BILIK KONGSI MASALAH


Assalamualaikum semua….

Bilik kecil ini Mama.Wafi wujudkan untuk berkongsi masalah bersama-sama dengan anda. Bilik ini boleh juga dikatakan bilik kaunseling. Anda jangan segan bertanya atau berkongsi sebarang masalah anda di sini. Anda bertanya, Mama.Wafi cuba untuk merungkai persoalan dengan sebaik mungkin. Segala maklumat peribadi anda dirahsiakan. Jika segan untuk hantar di ruangan komen, boleh juga e mail kepada Mama.Wafi di munirah_bling@yahoo.com.

Antara masalah yang boleh anda kongsi ialah berkenaan cinta, kewangan, agama, anak-anak, alam rumahtangga dan sebagainya. Apa saja yang membebankan fikiran anda, amatlah Mama.Wafi alu alukan untuk kita bersama-sama mencari jalan penyelesaian di sini. Semoga Allah akan memudahkan segala urusan kita. Amin…….

Terima kasih.

28 Comments

28 thoughts on “BILIK KONGSI MASALAH

  1. salam
    saya baru menjadi ibu.. malang nya baby saya memgalami masalah bertaih mata n berair sebelah kanan senjak lahir.. apa kah punca2 nya and adakah babay saya dlm keadaan bahaya.. skrg baby saya berumur 4 bln n mata nya kelihatan sepet sedikit.. sekian

  2. salam. mengikut pengalaman saya, bayi anda mungkin terkena jangkitan kuman pada mata sejak dilahirkan.hal ini kerana masalah ini berlanjutan sehingga bayi anda berumur 4 bulan. jika anda menyusu badan, basahkan kain lampin bersih dengan susu ibu. lap mata bayi setiap pagi. susu ibu mempunyai banyak keajaiban dan keistimewaan. namun, jika masalah masih berlanjutan, saya nasihatkan anda bawa bayi berjumpa pakar mata.

  3. Salam… Sye ade ckit cabaran buat mase ni.. Baby girl sye 3 bulan… Ibunya nak kekalkan susu badan semasa dgn pengasuh… Segala keperluan telah dibeli spt breast pump etc.. Ibunya kerja ofis hour… Baby kami xmau minum dgn botol… Mcm2 puting dh try… Tp masih gagal… Ade ape2 tips untuk kami?? Bile dgn ibunya die diam dn boleh tdo lena… Ble bg botol nangisnye sampai merajuk2.

    • Salam…Alhamdulillah kerana isteri anda ambil keputusan bijak untuk terus susukan baby dgn susu badan. Tahniah. OK. Masalah yang bayi anda hadapi ialah masalah kekeliruan puting. Anda kena terus mencuba dan mencuba bagi dia puting tiruan setiap hari. Lama kelamaan dia akan terbiasa. Ianya memang memakan masa yang lama sementara bayi dapat sesuaikan diri. teruskan mencuba dan jangan putus asa. gunakan puting yang lembut seperti puting jenama Pigeon dan pastikan lubang puting size S tau paling kecil supaya bayi dapat menghisap perlahan lahan seperti susu ibu.

  4. salam,saya dlm dilema skrg ni.hampir lima tahun kerja disektor swasta tp mcm xda peningkatan dlm kualiti hidup. niat utama hendak hantar ibu ke Mekah wlupn sekadar umrah. salah saya juga tak buat tabungan dari mula kerja klu ada pun mesti saya korek balik. Melihat kejayaan bumiputera lain saya cemburu dan ingin mengikut jejak mereka dengan memulakan bisnes cupcake tapi saya xda wang simpanan utk jadikn modal yg saya agak besar kosnya. patutkah saya resign dan fokus dgn kerjaya baru atau meneruskn kerja skrg dan kumpul duit sikit2…bantu saya ya

  5. Assalamualaikum Seri….
    Pada pendapat saya, eloklah Seri teruskan kerjaya dan kumpul duit untuk dibuat bisnes kek. saya ada ramai kawan yang bekerja tetapi buat bisnes kek juga dalam masa yang sama. Walaupun sibuk namun hasilnya lumayan dan berbaloi. Jangan sesekali mengambil risiko untuk berhenti kerja kerana bidang perniagaan yang ingin diceburi banyak dugaan dan risikonya. kalau berlaku apa2 pada perniagaan, seri masih ada kerjaya tetap yang menjamin Seri. Kalau seri tiada disiplin yang tinggi untuk menabung, saya cadangkan seri buat ASB Loan dalam satu2 jangka masa jadi Seri disiplin menyimpan wang dan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Hal ni seri boleh berbincang dengan pegawai di bank. Saya harap jawapan saya membantu Seri. Terima Kasih mengunjungi blog saya ye.🙂

  6. salam mama wafi..

    saya seorang ibu berkerjaya dan dah buat keputusan untuk exclusively bf my 2nd baby..alhamdulillah sekarang saya dah berjaya sehingga my baby berumur 6 bulan n saya nk teruskan smp umur dia 2 tahun..tp production saya dah makin menurun la sbb mlm baby xnk minum sgt n saya pun dah xbgn untuk pam susu waktu malam..please motivate me..😦

  7. Salam. . Mak sye ada masalah penyakit batu dalam hempedu. . Dan apakah makanan yg b0leh makan dan xb0leh makan?seperti sayur,minuman dan makanan apew yg xb0leh makan?tlg sngat2

    • Assalamualaikum…Saya ialah pemilik blog mamamunie.wordpress.com. Saya telah menerima komen anda tentang masalah Batu Hempedu ibu anda. Berdasarkan pengalaman saya, pesakit untuk penyakit ni perlu pantang makan makanan berikut :

      1)Makanan yang berminyak
      2)Makanan yang berlemak
      3)Santan
      4)Makanan Laut (sotong, ketam,udang ,kerang,bilis dan ikan KECUALI tenggiri atau ikan ketul seperti ikan merah/jenahak)
      5)Jeruk
      6)Ikan masin
      7)Cili
      8)Makanan berangin (peria, terung, buah sukun, kacang panjang)
      9)Milo
      10)sebarang minuman yang mengandungi krimer atau susu
      11)biskut berlemak Tiger/Marie
      12)aiskrim

      Makanan yang boleh dimakan

      1)Ayam bahagian dada sahaja
      2) Daging Pejal tanpa lemak
      3)Ikan tenggiri/ikan jenahak. ikan merah
      4) Sawi
      5)Pisang
      6)Roti gardenia
      7)Biskut jacob
      8)Telur
      9)Nasi putih
      10)Carrot
      11)Epal.kurma, kismis

      Makanan yang boleh dimakan ni perlu dimasak dengan 2 kaedah saja iaitu rebus atau panggang tanpa minyak. Sebolehnya pesakit kena paksa diri untuk minum 5 liter air sehari. Saya dapat rasakan dugaan yang dihadapi ibu awak dan saya berdoa semoga beliau cepat menjalani pembedahan untuk membuang batu ini. selagi tak dibuang, selagi itu la dia akan sakit. Tahniah kerana mengambil berat tentang ibu awak. Awak anak yang baik dan saya sentiasa membantu awak dengan memberi maklumat yang diperlukan sebaik mungkin.

  8. assalamualaikum..

    tujuan aku nk cerita ni cume nakkan pandangan..simpan sorg2 pn stress sgt rase..xtau nk luah kat sape..takut lame2 aku jd gila je..begini..

    aku kawin ngn suami aku dua tahun lepas..lepas kawin, kami menyewa rumah dan hidup bersama-sama..rumah sewa terletak di tgh2 antara ofis suami n ofis aku..kire dua2 kami ni belanja petrol+tol lebih kurang sama jela..belanja rumah semua share together..sbb suami aku ade beberapa komitmen yg perlu diruskan tiap bulan so aku xla berkira or meminta utk hidup senang..syukur ape yg ada..tahun lepas bila aku disahkan mengandung,aku mula cari kerja lain sbb aku keje shift mlm..dari sblm kawin lg aku dh cari keje lain tp xde yg sesuai..so bile aku pregnant aku buat keputusan utk berenti keje..aku risau ape2 jadi kat kandungan aku..anak first la katekan..suami n parents aku xbantah cuma suruh fikir masak2..diorg terima keputusan aku sbb xnk aku stress mase pregnant tu..mak mertua?aku xigt ape die ckp bile die tau aku nak berenti keje tp psl tu suami aku uruskan..
    sbb ape kedua2 suami isteri perlu bekerja?mestila sbb nak tampung kos sara hidup yg makin menggila ni kn..begitu juga aku..mmg agak terasa sedikit beban bile aku xkeje..tapi syukur aku xpunya komitmen yg byk so saving yg ada aku manfaatkan sebaiknya..mase ni parents aku terlalu byk menolong dari segi financial..mertua aku keje kampung je so xla aku nk compare bile xdihulur bantuan..dari sejak kawin, suami bayar sewa umah, aku byr utiliti+astro..even aku dh xkeje pn komitmen tu masih di pihak aku sbb aku pn dh ckp kat die (before berenti keje) yg aku akan guna savings aku seperti mana aku terima gaji dulu..emm xpela..dh aku yg nak sgt berenti keje kn lagipun aku pn paham komitmen die yg lain..pas bersalin parents aku ofer aku tggl ngn diorg..suami aku xkisah..leh jimat kos kn..plus leh bantu aku jaga baby aku..soal nk bantu bagi duit rumah tu parents aku kata terserahla kat suami aku, bagila berape yg mampu..dgn kuasa Allah S.W.T. aku dpt kerja slps beberapa bulan bersalin..financial semakin terurus..kami ade cadang nk pindah sbb dah ckup2la aku susahkan org tua aku..parents aku xckp ape pn..diorg lagi suka kami ada sbb meriah sikit rumah dgn ade cucu baru kn..kos pegi keje suami aku bertambah 50peratus sejak dok umah parents aku kerana jarak yg semakin jauh plus die naik kete..aku xbg naik motor..bahaya..penah sekali (sblm aku dapat keje), dia mntk aku passkan duit belanja rumah kat parents aku so aku taula bape byk dia bg tiap bulan..selalu die bg sendiri tp hari tu die xsmpt bagi..pas aku bekerja ni ade sekali die mntk aku passkan duit belanja rumah kat parents aku..terdiam gakla aku tgk duit tu sbb aku rase dah xlogik bagi byk tu sbb aku pn dh keje..aku igt die dh tmbh sket duit belanja tu..aku mmg bagi duit kat parents aku sbb tanggungjawab sbg anak..so bile tgk suami aku still bagi byk tu aku pn tmbhla duit aku (tanpa pengetahuan sape2) sblm serah ke parents aku..
    aku bkn nak bangga tp aku syukur aku punya parents seperti parents aku..nk mkn ape ckp je..mak aku masak..aku tolongla kat dapur..sekali sekala aku plak yg masak..
    tp tadi parents aku tanye..nape bln ni suami aku bg sikit (yela sblm ni aku yg bg duit belanja lepas aku tmbh duit aku)..masalahnye skrg camne aku nk ckp ngn suami aku psl belanja rumah tu?kang dia tau aku ade bg duit aku..aku bkn xnk ckp awal2..tp xtau nk ckp camne..ish pjg tol kisah aku ni..maapla klau ade yg keboringan..kwn2..sila bantu camne nk ckp ngn suami aku supaye aku xdurhaka or sakitkan hati die di bulan yg mulia ini..trimas..

    • Assalamualaikum… Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah sebab anda menjadi seorang anak yang melupakan ibu bapa. Ok, untuk masalah puan, ada 2 cara untuk selesaikan masalah ni. Pertama ialah teruskan menambah duit gaji puan secara diam2 macam yang puan lakukan sebelum ni. Yang kedua ialah tunggu hari suami mood baik, ajak suami berbincang atau berbual… cakap la kos sara hidup dah tinggi, boleh tak kalau abang tambahkan sikit wang yang bagi kat parents untuk buat makan minum dan sebagainya. Yang penting anda berbincang dan jangan bergaduh.

  9. assalamualaikum…aku just nak minta pendapat sahaja….aku baru sahaja mendirikan rumah tangga and aku bersyukur kerna allah telah temukan jodoh aku dengan dia selama perkenalan kita….aku muda lagi dalam lingkungan 22 and wife aku lak 24….pendekkan cerita,wife aku bukan sempurna macam orang lain tapi kerna ke tidak kesempurna dia itulah menjadikan aku lebih menyayangi dia…just ada satu saje problem dia yang aku sendiri tak tahu nak selesaikannya….macam ni,sekrang ni wife aku tengah pregant and my first baby but dia ada satu tabiat yang aku tak berapa suka…dia suke menghabiskan masa dia dengan tidur….kalau ada cadangan yang bernas,tolong laa bagitahu….

    • Assalamualaikum Suami Setia,

      Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kerana anda berkahwin pada usia yang muda dan dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata juga pada usia muda. INi semua rezeki yang besar nikmatnya dari Allah SWT. OK, saya ingin berbincang dengan anda tentang masalah anda. Terlebih dahulu saya ingin bertanya, adakah isteri anda seorang yang kuat tidur sebelum mengandung lagi atau semasa mengandung ni sahaja dia berubah menjadi kuat tidur? Jika jawapan anda, semasa mengandung saja beliau suka tidur, maka anda perlu faham ini bukanlah kehendak beliau tetapi perubahan hormon telah menyebabkan beliau letih dan mengantuk. Ini dialami oleh hampir semua wanita mengandung. Apa yang anda boleh lakukan ialah:

      a) Kejut isteri anda bangun dan mandi di pagi hari. Kemudian makan sarapan. Waktu tengah hari benarkan dia tidur tak lebih dari 2 jam. dan untuk sebelah petang dan malam mungkin anda boleh mengajak beliau melakukan aktiviti seperti berjalan di taman, pergi makan makan, shopping dan berkunjung ke rumah saudara atau kawan.

      b) Biasakan isteri untuk buat kerja2 ringan contohnya meminta dia masak sesuatu untuk anda, ajak menonton televisyen bersama, atau belikan novel untuk dia baca supaya ada masa yang terluang, dia tidak terus tidur.

      c) Katakan padanya tidur yang lama tidak baik untuk perkembangan bayi.berikan kata2 semangat supaya dia faham yang anda juga kurang selesa melihat keadaannya begitu tetapi tegaskan bahawa ini semua untuk kebaikan bayi.

      d) Suruh isteri tidur awal sekitar jam 10-11 malam dan bangun awal juga. supaya tidur cukup 8 jam sehari dan tidak letih di siang hari. Jika semua cara tidak berhasil, mungkin anda boleh berbincang dengan doktor dikhuatiri ada penyakit lain yang menggangu beliau contohnya kencing manis dan tiroid yang turut menyebebkan mengantuk dan letih sepanjang masa.

  10. salam mama. Saya berusia 15 tahun. Saya ada satu masalah yang tak dapat diluahkan kepada sesiapa di sekeliling saya, atas faktor malu. Sewaktu saya di darjah 6 saya telah mengenali seorang lelaki yang berusia 20 tahun. Kami berkawan agak lama sehingga satu hari dia telah mengambil kesempatan dekat saya. Saya dan dia pernah terlanjur sehingga kini. Saya dah cuba untuk berhenti melakukan maksiat ini, tetapi gagal. Saya tak tau nak cakap tak nak. Saya takut dia marah saya dan tak nak kawan saya lagi. Apa yang patut saya lakukan sekarang? Harap mama dpat tolong. Thanx.

    • Salam. Sejujurnya, mengalir air mata saya membaca komen adik. Adik telah mempersiakan usia muda yang sepatutnya dihabiskan untuk berjuang dalam pendidikan demi masa depan. Nasihat akak, lupakanlah dan tinggalkan dia. Dia bukan lelaki yang baik untuk kamu. dia tidak mendidik kamu menjadi gadis yang baik. Adik bertaubat dan ingat Allah. dirikanlah solat agar hatimu tenang dik..Jangan takut pada dia. Takutlah hanya pada Allah.Ingatlah dan bayangkan wajah ibu bapa. INilah masa terbaik untuk adik berubah.Adik pernah terfikir tak apa akan jadi jika adik hamil luar nikah?terkena penyakit kelamin? Akak sedia membantu adik memberi sokongan dan semangat. Sekarang adik masih muda. Byangkan hidup adik 10 tahun lagi? Apakah adik sudah cukup bersedia untuk masa depan. dan tanya diri adik, adakah lelaki itu mampu jadi suami dan ayah yang baik untuk adik dan anak2 jika ditakdirkan berkahwin nanti?Masa muda memang seronok jika ikut hati dan nafsu, kesannya adik akan alami di masa depan adik. Insaflah sayang. Bertaubatlah. Tumpu perhatian pada pelajaran dan tenangkan hati dengan meningati Allah.

  11. Assalamualaikum,,
    sya mncintai seorg wanita,tpi dlm masa yg sama,sahabat sya pun mncintai wanita tsebut,.
    Masalahnya,adakh sya patut trus bjuang utk mdptknnya,.?

  12. salam,saya dalam kebingungan sekarang ini,anak saya berusia 3 tahun,dan telalu alah kepada banyak benda dan keadaan,tapi saya ingin tanya apa cara atau pertua untuk menghilang kayap pada punggung dia

  13. Salam..
    Saya aini..umur 24 tahun.. dah 7 bulan bergelar guru di sekolah integrasi swasta.. ini merupakan kerja pertama selepas tamat belajar ijazah..
    Kebelakangan ini saya merasa kerjaya pendidik bukan bidang saya… saya terima kerja ini pun atas dasar keperluan membantu keluarga..kedua ibu bapa saya dah tak kerja..saya berkongsi tanggungjawab dengan abang dan adik saya membantu keluarga..abang saya dah kahwin ada seorang anak..isteri tidak kerja..abang saya kerja sebagai pembaca meter..adik saya umur 20 tahun..kerja di stesen minyak..bayangkan nak hidup di bandar dengan kos hidup sekarang..
    Saya mula kerja dengan keadaan kosong..saya bukan belajar bidang pendidikan..tapi saya belajar sikit2..saya ingatkan semuanya okey.. .sampailah satu masa saya dipanggil oleh pihak pengurusan..mereka menegur tentang pergaulan saya dan pelajar..dan isu kawalan dalam kelas..itu memang kelemahan saya..saya jenis lembut hati dan mudah simpati pada orang..lebih2 kanak-kanak..saya juga bukan seorang yang garang..saya diminta untuk jadi lebih tegas..pada mulanya saya rasa tercabar sebab mempersoalkan cara saya mengajar…tapi itulah saya.

    Demi nak selamatkan keadaan.. saya ubah sikit2 cara pergaulan saya dengan pelajar…saya kurangkan berhubung mereka di media sosial melainkan jika perlu sahaja..saya dah jadi garang pun sudah.. tapi masih ada anak2 murid ini rapat dengan saya walau bilangan pelajar yg rapat tu dah kurang..ini menimbulkan perasaan tidak senang pada guru lain.. macam mana tu ye nak.selesaikan masalah ni? Sebab saya rasa kalau saya ubah cara saya seharian di sekolah..ibarat menipu diri saya… saya dalam keadaan serba salah..antara nak ikut hati sendiri..atau nak puaskan hati rakan sekerja?

  14. Salam. Sy rasakan hidup sy payah sgt. Sy tak dapat kerja, sy tak dapat sambung belajar, hari-hari sy duduk di rumah buat kerja yang tak pernah habis, menghabiskan tenaga menjaga anak buah sy yg sgt nakal sehinggakan badan sy terlalu letih. Sy rasa loser sgt padahal sy baru berusia 22 thn dah terpaksa duduk di rumah menganggur buat kerja2 housewife tp kawan2 yg sebaya dgn sy semuanya bekerja.. ada kereta wang sendirI.. bekerjaya. Malu sy dgn diorang. Keluarga sy bukannya org susah. Cuma hidup sy sgt susah. Sy tak boleh mencari kerja diluar dari negeri sy. Dan sy tak boleh mencari kerja jauh dari kawasan rumah sy. Disebabkan sy tidak mempunyai kereta dan terpaksa menumpang abg dan kakak kalau nk pergi keja. Kalau sy boleh cari kerja pun, sy kena cari tmpat yg one way dgn tmpat kakak abg sy bkerja. Sy tumpang diorg pegi dan balik. Sy fikir lepas sy habis blaja diploma ni (thn lepas) sy boleh beli kereta dan tak mnyusahkan kluarga sy lagi. Namun sy salah. Satu demi satu kerja sy apply. Dari kerajaan ke swsta semuanya sy tidk dpt. Sblum ni sy penah kerja sbagai stiausaha kpd dtuk di syrikt yg bsar. Masa tu sy rasa Allah dah kabulkan doa sy. Tp rupanya sy diuji lagi. Kerja sy tidak dihargai. Sy tak ada support. Sy dfitnah depan2. Sy bkerja dgn brsungguh tp dkatakan sy tak buat kerja tu. Sy brtahan 3 bulan saja. Sy brhenti kerja. Dan dari tmpoh sy brhenti tu bln may 2014 smpai skrg sy tak dpt2 kerja lagi. Ikutkan hati sy nak cuba krja dI luar ngeri sy. Memandgkn negeri sy ni mmg susah nk cari keja. Tp apakan daya, sy tak boleh sbb sy takde kereta dan nk sewa rumah mahal. Sy nak smbung dgree mak sy dah tak bagi. Sbb mak sy tak nak menyusahkn sy kena bayar ptptn.. dsdbabkn masa diploma sy tdk mmbuat apa2 pinjaman. Tapi sy berusaha jgk sorang2 amek exam muet sbb niat mmg nk smbung dgree. Kdg2 sy buat keja rumah ni sy letih sgt. Kdg2 sy buat keja salah sikit dah dimarahi oleh mak dgn teruk. Kalau tak salah pun tetap akan cari jln lain utk marah sy. Sbenarnya nk ikutkan cerita mmg sng kan.. mgkin masalah sy nmpak simple. Tp sy yg rasa msalah ni bkn org lain. Org lain mgkin ada masalah susah dpt kerja tp tak sesusah sy.. sy taktahu kenapa sy liat sgt nk dpt rezki krja. Rasa mcm loser duduk rumah mcmni. Dan ada lagi satu prkara yg Allah uji sy dari dulu smpai skrg tak sembuh2. Mlibatkn diri sy sndiri. Mgkin dari semua pgalaman hidup sy ni mmbuatkn sy jdi seorg yg senang sgt menangis.. kena tegur sket menangis.. hati sy dah jdi mcm hati tisu. Keras mcm mana pun tetap terasa. Sy luahkan pd Allah tp sy rasa sy prlu luahkan jgk pd manusia. Kalau sy cerita masalah ni pd mak sy, sy akan dipersalahkn. Sy brhenti keja sy dipersalahkn. Sy ada mslah tmpat keja sy dprsalahkan. Apa2 je yg sy buat tetap sy akn dpersalakn. Sy pilih utk brkongsi masalah sy di blog puan. Mudah2an puan diberikan rezeki yg byk dan urusan puan utk hari penghisaban ke syurga nnt dpermudahkn, krn ramai insan yg pn telah bantu disini. Tahniah pn. Doakan sy ye puan supaya kuat dan dpermudhkn sgala urusan dlm hidup. Terima kasih.

    • Salam Nur. Pertama sekali terima kasih kerana sudi komen kat sini. Saya doakan Nur dalam keadaan yang tenang dan sihat. Saya daat rasakan tekanan yang Nur alami sekarang ni. Salah satu faktor yang menyumbang Nur jadi begini ialah Nur tidak ada seseorang yang mampu mendengar masalah Nur. Faktor yang kedua ialah dunia Nur “kecil”. Maksud saya, kurang pergaulan dengan dunia luar. Semuanya tersekat dan terbatas. Jadi masalah Nur yang sebenarnya ialah keinginan untuk merasai kebebasan & belajar lebih banyak tentang keadaan di luar sana. Untuk mengatasi masalah Nur, Nur perlu menjadi orang yang lebih berani dan tegas buat keputusan untuk diri sendiri tetapi janganlah sampai menderhaka kepada ibu bapa. Cukuplah terang pada mereka yang Nur sudah besar, perlu berhijrah dan pada masa yang sama Nur mohonlah sambung belajar di KPTM, ILP dan sebagainya dalam bidang yang Nur minat. Namun jika tiada rezeki di situ, Nur boleh belajar macam2 melalui internet dan buat perniagaan dri rumah contohnya bisnes kek keju, bisnes homemade chocolate atau apa2 saja yang Nur minat. cuba perniagaan online. dengan cari ni dunia Nur akan lebih luas In Sha Allah. Buat sesuatu yang Nur suka, usaha sikit2 lama2 jadi bukit dan suatu hari nanti Nur pasti akan jadi orang yang berjaya dalam hidup Nur.

  15. salam sis,
    saya lysa(23 tahun) bru 3 tahun mendirikan rumah tangga dan mempunya seorang cahaya mata (boy – 2tahun) lysa seorang mualaf yg dlunya kristian.Lysa nak minta pendapat sis ttg msalah lysa dgn mak mentua lysa dan juga kakak2 ipar lysa.sebelum berkahwin,mak mentua lysa mmg kurang suka dgn lysa,hinggakan fitnah dan cacian die leparkan kt lysa,sama jga dgn kaki fitnah kakak ipar lysa tu,sbb sblum tu lysa amik diploma nursing but lysa xabiskn kos tu sbb lysa xminat,lpas dri tu lysa dpat twaran kje kat fireflyz (stewardess) lysa mmg minat dri dlu,jadi mak mentua lysa tu xsuka lysa sbb kerjaya pramugari sbb pkai skirt..lysa cuma mampu nangis n bsabar shaja..dan abaikan sja mak mentua (suami nasihatkan)setelah berkahwin (3 tahun lpas) lysa dan suami ad rumah sewa sndri(apartment) ,setelah mengandung lysa terpaksa berhenti kerja mmg ad cuti 11 bulan for stewardess but lysa da kawen da xnklah dedah sini sna,(sygkn suami)masa tu mak mentua lysa sruh pndah ke rumah yg die hadiahkan ke kami,ttpi lysa menolak ,msa tu sbb lysa tau die xseikhlas yg kite harapkan.sbb biras lysa pn slalu die(mak mentua) ungkit semua bnda yg die bagi n hina biras lysa.lysa xnk perkara tu jadi kat lysa.setelah melahirkan,mak mentua sruh lysa balik ke kg (jb) utk berpantang dsana,sebenarnya lysa xnak tpi suami lysa da kate pegi jer,bkan xnak pegi tp dorg xpnah ramah dgn lysa apa lgi nk tegur.ni kan plak tnggal kat sna sbulan lbih.bila da dpt cucu lelaki ptama mak mentua mase tu die xbrapa nak suka lysa n ank lysa,tp bila ank lysa da umo setahun lebih,muke pn da berubah,mak mentua lysa trus caring dgn lysa,baik sgt xmcm dlu.lysa bahagia sgt masa tu,rupanya bkan sperti yg lysa nampak,depan lysa je die baik mcm tu,blakng lysa kemain lg mlutnya brukkn lysa.and skrg ni die memandai mengatur fmly lysa,lysa nak keje sbb xda lah nk bgi suami tampung smua perbelanjaan ,lysa pn nak ad duit sndri,skrg ank da 2 tahun,byk benda nak buat.so,lysa amik kputusan nak keje balik,tpi bkan kje sbagai stewardess lagi,nak cri kerja sbagai admin clerk je.lysa minx keizinan dgn suami nak minx ank buah lysa tnggal kat rmah n jagakn ank lysa.sbb lysa xnk hantar ank lysa ke pengasuh..rupanya mak mentua lysa xbagi,die ckap fmly lysa ni najis”jangan bawak2 najis kat rumah aku”itu ap yg die ckp dgn suami lysa.dr lysa kahwin smpai skrg die skit xde hormat kluarga lysa.die hina fmly lysa.lysa nak tanya mmg xbole ke saudara(bukan muslim) lysa dtg ke rmah lysa?lysa da xbole ke bhubungan dgn fmly lysa?lysa da xkuat dah dgn hinaan mcm ni..apa yg perlu lysa buat,

  16. salam….sy ingin kongsi 1 masalh…sy dn.suami petnh bercerai d sebab kn isteri muda menyuruh dy menceraikn sy..dn suami menuruti…tp dlm masa yg sma dy pujuk sya tok kembali bersamanya…dn kami dh pn rujuk.smula demi ank2…dn istri muda x thu kami dh rujuk…mqsalh skrg suami tdk berlaku adil ttng masa dn sebagainya…..jdi pelukan penyelesaian ttg msalh ini…..

  17. salam….sy ingin kongsi 1 masalh…sy dn.suami petnh bercerai d sebab kn isteri muda menyuruh dy menceraikn sy..dn suami menuruti…tp dlm masa yg sma dy pujuk sya tok kembali bersamanya…dn kami dh pn rujuk.smula demi ank2…dn istri muda x thu kami dh rujuk…mqsalh skrg suami tdk berlaku adil ttng masa dn sebagainya…..jdi pelukan penyelesaian ttg msalh ini…..

  18. Asalamualaikum . saya mempunyai masalah yg susah untuk saya hadapi . umur saya 16 tahun . saya mempunyai sahabat² dancer . kami dh berkenalan dr form 1 lagi. tapi , tetiba mereka benci , pernah menyakitkan saya, mereka ckp saya ade memburukkan nama diorang dekat fb dn wechat. tapi saya menafikan semua tu. saya tidak melakukan semua tu. dh 3bulan kami tak bertegur. di asrama, saya keseorangan . tiada kawan . di dlm kelas pun sama , saya keseorangan . ade waktu tertentu ,sekumpulan dr kumpulan wanita dtg ke kelas saya dan menyindir , mengejek dengan mengata ” awak artis kan?”, “berapa kenalan wechat awak” . and one more , dekat sekolah, manjoriti pelajar memakai kasut bertali , tetapi saya just guna kasut budak sekolah rendah dsebabkan keluarga saya orang kurang kemampuan .. saya terasa stress di asrama dan tiada sesiapa yang faham dgn msalah saya. sekiranya sy harian , tiada siapa yg sudi menjadi kwn saya. blh tak mama kongsikan tips atau kaunselingkan apa yang patut saya buat.. thankkss

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s