Tag Archive | Family

Athirah @ Pusat Sains Negara Wilayah Utara


Actually gambar-bambar ni dah berlapuk. kalau disimpan, berhabuk dan lama kelamaan hilang pula kan..so saya nak jugak lah letak kat blog sebagai kenangan abadi saya. Masa tu saya tengah pregnant 7 bulan kat Luqman Wafi. Saya dah berjanji dengan anak saudara nak bawa dia ke Pusat Sains bila cuti. Tiba hari yang dijanjikan, Mr Bart pula tak dapat ikut sebab dia ada kerja. Saya pula dah bagi janji dan harapan kat budak tu. kesian kat dia. Walaupun sakit dan x larat, saya gagahkan juga diri ni bawa dia pergi. Dia sangat2 gembira dan tak henti2 ucap terima kasih. Ni lah kepuasan menunaikan janji kat budak-budak kan? Dia seronok main2 n explore semua benda kat dalam tu.

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT7TnGsbX0Hpb5c1j0lAsv22j44AaZq_XZp4ID8bcthVdndi2mib8FVqrQ_

Tu je la gambar-gambar yang sempat diambil sebelum saya terduduk sebab pening. Pastu kami balik dan singgah KFC. Keesokkan harinya saya masuk wad dan Athirah pula demam. hihi.

 

Advertisements

Taman Tasik Darulaman


Cuti Hari Pekerja haritu aku n Mr Bart ada bawa anak-anak kami yang dikasihi ke Taman Tasik Darulaman untuk beriadah. Depa punya la seronok dapat naik Buggy Ride. Aku pun seronok gak. hihihi. Pusing 1 round kat taman tu. Kak Tiyah n adik Syifa request nak kayuh swan dalam tasik. tapi khuatir juga tentang keselamatan depa. So, lain kali lah mai dengan ramai penjaga, barulah boleh kawal. sempat ambil 3 keping gambar je sebagai kenangan.

Siapakah Sultanah Bahiyah?


Ni sebenarnya segmen bersembang dengan anak saudara aku, Syazwani Athirah. Dok bercerita tentang Sultan Kedah… Pastu bila dah cerita habis, ada la Q&A session dengan dia.

http://syukury.files.wordpress.com/2011/11/sultankedah1.jpg

 

Mamimunie: Siapakah Sultanah Bahiyah?

Athirah: Hospital lah… (dengan muka confidentnya)

:p

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSSFEN5YXkUoK4XcUI9EY0SmkZqS9bP8jDuJmDdzEmrGQbZl_W-IGqUHVQ-

 

~Selamat Jalan Uncle Nasrun & Family~


Assalamualaikum…
Semalam kami sekeluarga pi ke rumah Uncle&Ci untuk megucapkan selamat jalan kepada mereka sekeluarga yang bakal bertolak ke Sabah untuk memulakan perniagaan di sana. Reaksi pertama i, of course la terkejut kan… macam ni la lebih kurang..
Mak: ci call mak. bagi tau kata depa sekeluarga nak pi Sabah. nak meniaga dengan kawan uncle kat sana.

I: Hah?? Biaq betoi mak…jauh tu…ci melawak ngan mak kot…

Mak: dak aihhh..betoi la ni. tempat meniaga la ni tak bagi depa meniaga dah.

I: eeeeiiiii…busuknya hati tuan kedai tu…jahat betoi. 
Sedeynyaaa….entah bila pula kita dapat berjumpa.

 


Buat Uncle&Ci,

Semoga berjaya di sana nanti. Moon kat sini sentiasa doakan kejayaan anda, semoga murah rezeki dan semoga tabah menghadapi apa jua dugaan dalam hidup ni. Mungkin Allah turunkan hujan lebat, ribut taufan dalam hidup kita, sebab lepas ni Allah nak bagi pelangi pulak. So, be strong. Nanti bila baby no 2 dah besar sikit, Bila Air Asia buat promosi kapai terbang, Moon pi Sabah lawat Ci n family na… Atau bila Uncle dah kaya, nak sponsor i pun ok jugak. :p Bila Moon bersalin nanti, balik la tengok baby tau!!! SELAMAT JALAN!!!!

Buat Bal, Tiqah, Nabilah, Nim, Onie n Carl, 

Belajaq cakap Sabah bah bah bagi pandai2. Nanti balik ajaq i ok… Jaga diri baik2. Belajaq di sekolah baru bagi pandai2 na..Jangan lupakan kami kat cni… 😦 I love you all with all my heart!

Byeeeee..

**Tengah cari gambaq depa sekeluarga nak buh kat cni.bagi meriah ckit. hihihi.  

Bercuti…Kat mana?


Saya ni kadang-kadang kuat membebel dan merajuk. dan mungkin sikap saya tu buat orang tak selesa… entah lah. memang perempuan dianugerahkan sikap ni kot, yang tak boleh dibuang terus tapi boleh dikawal rasanya.  Kalau tak bebel, nanti ada sahaja masalah timbul. bila cakap elok2, macam kurang difahami sahaja. Tengah dok berfikir..rasa macam nak pergi bercuti sekejap tenangkan fikiran seorang diri. tapi masalahnya, saya tak boleh tidur tanpa Luqman. dialah segala-galanya dalam hidup saya. Dia lah satu-satunya yang tak memberi masalah. Maafkan mama Luqman..andai dalam stress ni, mama termarahkan Luqman, tinggi suara pada Luqman. Dalam hati mama, hanya Allah sahaja yang tahu betapa mama cintakan Luqman mama ni..Nyawa pun mama sanggup pertaruhkan demi anak mama yang hensem bijak nih… Nanti kita pi jalan2 ya sayang… Mama tengah fikir nak bawa Luqman ke mana. Taknak jauh2 sangat.

Lost World of Tambun

Langkawi Island / Pulau Langkawi

Langkawi

Genting Highlands, -Las Vegas- on a hill top (2000 above sea level), about 50km south-east of Kuala Lumpur, Malaysias only Casino is there plus theme parks, restaurants, resort, etc

 Genting Highland

Cameron Highland

Nanti kita discuss dan pilih antara empat lokasi ni ya…mama kena pilih tempat ikut kesesuaian sayang mama juga. tak boleh tempat panas. dan kena tempat yang sesuai dengan jiwa Luqman yang sekarang ni memang sangat aktif. hehehe. kena cari tempat yang senang “control” Luqman.

….:Happy Birthday Amirah ~ 22:….


17 Oktober yang lalu ialah birthday adik Mama.Wafi, Amirah Mohamed Allaudin yang ke 22 tahun. So, kami pun plan surprise party untuk dia @ Sala Kitchen di Taman Saga. Alhamdulillah..segala kezutan berjalan dengan begitu licik dan bagus sekali! hehe. Oleh kerana adik Mama.Wafi ni sangat suka makan KFC (almost 3-4 times a week ok!) , so Mama.Wafi order kek dari Kak Syima. Mama.Wafi cakap nak kek theme KFC. Perasa moist chocolate cake yer…Hasilnya amat memuaskan hati…di bawah adalah gambar kek yang dicilok dari blog Kak Syima(http://www.cupcakeswithlove-online.com/) Kek sedap and design memang best lah!!Thanks a lot to boyfren adikku Shahril yang sudi datang dari jauh untuk surprise birthday party ini.. 🙂

***Modem kat rumah disambar kilat masa hujan lebat. So belum sempat nak upload pic from camera ke dalam blog dan FB yer……