Dugaan Berat 01 Julai 2018


30 Jun 2018… Hati aku rasa macam sesuatu yang tak kena. Aku baca segala macam zikir dan doa untuk menghalau jauh perasaan kurang enak ini… Sepatutnya malam tu aku belanja kesemua ahli keluarga aku makan di luar sempena kejayaan naik pangkat dalam kerjaya aku. Tapi tiba-tiba jam 8pm adik aku call…dia tak dapat balik sebab suami dia balik kerja lewat. Tapi dia nak balik jugak2. Dia minta suami dia hantar ke stesen ETS. Dan minta aku fetch dia kat stesen nanti. Tapi dia terlewat 5 minit untuk catch last train. Maka tak dapat jugak la dia nak balik malam tu. Aku nasihatkan dia. Tak apa, jangan balik lagi minggu ni. Minggu depan kan masih ada. Penang dan Kedah bukanlah jauh mana pun. So aku assume yang adik aku tak balik. Akibat dah berjanji dengan ahli keluarga yang lain, “makan2 time” tu tetap berlaku lah jua di Restoran Pine 2. Kakak aku Rita kurang sihat di malam tu. Dia dah lama sakit di dalam perut. Doktor cakap batu karang. Malam tu dia sakit sangat sampai tak mampu dukung anak dia, Iffat. Dan dia juga sakit sehingga tercirit. Dalam kesyukuran dan suka naik pangkat naik gaji, tapi terselit juga resah nan hiba.

Aku ni memang suka silent kan hp aku di waktu malam. Tapi malam tu akibat kepenatan dan pagi tu awal aku kena bangun sebab nak bawa kakak aku pergi appointment MRI Scan di hospital, aku tertidur tanpa silent hp aku. Di awal pagi, hp aku dah berbunyi lagu Syantik. Adik aku call pagi2 buta ni kenapa lah pulak. Aku dalam mamai2 tu jawab jugak lah. Adik ipar aku, Syahril yang call guna hp adik aku Amirah.

Syahril : Hello kak Muni. Syahril ni… kami accident ni atas highway dekat Sungai Petani.

Aku : Allahuakbar!!!  Apa???!!!! Amirah macam mana? Asif macam mana???

Syahril : Alhamdulillah tak ada apa. Cuma kereta teruk. Orang langgar kami dari belakang. Mira & Asif ada 2 orang perempuan cina tolong hantar balik. kejap lagi Mira sampai rumah.

Aku : Alhamdulillah. Ok Syahril aku hantar kak Rita pi hospital dulu pastu kami pi kat hang. (takda yg cedera aku dah syukur sangat2)

Aku call suami aku suruh balik. Dia dah pi kerja hari tu. Aku kejut anak- anak yang masih melayan mata. Hujan sangat lebat pagi tu. Liat lah depa nak bangun. Dah siap semua aku pun hantar kakak aku ke hospital dulu. Lepas breakfast, aku, suami, anak-anak &adik aku bertolak ke tempat kemalangan. Dugaan sungguh..pi balai ni, pass balai nu,..pi balai nu, pass balai nun… pi mai pi mai jugak lah kami hari tu. Dalam pukul 2 petang baru settle buat report semua lah. Rasa geram jugak sebab yang melanggar tu buat report palsu kata adik ipar aku yang langgar dia. Tapi kuasa Allah, tempat berlaku kejadian tu ada cctv cia cia cia. Hello adik yang penipu, awak rasa bila awak susahkan orang awak akan senang hati kah?? Allah akan balas semua penipuan yang awak buat.

Kami bertolak pulang dan dalam perjalanan, mak aku call. Suaranya sebak dan tersekat sekat. Mak cakap, kakak aku bukan penyakit batu karang tapi doktor nampak ada kanser masa MRI scan tu! Allahuakbar Subhanallah! Aku istighfar berulang kali. Suami & adik aku bertalu talu dok bertanya awat awat awat??? Lidah aku kelu. Kerongkong aku bagaikan tersekat dengan ketulan yang besar hingga sesak nafas aku. Airmata turun laju. Lepas beberapa minit baru aku dapat mengeluarkan suara. Giliran semua dalam kereta pulak terkejut. Kami sama-sama menangis. Aku cakap dengan adik aku. Jom kita menangis puas-puas. Nanti di depan kakak kita, kita tak boleh menangis lagi. Kita harus kuat dan dia harus lebih kuat. Takpa kita usaha, kita ikhtiar…sehingga dia betul-betul sembuh. Semuanya kuasa Allah. Kun Faya Kun. Kami terima ujian hebatmu Ya Allah dengan penuh harapan agar kami diberi pengampunan dan rahmat dariMu Ya Allah… Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin…

Leave a comment