Tag Archive | Anniversary

Our 4th Wedding Anniversary


DSCN1565
Ya Allah, bless our marriage and let it be a means for us to become closer to You in love and devotion.
Let it be a source of untold blessings, happiness and joy
Ya Allah, let our marriage be a way for us and our families to enter Jannah
Ya Allah, protect our marriage from the whispering of Syaitan.
Give us the strength to live together in justice, equity, love and, mercy
Ya Allah, let this marriage bring untold blessings to us individually, to our families, and our children InshaAllah
Ya Allah, bless us with children who will be a source of great joy and happiness.
AMIN YA RABBAL A’LAMIN…
To the man I have chosen to love & be with me for a lifetime, Happy 4th Wedding Anniversary. Thanks for being my best friend,lover, partner, husband and papa to our kids. I LOVE YOU,my darling BAKHTIAR BIN ALIAS
Advertisements

3 Years of Our Love Journey…


Suamiku yang tercinta, Bakhtiar Bin Alias….

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-3 pada 9 Jun yang lalu. Ya, post ni agak lewat tapi xpe la…something is better than nothing. Abang ialah lelaki yang terbaik untuk sayang dan cinta kita semakin kuat setiap hari. Sepasang anak melengkapkan kebahagiaan kita berdua. Syukur kepada Allah kerana melimpahkan banyak rahmat kepada kita. Alhamdulillah. Semoga cinta yang lahir tulus ikhlas dari hati ini akan kekal abadi sehingga ke Jannah. Semoga kita berdua dapat bersama-sama mendidik dan membimbing anak2 kita menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat. Sayang harap kita dapat sama-sama melengkapkan kekurangan masing2 sehingga cinta kita bersatu menjadi 100% perfecto!!! Terima kasih Allah kerana memberiku jodoh yang baik, kehidupan yang baik dan kebahagiaan yang amat mendamaikan. Alhamdulillah. Nak tuju lagu ni kat abang….hehehe. I love u so much. No other woman will love you like i do.

kahwin 10.6 084 kahwin 10.6 102

FYNN JAMAL – 150 JUTA

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Our 2nd Wedding Anniversary


09.06.2012.Sudah 2 tahun usia perkahwinan aku & Mr Bart. Dan sepanjang 2 tahun perkahwinan ini, kami dikurniakan 2 orang cahayamata. Muhammad Luqman Wafi permata cinta kami yang pertama dan yang kedua bakal menyusul bulan Oktober. 🙂 Alhamdulillah…syukur padamu Ya Allah. Kehidupan kami juga aman tenteram dan sangat bahagia walaupun kadang kala, ada juga dugaan yang datang melanda namun kami mampu melaluinya dengan penuh sabar. Dan semua dugaan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri.

Aku mengenali bart7 (nama yang dia guna masa chatting dengan aku) pada bulan April 2007 masa berchatting di MIRC channel kampung. Hihi. Entah macam mana, boleh pula bertukar nombor telefon kat situ walaupun sebelum ni memang aku tak akan bagi nombor fon kat sapa2 pun. Sembang pun tak banyak kat situ, aku terus log out dan balik rumah…dan aku langsung dah tak ingat pada bart7 ni sampai la seminggu lepas tu kot..masa tengah hujan lebat, di saat aku tengah makan apom balik dengan Mone, Mirah n Petom, fon aku bunyi…

bart7 : Assalamualaikum..hai..awak Munirah kan?
Atiesya88 : Wasalam..ya ya..ni sapa ek?
Bart7 : Saya Bakhtiar. Ingat lagi tak? Kita chat haritu…
atiesya88: owhhhhh…ingat2…

then kami pun bersembang la..tapi tak lama..dalam 10 minit je.

Then malam tu dia msg aku… “Good Nite.. :-)”
aku pun reply “Good Nite jugakkk :-)”

Selepas msg malam tu, kami kerap bermesej…tapi yang pasti ucapan “Good Morning” dan “Good Night” menjadi rutin kami…mesej tnya khabar, sembang2 kosong. Masa tu hati aku ni sedikit sebanyak dah macam terpaut kat dia..hihi. Sebab dia sangat caring. Terlalu penyayang orangnya. Hari2 aku akan buka Friendster tengok gambar dia. Hati aku jadi rindu walaupun aku tak pernah sekalipun jumpa dia. Maybe tu la kuasa cinta :p Tapi entah kenapa, aku rasa macam aku ni bertepuk sebelah tangan. Jadi setiap malam aku berdoa, janganlah bagi hati aku ni terpaut lak kat dia. Aku tak mahu kecewa. Then adik aku kata, “bodo la hang nih…bukan doa camtu..doa cam ni..Kalau dia jodohku, dekatkan lah dengan aku,kalau bukan, minta dia jauh dari aku” oooo..cmtu rupanya..Thanks adik gemok.  Aku pun berdoa la setiap malam. Semakin aku berdoa, aku rsa dia semakin kerap call, kerap msg. Mmmm..xpela..dia anggap aku adik dia kot. Sbb aku jarak 6 tahun dengan dia dan dia ada adik sebaya aku. Adik2 dia panggil dia ALONG.

Atiesya88: boleh I pgil u Along mcm adik2 u?
Bart7: mmm…xyah la.. u pgil je Abg..
atiesya88: lorrr..awat lak..kan I ni adik u.
bart7: xpe la..bagi lain dri lain ckit..
atiesya88: mcm tu plak..hmm ok..

Pada 20/05/2007, tarikh yang paling sweet..kami mesej sampai kul 4 pagi 🙂 Tiba2…tweeett..twettt..

bart7: I love u
atiesya88: Love? Maksud u sayang kan? Ye la.. smua org pun syg kwn2 dia..
bart7: mmmm..tak..Love is Cinta.
Aku melompat duduk. Kejut adik aku. Weh…aku mimpi ka ni…biaq betoi ni weh. Rasa cam nak nangis pun ada. Then bila aku tak reply, dia terus call. Dia cakap betul yang dia dah jatuh hati kat aku. Then aku pun tersipu2 malu cakap aku pun terima dia.  Ooouuchhh…so sweet my love….

23/05/2007, dia cakap dia nak datang Alor Setar jumpa aku. Kami tak pernah berjumpa lagi. Aku pun siap lawa2 petang tu keluar jumpa dia kat Taman Rimba ditemani Petom. Kami tak cakap banyak sebab malu lagi. Macam boring ja duk situ, Kami pi jalan2 kat Pacific. Sebelum Maghrib, kami balik umah dan dia balik umah makcik dia kat Alor Setar. Dari balik tu sampai la esoknya, dia terus tak msg atau call aku. Aku cakap sorang2 dalam hati, maybe bila jumpa, dia tak suka aku kot…aku kan tembam, muka pun buruk ja.. xpa la..aku tak paksa dia pun. Andai kata dia tak boleh teruskan sebagai kekasih, maybe kami boleh still sebagai kawan ja. Lagipun memang hubungan ni start sebagai kawan. Tiada salahnya berpatah balik. Lagipun masih baru. Kalau terluka pun, parut belum besar, masih boleh dirawat segera… Diam begini hanya mengundang resah di hati. Aku pun msg dia.

Atiesya88: u, knapa diam ja…xpa, klu u x leh trima I, I ok ja la. Jgn diam cm ni. Kita leh jd kwn balik. Xyah couple2 ni smua. Btul, I x paksa u utk trima I jugak2 lepas kita jumpa. It’s ok. Kita kawan ok?

Dia tetap x balas msg. Xpe la, sekurangnya aku dah meluahkan keresahan aku tu kan…malam tu Petom nak keluar dengan kawan dia. Mirah nak keluar dgn Tikah. Aku kata, xpala, aku ikut ampa ja la. Lagipun mak takdak kat umah. Semua keluar, rumah kosong. Boring la dok sorang. Tiba2 msg aku bunyi…

bart7: hai…free x mlm ni. I kat cni lg. Jom kluar nak?
Atiesya88: ok.. lagipun I nk pi pacific mlm ni. C u there at 8.

dalam hati aku lega sebab dia masih terima aku sebagai kawan. Aku rasa malas la nak bersiap. So aku pkai jeans n t shirt. Tak mekap pun. Malas.

Sampai ja kat pacific, dia dah tunggu aku. Aku pun terus pi kat dia. Then dia ajak aku keluar pi jalan2 area Alor Setar ni…

dalam kereta…

bart7: u nampak lain la. Lain kali jgn mekap. Natural lebih lawa.
Atiesya88: maknanya, ptg smlm tu I nmpak tak lawa la..pasai tu u terkejut terus diam.
Bart7: **gelak besar** mana ada lah..i ada keja. Lagipun nak bg u suspens. Suka fkir bukan2.

Pastu dia genggam tangan aku sambil jeling2 manja..aku terkesima..lalu tertunduk malu… :p

Balik dari jumpa dia, baru aku bagi tau kat mak. Mak kata, aku ni mudah sangat percaya kat orang la, apa la..dia bsing2 macam machine gun baru topup peluru..mak warning, kalau nak berkawan, mak nak jumpa dia. Nak tengok dengan sapa aku berkawan.  Ok la mak..i follow… aku pun bagi tahu Bart.. “abang, kalau abang serius dgn syg, abg mai la umah jumpa mak…mak risau. Mak takut syg kwn dgn org yang salah” pastu dia kata ‘ ok syg, nnti abg datang tau” selepas seminggu dia pun datang la jumpa dengan mak aku. Mak sembang rancak dengan dia. Dia pulak jenis hormat orang tua2 dan bersopan. Mak terus suka dan setuju bagi kami bercinta. :p Hubungan cinta kami ni berlangsung selama 3 tahun sebelum kami berkahwin. Ada jugak edisi cinta jarak jauh, edisi cinta jarak dekat. Macam2 kenangan pahit dan manis yang telah kami tempuh. Nanti akan ku nukilkan di part yang seterusnya.

Ni la gambar masa first time jumpa 🙂

 

Ni lak gambar masa jumpa the next night 😉
ABANG….
    Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke-2. Terima Kasih sebab menjadi suami yang baik untuk sayang dan papa yang hebat untuk anak-anak kita. Abang wira di hati sayang sebab walau dalam susah atau senang, abang tetap di sisi sayang tanpa jemu. Semoga ikatan suci ini diberkati Allah hingga ke syurga yang kekal abadi. I love you so much…
   …SAYANG