Tag Archive | Birthday

Majlis Sambutan Hari Lahir Abah


Semalam balik dari kerja, saya terus pergi ke kedai kek untuk ambil kek yang ditempah untuk abah. Pastu balik rumah tengok kakak dan adik dah siap masak mee kari. Abah yang cakap dengan mak dia teringin nak makan mee kari. Menu lain ada la buat karipap sikit, ada buah tembikai. Kami anak beranak je nak makan dan keluarga bapa saudara yang kebetulan datang rumah. Ni gambar sekitar majlis hari lahir abah kali ni…Abah pula demam. Selepas potong kek dia terus masuk tidur. Tapi kami bersyukur sebab dapat buat dia gembira.

2013-12-06 22.07.50 2013-12-06 22.06.55 2013-12-06 22.06.51 2013-12-06 22.06.29 2013-12-06 21.33.16 2013-12-06 17.28.06 2013-12-06 21.33.31 2013-12-06 21.34.02 2013-12-06 21.34.15

 

 

 

 

 

 

Untuk tahun tahun yang lepas, setiap kali hari lahir abah, mak akan masak keow teow goreng. Bukan sebab itu makanan kegemaran abah atau makanan tu sedap. Tapi ada sebab lain yang amat bermakna. Arwah nenek saya, lumpuh separuh badan sejak usianya 30 tahun selepas beliau melahirkan anak bongsunya iaitu ibu saudara saya. Namun, menurut abah, setiap kali hari lahir abah, ibunya akan mengesot ke dapur dan menggoreng keow teow dengan menggunakan sebelah tangannya, supaya abah saya dapat jemput kawan kawan datang rumah untuk makan sempena hari lahir dia. Begitu besar pengorbanan dan kekuatan semangat seorang ibu demi melihat anak tercinta tersenyum gembira. Nenek saya meninggal dunia pada usia 43 tahun akibat sakit lumpuh beliau. Al Fatihah untuk arwah Tok. Semoga Tok ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dijauhkan dari seksa kubur dan api neraka. Amin.

Advertisements

Selamat Hari Lahir Abah….


Harini hari lahir abah saya yang tercinta. Dia merupakan seorang bapa yang unik sebab anaknya 6 orang memanggilnya dengan panggian yang berlainan. Saya dan adik yang bongsu memanggil dengan panggilan abah, abang yang sulung dan kakak-kakak panggil bapak manakala abang yang ketiga panggil uncle.Sebabnya abang yang ketiga ni dibela oleh bapa saudara sejak kecil lagi.Tapi dia tahu siapa bapa kandungnya.

Sejujurnya saya tak suka setiap kali sampai hari lahir abah dan mak saya. Sebabnya usia mereka bertambah.Tapi sebagai anak, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat insan yang telah bersabung nyawa, memerah keringat untuk memelihara dan memberi kasih sayang yang melimpah ruah sejak saya bayi hingga sekarang. Saya amat mencintai abah saya kerana beliau memberi kekayaan kepada saya. Kekayaan kasih sayang yang tak ternilai sehingga saya menjadi insan yang berguna pada hari ini.

Sewaktu saya kecil, abah selalu memeluk saya dan bercerita hingga saya dan adik tertidur. Sebelum tidur kami akan salam dengan abah, cium pipi dan peluk abah kuat kuat.Sampai la saya masuk sekolah menengah, dah besar dah.. timbul perasaan malu dan segan. Saya hanya bersalaman dengan abah. Abah tak pernah lagi saya peluk dan cium. Sampai la suatu malam kira2 tiga tahun lepas, saya bermimpi yang abah saya meninggal dunia! Esok siang kebetulan saya nak balik kampung suami. Saya terus jumpa abah, salam dengan abah. Lalu saya peluk abah kuat kuat dan cium pipi abah. Saya menangis. Saya lihat mata abah juga turut ada takungan airmata. Mungkin terharu. Atau dia juga seperti saya. Merindui suatu masa dahulu….

Di hari lahir abah yang ke 59 ni, saya doakan abah dilanjutkan usia oleh Allah, diberi kesihatan yang baik, dilimpahi rahmahNya dan hati diterangi dengan kasih sayang Nya. Terima kasih kerana membesarkan saya dan mencari rezeki dengan penat lelah untuk menyara keluarga. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua kebaikan dan pengorbanan abah. Saya sayang abah sepenuh hati saya. 😉

Hani Maisarah’s 1st Birthday! ~20.10.2013~


Assalamualaikum & Salam Sejahtera….

16.10.2013 Hari kedua Raya Korban, kami ada buat sedikit Kenduri Korban dan Sambutan Majlis Hari Lahir yang pertama, anak dara saya, Hani Maisarah. Waahhhh..cepatnya anak mama besar! Macam tak percaya baby yang manja ni dah masuk usia setahun! Hari Lahir dia disambut sekali dengan adik saya yang sambut hari lahir pada 17.10… warga Oktober menyambut hari lahir la ni. Hehe. Hari lahir Hani pula jatuh pada 20.10 tapi dah secara kebetulan memang mak saya nak buat kenduri korban ni..so kami pun tumpang la sekali. Buat bihun sup, bihun goreng dan beli kek aje. ?????????? ?????????? hani

Kepada Anakku Hani Maisarah,

Kehadiran Hani dalam keluarga kita merupakan rahmat yang besar serta Allah memberi rezeki yang melimpah ruah untuk keluarga kita. Manjanya kamu sayang, sentiasa menjadi pengubat lelah mama ketika pulang dari kerja. Setiap detik mama memandang wajah kamu sayangku, rasa bahagia menyelinap ke seluruh jiwa dan perasaan. Kepintaran dan kelasakan Hani membuat mama selalu terhibur, tersenyum melihat telatahmu, ketawa menyaksikan perlakuan bijak kamu. Mama nak Hani tahu, Hani dan Luqman adalah insan yang paling berharga dalam hidup mama, yang tak pernah mama lupakan walau sesaat dalam sehari.

Tiada apa yang mama mahu dari Hani dan Luqman. Cukuplah menjadi anak yang soleh dan solehah, yang tahu hukum hakam dan batas agama, yang boleh mendoakan untuk papa & mama bila kami dah tiada lagi di dunia. Bukan kemewahan yang mama nak dari anak-anak mama. Bukan juga gelaran “golongan profesional”. Namun begitu, papa & mama sentiasa berusaha untuk kamu berdua jadi yang terbaik. Yang dapat mengecapi nimat dunia tanpa melupakan akhirat yang pasti. Jika memang sudah tertulis rezeki dari Allah, anak-anak mama akan dapat semua tu beserta agama yang kuat. InsyaAllah.

Anakku Hani Maisarah, Selamat Hari Lahir Yang Pertama. Doa mama sentiasa mengiringi setiap hembusan nafasmu sayang. Mama harap Hani membesar sebagai gadis yang solehah, bijak dan berjaya. Papa & Mama sayangkan manja kami ni sangat sangat tau… WE LOVE U HANI MAISARAH. Terima Kasih Allah menghadirkan Hani dalam hidup kami. 😉

Oh ya, tak lupa juga Selamat Hari Lahir Adikku AMIRAH..Semoga bahagia di samping suami tercinta dan cepat dapat baby…yeaaaaa.. 😉

….:Happy Birthday Amirah ~ 22:….


17 Oktober yang lalu ialah birthday adik Mama.Wafi, Amirah Mohamed Allaudin yang ke 22 tahun. So, kami pun plan surprise party untuk dia @ Sala Kitchen di Taman Saga. Alhamdulillah..segala kezutan berjalan dengan begitu licik dan bagus sekali! hehe. Oleh kerana adik Mama.Wafi ni sangat suka makan KFC (almost 3-4 times a week ok!) , so Mama.Wafi order kek dari Kak Syima. Mama.Wafi cakap nak kek theme KFC. Perasa moist chocolate cake yer…Hasilnya amat memuaskan hati…di bawah adalah gambar kek yang dicilok dari blog Kak Syima(http://www.cupcakeswithlove-online.com/) Kek sedap and design memang best lah!!Thanks a lot to boyfren adikku Shahril yang sudi datang dari jauh untuk surprise birthday party ini.. 🙂

***Modem kat rumah disambar kilat masa hujan lebat. So belum sempat nak upload pic from camera ke dalam blog dan FB yer……