Tag Archive | Kesihatan

Promosi Lexee Pad!!! Untuk Readers Mamamunie je!!!


Bagi wanita, pemakaian pad yang dikenali sebagai pantyliner semasa ketika haid kadangkala memberikan ketidakselesaan dan mengganggu aktiviti harian. Ditambah pula kurangnya sikap dan amalan yang murni ketika menjaga kebersihan diri menyebabkan mereka terdedah pelbagai masalah kesihatan dalaman anggota sulit wanita. Antaranya seperti bau yang kurang menyenangkan, kesakitan yang amat teruk ketika dalam tempoh datang bulan, jangkitan pada vagina akibat bakteria, ketidakseimbangan hormon dan sebagainya.

Pada masa yang sama, lambakan tuala wanita berkualiti rendah menyebabkan kadangkala mereka keliru dan tidak mengetahui yang mana satukah yang berkesan, selamat dan berbaloi untuk nilai wang dilaburkan dan kesihatan. Ketahuilah pemiliihan tuala wanita atau pad amat penting untuk kesihatan keseluruhannya. Mahkota wanita hanya satu untuk dipelihara sebaik-baiknya.

Kini, solusinya adalah menggunakan pad yang diperbuat SERATUS PERATUS daripada kain kapas. Perkenalkan kepada anda, LEXEE, solusi ajaib, satu-satunya pad herba yang menggunakan teknologi Nano Infrared dan Ionized dengan wangian Jasmine (Melur). SERATUS PERATUS diperbuat daripada kain kapas nipis dan lembut (thin and soft cotton). Selain itu, bahan-bahan dalam LEXEE adalah Pudina, Bunga Melur, Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil), Aktinolit (Actinolite) dan (Hydroxycamphane).

Fungsi Nano Infrared (cahaya kuasa)

Kuasa Magnetik yang dihasilkan daripada getaran serentak molekul-molekul mikro yang menghasilkan kesan menyahjangkit, mengelakkan bau, mengaktifkan sel-sel, menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme , mengimbangkan asid dalam badan, mencegah penyakit uterus dan ovari serta mengurangkan kesakitan semasa haid.

Infrared ini juga mengeluarkan sejenis haba semula jadi yang membantu untuk mengembangkan saluran darah semasa haid, proses ini dapat membantu mencairkan ketulan darah yang biasanya ketulan-ketulan darah ini akan menyebabkan saluran darah di uterus tersumbat dimana kesannya ialah senggugut,sakit pinggang dan sebagainya. Haba yang dihasilkan oleh infrared ini akan diserap dalam herba-herba yang terkandung untuk mencairkan darah yang berketul dan tersumbat, mencuci saluran darah dengan perjalanan haid yang lancar.

Fungsi Ionized(ion-ion negatif)

Ion-ion negatif adalah kuasa yang diperlukan oleh badan manusia untuk fungsi penapisan darah,menyelaraskan sistem saraf otonomi, mengaktifkan sel-sel dan meningkatkan daya tahan badan. Ia juga berfungsi sebagai mengitar semula oksigen di dalam darah dan keseluruhan anggota badan. Oleh itu ia dapat meningkatkan kesegaran,nyaman, tenang dan selesa ketika haid.

Fungsi Pudina

Menyegarkan, menghilangkan, kesakitan, kegatalan, mengurangkan ketidakselesaan, menyahjangkit, menghilangkan bau, melancarkan haid dan peredaran darah serta mengurangkan radang dan bengkak.

Fungsi Bunga Melur

Menyegarkan, menteramkan emosi dan kesakitan semasa haid serta menghapuskan bau yang kurang menyenangkan.

Fungsi Minyak Kayu Putih

Penyahjangkit dan merawat jangkitan vagina (vaginitis) dengan membunuh bakteria Trichomonas Vaginalis.

Fungsi Aktinolit (Actinolite)

Meningkatkan fungsi sistem pembiakan wanita.

Fungsi Hydroxycamphane

Menyegarkan, mengurangkan radang dan kesakitan, bersifat antiseptik, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah sakit perut dan ketidakseimbangan hormon.

7 Lapisan <i>Pad Herba LEXEE</i> - BlogLepatDotCom

Kelebihan LEXEE

1. Mempunyai LAPAN lapisan bagi membolehkan anda menghadapi kedatangan haid dengan yakin dan selesa.

2.Mempunyai tarikh keluaran dan luput pada setiap pad herba LEXEE.

3.Memiliki daya serapan yang tinggi dan tidak mengalir balik memberikan keselesaan dan sentiasa kering serta bersih ketika memakai pad herba LEXEE.

4.Mencegah kebocoran yang selalu dialami ketika memakai tuala wanita yang tidak berkualiti dan memiliki perlindungan optimum.

5.Mengatasi masalah ketidakselesaan ketika haid, sakit perut yang amat teruk dan juga hormon yang tidak seimbang.

6.Mencegah daripada menghidapi masalah dioksin ketika memakai tuala wanita yang diragui tahap keselamatannya. Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai dioksin.

7.Kebanyakkan wanita yang baru pertama kali memakai pad herba LEXEE ini akan dapat merasai kesannya.

8.Harga bagi setiap pad herba LEXEE amatlah mampu milik dan berbaloi untuk mengekalkan kesihatan anggota sulit wanita.

9.Pad herba LEXXE ini juga sesuai untuk lelaki.(boleh guna mana-mana jenis pad herba LEXEE tapi hanya guna lapisan kedua pad)

10.Mempunyai penutup aluminium yang membolehkan dibuka dan ditutup dengan rapi dan selamat.

11.Memberikan aroma wangian harum bunga melur ketika memakai pad herba LEXEE.

12.Satu-satunya tuala wanita bercirikan herba semulajadi. SERATUS PERATUS selamat dan tidak mempunyai bahan kimia.

13.Setiap jenis pad herba LEXEE yang ditempah akan menerima SATU Vagina Test dimana ia akan memberitahu tahap kebersihan dan kesihatan anggota sulit anda.

Tarikh Keluaran Dan Luput Pada Pad Herba LEXEE - BlogLepatDotCom

Jenis-Jenis Pad Herba LEXEE

1.Pantyliner – kegunaan harian selain haid.(Seunit ada 30 pad dan setiap pad bersaiz 15.5cm)

2.Day Use – kegunaan siang/normal flow.(Seunit ada 10 pad dan setiap pad bersaiz 24cm)

3.Night Use – kegunaan malam/heavy flow.(Seunit ada 8 pad dan setiap pad bersaiz 32cm)

PERCUMA bagi setiap pembelian unit LEXEE tidak kira samada Pantyliner/Day Use/Night Use akan diberikan SATU unit Vagina Health Self Test Card untuk menguji tahap kesihatan bahagian sulit anda.

Vagina Health Self Test Card

Satu set mengandungi:

30 keping Panty Liners

8 keping Overnight Pad

10 keping Maxi Pad

Untuk dapatkan harga istimewa, SMS/whatsapp “Promo Lexee Pad ” kepada saya!!

0175184323/munirah_bling@yahoo.com

Advertisements

Viral Croup – Simptom, Cara Merawat & Cara Mencegah


Merujuk pada komen2 pada post saya tentang ini< https://mamamunie.wordpress.com/2013/05/18/kerana-viral-croupanakku-kritikal />, ramai juga ibu-ibu yang prihatin dengan memberi maklumbalas supaya diterangkan dengan lebih terperinci tentang penyakit ini. Thanks ibu-ibu semua! Banyak kebaikan yang saya dapat daripada komen-komen anda. Saya sangat menghargainya. Walaupun ada komen yang tak sempat saya balas, namun saya membaca kesemua komen dengan teliti. Jadi, saya buat post ini supaya anda semua dapat tahu lebih lanjut dan dapat menghadapi dengan baik jika perkara ni berlaku terhadap budak lain. Melalui pencarian saya di google dan sebagainya, tak banyak artikel mahupun perkongsian perkara ini dalam Bahasa Melayu. Mungkin penyakit ni belum popular di Malaysia. Saya sendiri pun tak pernah dengar tentang penyakit ni sampai la bila dah tertimpa atas batang hidung sendiri, kalut la saya mencari maklumat. Dan hal ni menguatkan lagi semangat saya untuk buat post ni! Yes!!! go Mamamunie go!!!hahaha.

Apakah itu Viral Croup?

Viral croup jangkitan atau keradangan pada saluran pernafasan atas hingga menyebabkan pembengkakan pada kerongkong. Pembengkakan kerongkong ini akan mengganggu pernafasan anak anda sehingga menyebabkan suaranya parau dan batuk yang berbunyi seperti salakan anjing (barking cough). Simptom ini akan lebih teruk lagi di malam hari dan apabila anak anda menangis. Suaranya akan kedengaran seperti tersekat sekat. Selalunya pesakit akan dirawat dengan menggunakan steroid dan, epinephrine (adrenalin) akan digunakan jika anak anda berada pada tahap kesakitan yang serius.

Nampak tak pembengkakan saluran pernafasan dalam gambar ni? Bengkak yang serius boleh menutup terus laluan udara/oksigen.Sumber gambar : http://www.childrensdayton.org

Tanda/Simptom

1)Batuk yang kedengaran seperti bunyi anjing

2)Demam panas melebihi 38.5 darjah celcius

3)Mata kelihatan layu dan tidak bermaya

4)Anak nampak kurang aktif

5)Bibir kering dan pucat/ nampak kebiruan

Punca & Penyebab

Kebanyakkan croup berpunca daripada jangkitan virus parainfluenza type 1 dan 2.  dan hanya kira-kira 25% kes berpunca dari bakteria. Masa Luqman kena croup ni doktor ada tanya duduk kawasan mana dan ada sebarang proses pembangunan ataupun ubah suai rumah. Saya cakap, YA. Doktor cakap debu dari simen juga mungkin menyebabkan berlakunya croup ini.

Tahap Penilaian Viral Croup

Tahap penilaian ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ringan, sederhana dan berat. Dulu Luqman dikategorikan dalam bahagian berat(severe).

Ringan – Croup yang ringan hanya menunjukkan tanda demam dan batuk yang berbunyi seperti anjing.

Sederhana- Demam, batuk seperti anjing, dada masuk ke dalam setiap kali bernafas. Pesakit masih boleh bercakap.

Berat- Batuk sudah tidak kedengaran, pesakit hampir tidak sedarkan diri, bibir bertukar kebiruan, demam yang tinggi, suara tidak kedengaran (dah tak mampu cakap). Croup berat hanya dialami pada 1% kanak-kanak yang mengalaminya, dan Luqman salah seorang.

Cara Merawat

Anda sebagai ibu bapa kena pastikan anak anda berada dalam keadaan yang sangat selesa, berusaha agar dia tidak menangis dan tenangkan anak semasa dia mengalami kesukaran bernafas semasa doktor sedang merawatnya. Kanak-kanak ini akan diberi rawatan dengan menggunakan steroid dan adrenalin. Mereka juga akan diberi bantuan pernafasan iaitu oksigen jika paras oksigen didalam darah kurang dari 92%.

1)Jangan biar anak anda tidur bersendirian walaupun batuk croup dia tidak serius kerana croup boleh menjadi serius pada bila-bila masa sahaja tanpa anda sedari.

2)Dapatkan rawatan kecemasan dengan segera jika anak anda yang diserang Viral Croup turur menunjukkan tanda tanda kesukaran bernafas, kencing yang sedikit, enggan makan atau minum, dan bibir yang kebiruan.

3)Pastikan anak anda minum banyak air. Dia tak nak makan tak apa. Jangan paksa. Cuma pastikan air diberi dengan cukup. Beri anak minum air glukos atau air kelapa muda yang boleh memberi tenaga dan kesegaran kepadanya. Namun pada croup peringkat teruk sehingga susah untuk minum, mungkin doktor akan pasang drip untuk masukkan air.

Cara Pencegahan

Kebanyakkan viral croup boleh dicegah sekiranya anak anda mengambil vaksin Influenza dan Diphteria. Luqman tak pernah ambil vaksin ni. Mungkin bagi sesiapa yang anaknya dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun boleh ambil vaksin ni sebab Viral croup amat kerap terjadi pada kanak-kanak usia begini. Namun, bagi sesiapa yang anti vaksin, saya harap anda tidak menghantar komen yang menghentam saya dan ibu bapa lain yang memilih untuk memberi vaksin kepada anak mereka, DAN ibu bapa yang vaksin anak pula tolong jangan hentam ibu bapa yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka kerana semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak masing-masing. Terpulang kepada cara masing-masing mencari, mengumpul dan mentafsir maklumat.

Sekian, Terima Kasih.

Tanda Anak Anda Mempunyai Asthma


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang mempunyai Asthma tentu runsing setiap kali masalah ni datang menyerang. Anak saya, Luqman turut ada masalah ni sejak dia berusia 4 bulan. Dia premature baby. Maybe paru-paru dia belum cukup matang dan tu lah salah satu faktor dia kena asthma atau lelah ni. Sekarang ni usia dia dah 2 tahun lebih dan Alhamdulillah, dia dah semakin pulih dari masalah asthma. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang asthma atau mengesyaki anak anda ada asthma, mungkin post ini boleh dijadikan panduan anda.

Tanda-tanda Asthma

1)Kerap selsema dan masalah hidung tersumbat

2)Kerap batuk terutama pada waktu tengah malam dan awal pagi

3)Demam setiap kali merasa sejuk (contohnya pergi tempat sejuk)

4) Allergic atau alahan terhadap sesetengah makanan

5)Bunyi kahak di dalam dada

6) Ruam pada kulit (ekzema)

7) Bernafas dengan susah dan nampak tidak selesa

8) Muntah-muntah setiap kali batuk sebab badan dia nak keluarkan kahak.

9) Meragam setiap kali cuaca yang terlalu panas/terlalu sejuk.

Mula-mula saya tak tahu Luqman kena asthma. Selsema dia berlarutan selama seminggu lebih, kemudian disusuli dengan batuk. Setiap malam batuk dia akan lebih teruk dan masa tu suhu badan akan sedikit meningkat. Tapi bukanlah panas yang terlalu tinggi. Badan terasa suam. Saya perasan ada sesuatu yang tak kena apabila dia mula meragam dan pernafasannya jadi laju. Dada dia jadi berombak dan ada bunyi wheeez….wheeez… semasa dia bernafas. Saya cepat2 bawa dia ke hospital dan doktor sahkan dia ada masalah asthma. Dulu masa dia kecil kerap juga di masuk wad sebab masalah ni. Selepas tu kami ada bincang dengan doktor dan beli mesin nebuliser supaya nanti bila dia asthma, dia tak perlu tinggal di wad. Hanya sedut gas kat rumah TAPI kami tetap mengikut dos yang doktor tetapkan dan rujuk doktor setiap hari sampai dia pulih. Selalunya bermula dengan 2jam sekali sedut gas sampai la jadi 6 jam sekali…baru betul2 ok. masa ni memang tidur tak cukup. sebab kena berjaga malam. Mujur dapat suami yang sudi bergilir jaga anak. 😉 Pastikan juga dia sedut inhaler setiap hari mengikut waktu supaya dia tak mudah diserang asthma lagi. Macam Luqman dulu, kena sedut 2 kali sehari yang color purple tua tu. Meronta2 setiap kali nak buat. Haha. Sekarang dah tak pakai inhaler. Dia dah semakin baik dan dah pulih dari asthma. Ok, mommies dan daddies, sebenarnya ada cara untuk mengurangkan atau mengelakkan anak anda kerap diserang asthma.

1) Aktifkan Anakmu!

Sesetengah ibu bapa takut untuk biarkan anaknya berlari atau bermain dengan aktif kerana dikhuatiri asthma datang menyerang. Namun, cara ini amat baik sekali untuk anak. Sebab..semasa anak anda aktif, paru-paru akan cepat berkembang untuk menukarkan oksigen. Bila pernafasannya semakin baik,asthma juga beransur kurang. Luqman pun makin kurang asthma sejak saya selalu bawa dia berjoging dan berlari di padang.

2)Elakkan Menghias Rumah Berlebihan

Maksud saya disini ialah jangan letak permaidani/carpet punyalah banyak sampai tak sempat nak vacuum. Lebih bagus jangan letak lansung. Habuk dan debu sembunyi kat situ. Bunga2 hiasan pun tak perlu la letak terlalu banyak sampai tak sempat nak mencuci habuk.

3)Kerap Membasuh

Ya. anda perlu kerap membasuh cadar anak, selimut, sarung bantal dan langsir rumah anda. Seminggu sekali dah cukup baik untuk anda basuh cadar dan sebagainya tu. Selepas tu jemur tilam dan bantal dia kat panas supaya bebas hama yang juga penyebab asthma. Langsir tu kalau rasa susah nak buat seminggu sekali, memadailah 2 minggu sekali. Kerap membasuh sebenarnya sangat membantu mengurangkan risiko serangan asthma ni.

4)Elakkan Melancong Ke Tempat Sejuk

Dalam hal ni, kalau anda terpaksa, contohnya sambung belajar atau bekerja di luar negara, pastikan anak anda kurang didedahkan dengan aktiviti outdoor, pakaikan pakaian tebal, galakkan dia selalu minum susu suam atau air masak yang suam supaya badannya sentiasa hangat.

5)Elakkan Makanan Sejuk/Gatal

Elakkan ais dan makanan yang boleh menyebabkan alahan contohnya udang dan ketam. Jika timbul tanda alahan, dapatkan rawatan segera kerana sesetengah alahan boleh menyebabkan maut akibat pembengkakan saluran pernafasan.

6)Beri Madu Setiap Hari

Belikan madu kepada anak dan pastikan dia makan setiap pagi.

7) Elak Benda Berbulu

Benda berbulu seperti anak patung bear, binatang seperti kucing, dan permainan yang jenis berbulu haruslah dielakkan dari anak anda. Benda macam ni mengumpul habuk dan kalau anak selalu main, dia akan sedut habuk dan terus menyebabkan alahan.

8) Jangan Pakaikan Bedak

Dulu saya hairan, kenapa nurse dan doktor kat hospital tak bagi kita pakaikan bedak kat baby. Ala, orang nak anak wangi-wangi pun tak boleh ke? Tapi selepas Luqman kena asthma barulah saya faham bedak sebenarnya benda yang paling mudah menyumbangkan asthma sebab debunya sangat halus untuk memasuki saluran pernafasan. Kalau nak letak juga, sikit cukuplah ye. Atau gantikan je dengan baby cologne.

9)Pakai Stokin

Biasakan anak dengan pakaikan stokin pada dia sebelum tidur. Sapu Vicks atau balm pada tapak kaki. Bila badan dia sentiasa rasa hangat dan selesa, pernafasan dia juga akan jadi baik dan semakin baik.

10) Latihan Pernafasan

Pastikan setiap hari, anda luangkan masa 15 minit untuk anak anda, ajarkan dia latihan pernafasan. Tak susah pun. Suruh anak tarik nafas dalam dalam, tahan nafas untuk 3 saat dan lepaskan. Anda juga harus menyertai aktiviti ini dan libatkan juga suami dan semua anak yang lain! Aktiviti ni sangat seronok. Selain ia baik untuk pernafasan dan perjalanan darah, ia juga mengeratkan kasih sayang anda semua!

Saya harap post ni membantu anda semua ye. 😉

 

Penyakit Batu Hempedu : Makanan Yang Boleh/Tidak Boleh Dimakan


Sakit batu hempedu adalah satu penyakit yang amat perit sampai terasa macam nak putus nyawa. Saya harap post kali ni dapat membantu anda semua yang mempunyai penyakit ni.Berdasarkan pengalaman saya, pesakit untuk penyakit ni perlu pantang makan makanan berikut :

1)Makanan yang berminyak
2)Makanan yang berlemak
3)Santan
4)Makanan Laut (sotong, ketam,udang ,kerang,bilis dan ikan KECUALI tenggiri atau ikan ketul seperti ikan merah/jenahak)
5)Jeruk
6)Ikan masin
7)Cili
8)Makanan berangin (peria, terung, buah sukun, kacang panjang)
9)Milo
10)sebarang minuman yang mengandungi krimer atau susu
11)biskut berlemak Tiger/Marie
12)aiskrim

Makanan yang boleh dimakan

1)Ayam bahagian dada sahaja
2) Daging Pejal tanpa lemak
3)Ikan tenggiri/ikan jenahak. ikan merah
4) Sawi
5)Pisang
6)Roti gardenia
7)Biskut jacob
8)Telur
9)Nasi putih
10)Carrot
11)Epal.kurma, kismis. Jus buah-buahan (epal, carrot, tembikai,lemon)

Makanan yang boleh dimakan ni perlu dimasak dengan 2 kaedah saja iaitu rebus atau panggang tanpa minyak. Sebolehnya pesakit kena paksa diri untuk minum 5 liter air sehari. Memang susah tapi anda kena paksa diri. Saya dulu sampai menangis kat depan doktor sebab kena paksa minum air yang banyak. Dengan sarat mengandung masa tu, tak larat nak berulang ke toilet untuk kencing. Mengidam macam-macam makanan tapi tak boleh makan. Setiap masa saya hanya menangis. Mengenang nasib. Mengandung anak sulung pula, emosi dan mental belum stabil. Hanya bayangkan yang indah-indah tapi lain pula jadinya.

Sesiapa yang ada penyakit ni dan berdepan dengan orang yang mempunyai penyakit ni, mental dan emosi kena betul2 kuat. Ujian yang Allah beri pada kita banyak hikmahnya. Sabar banyak-banyak. Ingat pada ALLAH selalu 😉

Pengalaman Menggunakan Perancang Kehamilan IUCD


Hai semua! Harini saya nak bercerita tentang pengalaman saya memakai alat pencegah kehamilan IUCD. Sebelum ni saya hanya merancang guna kaedah kiraan tarikh ovulasi tapi pernah juga gagal sebelum ni disebabkan faktor haid yang tidak tetap dan salah kira. Selepas sekian lama saya berfikir dan mengambil kira pelbagai faktor, dan faktor paling penting tentu la nak elak kenaikan berat badan. hahaha. Saya akhirnya memilih kaedah IUCD.

IUCD ni dipasang semasa haid dah nak hujung2 macam hari ke-5 hingga ke-7 macam tu. Sebab kenapa kena pakai semasa haid ialah supaya nak pastikan bahawa anda tidak mengandung ketika itu. Dan juga serviks kita masa tu lembut jadi proses nak pasang tu tidaklah menyakitkan.Alat ni saya ambil secara percuma kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Saya pergi bawa alat tu ke klinik swasta untuk upah pasang. kena RM60.

Mula-mula tu memang saya rasa takut sebab baca kat blog kawan-kawan, diaorang cakap sakit sangat la, ada yang cakap sakit sikit je, ada yang cakap tak sakit langsung! Tapi bagi perempuan yang dah pernah lalui sakit beranak, rasanya sakit pasang IUCD ni ibarat digigit semut je. Tak la sakit pun. cuma sengal + senak. Jangan keraskan badan. Relaks dan tarik nafas panjang-panjang kalau tak selesa. Saya pakai IUCD jenis Multiload cu-250(3 tahun). Doktor cakap jenis ni kukuh dan jarang berlaku risiko IUCD senget atau jatuh ke bawah yang boleh menyebabkan hamil.

Ini lah rupa IUCD Multiload c-250. Macam pokok kelapa.

Ini lah rupa IUCD Multiload c-250. Macam pokok kelapa.

iucd2

Ni kedudukan IUCD kat dalam rahim.

Cara doktor nak pasangkan IUCD ni pula, mula-mula kita diminta baring dan bukakan kaki mcam nak check bukaan semasa nak beranak tu. Pastu dia gunakan alat untuk buka bahagian rahim. Doktor akan guna kain swab untuk bersihkan dinding rahim. Kemudian baru doktor pasangkan alat IUCD ni. Macam tu je. Mengambil asa lebih kurang 10-15 minit macam tu. Selepas proses tu mungkin akan rasa ngilu sedikit sahaja dalam masa 5 minit, kemudian dah ok. Anda kena selalu pastikan yang anda dapat rasa benang IUCD tu untuk memastikan kedudukan IUCD dalam posisi yang betul. Kalau tak rasa, kena cepat pergi klinik untuk scan.

Ni antara soalan yang saya tanya pada doktor:

1) Selepas saya pakai ni berapa lama lagi haid saya akan berterusan?

Jawapan: Kurang dari seminggu. Kalau lebih maknanya ada pendarahan dalaman atau masalah lain. kena datang jumpa doktor.

2)Betul ke ada orang cakap dengan saya, selepas pakai IUCD hari ke-7 dia haid, kemudian haid tu berterusan sampai sebulan?

Jawapan: Ini sangat jarang berlaku,tapi kalau berlaku mungkin kawan awak tu ada ketumbuhan seperti fibroid ataupun rahimnya memang tidak sesuai dengan alat IUCD ni

3) Katakan selepas seminggu ni, darah dah kering, boleh terus bersama suami atau kena tunggu ada jangkamasa tertentu untuk benda ni berfungsi?

Jawapan: Tak la. Sebaik je dimasukkan ke dalam rahim, benda ni dah berfungsi. Selepas mandi hadas boleh saja bersama suami. Tak perlu risau.

4) Macam mana saya nak tahu alat ni sesuai atau tak dengan saya?

Jawapan: Semasa datang haid untuk bulan berikutnya, kalau haid terlalu banyak sampai awak kekurangan darah, letih, lesu..kena datang untuk pemeriksaan. Kemudian, kalau terlalu sakit semasa bersama suami atau semasa haid. Sakit yang teramat sangat. Kalau sekadar haid tidak menentu dalam masa 3 bulan ni, dan sakit ngilu yang biasa sahaja, senggugut yang ringan sahaja, itu tiada masalah. Selepas 3 bulan akan kembali kepada normal.

5) Adakah suami akan rasa tak selesa atau saya sendiri tidak selesa semasa bersama?

Jawapan: Biasanya suami tak akan rasa apa ketidak selesaan ataupun merasa sebarang kelainan sebab benda ni kat dalam rahim. jauh dari kawasan vagina. cuma sedikit je bahagian benang halus akan dapat awak rasa kat pangkal vagina. Awak pula mungkin dalam masa terdekat sahaja akan berasa ngilu tapi nanti ok macam biasa.Tak perlu risau.

Saya harap info ni dapat membantu kawan-kawan semua. Kalau ada benda nak share, atau ada benda nak tanya, tinggalkan komen ya. 😉

Nota sendiri: Tarikh pakai : 17/11/2013   Tarikh buka : 17/11/2016

Di Sebalik Luqman Demam Panas


Harini baru mula bekerja setelah 2 hari cuti tanpa gaji sebab jaga anakku Muhammad Luqman Wafi. Mama tak kisah. Duit bukan kepentingan asalkan anak mama sihat. Duit dan rezeki smua ditentukan Allah untuk menguji hambaNya. Alhamdulillah, saya terima ketentuan Allah dan saya redha walau gaji saya dipotong. Masa yang terluang sepanjang jaga anak yang sakit ni, ibu atau bapa yang pernah lalui pasti terasa nikmatnya walau terbeban dengan masalah kewangan.Hati rasa bahagia. Tambahan pula melihat anak semakin sihat hasil kita bersengkang mata di waktu malam untuk jaga dia.  Setelah menjadi ibu, barulah saya mengerti sedalamnya erti anak itu anugerah Allah. Ya. Satu anugerah. diuji dengan masalah kewangan, kemudian jika sabar dan redha, Allah akan bagi rezeki lebih dari itu. Berserta dengan kebahagiaan dan kasih sayang lagi. Allah Maha Adil kan? So para ibu, ni nasihat saya.Utamakan keluarga lebih dari kerja ye. Ok sebelum saya beremosi dengan lebih jauh, saya nak cerita tentang pengalaman yang saya lalui sepanjang Luqman demam panas ni.

2O.10.2013 tu hari lahir anak kedua saya Hani Maisarah. Kebetulan haritu ada kenduri kahwin kat Sungai Petani. Selepas makan kenduri suami ajak jalan-jalan kat Tanjong Dawai. Masa sampai kat sana, kami tengok ada boat. Luqman pula nampak macam excited aje tengok boat belayar ke seberang untuk ke Pantai Merdeka. Tambang pun murah RM4 je pergi dan balik. Kanak2 percuma je. So kami pun sekeluarga naik boat ke Pantai Merdeka. Lepas Luqman main2 kat sana, kami pun teringat yang abang bawa boat tu pesan, kalau boleh nak balik tu sebelum pukul 6 petang sebab angin kuat nanti laut bergelora. Dalam jam 5.30 tu kami pun naik boat semula untuk ke seberang sana. Tiba kat tengah laut, angin kuat sangat. Boat tu dah macam nak terbalik. Masa ni Luqman peluk adik saya kuat2 sebab dia takut. pucat lesi muka dia. Jangankan dia, mama dia pun takut! Adoiiii….

Photo0131-1

22.10.2013. Tengah sedap2 lena peluk Luqman pukul 5am., suami kejutkan saya. Dia tanya saya, tak rasa ke badan Luqman panas macam api ni? Saya pun demam masa tu, memang tak rasa lah. Ingatkan suam biasa je. Check dengan termometer. Panasnya! Suhu badan dia 39.8!!! Saya cepat-cepat ambil air dan tuala. Jelum badan dan kepala dia. Kejap je kain tu kering. Lepas panas dah turun sikit, saya bagi ubat demam. Panas dah turun ke 38.1. Lega sikit hati ni. Boleh la pergi kerja. Luqman saya tinggal bagi adik saya tolong jaga. Petang tu dalam pukul 3, adik call kata badan dia dah panas semula, tapi dia dok jelum dengan air untuk kurangkan panas. Saya minta dia jelum dan jangan biarkan Luqman sorang2 langsung walau seminit. Hati ni risau sangat. Trauma kes Viral Croup belum pulih. Ya Allah..jauhkanlah anakku dari sebarang bahaya.Sebak hati saya masa tu. Balik je kerja pukul 6, saya singgah rumah jiran minta daun bunga raya putih untuk jelum Luqman. Pastu sampai rumah terus jelum dia dengan air daun bunga raya putih dan aloe vera (lidah buaya) Bila dah berkurang panas, baru saya suapkan ubat. Ibu-ibu ingat ye, kalau boleh jika anak demam, jelum dulu agar panas turun sikit, baru suapkan ubat. Cara ni lebih efektif untuk menurunkan suhu badan anak yang demam. Lebih kurang jam 8 malam, panas dah jadi tinggi. 38.6. Belum pun cukup 2 jam makan ubat dah naik balik?? Ish..ada yang tak kena ni. Terus ajak suami bawa Luqman ke klinik. Doktor cakap mungkin ada radang atau jangkitan kuman. So dia bagi antibiotik dan ubat radang. Malangnya, ubat tu bau kuat sangat dan Luqman muntah lepas makan ubat. Tiada pilihan. Tak sanggup nak paksa dan tengok dia menangis, saya pun bagi dia rectal suppository (ubat demam yang kena masukkan kat punggung). Dan teruskan jelum dengan air daun bunga raya putih.

Photo01411

23.10.2013 Tengah malam tu baru teringat nak jelum dengan air asam jawa dan bawang merah. Saya urut2 sikit kepala dia. Pastu balut badan dan letak kain kat ketiak dia. Sampai la pukul 4 pagi. Saya ni jenis tak berapa suka bagi anak makan ubat. Bila perlu sangat je saya bagi. Tapi tiba2 suhu badan dia naik lagi sampai 39.6 walaupun saya ni dok jelum2 sampai tak tidur. sampai air yang jelum dari sejuk bertukar suap dan ditukar pula air. Haih. Pelik sungguh. Kalau bagi rectal suppository selalu tahan la 6-8 jam. ni 2 jam je dah panas balik??Apakah ini…Saya teruskan jelum dan kejutkan dia mandi awal pagi. Mulakan dari kaki-pinggang-dada-bahu-kepala. Panas pun turun dan dia pun mula berpeluh. Rasanya dia dahaga sebab walaupun demam, dia banyak minum air dan kencing berak dengan baik. which is very good for him. So lega sikit hati ni bila dia masih mahu makan dan minum. Seharian dia ok dan main macam biasa sampailah menjelang waktu Maghrib, dia dah nampak lemah. Saya bagi dia makan buah epal. Dia makan sambil diam dan masa tu saya terperasan dia menggeletar. Terus saya dukung dia masuk kebilik dan check suhu. 40.1. Allahuakbar. saya jerit suruh suami tolong pack barang segera. Saya berlari ambil tuala dan basahkan. Balut seluruh badan dia. Sampai basah baju saya. Tak kisah apa dah. Dengan baju basah tu saya capai tudung yang mana sempat, terus pecut laju ke hospital. Sampai hospital saya serbu kat kecemasan. Cakap anak demam panas, Dorang cakap nak check paras oksigen dulu. Kalau ok kena tunggu giliran dan kalau tak ok baru terus masuk ke Red/Yellow Zone. Alhamdulillah paras oksigen dia ok. Bernafas dengan baik. Paru2 pun ok. 2 jam jugak la kami menunggu. Nurse pesan suruh jelum2 jugak sambil menunggu tu. Kesian papa berulang alik ke toilet basahkan towel yang kering dan panas setiap kali jelum. Masuk je bilik doktor, dia tanya demam dah berapa lama, berak kencing ok ke, makan minum mahu tak? pastu dia bagi PCM 1 botol dan boleh pulang. Hmmmm..Masa tu lebih kurang pukul 12 malam dah…

24.10.2013 Demam masih berterusan walaupun dah bagi ubat dan jaga dengan sebaiknya. Tiba-tiba mak saya teringat. Apa kata cuba perubatan Islam? Jiran kami pun ada yang pandai tentang perubatan Islam ni. So kami pun minta bantuan Paksu Firdaus untuk bantu Luqman, dengan izin Allah jua. Paksu pun cakap, paksu hanya tolong baca ayat2 Quran yang paksu tau. Allah yang beri kesakitan, Allah jua yang sembuhkan. Apa apa pun dengan izin Allah. So paksu buatkan air untuk Luqman minum, jelum dan mandi. Air jelum dan mandi campur dengan daun bunga melur. Petang tu sebelum Maghrib, saya bagi Luqman minum. Pastu jelum badan dia. Bila sejuk, saya mandikan dia. Dan Alhamdulillah, dengan izinNya, Luqman sembuh! macam tak percaya. Dan sekarang dia tengah melompat dan bermain seperti biasa. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Mama bernazar, kalau Luqman sembuh, mama nak buat kenduri bihun sikit dan nak puasa 3 hari berturut turut. Papa pula nak sedekahkan duit kat masjid sebagai tanda kami bersyukur kepada Allah kerana beri kesembuhan kepada anak kami.

Luqman Demam Panas…


Hai semua… Risaunya hati saya ni. Anak saya demam panas lagi. Suhu badan dia 39.8. Ubat dah bagi. Dan dah buat semua petua yang saya tahu. Saya harap anak saya cepat sembuh. Saya risau kejadian lama tu berulang kembali. Ingat x yang saya cerita sebelum ni anak saya kritikal kena Viral Croup?? Benda2 yang tak dijangka ni yang buat saya takut sangat. Malam ni saya nak bawa dia pergi hospital kalau still demam lagi. Actually banyak sangat benda saya nak update kat sini. Tunggu ya.. sayang korang semua.. nanti bila keadaan dah terkawal, saya janji update lagi pengalaman2 saya yang nak sangat saya share dengan readers saya. Doakan agar anak saya cepat sembuh ye. Saya juga mendoakan anda dan keluarga sihat2 selalu.. Bye.. xoxo 😉