Tips Berjaya Temuduga & Mudah Dapat Kerja


Baru-baru ni salah seorang pensyarah saya semasa di universiti dulu meminta saya mengulas tentang punca kegagalan graduan mendapat kerja, punca gagal temuduga dan apa yang majikan mahukan dari graduan? Walaupun saya bertugas di bidang HR,namun saya segan untuk mengulas pada mulanya kerana dia pensyarah saya, ilmu lebih dari saya. Namun akhirnya,saya pun mengulas dengan panjang lebar dengan niat untuk membantu beliau melengkapkan tugasan dan mendidik anak bangsa yang lain.

Ramai graduan tidak mengetahui, permohonan mereka ditolak sebaik sahaja pihak HR meneliti resume mereka. Resume mestilah mengandungi maklumat yang ringkas, tetapi padat dengan informasi berguna. Mungkin graduan memandang remeh pada bahagian gambar, hobi dan cita-cita. Namun perkara ini amat dipandang serius oleh sesetengah majikan. Ada graduan yang mengisi hobi mereka dengan melayari internet, bermain game dan beberapa hobi yang langsung tidak berfaedah. Cita-cita pula diisi dengan jawapan yang mengarut seperti menjadi burung yang terbang bebas. Gambar pada resume pula diletakkan gambar posing di tepi pantai, gambar sedang makan dan sebagainya. Jadi, resume mereka akan mendapat markah penilaian yang rendah dan mungkin tidak dipilih untuk disenarai pendek.

Ruangan objektif pada resume: Pada ruangan ni tulis Mengapa anda fikir kami perlu mengambil anda bekerja dengan kami? Bolehkah pekerjaan ini memenuhi keperluan dan kehendak anda dalam kerjaya? Apa pandangan anda tentang masa depan syarikat ini?Kadang kala pihak HR menerima puluhan resume untuk diteliti dalam masa sehari. Kami tidak mempunyai banyak masa jadi kami hanya shortlisted yang mempunyai objektif yang bagus,sesuai dan keputusan bahasa Inggeris yang baik.

Apa yang majikan mahukan?

Kesungguhan graduan mencari maklumat syarikat.

Cari sebanyak mungkin maklumat tentang latar belakang syarikat, apa perniagaan yang syarikat ni buat,di mana lagi cawangan syarikat.Walaupun anda mungkin silap ketika memberi jawapan, namun kesungguhan anda memberi sebanyak mungkin maklumat adalah sangat bagus dan berpotensi.

 Cerewet soal gaji.

Ada graduan yang meletakkan gaji yang dipohon dengan terlalu tinggi dan enggan meletakkan gaji yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Jawapan yang selalu majikan mahukan ialah “Saya fleksibel dalam soal gaji kerana saya ingin mencari pengalaman kerja. Saya akan bekerja sebaik mungkin kerana gaji bukanlah kepentingan utama saya.” Saya yakin kebanyakkan syarikat ada gred dan tangga gaji mereka sendiri dan mustahil anda akan diberi gaji yang tidak logik atau terlalu rendah. Graduan jangan terlalu memilih. Yang penting ialah anda dapat belajar dan mencari pengalaman kerja.

 Gagal menjawab soalan cepu emas

Saya biasanya bertanya pada graduan. Adakah anda seorang pendiam atau peramah?

-Saya seorang pendiam. Saya tidak suka bersembang.

(Biasanya gagal dapat kerja. Tak suka sembang bagaimana nak attend meeting, bincang dengan rakan sekerja dan bos?)

-Saya seorang yang sangat peramah. Suka sangat bercakap.

(Biasanya gagal juga. Sebab orang yang bagi jawapan begini biasanya kerja lambat siap kerana asyik bersembang)

Jawapan yang dimahukan

Saya peramah dan pendiam mengikut waktu yang sesuai dan situasi yang sesuai. Saya ramah ketika diminta memberi pendapat dan akan diam apabila saya memegang amanah tentang maklumat sulit dan rahsia syarikat.

 Kejujuran dalam menjawab pertanyaan

Jika anda benar-benar tidak tahu tentang soalan yang ditanya, seeloknya anda memohon maaf kerana tidak pasti dan akan berusaha meyakinkan penemuduga yang anda akan mencari jawapan tersebut selepas ini.

 Tahap penguasaan Bahasa Inggeris

Kebanyakkan majikan sekarang ni amat menitikberatkan Bahasa Inggeris. Cuba bercakap walaupun anda tahu anda bercakap broken English. Keyakinan diri untuk bercakap mungkin membuat majikan kagum dengan keberanian dan semangat anda.

 Teknik komunikasi yang baik

Jika anda ditanya 2 atau 3 soalan serentak contohnya “Kenapa pilih bekerja di bidang HR, kenapa tak nak sambung belajar lagi?” 2 soalan yang berbeza topik sebenarnya. Dari sini akan dibuat penilaian teknik komunikasi. Majikan mahu anda hurai satu demi satu soalan. Jangan campur adukkan kedua-dua topik serentak. Jawab satu persatu dengan lengkap, mungkin begini. “OK, untuk soalan puan yang pertama,bla bla bla…. dan untuk soalan kedua pula…..bla bla bla” Ketahuilah walaupun keputusan peperiksaan anda kurang memuaskan, namun jika part ini dan part bahasa Inggeris dijawab dengan baik, maka peluang untuk dapat kerja tu amat tinggi.

Keyakinan yang amat tinggi

Anda akan cuba memberi jawapan BOLEH walaupun anda tahu perkara tu mustahil. “Bolehkah anda merangka aktiviti untuk syarikat dan memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan baik?” Jawapan yang baik ialah “Ya, boleh. Saya akan cuba sebaik mungkin dan akan melakukan tugasan yang diberi dengan sehabis baik” Walaupun hati anda berkata mustahil la kau boleh buat tetapi anda tetap yakin. Jangan sesekali menjawab “Maaf lah. Saya tak pernah buat. Kalau ada guideline boleh kot..Hmm..tak pasti la.”

 Sikap Ambil Tahu

Ambil tahu tentang isu semasa dan hurai dengan baik demi menunjukkan anda benar benar minat dengan isu semasa.

Ada 15 perkara yang menjadi Faktor Penilaian dan faktor ini akan diberi rating standards dari 0-5 oleh penemuduga.

1)Punctuality (datang temuduga tepat pada masa dan tidak lewat)

2)Pakaian (Formal. No jeans, slipper and round neck shirt)

3)Tidiness (Baju masukkan ke dalam untuk lelaki, iron baju supaya kemas)

4)Hygiene (Pastikan kuku bersih, pakai sedikit perfume tapi jangan sampai memeningkan)

5)Politeness (Ketuk pintu, beri salam dan duduk apabila disuruh sahaja)

6)Oral Expression (Cakap dengan penuh yakin)

7)Written Expression (Menulis dengan kemas dan cepat)

8)Listening Skill (Tunggu penemuduga cakap habis, jangan main selit je. Dan fahami apa yang ditanya dgn baik)

9)Tactful (Bercakap benda yang mempunyai “isi yang bernas” dan tidak merepek)

10) Job knowledge/skill (Tahu tentang jawatan dipohon, apa kena buat)

11) Self confidence (Keyakinan yang amat tinggi dan bersungguh sungguh)

12)Creativity (Mampu berfikir dia luar kotak dan bijak menyelesaikan masalah)

13) Maturity (Menunjukkan tahap pemikiran yang dewasa dan bijak mengawal emosi apabila dikritik)

14)Leadership (Aktif memberi idea dan pandangan)

15)Sincerity (Kejujuran menyimpan rahsia syarikat dan berterus terang dengan majikan)

RUMUSAN

Majikan expect graduan yang mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi, kebolehan mendengar pertanyaan dengan baik dan menjawab soalan selari dengan pertanyaan. Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang baik juga amat perlu. Kemudian, majikan tengok kekemasan dan pakaian yang sesuai. Kalau datang pakai macam nak pergi shopping memang tak dapat lah jawabnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s