Pengalaman Temuduga SPA Penolong Pustakawan S27


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Pada 19/08/2014 haritu saya berpeluang menghadiri temuduga SPA untuk jawatan Penolong Pustakawan Gred S27.  Temuduga tu pukul 2.40 petang. Tapi pukul 1.50 tengah hari saya ada kat sana. Sebaik saja melangkah ke tingkat 8 SPA Alor Setar, hati mula cemas. Kenapa lengang takde orang ni.. Sorang pun takde. Pelik. Kawan-kawan yang dah pergi cakap ramai, siap ambil no giliran. Buka surat tawaran temuduga. Betul. Memang pasti. Tarikh dan masa tepat. Oh..mungkin semua pergi rehat. Tunggu lagi sampai jam 2.15 petang. Tiba2 keluar kat kaunter pendaftaran tu seorang petugas SPA. Terus dia cakap kuat-kuat, “Kamu Munirah kan?? Ish kamu ni berapa puluh kali saya call kamu, sampai pengerusi SPA sendiri call kamu. Nak suruh datang awal, tukar sesi pagi. Tapi tak dapat.” Saya ni apa lagi… airmata penuh bergenang la. Sampai mulut terkunci beberapa minit. “Ya Allah… macam mana ni. saya minta maaf.saya tukar no telefon tapi saya tak update dalam sistem SPA.Salah saya. Saya mengaku. Tolong la saya encik. 5 tahun saya tunggu peluang ni encik.” Memang rasa nak meraung kat situ. Pastu dia senyum dan cakap”takpe, panel penemuduga ada di dalam. Pergi tenangkan diri dulu.” Terus saya rasa lega selega leganyaaa.. Encik tu pun borak-borak dengan saya nak hilangkan rasa cemas saya ni kot. Tepat jam 2.30 petang, naik no 2013. Saya pun ketuk pintu dan bagi salam. Panel penemuduga ada 2 orang. Seorang Puan dari SPA dan seorang Tuan dari Jabatan Perpustakaan Negara. Elok je dia suruh duduk dan perkenalkan diri, saya terus cakap. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang untuk saya perkenalkan diri saya dan saya juga ingin memohon maaf kerana pihak Puan menghubungi saya pagi tadi tapi tak dapat sebab saya dah tukar nombor. Terus puan tu cakap, tak pe, it’s ok. Pastu saya terus kenalkan diri secara ringkas. Kemudian Tuan JPN cakap, result SPM awak bagus ye. Kenapa awak tak pilih kos lain je. Kenapa pilih kos libary ni. saya jawab, sebab saya minat sangat2 tuan. Kebetulan jiran saya dulu kos ni dan dia selalu bercerita dengan saya yang kos dia best. Saya pun memang jenis yang suka pergi perpustakaan dan memang saya sangat minat. Ini memang pilihan utama saya. Pastu Puan SPA tanya apa persediaan kamu untuk temuduga ni? Macam-macam persediaan puan, saya baca balik buku-buku lama saya, saya sendiri pergi ke perpustakaan dan berjumpa pegawai dan penolong pegawai untuk bertanya lebih lanjut tentang tugas dan jabatan. Kemudian saya belek buku di rak nak ingat semula pengkatalogan, saya google maklumat dan buka website perpustakaan negara untuk korek maklumat terkini. Penuh semangat saya bercakap. Pastu TUAN JPN tanya, namakan sistem klasifikasi pengkatalogan. Terus saya sebut Library of Congress Classification Scheme dan Dewey Decimal Classification Scheme. Banyak lagi Tuan, tapi saya hanya ingat dua yang biasa kebanyakkan perpustakaan guna. Kemudia Tuan JPN tanya, kalau la saya ambil kamu bekerja, apa yang kamu rasa tak best dan nak perbaiki jika kamu masuk kerja. Terus jawab ngan konpiden gak, saya rasa perpustakaan perlu lebih banyak aktiviti dan saya nak buat aktiviti yang dapat menarik pengguna datang ke perpustakaan, saya nak sediakan bahan2 berkualiti untuk tujuan mendidik mereka ni jadi masyarakat yang penuh dengan ilmu di dada. Pastu Puan SPA tanya soalan tentang keluarga, umur anak, kerja kat mana, part last tu jadi macam sembang santai. rasa selesa dan tenang dengan layanan mereka. Terbaik. At last Puan SPA cakap, jika awak dapat tawaran ni Syukur Alhamdulillah, andai kata tak dapat, jangan putus asa, keep on trying. minta lagi dengan SPA sampai awak dapat. Saya doakan awak berjaya Munirah. All the best to you. Doa banyak2. Terus rasa macam sebak sangat. Tuan SPA cakap, ada apa nak tanya. Saya cakap takde tapi saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk sesi temuduga ni. Keputusan temuduga akan keluar 29/09/2014.

Ya Allah, andai rezeki ini baik untukku, kau berikanlah dan permudahkanlah untukku untuk mendapat tawaran ni. Andai ia membawa keburukan kepadaku, aku redha jawatan ini bukan untukku Ya Allah. Aku bersyukur atas rezeki yang telah Engkau kurniakan pada aku. Lebih dari sepatutnya untuk aku hambaMu yang hina ini patut dapat. Alhamdulillah.

6 thoughts on “Pengalaman Temuduga SPA Penolong Pustakawan S27

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s