Tag Archive | Petua

Musim Demam, Batuk & Selesema


Assalamualaikum semua…Apa khabar? Anda dan anak-anak sihat ke? Hmmm..Sekarang ni tak tahu la musim ke apa..Tapi ramai sangat yang demam, selesema dan batuk kat tempat Mama.Wafi bekerja dan di klinik-klinik pun penuh je orang. Kesian sangat kalau tengok anak-anak yang masih kecil demam, batuk dan selesema ni. Mesti mereka susah hendak bernafas kan. Kalau Wafi kena demam selesema, Mama.Wafi akan mengelakkan beberapa perkara dari dia contohnya :

1) Mama.Wafi akan elakkan bawa Wafi ke tempat yang ramai orang contohnya supermarket sebab Mama.Wafi takut dalam keadaan kesihatan dia macam tu, dia akan lebih mudah terjangkit dengan banyak penyakit lain yang mungkin kita tak ketahui. Ya la kan..masa sakit tentunya antibodi dia agak lemah. Dan Mama.Wafi juga takut ia berjangkit kepada bayi orang lain. Kesian pula.

2) Mama.Wafi akan jauhkan kipas dan air cond dari dia. Kipas buka juga tapi jangan hala kat dia. Takut nanti bila dia sejuk, hidung dia tersumbat.

3)Mama.Wafi akan elakkan Wafi tidur menelentang atau “kuak lentang” yer..Mama.Wafi akan sentiasa pastikan dia tidur mengiring supaya kalau sebelah hidung tersumbat, sebelah lagi ok. Cara ni juga akan buat Wafi tidur dengan selesa masa selesema.

Perkara yang ibu-ibu harus buat bila anak kena demam,selesema dan batuk ni ialah :

1) Sapu vicks pada tapak kaki, dada dan belakang badan bayi.Perkara ni akan buat bayi anda rasa selesa bila selesema.

2)Pastikan bayi tidur pakai stokin. Kaki bayi mudah sejuk. Bila kaki sejuk, ia tidak baik untuk perjalanan darah dan sistem badan dia. Mama.Wafi tak tahu la betul ke tidak. Yang bagi tau info ni ialah seorang pakar refleksologi. So, betul lah kot.

3) Mandikan dengan air suam. Mama.Wafi akan elakkan dari mandikan Wafi dengan air sejuk atau air paip biasa.

4)Mama.Wafi selalu tepuk2 belakang Wafi sebab cara ni juga boleh memecahkan kahak dalam dada dia. Jangan la tepuk kuat sangat. Agak-agak la yer…

5) Beri bayi minum air masak suam secukupnya supaya lendir kahak keluar melalui najis dia.

** Sejak Muhammad Luqman Wafi berusia 2 bulan, setiap hari Mama.Wafi beri dia Appeton Infant Drops. Appeton Infant Drops ni memang sangat berkesan kerana sejak Wafi makan, dia dah tak dapat sakit, isi badan dia pun mantap dan pejal. Mama.Wafi juga perasan yang kulit Wafi semakin cantik dan halus. Ibu-ibu bolehlah cuba.

Advertisements

Mata Bayi Diselaputi Tahi Mata


Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

 

Masalah ini dikatakan berpunca daripada saluran air mata tersekat dan ia dialami oleh hampir 30% bayi.. Masalah ini akan mungkin berterusan sehingga bayi anda berusia enam bulan. Apabila selepas umur bayi enam bulan, masalah ini masih berterusan, anda harus berjumpa dengan Pakar Kanak Kanak bagi melakukan satu pembedahan kecil bagi membuka “laluan” air matanya.

Petua Tradisional :

Ambil kain lampin yang bersih dan basahkan dengan susu ibu. Kemudian gosok perlahan dengan lembut di mata bayi pagi dan petang bagi menghilangkan tahi mata pada bayi anda. Selamat Mencuba!!!

Petua Bayi Pintar


Semua ibu dan bapa di dunia mengharapkan anak mereka menjadi pintar. Di sini merupakan petua yang saya sendiri amalkan untuk anak saya.

Ambil sebiji buah kurma, lecek dengan air panas sehingga larut sebiji kurma tersebut. Kemudian tapis sebanyak dua kali(bagi mengelakkan adanya serdak) kemudian masukkan kedalam botol susu/cawan anak anda.Bacalah..

1) Selawat 7x

2)Al Fatihah 1x

3)Ayat Kursi 1x

4) Surah Alam Nasroh 3x

Semasa baca, niat dalam hati supaya anak anda menjadi anak yang taat pada Allah, berpegang teguh pada agama Islam, bijak, berdisiplin dan menghormati semua orang. Hembuskan ke dalam botol dan beri anak anda minum setiap hari satu kali sehari sejak dari bayi berusia satu hari sehingga dia besar. InsyaAllah.

Petua Bayi Sembelit


Gaul asam jawa dengan sedikit air sahaja smpai pekat, sapu di pusat bayi. Apabila kering, ambil mnyak angin dan urut perut bayi dari atas turun ke bawah secara lembut dan perlahan. Angkat kaki bayi ke atas sedikit supaya kita dapat membantunya meneran.

Petua Bayi Demam Panas


Ambil sedikit asam jawa, 3 helai daun sirih dan 3 bawang merah (seeloknya yang telah tumbuh daun sedikit). Ramas semua sekali dalam air. Sapu perlahan-lahan bermula dari kaki bayi hingga ke kepala. InsyaAllah sembuh.

Petua Bayi Kembung Perut


Masalah ini merupakan lumrah bagi sesiapa yang mempunyai bayi. Petuanya mudah sahaja, ambil 3 helai daun sirih atau daun kunyit, layur di atas lilin, apabila suam, terapkan pada perut bayi. ulang hingga ketiga2 daun layu. InsyaAllah akan pulih.