Berwaspada Dengan Penyelewengan Subsidi Taska


***Post ini telah diedit kerana saya dah terima surat lawyer. Untuk menjernihkan keadaan, saya buang nama taska. Namun kalau mereka bertegas juga mahu mengambil tindakan, saya juga telah bersedia dengan apa jua keadaan. Berani kerana benar,takut kerana salah. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang2 yang benar dan teraniaya. xoxo

Setiap tahun, kerajaan akan memberi subsidi kepada ibu bapa untuk anak2 yang berumur di bawah 4 tahun yang diletakkan di taska yang berdaftar dengan JKM. Bukan sikit tau jumlah subsidi yang diberikan ni. RM3000 untuk satu budak setahun! Tujuan subsidi ni ialah untuk mengurangkan bebanan ibu bapa. Selalunya pihak taska akan bagi borang untuk ibu bapa isi dan kemudian serahkan semula pada taska. taska yang akan hantar permohonan kepada JKM dan subsidi ni juga akan disalurkan oleh JKM kepada taska. JKM ada mengeluarkan satu garis panduan tentang rate yuran budak mengikut umur budak tersebut.

Saya bagi contoh.

SITUASI A

Luqman berumur 4 tahun. Rate yuran yang ditetapkan oleh JKM untuk Luqman ialah RM350. Ni contoh saja ye. Katakan memang saya bayar kepada taska RM350 sebulan untuk yuran Luqman. Jadi apabila saya berjaya mendapat subsidi sebanyak RM3000 ni, maka taska wajar beri semula duit ni kepada saya sebab saya dah bayar mengikut rate yuran yang ditetapkan oleh JKM.

SITUASI B

Lain pula cerita kalau rate Luqman RM350. Tapi setiap bulan saya hanya bayar RM200 kepada taska. Jadi perbezaan yuran sepatutnya saya bayar ni ialah RM350-RM200 =RM150. Maka, RM150 X 12 bulan = RM1800. RM1800 ni adalah hak taska sebab saya dah terkurang bayar jumlah yang sepatutnya pada taska. Subsidi RM3000- RM1800 = RM1200. Maka RM1200 adalah jumlah yang harus taska pulangkan pada saya. Ni contoh sahaja ye.

Ok, apa yang berlaku sekarang ni ke atas beberapa rakan saya, pengusaha taska yang anak mereka duduk tidak berlaku jujur dan adil. Ada yang bayar dah melebihi rate yuran pun. Ada yang bayar ikut rate yuran macam situasi A, ada yang terkurang bayar macam situasi B. TAPI…satu sen pun taska tak bagi subsidi yang patut dorang dapat tu!!! Pendek kata taska ni telan semua duit subsidi ni. Ammmmbooii melampau! Yuran pun makan, subsidi pun makan! Tak takut Allah ke? Tak terfikir ke dosa makan duit orang yang bukan hak awak? Duit budak2 pulak tu!

Cari balik post saya sebelum ni tentang suka duka mencari taska tu. Saya pernah hantar Luqman kat sini sebulan. Sebulan yang penuh dengan penderitaan. Anak saya sampai kurus kering, balik rumah dalam kebuluran macam tak makan seharian. Saya ingat saya je menghadapi situasi ni. Rupa-rupanya, semua kawan2 yang hantar anak ke situ cerita benda yang sama. Duit orang awak telan banyak2, lagi anak kitorang awak tak bagi makan! Saya tak halalkan duit tu dunia akhirat. Saya bayar untuk awak bagi anak saya makan! Kami bayar mahal, dah melebihi rate yang JKM tetapkan. Mulut manis mengalahkan stevia… Jawablah depan Allah nanti. Taska ni cakap pada ibu bapa, permohonan subsidi gagal, ditolak JKM sebab tak cukup syarat. Tapi bila call ke JKM, dorang cakap dah berjaya dan duit dah pun disalurkan pada taska. So mana yang betul, mana yang tipu? Patutlah awak hidup mewah sekelip mata. Makan duit orang.

Kawan saya hantar anak berumur 3 tahun dan transit sorang lagi umur 8 tahun lepas sekolah kat taska ni. Yang si abang ni mengadu, setiap kali adik berak, Tuan taska suruh abang basuh. Pastu dia suka cubit budak2 kat situ. Kalau ada budak2 lain nak mandi, abang kena tolong mandikan. Apa ni?? macam mana kalau ada budak jatuh dalam bilik air? nak salahkan siapa?? budak2 sekarang otak dah lain. Bayangkan kalau budak laki mandikan budak perempuan. Jadi apa2 yang tak diingini sapa nak jawab??

So, siapa2 yang ada hantar anak kat sini atau pun taska2 lain dan tak dapat hak subsidi anak anda, pergi lah buat aduan kat JKM, kemudian tuntut semula hak yang sepatutnya menjadi hak anak2 anda. Jangan terpedaya dengan kata2 manis. Kalau nampak anak anda tak happy dan sering murung, pasti ada sesuatu yang budak tu pendam.

To tuan taska, kalau terbaca ni… saya tak halalkan dunia akhirat duit yang saya tapi disalah guna. Ingatlah Allah, ingatlah akhirat. Sampai bila nak macam ni? Umur dah lanjut ni bertaubatlah, Jangan suka cakap manis tapi semua hanya pembohongan.

**Pengiraan kat atas hanya contoh sahaja. Nak tahu yang sebetulnya kena rujuk pada JKM dan pengusaha taska.

Terima Kasih.

Baca post saya sebelum ni….

https://mamamunie.wordpress.com/2015/01/02/suka-duka-mencari-taska/

2 thoughts on “Berwaspada Dengan Penyelewengan Subsidi Taska

  1. benarkah semua ini berlaku..jika benar moga di beri hidayah kpd empunya taska..jika tidak benar akan menjadi fitnah…dunia akhir zaman..mcm2 fitnah sekarang ni…kdg2 bila fikir balik ramai orang melayu menganiayai bangsa sendiri dengan fitnah..mudah2an apa yg di tulis tidak menjadi fitnah..ingatlah allah itu maha adil,maha mengetahui..jgn kerana fitnah apa yg kita usahakan hilang dlm sekelip mata…nauzubillah…

  2. Saya sama sekali tidak memfitnah. Saya yakin saya di pihak yang benar kerana saya mempunyai ramai saksi dan banyak bukti. Hanya orang yang tidak takut pada Allah akan berani memfitnah dan melakukan perkara2 keji. Sama2 lah kita nantikan ye. Tungguuuuu……….😉 Entah mengapa, sejak Ramadhan tiba dan saya mohon pertolongan Allah, maka datang kekuatan dan pertolongan ramai orang dalam banyak segi. Ini menguatkan lagi diri saya untuk melawan kezaliman dan penindasan terhadap orang2 yg teraniaya.
    p/s : Hati2 dalam setiap tindakan, takut menjerat diri. Banyakkan berdoa dan mohon keampunan Allah dalam setiap sujud dan doamu. Salam Ramadhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s