macam syirik. Kenapa kita percaya yang tangkal tu lindungi anak kita kan? Hanya Allah yang lindungi dia.

2) Masuk hutan minta izin datuk nenek.

“Cucu tumpang lalu tok…”kata kita kepada pokok2 di hutan. Pokok2 tu pun hairan, apesal la mamat ni mintak izin aku plak. gila ke apa?  Semua makhluk di dunia milik Allah. Jangan dok mintak izin kat selain dari Allah. Tapi perlu la baca doa mohon perlindungan Allah dari benda2 tak elok. Pastu adab masuk hutan, hormati juga makhluk lain. sama ada nampak atau tak, ia memang wujud. cukup lah sekadar jaga tingkah laku dan menghormati ketenteraman makhluk lain tu.

3) Percaya tarikh tertentu bawa tuah atau sial.

Nak nikah siap jumpa bomoh nak tetapkan tarikh baik punya. Salah tu…. Sesetengah orang cakap bulan Safar tak baik. tapi kena ada fakta kuat. Bulan Safar banyak berlaku perang zaman dulu2. sebab tu ada antara kita cuba elakkan. takda kena mengena dengan sial.

4) Jumpa bomoh yang gunakan jin sebagai perantaraan.

5) Tunjukkan amal kebaikan di dunia

Derma wang kat anak yatim siap panggil press buat liputan sebab nak orang tahu yang dia derma wang.

Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya’. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, “Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?” (Riwayat Imam Ahmad)

6) Percaya ubat tertentu menyembuhkan penyakit

“Semalam aku sakit lutut. sekali makan je ubat klinik tipah tu, terus lega.” haiiippp…sapa yang menyembuhkan sebenarnya??nampak tak, kita percaya benda lain yang sembuhkan kita.

7) Tanam uri letak benda mengarut

Tanam uri dengan pensel supaya anak bijak. tanam dengan paku supaya hantu dan jin tak kacau anak kita. ishhhh…ingat la ibu bapa sekalian, hanya Allah tempat berserah diri dan berlindung.

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTEIz14KVnd6gbov1eaxKx-dPYKZkpQMWnUt-47X-Prv7GWuk-68Xj9oIfC

 

 

Kain Buruk Boleh Dibasuh


Hai semua… No. I’m not selling any kain buruk here. Cuma tak tahu nak letak tajuk apa kan. Sebenarnya harini saya nak bercakap tentang sifat manusia. Anda juga mesti pernah berdepan, mendengar atau alami sendiri situasi ini. Apabila kita mendengar seseorang buat satu kejahatan, cepat dan mudah saja kita menghakimi dia. Kita tentukan dosa pahala dia, syurga atau neraka tempatnya.

Siapakah kita?layakkah kita menilai seseorg? sudah taraf “malaikat” atau “nabi yang maksum” kah? sama sekali tidak. Sejahat mana pun manusia tu, boleh berubah menjadi baik kalau Allah nak. Tugas kita hanya menasihati, memberi panduan. Bukan menuding jari, bukan menghakimi atau lebih teruk lagi membuka aib dia merata-rata. Sekotor-kotor atau seburuk mana pun sehelai kain, jika dibasuh, boleh menjadi bersih. Jangan lah melemparkan hinaan atau menyumpah yang bukan2 kepada pesalah. Sebabnya, di masa depan, kita tak tahu diri kita akan jadi macam mana, kita tak tahu anak cucu kita nanti perangai macam mana.

Tidak ada seorang pun dalam dunia ni sejak kecil bercita-cita nak jadi penjahat, nak jadi perogol, pembunuh. Semuanya pasti bersebab dan mungkin hanya Allah saja tahu sebabnya. Kadang kala saya terfikir, kalau la seorang perogol masuk penjara dan insaf akan kesalahannya, setiap hari mendalami ilmu agama, mengabdikan diri pada Allah setiap saat. Alangkah indahnya jika dia mati dalam keadaan Allah ampunkan semua dosa-dosanya. Bukankah itu takdir hidup terbaik yang telah Allah tentukan untuknya? Berbanding dengan insan-insan yang Allah takdirkan menjadi seseorang yang dihormati di dunia, disanjung di sana sini, tapi lalai terhadap Allah, hanya pandai menuding jari terhadap orang sekeliling yang “buruk”, maka tentulah beliau insan yang rugi.

Saya ingin belajar untuk sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja walaupun kepada insan yng pernah lukakan hati saya. Ini janji kepada diri saya sendiri. Selepas ni, kalau saya terdengar apa-apa hal orang buat kejahatan, saya hanya nak mendoakan agar Allah bukakan hati beliau untuk berubah. Dan yang paling penting Allah akan melindungi saya dan keluarga saya dari pelbagai godaan kejahatan. Siapa tahu, hari ni kita mengata orang, menghina orang…besok lusa…kena balik pada diri sendiri. Allah Maha Kaya.. kan? semua ada anak, kakak, adik, abang…keluarga…kan? Jadi belajarlah mengeluarkan doa-doa yang baik sahaja, moga-moga dengan berkat doa tersebut, anak cucu kita juga mendapat keberkatan. Amin…