Tag Archive | Online Shopping

Set Bersalin Pilihan Saya


Masa mula-mula pregnant anak sulung dulu, saya ambil masa yang lama kat kedai-kedai jamu online dan di supermarket bagi meninjau produk manakah yang terbaik untuk saya. Fuhhh..memang rambang mata. Ada yang mahal, ada yang murah. Tapi semua tu tak penting. yang penting haruslah sesuai dengan badan kita. Setiap badan mempunyai penerimaan dan tindak balas berbeza mengikut individu. Kalau beli yang mahal, tapi tak sesuai pun tak berguna juga. Selepas meneliti pelbagai jenis lambakan produk, saya nekad memilih Nona Roguy. Saya beli satu set besar yang RM530. Agak mahal tapi berbaloi lah sebab untuk kegunaan selama 90 hari. Then saya sambung makan Phyto Natal sampai la Luqman berusia 9 bulan. Pengalaman saya makan Nona Roguy ni, memang best. Badan terasa ringan sahaja dan ramai tegur saya nampak segar walaupun di dalam pantang. Ia buat saya rasa tak letih. Makcik2 dalam kampung yang datang melawat pula siap tegur, ammmboiii….wanginya bau minyak angin ni. Pakai minyak apa? saya jawab Nona Roguy..Pastu ada yang cakap, kaki tangan saya sentiasa hangat dan itu menandakan kesihatan saya sangat baik. Kalau kaki dan tangan sejuk semasa dalam pantang, maknanya darah jalan tak elok.

 

Untuk anak kedua ni, saya cakap kat Mr. Bart yang saya nak makan set bersalin yang lebih murah. Dia cakap tak payah la..makan je Nona Roguy. dah sesuai dengan badan, buat pa nak tukar2. maybe dia pun berpuas hati kot. 🙂 dalam hati saya pun berbunga ceria la. nampaknya duit kutu beliau akan menjadi mangsa. Tapi untuk buat dia sedap hati, saya cakap..ala..untuk bagi sedap mata abang memandang juga. Nanti kalau dah tak cantik, abang kalut nak cari lain pulak.. sayang sanggup berhabis duit abang untuk abang :p

Kalau nak beli produk NR dengan harga ahli dan kadang kala bila bernasib baik, NR buat promosi 20% less dari harga ahli, boleh daftar di portal online NR iaitu di http://www.nr4u.com.my/. Penghantaran pun cepat.

Bagi panduan mommies yang nak beli produk bersalin, jangan dengar cakap orang atau terpengaruh sangat dengan pujuk rayu orang yang jual. Better anda tanya ibu atau ibu mentua dan alamilah sendiri kesannya. Saya dengar Leesa Formula, Amway, Salindah dan Mustika Ratu juga bagus. Anda boleh la survey kandungan produk dan pastikan ianya mengandungi semua jenis herba yang diperlukan oleh tubuh setiap wanita.

 

**tengah tunggu NR4u buat diskaun. baru untung beli barang. 😀

Advertisements

Barang-barang Baby No 2


Bulan depan Mr Bart dapat duit kutu. Saya pun dah berunding dengan dia. Selepas dia settle beli apa yang dia nak dengan duit tu, balance akan ambil beli barang baby no 2. Barang pun tak banyak sangat nak beli. Sebab barang2 Luqman pun dah banyak dan masih baru lagi. Buat apa nak membazir kan? beli ja keperluan, bukan kehendak.hehehe. Kalau ada yang boleh beli online, mybe saya akan beli online sebab lebih murah berbanding dengan harga di atas supermarket.

Barang Baby Yang Perlu Beli

  1. 2 pasang baju baru
  2. Set mandian bayi(syampu,baby bath, lotion, bedak)
  3. Minyak angin TYT
  4. Puting botol susu (botol ambil Luqman punya)
  5. Sleeping bag
  6. Celak
  7. Pampers Newborn
  8. Tuala mandi
  9. Wet Tissue & Tissue biasa
  10. Cotton bud
  11. Minyak lenga untuk rambut
  12. Selimut
  13. Pacifier Newborn

Barang Baby Yang Sudah Ada

  1. Baby cot
  2. Baju,Mitten,Booties, Barut
  3. Set tilam baby
  4. Botol susu
  5. Besen mandi
  6. Kelambu
  7. Botol air spray (utk basuh berak kencing baby)
  8. Lampin

Barang Mama

  1. Maternity pad
  2. Nursing bra & Panties
  3. Ubat bersalin NR
  4. Minyak NR
  5. Flask air panas
  6. Milo 3 in 1
  7. Mug,sudu & tupperware makanan
  8. Biskut Jacob
  9. Telekung
  10. Kain batik
  11. Baju lengan panjang
  12. Stokin
  13. Jacket
  14. Tudung
  15. Feminine Hygiene Wash
  16. Berus Gigi, Ubat gigi, Sabun mandi,Syampu
  17. Quran kecik

Ada yang tertinggal tak dalam list ni? kalau ada tolong lah cakap tau.

Luqman’s Caterpillar Sleeping Bag


Memandangkan aircond di rumah baru sahaja di repair dan ditambah gas, maka suhu menjadi sangat sejuk di dalam bilik. Mama kesian kat Luqman jadi mama belikan Caterpillar Sleeping Bag supaya Luqman sentiasa rasa suam dan selesa ketika tidur. Mama beli dari onlinebabywear.com dengan harga RM39.90. Memang puas hati sebab tebal dan lembut.

Luqman pun nampak cute je dok dalam tu. hehehe.